You are on page 1of 5

Biodata Responden

Nama : Muhammad Adam bin Ma’afor

Nama Panggilan : Adam

Umur : 6 tahun

Tarikh lahir : 2 Julai 2005

Hobi : Bermain bola sepak

Cita-cita : Polis

Bilangan adik beradik : 6 orang (anak bongsu)

Nama Bapa : Maarof

Nama Ibu : Anita

Minuman kegemaran : Milo

Makanan kegemaran : Sup

Kawan baik : Adhwa

Nama Sekolah ; Prasekolah Sekolah Kebangsaan Manong


Teori Perkembangan Emosi

Erik Erikson telah menjelaskan tahap perkembangan sosioemosi yang terdiri daripada 8
tahap perkembangan. Setiap tahap akan mempunyai krisis-krisis tertentu yang perlu diaatasi
oleh seseorang. Jika sesuatu krisis itu dapat diaatasi, ini bermakna hasil atau sifat yang positif
akan terbentuk yang akan mempengaruhi personality mereka.

Antara lapan tahap perkembangan yang diperkenalkan oleh Erik Erikson ialah bagi
tahap yang pertama percaya lawan tidak percaya. Tahap ini bermula dari bayi yang baru lahir
hingga berumur setahu. Pada peringkat ini, interaksi erat antara ibu bapa dan anak amat
penting. Jika bayi ini menerima kasih saying yang sempurna daripada ibu bapa, bayi akan
memperkembang sifat rasa percaya. Jika sebaliknya, mereka akan mempunyai rasa takut, syak
wasangka dan tidak percaya dengan persekitaran mereka.

Tahap yang kedua pula ialah autonomi lawan ragu-ragu yang bermula daripada kanak-
kanak yang berumur setahun hingga dua tahun. Semasa tahap ini, kanak-kanak mula
menyedari bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri. Tambahan pula,
jika ibu bapa turut menggalakkan anak-anak mereka untuk berdikari dan menerokai keasaan
sekeliling, mereka akan merasa yakin terhadap diri sendiri. Namun jika ibu bapa terlalu menjaga
atau mengawal pergerakan kanak-kanak, ia akan menerbitkan sifat malu, ragu-ragu dan akan
mempersoalkan kebolehan mereka untuk menghadapi dunia.

Ketika umur kanak-kanak tiga hingga lima tahun, mereka merupakan tahap
perkembangan emosi yang ketika iaitu inisiatif lawan rasa bersalah. Pada tahap ini mereka
lebih berupaya dan mencipta aktiviti sendiri. Mereka mempunyai persekitaran fizikal yang lebih
luas dan bebas bergerak. Perkembangan bahasa juga berkembang dengan cepat, mereka
dapat menyoal, memahami jawapan dan dapat membayangkan berbagai-bagai kemungkinan.
Hasil positif pada tahap ini ialah inisiatif. Sebaliknya juka kanak-kanak pada tahap ini dihalang
daripada melaksanakan kehendak dan rancangan aktivitinya oleh ibu bapa, ia akan
menimbulkan rasa bersalah yang akan membawa kepada persaan tkaiut dan kurang tegas,

Peringkat seterusnya ialah peringkat kerajinan lawan rasa rendah diri. Pada tahap ini
berlaku ketika umur kanak-kanak dalam lingkungan enam hingga sebelas tahun. Ketika ini
kanak-kanak akan mempelajari kemahiran akademik seperti menulis, membaca, mengira dan
kemahirna-kemahiran sosial. Sekirnnya kanak-kanak ini Berjaya memperoleh kemahiran
tersebut dan pencapaiannya ini dihargai oleh orang lain, kanak-kanak tersebut akan
memperkembang sifat kerajinan dan mempunyai pandangan yang positif terhadap
pencapaiannya. Tetapi jika kanak-kanak sering dibandingkan dengan orang lain dan dianggap
tidak berkebolehan ia akan memperkembang sifat rendah diri. Tambahan pula, pada peringkat
ini, kanak-kanak mula berinteraksi dengan rakan sebaya dan dengan cara ini mereka lebih
mengenali diri mereka sendiri.

Pada peringkat umur 12 hingga 19 tahun, kanak-kanak mula meningkat remaja dan
pada peringkat ini mereka memperkembang satu integrasi diri yang boleh diterima dan unik.
Remaja hendaklah mencari alternative yang berkaitan dengan masa depan mereka. Remaja
yang mempunyai dan menjumpai identitinya, akan mengukir masa depan yang memuaskan.
Namun jika remaja masih tidak dapat mencari identitinya sendiri, ia akan menimbulkan rasa
kekeliruan identity, hidup tidak bermatlamat, rasa tersisih dan sukar untuk membuat sebarang
keputusan.

Peringkat seterusnya iaitu intimasi lawan isolasi yang berlaku pada awal dewasa
seseorang individu. Tugas mereka pada masa ini ialah memperkembangkan perhubungan
rapat dan bermakna dengan orang lain. Jika seseorang itu gagal berkongsi emosi, moral dan
seksual dengan orang lain, ini bererti dia akan merasa tersisih dan kesunyian.

Peringkat generativiti lawan penyerapan kendiri berlaku ketika dewasa pertengan


individu. Menurut Erik Erikson, pada tahap ini mereka bertanggungjawab mempunyai peranan
dalam masyarakat, mencari cara untuk bersifat produktif dan mampu untuk membantu orang
lain. Hasil positif pada tahap ini ialah perkembangan generative yang bermaksud individu bersa
prihatin bukan sahaja terhadap dirinya malah juga terhadap orang lain. Sebaliknya,
penyerapan kendiri bermaksud seseorang individu itu cenderung dengan perolehan diri dan
materealistik.

Pada usia tua ialah merupakan peringkat terakhir dalam teori Erik Erikson iaitu pada
tahap ini, individu akan menilai diri dan memikirkan kehidupan yang telah dilaluinya serta
kematian yang bakal mendatang. Mereka juga akan merenung kembali perjalan hidup mereka
adakah ia telah mencapai kepuasan dan adakah mereka bangga dengan jalan-jalan yang
ditempuh sepanjang mereka hidup. Jika ya, mereka akan memperoleh keutuhan namun jika
sebaliknya mereka akan merasa menyesal dan rasa putus asa dengan hidup mereka,
Perkembangan Sosio Emosi Responden

Bagi menjalankan kajian sosio emosi terhadap responden, saya telah menggunakan
teori erik erikson bagi kanak-kanak yang berumur enam hingga sebelas tahun iaitu kerajinan
lawan kompleks diri.

Penguasaan Kemahiran Asas Fizikal

Menurut Erik Erikson dalam teorinya, kanak-kanak pada peringkat ini akan mempelajari
kemahiran-kemahiran akademik seperti menulis, membaca dan mengira. Jadi saya telah
menjalankan satu aktiviti kepada Adam iaitu menulis maklumat dirinya dalam kertas yang
disediakan. Hasilnya Adam mampu menulis kesemua maklumat mengenai dirinya yang boleh
dilihat pada lampiran 1-1. Selain itu juga, saya telah memberikan sebuah buku kanak-kanak
untuk dibaca oleh Adam. Jelas ternyata Adam bukan sahaja telah mempelajari kemahiran
membaca malah dapat menguasai kemahiran ini dengan begitu baik sekali. Tambahan pula,
hasil temubual saya dan guru Adam, beliau sendiri mengakui bahawa Adam sememangnya
dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis lebih baik berbanding rakan-rakannya.

Penguasaan Kemahiran Sosial

Bagi mengetahui tahap penguasaan sosial Adam dikalangan ahli keluarganya, saya
telah membuat beberapa kaedah kajian. Antaranya ialah menemubual ibunya iaitu Puan
Anita.menurut ibu Adam hunbungan Adam dan ahli keluarganya begitu rapat memandangkan
Adam merupakan anak bongsu dalam keluarga mereka. Tambahnya pula, Adam begitu rapat
dan manja dengan kakak sulungnya yang dipanggil ‘kakak’ atau ‘yong’. Hasil pemerhatian saya
juga, turut menampakkan betapa erat hubungan Adam dengan ahli-ahli keluargnya. Seperti
contoh, ketika saya ingin mengambil gambar ketika dirumahnya, Adam ingin duduk di riba ayah
dan kakaknya.

Dalam teori erik Erikson juga turut menyatakan pada peringkat ini kanak-kanak mula
berinterkasi dengan rakan sebaya. Saya telah mengaplikasikan teori ini dengan membuat
pemerhatian hubungan sosial Adam bersama-sama rakan sebayanya. Hasilnya, saya
mendapati Adam menepati teori ini apabila hubungan Adam begitu baik dengan rakan-rakan
sekelasnya terutama lelaki. Malahan pula apabila diajukan soalan “siapa kawan baik Adam?”
beliau dengan pantas memberitahu kawan baiknya ialah Adhwa iaitu salah seorang rakan
sekelasnya. Disamping itu juga, saya turut menemubual guru Adam iaitu Puan Zameera
mengenai hubungan Adam dengan rakan-rakannya. Beliau menyatakan Adam sangat baik
dengan rakan-rakannya, malah Adam jarang sekali untuk bergaduh melainkan rakannya yang
memulakan pergaduhan. Tambahan pula menurut beliau, ada kalanya Adam sendiri akan
membantu rakan-rakannya untuk membuat latihan ketika di dalam kelas. Hal ini menunjukkan
pada peringkat umur enam tahun, Adam sudah berjaya menguasai asas kemahiran sosial.

You might also like