You are on page 1of 8

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

SEMESTER 1 2008/2009

FALSAFAH DAN LOGIKA


MELAYU
JXEA 1104

KUPASAN DARI SUDUT FALSAFAH:


falsafah politik AL-FARABI

NAMA PELAJAR:

NURUL SHAFINA BINTI SHA’ARI


(JEA 080109)

NAMA PENSYARAH:
DR. AMRAN MUHAMMAD

1
PENDAHULUAN

Secara amnya, ilmu falsafah merupakan ilmu yang mengkaji dan meneliti objek

yang abstrak dan logikal yang merupakan hakikat kepada benda-benda dan kejadian di

dalam alam semesta ini yang dilihat dan kemudiannya dihuraikan secara holistik atau

menyeluruh berdasarkan paradigma berfikir secara logika dengan kaedah renungan,

pentaakulan atau kesaksamaan dan hujahan yang logikal dan rasional dengan nilai

kebenarannya diukur berasaskan akal yang rasional.

PENGENALAN TOKOH AL-FARABI

Nama sebenar Al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu

Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Beliau dilahirkan pada tahun 874 Masihi bersamaan

tahun 260 Hijrah di Transoxia, Turki. Al-Farabi merupakan seorang ilmuwan yang cukup

terkenal ketika zamannya. Beliau juga berkemampuan menguasai pelbagai bahasa.

Selain itu, beliau juga merupakan seorang pemuzik yang handal. Lagu yang

dihasilkan sangat meninggalkan kesan mendalam kepada pendengarnya. Selain

mempunyai kemampuan untuk bermain alat muzik, beliau juga telah mencipta satu jenis

alat muzik yang dikenali sebagai gambus.

Kebolehan Al-Farabi tidak ditaksis hanya dalam bidang tersebut, malah beliau

juga mampu memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang-bidang lain

antaranya bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah. Namun begitu, kecekapannya

sebagai seorang ilmuwan teragung lebih cenderung dalam bidang falsafah sehinggakan

2
kebijaksanaannya dalam bidang tersebut mengatasi ahli falsafah Islam hebat yang lain

seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd.

Beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 950Masihi bersamaan tahun 339

Hijrah.

FALSAFAH POLITIK AL-FARABI

Menurut Al-Farabi, ilmu politik merupakan ilmu yang meneliti pelbagai bentuk

tindakan, gaya hidup, watak pada perspektif yang positif dan akhlak mulia. Semua

tindakan dapat diteliti mengenai tujuannya, dan apa yang membuatkan manusia dapat

melakukan hal seperti itu dan bagaimana mereka yang mengatur dan menjaga tindakan

dengan cara yang baik yang kemudiannya dinilai dan diteliti.

Berdasarkan konsep tersebut, dapat dinilaikan bahawa kebahagiaan serta

kesejahteraan manusia dapat diperoleh disebabkan oleh perbuatan atau tindakan dan cara

hidup yang dilalui. Al-Farabi pula berpendapat bahawa kebahagiaan yang hakiki tidak

mungkin dapat diperoleh di dunia ini tetapi hanya akan diperoleh sesudah kehidupan

selepas mati iaitu di akhirat kelak. Namun begitu, pada hari ini terdapat kebahagiaan serta

kesejahteraan yang bergantungan kepada bandingan dengan yang lain atau nisbi seperti

kehormatan, kekayaan dan kesenangan yang dapat dilihat dan dijadikan teladan hidup.

Kebahagiaan yang sejati sering dikaitkan dengan perlakuan-perlakuan yang

mulia, kebajikan –kebajikan dan keutamaan–keutamaan tertentu. Oleh itu, untuk menuju

ke arah itu, seharusnya sesuatu perlakuan atau tindakan itu diwujudkan melalui

3
kepimpinan yang kukuh dan benar kerana kepimpinan itu lahir dari keahlian, hati atau

kalbu manusia itu sendiri. Hal ini dapat mengarahkan manusia dalam menegakkan nilai-

nilai yang utama serta tindakan–tindakan lain yang bakal memelihara mereka sebagai

suatu kemantapan keahlian. Contohnya dapat disebut juga iaitu sebagai pemerintahan dan

raja walaupun sistem politik itu bentuk operasional iaitu saling berkaitan daripada

keahlian tersebut.

Al-Farabi menyatakan bahawa masalah dalam politik adalah menerusi

pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan-tindakan yang sedar dan cara

hidup. Dasar ini dapat dijadikan sebagai suatu keupayaan untuk memperoleh

kebahagiaan. Pemerintahan atas dasar tersebut juga disebut sebagai pemerintahan yang

utama, iaitu yang melengkapi elemen-elemen atau ciri kota-kota dan bangsa-bangsa yang

tunduk terhadap pemerintahan.

Selain itu, apabila pemerintahan dalam perangkaan ini mencapai suatu tahap yang

dianggap mendapat suatu kebahagiaan, ianya akhirnya akan melahirkan beraneka ragam

bentuk pemerintahan. Hal ini membawa maksud, apabila yang dikejar hanyalah kejayaan

semata-mata, ianya dapat dianggap sebagai pemerintahan yang rendah, manakala jika

yang dikejar adalah kehormatan, maka pemerintahan tersebut dikatakan bergantung

kepada apa yang menjadi matlamat serta tujuannya.

Dari sudut pandangan mengenai kemampuan suatu pemerintahan, ilmu politik

pula merujuk kepada kemampuan dalam melahirkan peraturan – peraturan yang bersifat

4
syumul atau universal ekoran kemampuan yang di sebabkan oleh adanya ketekunan

dalam aktiviti politik, dengan harapan boleh membentuk sebuah kebijaksanaan.

Oleh itu, mengenai pemerintahan ini, ianya dikatakan mampu berjalan dengan

baik dan lancar sekiranya wujud teoritis dan praktis dalam sistem pentadbiran atau

pemerintahan sesebuah negara tersebut .

Menurut Al-Farabi juga, seseorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan

dirinya daripada sains dan politik sebaliknya mereka perlu menguasai kedua-duanya

untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna. Hal ini kerana pemisahan antara

elemen tersebut boleh menggugat keutuhan dalam pemerintahan sebuah negara.

Tanpa kehadiran ilmu sains tersebut, seorang ahli falsafah dikatakan tidak lengkap

dari aspek peralatannya untuk diekspolitasikan bagi keuntungan orang lain. Oleh hal

yang demikian, seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan

antara diri mereka dengan pemerintah yang tertinggi kerana kedua-duanya merupakan

komponen yang saling melengkapi. Dalam hal ini, Al-Farabi telah mencadangkan agar

diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli-ahli falsafah.

Pandangan falsafahnya yang kritikal ini telah meletakkannya sebaris dengan ahli

falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali

sebagai Aristotle kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu adalah segala-galanya dan disebabkan

5
factor itu, Al-Farabi menyatakan bahawa seharusnya para ilmuwan itu diletakkan pada

hierarki yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.

Pemikiran optimis Al-Farabi ini dilihat mempunyai persamaan dengan falsafah

dan ajaran Confucious dimana falsafah tersebut menyatakan juga hal yang sama dengan

pemikiran Al-Farabi yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat yang tertinggi

dalam organisasi sosial sesebuah negara.

Pemikiran falsafah politik Al-Farabi ini dapat ditemukan dalam karya-karya

beliau. Antaranya adalah karya yang bertajuk “Madinah al-Fadhilah”. Perbicaraan

mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato dan Aristotle juga telah disentuh

oleh Al-Farabi dalam karyanya iaitu “Ihsa al-Ulum” dan “Kitab al-Jam”. Al- Farabi juga

telah menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam

yang diberikan judul “Al-Musiqa” dan dianggap sebagai sebuah buku yang terpenting

dalam bidang tersebut.

6
PENUTUP

Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa Al-Farabi sememangnya

merupakan seorang ilmuwan serta seorang tokoh falsafah yang serba boleh. Terdapat

banyak daripada pemikiran dan pandangannya yang masih relevan dengan perkembangan

dan kehidupan manusia hari ini. Dalam pada itu, pemikiran Al- Farabi mengenai politik

dan negara banyak dikaji serta dibicarakan di peringkat pengajian tinggi bagi mencari

solusi dan sintesis terhadap segala masalah serta kepincangan yang berlaku dalam dunia

hari ini. Nyata, sumbangan Al- Farabi sangat memberikan pengaruh besar dalam bidang

sains, politik dan ilmu pengetahuan tidak sia-sia selama berkurun lamanya.

7
BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan. 2007. Falsafah Dan Logika Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian

Melayu, Universiti Malaya.

Hashim bin Haji Musa. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu Suatu

Pengenalan. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Idris Zakaria. 1991. Teori Politik Al-Farabi Dan Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

www.blogfalsafah.com

www.en.wikipedia.org/wiki

www.google.com.my

You might also like