You are on page 1of 6

Abu Bakar As Siddiq

Lahir 573M – nama sebenar Abdullah bin Abu Quhafah. As Siddiq bermaksud
yang membenarkan kerana sentiasa meyakini kebenaran nabi saw. Ikhlas, jujur dan
setia. Juga digelar penyelamat umat islam.

1.     Berjaya mengatasi masalah perpecahan masyarakat Islam . Berpunca


daripada:

a.      Orang islam yang murtad dan gerakan golongan al Riddah yang
menyalahtafsirkan ayat al Quran sehingga tidak mahu bayar zakat.

2.     Mempertahan Madinah daripada ancaman kuasa luar spt Parsi, Rom Timur,
Menghantar Khalid Al Walid tentang Pars di Iraq, Usamah bin Zaid ke
Ghassan.

3.     Melicinkan pentadbiran dengan pembahaian 10 wilayah spt:

a.      Makkah

b.     Taif

c.     Yaman

d.     Al Jund

e.      Khalwan

f.       Bahrin

g.     Jarsh

h.     Zabid

i.        Hadrahmaut, dan

j.        Nijran

4.     Memperkenalkan bayaran bergaji untuk tentera melalui hasil rampasan


perang
5.     Perkenalkan undang-undang tanah dan hak rakyat terutama golongan
Mawali – orang bukan arab yang peluk Islam – hanya perlu bayar cukai
tambahan.

6.     Mengumpulkan kitab al Quran – arahkan Zaid bin Thabit. Sebab kumpul:

a.      Ramai hafiz al quran gurgur shahid semasa gerakan ar riddah.

                                                              i.      Sebelumnya ayat al quran disalin dalam bentuk:

                                                            ii.      batu

                                                          iii.      kulit binatang

                                                         iv.      kayu dan tulang

b.     Disimpan oleh Khalifah Umar, Hafsah ( Isteri Nabi saw.) dan Uthman
bin Affan

Umar Bin Al-Khattab

1.     Berasal daripada Bani Adi , Lahir pada 583M. Nama sebenar Umar bin Al
Khattab bin Naufal – Keturunan Quraish. Terkenal dengan sifat berani, tegas
dan berterus terang.Dikenali dengan Amirul Mukminin atau Panglima
Agung Mukmin.

2.     Pelantikan dicadang oleh Abu Bakar As Siddiq dan dipersetujui para
sahabat.

3.     Jangka masa pemerintahan beliau dianggap zaman keemasan sebab:

a.      Banyak perubahan dan pembaharuan dilakukan.

4.     Bidang politik:

a.      Perkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai

b.     Tubuhkan Majlis Syura dianggotai Muhajirin dan Ansar

c.     Bahagikan jajahan takluk kepada beberapa wilayah


d.     Melantik wali atau gabenor sebagai ketua – bertindak sebagai ketua
pentadbir dan tentera.

e.      Tubuhkan beberapa jabatan seperti Jabatan Tentera, Polis,


Percukaian, dan Perbendaharaan. Negara. Diketuai Khatib atau
setiausaha.

f.       Jabatan kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain untuk elak salah
laku oleh hakim dan dibayar gaji bulanan – 500 dirham.

5.     Bidang Sosial

a.      Pendidikan – sediakan guru dan tempat belajar serta kembangkan


pembelajaran al quran.

                                                              i.      Sebagai contoh ; Abu Sufyan dihantar ke kawasan orang


badwi

b.     Perkenalkan kalendar Islam dan Tahun Hijrah.

c.     Susun semula sistem ketenteraan bentuk tentera tetap dan sukarela.

d.     Markas tentera dibina dibandar utama.

e.      Kubu Pertahanan di sempadan yang menghadap musuh seperti Di


Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.

6.     Bidang Ekonomi.

a.      Bina terusan dan tali air – tambah hasil pertanian seperti empanagan
Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin – 111km di
Mesir.

b.     Rakyat digalak teroka tanah baru dan usaha tanah terbiar.

c.     Perkenal pelbagai cukai spt:

                                                              i.      Kharaj – berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah

                                                            ii.      Jizyah – dikenakan terhadao golongan zimmni – orang


bukan Islam yang duduk dalam wilayah Islam dan kekal dengan
tradisinya. Mereka bebas daripada perkhidmatan tentera dan
pembayaran zakat.

d.     Baitul diperkenalkan bagi kawal aliran zakat

Khalifah Uthman Bin Affan

Latar belakang

1.     Nama sebenar Uthman bin Affan Bin Abil As bin Umaiyah. Lahir pada
576M.

2.     Hartawan yang dermawan, lemah lembut, bertolak ansur, sikap simpati,

3.     Digelar Zun Nurain – mempunyai dua cahaya kerana pernah kahwini dua
orang puteri Nabi saw.

4.     Pelantikan melalui majlis syura. Enam calon dicadangkan :

5.     Ali Abu Talib dan Uthman bin Affan mendapat undi sama banyak. Abd
Rahman bin Auf mendapatkan pendapat orang ramai dan bersetuju yang
Uthman layak menjadi khalifah yang ketiga.

Sumbangan :

1.     Berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afganistan, Smarkand,


Cyprus,dan Tripoli.

2.     Memperkukuhkan pertahanan dan membina tentera Islam .

3.     Menjadi satu nashkah Al Quran sebagai bacaan yang rasmi – Mushaf
Uthmaniah.

4.     Membina jalan raya, jambatan, rumah rehat.

5.     Mengukuhkan peranan baitulmal untuk biayai pembangunan negaa dan


perkuat tentera islam spt pembelian senjata dan kapal.
6.     Jizyah dikekalkan.

Khalifah Ali Abu Talib

Latar Belakang.

1.     Lahir 602 M. Bani Hasyim.

2.     Terkenal dengan sifat keberanian  dan kepahlawanannya.. Tegas serta


berpengetahuan luas dalam Islam.

3.     Pelantikan mendapat sokongan terbanyak.

4.     Kepakaran dalam perundangan Islam.

Sumbangan:

1.     Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Cth dalam


Perang Siffin . Sanggup berdamai dan berunding.

2.     Membina markas tentera di Parsi dan Sempada Syria.

3.     Ekonomi :Kutipan Jizyah diteruskan. Spt dalam surat kepada al-Asytar.

Kesimpulan:

1.     Sistem pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin menitikberatkan  :Kesejahteraan


agama, rakyat dan negara.

2.     Kerajaan Islam Madinah dapat berkembang dengan kukuh dan berkembang
menjadi negara yang kuat.

3.     Kerajaan Islam dapat bersaing dengan Rom dan Parsi. Khalifah tidak
mementingkan diri dan tidak mengamalkan kehidupan mewah.
4.     Berjuang mengekalkan pembangunan,kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat
jelata.

5.     Rakyat dapat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup.

6.     Pada akhir pemerintahan Khulafa ArRasyidin digantikan dengan


pemerintahan sistem warisan iaitu pemerintahan dibuat secara turun temurun
atau monarki.

7.     Sebelumnya sistem syura. Sistem syura bermaksud pelantikan dibuat secara
musyawarah dan dipersetujui sama ada sebulat suara ataupun secara
demokrasi. Pandangan para sahabat dan umat Islam dilakukan bagi
mendapatkan pengganti yang baik.

You might also like