You are on page 1of 8

Falsafah Dan Logikal melayu

Akademi Pengajian Melayu

JXEA 1104

Tajuk : Falsafa Yang Dipegang

Oleh Falsafah Terkenal.

( Al- Farabi : Falsafah Politik )

Nama: Siti Nur Anis Bt. Muhammad Apandi

No. Matrik: JEA 080133

Pensyarah: Dr. Amran b. Mohammad


FALSAFAH DAN LOGIKAL MELAYU
FALSAFAH YANG DIPEGANG OLEH TOKOH FALSAFAH
(PLATO)

Menurut Prof. Dr. Awang Sariyan dalam bukunya yang bertajuk Falsafah dan

Logikal Melayu (2007: 1) dari sudut etimologi, perkataan falsafah berasal daripada

perkataan Yunani atau Greek yang mana philo bermaksud cinta dan Sophia bermaksud

hikmah. Falsafah dapat diertikan sebagai hasrat atau keinginan yang bersungguh-

sungguh untuk mendapatkan kebenaran yang sejati serta menghayati kebenaran tersebut.

Menurut Dr. Hashim bin haji Musa dalam bukunya yang bertajuk Falsafah, Logik, Teori

Nilai dan Etika Melayu (2001 : 1) “falsafah boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikan/

pengajian dan ilmu yang berasaskan renungan (reflective) dan pentaakulan (reasoning)

untuk merumuskan sifat, hakikat dan kandungan alam wujud atau alam semesta dilihat

secara keseluruhan sebagai satu kesatuan, berdasarkan penelitian dan pengkajian terhadap

data dan fakta yang diambil daropada semua aspek alam wujud/ semesta” Mengikut

Kamus Dewan Edisi Keempat, falsafah dapat ditakrifkan sebagai pengetahuan tentang

pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tinggi yang menjadi dasar ilmu- ilmu lain.

Erti falsafah dari sudut praktis pula ialah “alam berfikif atau fikiran secara mendalam

tentang hakikat segala sesuatu”.

Untuk melaksanakan tugasan bagi mengkaji falsafah yang dipegang oleh salah

seeorang ahli falsafah terkenal dunai, pengkaji memilih tokoh falsafah Al- Farabi dan

falsafah yang dipilh ialah falsafah politik yang dipegang oleh beliau. Al-Farabi
mendifinisikan falsafah adalah suatu ilmu yang menyelidiki hakikat sebenarnya dari

segala yang ada ini .Al-Farabi berjaya meletakkan dasar-dasar falsafah kedalam ajaran

islam dia juga berpendapat bahawa tidak ada pertentangan antara falsafah Plato dengan

Aristotle sebab kelihatan berlainan pemikirannya tetapi hakikatnya mereka bersatu dalam

tujuannya memahami falsafah pemikiran Al-Farabi di atas seolah-olah falsafahnya adalah

percampuran dari falsafah Aristotle dan Plato.

Nama asal Al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad bin Muhammad Tarkhan Al-

Uzdag. Beliau dilahirkan di Wasij, iaitu di wilayah Transosiana,di negara Turkestan.

Beliau dikatakan lahir pada tahun 257 H bersamaan 870 Masihi, pada zaman

pemerintahan kerajaan samaniah. Al-Farabi dikatakan berketurunan Turki, bapanya

berketurunan Persia manakala ibunya pula berketurunan Turki. Al- Farabi dikatakan

memiliki atau mempunyai daya akal yang tinggi sejak dari kecil lagi, ini kerana dalam

usia muda lagi beliau telah belajar dan mampu belajar berbagai-bagai ilmu. Di dalam

bulan Rajab 339 Hijrah bersamaan 950 Masihi, Al-Farabi telah meninggal dunia di

damsyik, semasa beliau berumur 80 tahun. Beliau telah dikebumikan di sana, iaitu di

sebuah perkuburan di bahagian luar pintu selatan atau pintu sampingan kota tersebut

Pada umumnya Al- Farabi diiktiraf oleh sarjana pemikiran islam sebagai pengasas

falsafah politik tamadun islam. Beliau turut dianggap sebagai pengasas teori masyarakat

madani bukan saja dalam konteks sejarah islam tetapi juga dalam sejarah dunia. Istilah
madani madaniah sering didapati dalam tulisannya, khususnya dalam karya politik beliau.

Kedua- dua istilah ini sering digunakan dalam pelbagai konteks. Sebagai contoh, dalam

buku masyhurnya berjudul Katalog Ilmu (Ihsa' al-'ulum), al-Farabi menggunakan

perkataan madani merujuk kepada salah satu cabang ilmu falsafah amali. Istilah Arab

yang digunakannya ialah al-'ilm al-madani, lazimnya diterjemahkan ke dalam bahasa

Inggeris dengan istilah political science. Dengan kata lain, perkataan madani

diterjemahkan kepada perkataan politik. Terjemahan ini kurang tepat dan boleh

mengelirukan kerana ada satu lagi istilah yang juga diterjemahkan dengan politik, iaitu

siasah yang sering dipakai dan dibincangkan oleh al-Farabi bersama konsep madani atau

madaniyah. Kita boleh menterjemahkan madani dengan politik asalkan kita memahami

perkataan politik itu dalam pengertian asalnya yang luas seperti yang difahami oleh

mereka yang mula-mula menggunakan istilah itu dan yang turut menghuraikan

maknanya, iaitu Plato dan Aristotle apabila mereka merujuk kepada istilah politica,

politikon dan politicus yang daripadanya terbit perkataan Inggeris politics, political dan

politician.

Al-Farabi berpendapat bahawa ilmu politik adalah ilmu yang meneliti berbagai

bentuk tindakan, cara hidup, watak di posisi positif dan akhlak. Semua tindakan dapat di

teliti mengenai tujuannya, dan apa yang membuat manusia dapat melakukan seperti itu

dan bagaimana yang mengatur memelihara tindakan dengan cara yang baik dapat di teliti.

Kebahagiaan manusia diperoleh kerana perbuatan atau tindakan dan cara hidup yang

dijalankan lebih lanjut Al-Farabi berpendapat bahawa kebahagiaan hakiki (sebenar) tidak
mungkin dapat di peroleh sekarang (di dunia ini), tetapi sesudah kehidupan sekarang iaitu

akhirat namun sekarang ini juga ada kebahagiaan yang nisbi seperti kehormatan,

kekayaan dan kesenangan yang dapat nampak dan di jadikan pedoman hidup.

Adapun politik adalah bentuk operasional dari keahlian tersebut.Al-Farabi

menyatakan bahawa masalah dalam politik dapat di bahagikan kepada dua iaitu:

pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan-tindakan yang sedar, cara hidup.

Dasar ini dapat dijadikan upaya untuk memperoleh kebahagiaan, pemerintahan atas dasar

demikian di sebut pemerintahan utama, dimana sebagai ciri kota-kota dan bangsa-

bangsanya tunduk terhadap pemerintahan. Masalah yang kedua dalam politik ialah

kemampuan dalam melahirkan peraturan- peraturan yang bersifat universal kemampuan

yang di sebabkan oleh adanya ketekunan dalam aktiviti politik,dengan harapan boleh

menjadi kebijaksanaan Sebagai ringkasan tentang pemerintahan adalah bahawa ia dapat

menjadi baik, jika ada teoritis dan praktis bagi pengelolaannya.

Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan

Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan.

Beliau juga orang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam

bahasa Arab. Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani,

namun beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam

kehidupan manusia. Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya


memisahkan dirinya daripada sains dan politik, sebaliknya perlu menguasai kedua-

duanya untuk menjadi seorang ahli falsafahyang sempurna. Mengenai teori politik pula,

Al Farabi berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu dan

sebarang percubaan untuk memisahkan antara satu sama lain hanya akan melahirkan

sebuah negara yang pincang. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar

kepada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur.

Jika diambil kira mengenai falsafah politik mengandungi pelbagai elimen seperti

corak kehidupan manusia, ketatanegaraan, dan kewujudan perkaitan sains dalam

politik bagi sesebuah organisasi. Falsafah mengenai politik yang pelbagai boleh

mengelirukan seseorang individu itu. Oleh hal yang demikian kita boleh

menterjemahkan politik sekiranya kita memahami terlebih dahulu dalam pegertiannya

yang luas seperti yang difahami oleh mereka yang mula- mula menggunakan itu dan

yang turut menghuraikan maknanya iaitu seperti Al- Farabi, Plato dan Aristotle.
Rujukan.

1) Buku Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu oleh Hashim bin Hj. Musa,

Ph.d

2) Buku Falsafah dan Logikal Melayu oleh Prof. Dr. Awang Sariyan

3) Kertas Kerja Prof. Datuk Dr. Osman Bakar yang bertajuk Agama dan Budaya

Teras Masyarakat Madani.

4) Kamus Dewan Edisi Keempat.

5) Berita Harian, Isnin- 27.06.2006 (Haliza Hassan).

6) http://www. azlina.net/blog.

7) Berita Harian Online, Isnin 30.09.96

You might also like