You are on page 1of 11

Pulau tioman

Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan
menyelam. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar.Pulau
Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia,di antara
sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam
pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul
paha ayam. 70 km dari Mersing, Johor. Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan
pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang.

Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari
sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga
betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga
ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok.
Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina
bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut
iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.Menurut kajian arkeologi oleh J. Collin
pada tahun 1992, telah ditemui kuali dan seramik purba di Kampung Juara dan Teluk
Nipah berhampiran dengan Kampung Mukut.

Pada bulan Mei 1690, seorang pengembara bernama Dr. Kaempfer dalam dari perjalanan
Batavia ke Ayuthia (Jakarta ke Thailand) pernah singgah di Pulau Tioman dan membuat
catatan tentang keindahan Pulau Tioman.[1]Terdapat kubur keramat Datuk Bukit di Bukit
Datuk. Kubur keramat ini terletak berdekatan dengan Kampung Juara.
Pulau langkawi

Pulau Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman,
Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang
kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri
sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia.
Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi
merupakan yang terbesar.

Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada
perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan
menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi beerti merah hati, ini
kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan
Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga
merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat di
Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang
berdiri diatas Batu Kawi.

"Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian
Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan
"Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.

Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends
of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka"
(keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).

Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan
antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Ko
Tarutao. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Kuah.

Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 890 m dari atas
paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama.[1]

Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2
(204 batu persegi). Langkawi kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.

Kepulauan Langkawi terdiri dari gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran pantai
barat laut Semanjung Malaysia ,kira-kira 30km dari Kuala Perlis dan 51km dari Kuala
Kedah.Pulau yang di kenali ramai ialah Pulau Langkawi.Pulau Langkawi mempunyai
warisan yang begitu unit dan penuh dengan cerita hikayat perwira,burung raksasa,dan
puteri jelita dari kayangan.Langkawi dianggap syurga tropika yang mekar dengan
tumbuhan khatulistiwa dan didiami oleh habitat yang terpelihara,Langkawi wujud dengan
tidak ada tolok bandingnya di antarakepulauan yang sedia ada di Asia Tenggara .Dengan
sejarah alamnya bermula dari 500 jutatahu dahulu,pulau ini terdiri dari rangkaian batu-
batan yang unik dan merangsangkanimaginasi pengunjung dengan penuh tanda tanya
.Gua-gua dihiasi indah oleh rangkaian 'stalaktit'dan'stlagmit'menjemput mereka yang
berani untk menjelahi gua-gua tersebut.Pantai di Langkawi yang bersih ,cuaca yang terang
dan ceria sesuai untuk pecinta alam menikmati keindahan laut sambil bersantai dan
menjalankan aktiviti sukan laut yang mengaksyikkan .

Tanjung Rhu Langkawi


Tanjung Rhu terletak di sebelah utara Pulau Langkawi dan dinamakan Tanjung Rhu kerana
terdapat banyak pokok rhu di sekitarnya .Pemandangan yang indah di sepanjang pantainya
pasti memukau setiap mata yang memandang .

Perjalanan singkat dengan bot dari Tanjung Rhu akan membawa anda ke pintu masuk Gua
Cerita yang menyimpan pelbagai cerita misteri,terdapat tulisan kuno yang masih belum
dapat di tafsirkan sehingga kini masih boleh dilihat di dinding -dinding gua tersebut.

Pantai-pantai di Langkawi
Pantai Kok,Pantai Cenang,Pantai Tengah,Pantai Pasir Tengkorok Datai dan Teluk Burau..
Pantai-pantai ini menawarkan suasana perkelahan yang yang mengasyikkan .Hotel mewah
dan chalet di sediakan untuk kemudahan pengunjung.Bagi penggemar aktiviti lasak
,pelbagai kegiatan yang mencabar boleh diikuti.Manakala bagi penggemar makanan pula
,pelbagai juadah yang enak turut disediakan oleh restoran di hotel-hotel dan medan selera
untuk dinikmati.

Tasik Dayang Bunting


Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi ,di kelilingi oleh tumbuh-
tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.Bukit bukau dan
gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatanseolah-olah sepeti tubuh seorang
wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui island hopping)Tasik
dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda ini bermula dengan
percintaan puteri kayanganyang mengahwini putera bumi .Anak sulong puteri tersebut
mati apabila di lahirkan.Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat
anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu
,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi ditasik
tersebut .

Taman Laut Pulau Payar Langkawi


Taman Laut Pulau Payar terletak dibahagian utara Selat Melaka,kira-kira 19 batu nautika
ke selatan Pulau Langkawi .Taman laut ini terdiri daripada Pulau Payar,Pulau Lembu,Pulau
Seganang dan Pulau Kaca yang dikelilingi oleh batu-batu karang ..Ianya juga dipenuhi
dengan pelbagai hidupan laut yang mempersonakan .Sesuai untuk aktiviti
'snorkling',menyelam dan berenang .Ada beberapa pantai pasir yang sesuai untuk berkelah
,tempat untuk barbeku dan bilik air di kawasan tertentu.Terdapat juga Kawasan
Penerangan Pelawat yang menyediakan matlumat mengenai aman laut ini .Pelawat boleh
ke Pulau Payar dari jeti Kuah menggunakan katamaran atau bot laju .Perjalan mengambil
masa kira-kira 45minit.

Kuah- Langkawi
Pekan Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk pelancong
berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri .Nama 'Kuah' ini berasal dari
cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang mengakibatkan
sebelanga kari tertumpah di kawasan ini .Sempena dengan peristiwa tersebut ,tempat ini
diberi nama 'Kuah'.Dahulunya ,Kuah hanya merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia
merupakan pusat bandar yang begitu maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan
perniagaan tetapi ianya tidaklah sesibuk bandar-bandar besar yang lain .Kuah ialah pusat
membeli-belh bebas cukai dengan berbag .ai barangan yang bermutu manakala restoran-
restoran di sini menghidangkan masakan yang lazat terutamanya makanan laut . Makam
Mahsuri Langkawi
Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah .ia meupakan makam
peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi,sijelita yang telah dituduh
melakukan perkara sumbang .Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati
dengan sebilah keris .Menurut lagenda,darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri
setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau
Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh generasi.Samada
dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami
arus pembangunan yang begitu pesat sekali .
Opening hours: Daily, 7.30 am - 6 pm

Kampung Air Hangat


Kampung Air Hangat terletak dikawasan seluas empat ekar kira-kira 14 km dari Kuah
.Kompleks moden ini dihiasi dengan tiga tingkat pancutan iar panas dan mural dari batu
sungai sepanjang 18meter yang menceritakan lagenda tempat tersebut .Demontrasi kraft
tangan tempatan dan tarian kebudayaan juga diadakan setiap hari .Para pelawat yang
meminati kraftangan boleh mengunjungi kedai menjual kraftangan tradisional yang
terdapat disini..
Opening hours: Daily, 9 am - 6 pm
Langkawi Anna & The King Gallery
Tempat pengambaran filem yang indah dan mahal ini telah dibina oleh syarikat perfileman
20th Century Fox pada tahun 1999 untuk pembikinan filem 'Anna and The king'.Dibina
keseluruhannya daripada kayu kayan tempatan oleh tukang kayu dari Malaysia dan luar
negeri ,istana ini menyerupai istana tradisional kerajaan Siam pada zaman silam .

Langkawi Oriental Village


Oriental village merupakan satu lagi destinasi pusat membeli belah ,kebudayaan dan
masakan yang terkini dan unit di Pulau langkawi.Direka khas untuk menyediakan suasana
baru membeli-belah di pulau peranginanan bebas cukai ,ia juga turut menempatkan
restoran-restoran bertema yang menyediakan berbagai jenis masakan Asia

Oriental Village menawarkan lebih daripada 470jenis jenama pereka antarabangsa dan
tempatan serta 17000 jenis barang pasti memukau mata para pengunjung.Pertunjukan
kebudayaan dan fesyen serta demontrasi kraftangan oleh pakar kraftangan menambahkan
lagi suasan kemeriahan membeli belah di situ .Ia berdekatan dengan Langkawi Cable Car
,aktiviti menunggang Gajah dan Telaga Tujuh ,.
Opening hours: Daily, 10 am - 10 pm

Underwater World Langkawi


Di sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam tangki
kaca .Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di
Langkawi .Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki
kaca yang berbagai saiz dan jenis .Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti
jerung,pari tropika,penyu serta yang terbaru seperti anjing laut ,penguin dan naga laut
.Terowong sepanjang 15mtr telah di bina untuk kemudahan pengunjung berjalan sambil
melihat keindahan hidupan laut yang mempersona.

Pelayaran ke pulau pulau


Pelayaran (langkawi island hopping )ke pulau pulau di sekitar Langkawi amat
menyeronokkan kerana pelancong akan dapat menikmati keindahan semulajadi pulau
pulau berkenaan .Pelayaran tersebut akan melalui Pulau Dayang Bunting ,Pulau Beras
Basah dan Pulau Singa Besar .Aktiviti yang menarik semasa island hopping ini ialah melihat
burung -burung helang terbang berdekatan dengan kita untuk makan makanan yang di
berikan oleh pemandu-pemandu bot pelancong tersebut .

Taman Buaya Langkawi


Taman Buaya Langkawi terletak di Kubang Badak jalan ke Datai dan Pantai Pasir
Tengkorak lebih kurang 32km dari pekan Kuah .Disini terdapat lebih 1000 ekor buaya yang
terdiri daripada pelbagai jenis spesis untuk tontonan orang ramai .Jika bernasib baik ,para
pengunjung akan menikmati pertunjukkan keberanian manusia bermain dengan buaya
pada jam atau waktu tertentu .
Opening hours: Daily, 9 am. - 6 pm. Tel : 04-9592559

Dataran Lang Langkawi


Dataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah .Tarikan utama ialah arca seekor
Burung helang..

Menurut Lagenda ,Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama
pendek bagi 'helang' .Manakala 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksut
coklat.Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat .Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik
yang indah ,restoran,jejambat ,jeti dan teres yang berbumbung .Kedudukkannya yang
berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung
yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam.Di samping itu ia juga terletak
bersebelahan Taman Lagenda Langkawi .

Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam .Arca Helang ini terletak
di tempat yang strategik bagi mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelawat yang
mengunjungi Langkawi .

Galeria Perdana Langkawi


Galeria Perdana yang terletak di Kilim 10km dari Kuah menempatkan kira-kira lebih 2500
hadiah dan anugerah negara yang dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia
,Tun Dr. Mahathir dan isteri .Bahan pameran yang terdapat di sini termasuklah barangan
kristal ,barangan kulit,perak,tembaga,seramik dan kaca.Terdapat juga alatan seni muzik
dan kraf silam,bahan tekstil dan senjata .Diantara bahan yang turut dipamerkan adalah
koleksi prototaip kereta dan pacuan empat roda .

Pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar didalam galeri ini.Sebuah kedah cenderahati
terletak di galeria tersebut menjual gambar gambar bahan pameran yang di pamerkan.

Laman Padi Langkawi


Merupakan lokasi yang mesti dilawati oleh para penggemar pelancongan berasaskan
pertanian .Terletak di Pantai Cenang ,kawasan pantai peranginan yang terkemuka
Langkawi dan hanya 10minit dariLapangan Terbang ,Laman Padi Langkawi menjadi pusat
untuk mempamirkan sejarah ,warisan dan kemajuan industri penanaman padi negara .

Diantara tarikan disini ialah muzium beras yang mempamirkan artifak ,carta dan gambar
menunjukkan kepentingan penanaman padi kepada negara.Pelawat berpeluang menikmati
pemandangan laman ini dari taman atas bumbung .Anda boleh cuba menanam padi
menggunakan cara tradisional serta menuai menggunakan cara moden .Terdapat juga
restoran serta pusat urut disitu .
Opening hours: Daily, 10 am - 6 pm.Telefon : 04-9553415

Taman Legenda Langkawi


Taman ini mengandungi pokok pokok bunga dan buah buahan tempatan yang memberikan
satu pemandangan yang cantik dengan berlatarbelakang kan bangunan warisan Malaysia
dan bahan bahan kebudayaan .Di dalam lawatan tersebut anda akan dapati segala kisah
sejarah dan tempat tempat yang terdapat di Langkawi di ceritakan di sini .
Opening hours: Daily, 8 am - 11 pm

Komplek Budaya Kraf Langkawi


Terletak di Teluk Yu di sebelah utara Pulau Langkawi ,kira kira 30 minit perjalanan dengan
kenderaan dari lapangan terbang atau 35 minit dari pekan Kuah .Terletak di atas bukit
mengadap laut ,komplek yang indah ini menawarkan berbagai jenis kraftangan Malaysia
seperti batik tulisan tangan dan barangan perak yang di ukir halus . Opening hours: Daily, 9
am - 6 pm.Tel : 04-9591913

Tasik Dayang Bunting Langkawi


Tasik Dayang Bunting terletak disebelah selatan Pulau Langkawi ,dikelilingi oleh tumbuh-
tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di kepulauan Langkawi .Deretan bukit dan
gunung di sekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah seperti tubuh seorang wanita
hamil yang sedang berbaring.Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa
lalu .Lagenda bermula dengan percintaan puteri kayangan yang mengahwini putera
bumi .Anak sulung puteri tersebut mati selepas di lahirkan .Maka dengan rasa sedih beliau
telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau
berdoa mulai dari saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan
anak sekiranya mandi di tasik itu .

Sungai Kilim Langkawi


Untuk mereka yang gemar menghayati keindahan alam ,Langkawi menawarkan
pemandangan indah dan pengalaman yang sukar dilupakan ,aktiviti pelayaran dengan bot
ke Taman Alam Sungai Kilim,sebuah dunia yang berlainan sama sekali .
Taman seluas 100kmpersegi ini diselubungi kehijauan hutan paya bakau yang dilindungi
,serta ditaburi pantai terpencil yang putih bersih dan teluk kecil dengan air yang biru dan
jernih .
Struktur batu kapur yang muncul dari lantai paya bakau dan laut membentuk keunikan
geologi yang menakjubkan dengan gelaran seperti kuil Borobudur,Batu Gajah dan Taman
Gantung.Selain itu Gua Cerita dan Gua Kelawar yang dikaitkan dengan lagenda dan pelbagai
kisah cinta dan misteri menanti anda .

Langkawi -Telaga Tujuh (Seven Wells)


Telaga Tujuh terletak disebelah barat laut Pulau Langkawi ,Telaga Tujuh merupakan telaga
yang terbina dari kejadian bumi yang menakjubkan .Dinamakan Telaga Tujuh kerana air
terjun ini terbentuk dari pecahan 7 telaga semula jadi .Kehijauan pepohon disekitar Telaga
Tujuh menambahkan lagi suasana tenang disekelilingnya .Mengikut lagenda ,puteri-puteri
dari kayangan sering mandi-manda di telaga ini.
Pulau pangkor

Pulau Pangkor terletak di Pantai Barat Semenanjung, di dalam negeri Perak Bumi Bertuah.
Ia merupakan pusat pelancongan utama di negeri Perak sedang dimajukan sebagai pusat
pelancongan bertaraf antarabangsa.

Perak bererti siver dalam bahasa inggeris. Nama berasal paling mungkin dari warna
keperakan timah. Pada 1890-an, Perak, dengan deposit aluvial timah terkaya di dunia
adalah salah satu permata dalam mahkota Kerajaan Inggeris. Namun, beberapa menyebut
nama berasal dari "secercah ikan dalam air" yang berkilauan seperti perak. Bahasa Arab
kehormatan dari Negara Darul Ridzuan, Tanah Grace.

Di seberang seberang Selat Lumut Manjung adalah sebuah desa nelayan yang ramai di
Pulau Pangkor, yang terbesar daripada sembilan pulau dalam kumpulan kecil pulau. The
Pangkor Nama mungkin berasal dari 'pulau yang indah' kata Pang Thailand Ko makna.

Namun, yang lain percaya itu mungkin telah dinamakan Pang Kui, seorang petualang
legendaris China dikatakan telah meminjamkan keahliannya dalam ilmu pelayaran untuk
band-band dari bajak laut pulau ini sekali terlindung.
Pangkor, dengan campuran kuno yang penempatan nelayan dan resort, merupakan
destinasi pelancongan menarik. Hal ini menyajikan pengunjung kesempatan langka untuk
hidup nelayan berhampiran dan mengamati gaya hidup mereka, atau sekadar menikmati
pantai halus dan kemudahan resort.
Pulau Pinang

Pulau pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia.
Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka (lihat peta). Negeri ini
merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia.Nama pulau ini
diambil daripada nama pokok pinang .

Pulau Pinang adalah negeri kedua terkecil di Malaysia selepas Perlis dan mempunyai
bilangan penduduk seramai 1.5 juta orang. Dari segi geografi Pulau Pinang terbahagi
kepada dua bahagian iaitu.Pulau Pinang, sebuah pulau dengan keluasan 293 km
persegi.Seberang Perai, sejalur tanah seluas 760 km persegi yang bersempadan dengan
Kedah di utara dan timur dan Perak di selatan.

Ibu negeri dan bandar terbesar di Pulau Pinang ialah George Town, dibuka pada tahun
1786 oleh Kapten Francis Light. George Town adalah bandaraya kedua terbesar di Malaysia
selepas Kuala Lumpur. George Town adalah bandaraya tertua di Malaysia apabila Ratu
Elizabeth II menganugerahkan taraf bandaraya pada 1 Januari 1957.

Butterworth adalah bandar kedua terbesar di Pulau Pinang. Butterworth hanya dipisahkan
oleh Selat Utara dari George Town yang selebar 3km. Kedua-dua buah bandar ini juga
terletak berdekatan dengan bandar-bandar satelit seperti Sungai Petani dan Kulim di
Kedah, Kepala Batas, Bukit Mertajam, dan Batu Kawan di Seberang Perai serta bandar-
bandar di utara negeri Perak. Bandar-bandar ini membentuk kawasan metropolis dengan
jumlah penduduk melebihi 2 juta orang, menjadikannya kawasan metropolis kedua
terbesar selepas Lembah Klang.
Pulau Marine Park

Kumpulan daripada empat pulau sekitar 35 km (22 batu) selatan Langkawi, perairan di
sekitar taman laut yang memukau adalah paparan karang dan spesies akuatik seperti belut,
kerapu batu, hiu hitam-tip dan ikan badut (berfikir Nemo) . Pulau ini adalah tempat yang
hebat untuk diving atau snorkeling. Tanah-lubbers yang tidak ingin menginjakkan kaki
dalam air boleh naik perahu dengan dasar fiberglass telus untuk menyaksikan kehidupan
di bawah ini.

Hutan di pulau tersebut matang untuk eksplorasi sementara pantai yang sempurna untuk
berkelah dan mandi matahari. Pulau ini hanya boleh dicapai oleh speedboat. Pulau Payar
Marine Park pelancongan boleh ditetapkan daripada wakil Langkawi Karang di Kuah. Tidak
ada vila atau resort untuk melindungi persekitaran, tetapi berkhemah adalah dibenarkan
dengan izin daripada Jabatan Perikanan Kedah di Alor Setar.

Paling menonjol, pulau berhampiran Pulau Payar kaya dengan taman karang, haiwan laut
dan perairan tenang tembus dan menawarkan bentangan kemuliaan jauh dari pantai.
Langkawi Pulau Payar tur merupakan pakej bercuti klasik tropika. Namanya diterjemahkan
menjadi 'Isle dari Maiden hamil', dan merupakan pulau kedua terbesar Langkawi.
Terbungkus hijau hutan hujan, flora dan fauna yang ditemui di sini adalah luar biasa.
Sebuah tasik besar di pulau ini diyakini memiliki sifat magis, air geran kesuburan wanita
mandul, maka namanya. Air juga bagus untuk berenang. Sebuah gua yang disebut Gua
Langsir duduk di sini, rumah bagi ribuan kelawar, pasti worth sebuah ekspedisi atau dua.
Pulau ini dapat diakses melalui fromKuah 15 minit naik perahu namun rencana perjalanan
anda selama satu hari kerana tidak ada tempat penginapan.

You might also like