You are on page 1of 122

Pengajaran dan pembelajaran

Pengajaran

Proses penyampaian ilmu, kemahiran, sikap


dan nilai
Teaching

One directional Multi directional/interactive


teaching -
 the profession of a teacher;
 pedagogy, instruction
 education - the profession of teaching (especially at a school or college or
university)
 catechesis - oral religious instruction (as before baptism or confirmation)
 catechetical instruction - teaching religious principles by questions and
answers
 language teaching - teaching people to speak and understand a foreign
language
 teaching reading - teaching beginners to read
 schooling - the act of teaching at school
 indoctrination - teaching someone to accept doctrines uncritically
 tutelage, tutorship, tuition - teaching pupils individually (usually by a tutor
hired privately)
 lesson - a unit of instruction; "he took driving lessons"
 hypnopedia, sleep-learning - teaching during sleep (as by suing recordings
to teach a foreign language to someone who is asleep)
 spoonfeeding - teaching in an overly simplified way that discourages
independent thought
 lecturing, lecture - teaching by giving a discourse on some subject (typically
to a class)
Pembelajaran

 Pembelajaran berlaku apabila adanya


perubahan tingkah laku di mana
seseorang yg telah mengalami
proses pembelajaran akan
menunjukkan tingkah laku yg
berlainan drp sebelumnya, spt drp
tidak boleh membaca kpd boleh
membaca.
sambungan……

 Masalah yg dihadapi oleh guru pada


hari ini ialah bagaimana hendak
mengajar pelajar supaya dapat
menguasai maklumat, konsep dan
kemahiran yg berguna utk mereka
apabila dewasa kelak (Slavin, 1997).
3.1.1 Definisi Pembelajaran
 Pembelajaran biasanya didefinisikan
sebagai perubahan individu yg
disebabkan oleh pengalaman (Slavin,
1997; Mazur, 1990; Rocklin, 1987).
 Perubahan akibat perkembangan (spt
mengalami pertambahan ketinggian)
bukanlah pembelajaran.
 Stalling (1973) berpendapat pembelajaran
berlaku berdasarkan
tiga kriteria penting iaitu:
Pembelajaran harus,
(i) menampakkan perubahan dlm
tingkah laku.
(ii) melibatkan sesuatu pemikiran, dan
(iii) menghasilkan perubahan melalui
pengalaman atau latihan.
 Pendapat Stalling selari dgn
pendapat Woolfolk (1998) yg
mengatakan,
“…….learning occurs when
experience causes a relatively
permanent change in an individual’s
knowledge or behavior. The change
may be deliberate or unintentional, for
better or for worse.”
 Menurut Crow dan Crow (1983),
pembelajaran adalah;
---pemerolehan tabiat,
pengetahuan dan sikap.
---melibatkan cara baru membuat
sesuatu kerja.
---berlaku dlm percubaan
individu utk mengatasi
rintangan atau menyesuaikan
diri kpd situasi baru.
 Pembelajaran merupakan perubahan
tingkah laku yg melibatkan
ketrampilan kognitif, iaitu penguasaan
ilmu dan perkembangan kemahiran
intelek (Rahil Mahyuddin et al. 2000).
sambungan……

 Ilmu dibina drp maklumat melalui


pemikiran.

 Ilmu harus dibina oleh pelajar sendiri


semasa mencari pemahaman tentang
maklumat yg diterima.
3.1.2 Ciri dan Proses Pembelajaran

 Pembelajaran biasanya berlaku


setelah seseorang itu terdedah kpd
persekitaran.

 Bermula drp ransangan yg diterima


melalui pancaindera.
sambungan……

 Ransangan dibawa ke otak utk diberi


makna dan disimpan dlm ingatan
sebagai pengalaman.

 Apabila pengalaman digunakan


semula dlm bentuk yg baru, ia
dianggap sebagai perubahan tingkah
laku (pembelajaran).
Proses Pembelajaran
Persekitaran

Tingkah laku Ransangan

Ingatan
Ciri-ciri pembelajaran:

 Pembelajaran berlaku apabila adanya


perubahan tingkah laku yg kekal.

 Perubahan tingkah laku adalah akibat


mendapat kefahaman drp maklumat
baru, latihan, pengalaman, celik akal
atau cuba jaya.
sambungan……
 Berlaku secara disedari atau tidak
disedari.
 Proses berterusan yg berlaku
sepanjang hayat.
 Pembelajaran adalah satu proses dan
berlaku selari dgn perkembangan
kognitif spt yg diutarakan oleh Teori
Perkembangan Kognitif Piaget.
Proses pembelajaran:
 Ransangan drp persekitaran.

 Ransangan yg sesuai dipilih oleh


organ deria.

 Ransangan dibawa ke otak utk diberi


makna dan diterima (pemikiran dan
penerimaan).
sambungan……

 Pembentukan pengalaman atau


pengetahuan dalam ingatan.

 Mengamalkan pengalaman atau


pengetahuan dalam satu situasi yg
sesuai dan sepadan.

 Perubahan tingkah laku


(pembelajaran).
3.1.3 Jenis Pembelajaran

(a) Pembelajaran formal

(b) Pembelajaran informal

(c) Pembelajaran nonformal


(a) Pembelajaran Formal
Pembelajaran formal adalah
pendidikan yg diterima secara
langsung drp institusi –institusi
tertentu spt sekolah, maktab
atau universiti.
Ciri-ciri pembelajaran formal:

 Diterima secara langsung dan


dikendalikan oleh sesuatu institusi
bertauliah dan dilembagakan.

 Berasaskan sukatan pelajaran atau


kurikulum yg telah digubal oleh
Kementerian Pelajaran dan
dilembagakan.
sambungan……

 Diwajibkan kpd semua kanak-kanak


biasa di negara ini drp umur 7 tahun
hingga 13 tahun.

 Biasanya dilaksanakan dlm bangunan


yg siap prasarananya spt bilik darjah,
kerusi, meja dll.

 Dilaksanakan oleh guru-guru terlatih


dan bertauliah.
sambungan…..

 Melibatkan penilaian pada tiap-tiap


tahap yg dilalui dlm bentuk formatif,
sumatif dan peperiksaan awam.

 Menekankan pendidikan bidang


kognitif (intelek), emosi (afektif),
rohani dan jasmani (psikomotor).
(b) Pembelajaran Informal

 Pembelajaran informal (tidak formal)


merupakan perlakuan pelajar yg
terlaksana secara tidak langsung atau
secara tidak sedar.
sambungan…..

 Pelajar mendapat pengetahuan drp


didikan dan asuhan ibu bapa di
rumah, pergaulan dgn rakan-rakan,
menghadiri seminar, menonton
televisyen, mendengar radio dll.
Ciri-ciri pembelajaran informal:
 Diterima secara tidak langsung tanpa
berasaskan sebarang sukatan
pelajaran.

 Diserap secara tidak sedar dari


persekitaran melalui pemerhatian,
perbualan dan pengalaman.
sambungan…..

 Merupakan proses pembelajaran yg


berterusan dan berlaku sepanjang
hayat.

 Berlaku setiap masa tanpa


melibatkan tempat tertentu.
sambungan……

 Semua pengetahuan dan kemahiran


didapati dan dikuasai melalui
pengalaman yg diperolehi secara
tidak langsung.

 Tidak menetapkan isi pelajaran atau


bahan pelajaran yg perlu dikuasai.
sambungan……

 Pembelajaran tidak memerlukan guru


terlatih atau pakar.

 Tidak melibatkan sebarang penilaian


dan pelajar tidak diberi sijil yg diiktiraf.
(c) Pembelajaran Nonformal

 Pembelajaran nonformal adalah


bentuk pembelajaran yg berlaku
secara sampingan dan bertujuan
menambah dan melengkapkan
pembelajaran formal.
sambungan…..

 Biasanya pembelajaran nonformal


memerlukan perancangan secara
teliti dan pengendalian yg dilakukan
oleh pendidik dan pakar-pakar
tertentu.
Ciri-ciri pembelajaran nonformal:
 Diadakan apabila wujud keperluan
utk mempertingkatkan kepakaran
pelajar dlm bidang tertentu.

 Sesebuah institusi mengadakan


kursus-kursus pendek, ceramah,
forum, bengkel dsb utk tujuan
tersebut.
sambungan……

 Kursus mungkin melibatkan beberapa


jam dlm sehari atau beberapa hari.

 Biasanya bayaran minimum


dikenakan kpd pelajar utk bayaran
saguhati kpd penceramah dan
perbelanjaan makan dan minum.
sambungan……

 Kursus biasanya diadakan di tempat


formal spt di dewan sekolah, di bilik
darjah, di pusat latihan dll.

 Kandungan kursus pembelajaran


nonformal biasanya lebih mendalam
dan berkaitan dengan kandungan
pembelajaran formal.
3.1.4 Prinsip Pembelajaran
 Merujuk kpd dasar yg menerangkan
cara pembelajaran boleh berlaku
secara berkesan seperti:
(a) Kesediaan (d) Motivasi
Pembelajaran (e) Objektif
(b) Pengalaman Pembelajaran
(c) Unsur Jenaka (f) Menyusun
Pengajaran
(a) Kesediaan Pembelajaran
 Mempunyai kesediaan fizikal, mental
dan emosi sebelum belajar.
 Pembelajaran berkesan berasaskan
pengetahuan dan pengalaman sedia
ada.
 Pelajar memberi perhatian sebelum
guru memulakan pengajaran.
(b) Pengalaman
 Konsep konstruktivisma
menggalakkan murid “belajar
melalui membuat” (learning by
doing).
 Galakkan murid mengguna
seberapa banyak organ deria untuk
pembelajaran berkesan.
(c) Unsur Jenaka
 Berjenaka supaya suasana
pembelajaran menjadi lebih seronok.

(d) Motivasi
 Menarik dan mengekalkan perhatian
pelajar disepanjang pengajaran
melalui peneguhan positif dan
peneguhan negatif.
(e) Objektif Pembelajaran

 Pelajar diberitahu objektif


pembelajaran supaya mereka
bekerjasama dengan guru utk
mencapai objektif tersebut.
(f) Menyusun Pengajaran
 Guru perlu menyusun pengajaran
dan penerangannya dengan cara;
(i) drp yg diketahui kpd yg tidak
diketahui.
(ii) drp senang kpd susah.
(iii) drp dekat kpd jauh.
(iv) drp konkrit kpd abstrak.

3.2 FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN
 Ingatan dan Lupaan
 Persepsi dan Penanggapan
 Kesediaan Pembelajaran
 Pemindahan Pembelajaran
 Gaya Kognitif
 Kemahiran Berfikir
 Kecerdasan
3.2.1 Persepsi dan Penanggapan
 Persepsi bermaksud seseorang
membuat interpretasi atau memberi
makna kpd ransangan yg diterima oleh
derianya (Slavin, 1997).
 Seterusnya individu membuat
penanggapan iaitu membentuk konsep
drp maklumat yg dirasakan penting.
 Ahli psikologi gestalt berpendapat dlm
persepsi, manusia cenderung
mempersepsi sesuatu secara
keseluruhan drp bahagian-bahagian
yg menjadi keseluruhan. (whole units
rather than pieces of sensation, that
the whole of a sensation is more than
its parts).
Ahli-ahli psikologi gestalt
mengemukakan enam prinsip
pengamatan (persepsi) dikenali
sebagi Hukum Pragnanz spt berikut:
(a) Prinsip Kedekatan
(b) Prinsip Bentuk dan Latar
(c) Prinsip Kesamaan
(d) Prinsip Simetri
(e) Prinsip Lengkapan
(f) Prinsip Terangkum
(a) Prinsip Kedekatan
 Ransangan-ransangan yg terletak
dekat antara satu sama lain akan
terkumpul bersama dalam bidang
pengamatan kita.
(b) Prinsip Bentuk dan Latar.

 Bidang pengamatan individu


terbahagi kpd dua komponen iaitu
bentuk dan latar.

 Apabila sesuatu objek menjadi bentuk


atau fokus pemerhatian kita, yg lain
akan menjadi latar.
(c) Prinsip Kesamaan
 Pengamatam manusia cenderung utk
mengumpulkan ransangan yg sama
dalam satu kumpulan.

(d) Prinsip Simetri


 Dalam pengamatan kita lebih mudah
mengingati bentuk yg simetri (sama
ukuran) drp bentuk yg tidak simetri.
(e) Prinsip Lengkapan
 Individu cenderung utk melengkapkan
sesuatu yg tidak lengkap dalam
pengamatan mereka.

(f) Prinsip Terangkum


 Individu cenderung melihat bentuk yg
lebih besar walaupun ada bentuk
kecil di dalamnya.
 Selepas persepsi, pelajar akan
membuat penanggapan.

 Penanggapan ialah proses


membentuk konsep.

 Menurut Bruner, utk membentuk


konsep yg baik pelajar perlu tahu ciri-
ciri konsep.
 Bruner mengemukakan tiga jenis konsep yg
relevan dengan pembentukan konsep iaitu:
(i) konjuntif---dua atribut yg
tergabung, cth: buku tebal
(ii) disjunktif---dua atribut ditambah
satu lagi cth: buku tebal dan mahal
(iii) hubungan---ciri konsep yg
mempunyai hubungan cth: hari
hujan dan sejuk
Faktor-faktor yang mempengaruhi
penanggapan:
(a) Pengalaman
(b) Imaginasi
(c) Kecerdasan
(d) Penguasaan Bahasa
(e) Contoh-contoh
(a) Pengalaman
 Pengalaman membantu seseorang
membentuk konsep.

(b) Imaginasi
 Imaginasi ialah kebolehan mental
seseorang utk membayangkan
sesuatu walaupun objek tidak ada di
hadapan matanya.
(c) Kecerdasan
 Kecerdasan merujuk kpd kebolehan
mental utk mengubah (shaping)
persekitarannya supaya memenuhi
keperluannya (Piaget, 1950).

 Melibatkan pemikiran peringkat tinggi


spt menganalisis, mensintesis
pengalaman lama dengan baru,
membuat penilaian dsb.
(d) Penggunaan Bahasa
 Pembentukan konsep memerlukan
perbendaharaan kata dan
pengungkapan ayat.

(e) Contoh-contoh
 Utk membolehkan pembentukan
konsep yg baik, perlu mengetahui
segala ciri konsep drp contoh yg
banyak.
(Kamarudin, 1993: 73-76)
3.2.2 Ingatan dan Lupaan

(a) Ingatan
 Ingatan bermaksud maklumat yg
dapat disimpan dlm ingatan jangka
panjang dan boleh dikeluarkan
semula apabila dikehendaki.
 Proses yg terlibat dlm membentuk
ingatan ialah:
(i) pengkodan (encoding),
(ii) penyimpanan (storage) dan
(iii) pengeluaran (retrieval)
(Melton, 1963 dalam lll, ms
262).
(b) Lupaan
 Lupaan bermaksud kegagalan
mengingat sesuatu fakta yg pernah
diketahui sebelum ini.
 Mungkin kerana maklumat dlm
ingatan jangka pendek hilang
sebelum sempat diproses dan
disimpan dlm ingatan jangka panjang,
atau gagal utk memanggil (recall) dari
ingatan jangka panjang (Slavin,
1997).
Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Lupaan:

(i) Keusangan (decay)


(ii) Gangguan (interference)
(iii) Tekanan (suppress)
(iv) Kebimbangan (anxiety)
(v) Minat
(vi) Perubahan alam sekitar
(vii) Masa yang tidak mencukupi
(viii) Maklumat yang tidak lengkap
Cara Meningkatkan Ingatan Pelajar
(i) Bahan pembelajaran bermakna
dan berkaitan dengan
kehidupan pelajar.
(ii) Memeringkatkan isi
pembelajaran.
(iii)Menggunakan mnemonik dan
ayat.
(iv)Menggunakan pelbagai alat
bantu mengajar.
sambungan…..

(v) Membimbing pelajar cara


belajar yg betul.
(vi) Membuat latih tubi atau hafalan.
(vii) Menyusun topik-topik supaya
berkaitan.
(viii)Melakukan atau mempraktis
sesuatu yg dipelajari akan
meningkatkan ingatan (Cohen,
1989).
(ix) Pengumpulan (chunking).
sambungan……
 Kanak-kanak perlu mempunyai
kesediaan mental, fizikal
(psikomotor), afektif (emosi dan
sikap) sebelum berupaya
menghasilkan pembelajaran yg
berkesan.
 Piaget mengemukakan teori
perkembangan kognitif untuk
panduan dalam merancang objektif
dan aktiviti pembelajaran.
sambungan…..

 Piaget membahagikan tahap


perkembangan kognitif kepada empat
peringkat:
(a) Peringkat deria motor: 0-2 tahun
(b) Peringkat praoperasi: 2-7 tahun
(c) Peringkat operasi konkrit:7-11
tahun
(d) Peringkat operasi formal:12 tahun
ke atas.
(a) Peringkat Deria Motor

 Pada peringkat ini (lahir hingga 2


tahun), bayi mengkordinasi maklumat
deria dgn kebolehan motor utk
membentuk skema tingkah laku yg
membolehkan mereka “bertindak” dan
“mengetahui” persekitarannya.
sambungan……

 Kanak-kanak membuat pelbagai aksi


kpd objek di sekitarnya spt
memegang, memicit, menendang,
menumbuk, memasukkan kedlm
mulut dsb, semasa meneroka
persekitarannya dan membina
struktur kognitif.
sambungan……
 Kanak-kanak pada peringkat deria
motor juga berkebolehan membuat
imitasi (imitation) dan memahami
konsep pengekalan objek (object
permanence).

 Imitasi: Menurut Piaget kanak-kanak


(18-24 bulan) boleh melakukan
imitasi terhadap tingkah laku yg
dilihatnya.
sambungan…..

 Pengekalan objek: Menurut Piaget


kanak-kanak (8-12 bulan) menyedari
bahawa objek atau peristiwa tidak
hilang, walaupun tidak dapat dikesan
oleh semua alat derianya.
(b) Peringkat Praoperasi

 Pada peringkat ini (2-7 tahun),


berlaku perkembangan drastik dlm
penggunaan simbol mental
(perkataan dan imej) utk menyatakan
objek, orang dan peristiwa yg dialami
oleh kanak-kanak.
sambungan……

 Piaget membahagikan peringkat ini


kpd dua bahagian iaitu:
(i) Peringkat pemikiran prakonsep
(preconcept thinking)

(ii) Peringkat pemikiran intuitif


(intuitive thinking)
(i) Peringkat pemikiran prakonsep (2-4
tahun).
 Bermula dengan kebolehan fungsi
simbolik, iaitu satu perkataan utk
satu objek.
 Boleh tonjolkan permainan
bayangan (pretend play).
 Bersifat egosentrik iaitu melihat
dunia hanya dari perspektif dirinya.
(ii) Peringkat pemikiran intuitif
(4- 7 tahun).
 Pemahaman mengenai objek
bergantung kpd ciri utama yg
nampak nyata (salient
perceptual feature) iaitu bukan
drp proses pemikiran logik atau
rasional.
(c) Peringkat Operasi Konkrit
 Pada peringkat ini (7-11 tahun),
kanak-kanak mengalami
perkembangan pesat dlm proses
operasi kognitif, iaitu aktiviti mental
dalaman yg membolehkan kanak-
kanak mengubah suai dan menyusun
semula imej dan simbol dalam
membuat rumusan atau keputusan yg
logik.
sambungan……

 Pada peringkat operasi konkrit kanak-


kanak mula beransur memahami
konsep pengekalan, terutamanya
isipadu dan berat, mengklasifikasi
dan mengkategori, juga berupaya
membuat perkaitan logik (relational
logic).
Kanak-kanak peringkat operasi konkrit
dapat menguasai konsep:

(i) Proses kebalikan (reversibility)


-berupaya berfikir tentang bentuk
asal sesuatu objek. Cth. Sekiranya
pinggan pecah, dia boleh ingat
semula bentuk pinggan yg asal.
sambungan……

(ii) Pengekalan isipadu


(conservation of volume)
-berupaya berfikir yg isipadu
tidak berubah, walaupun saiz
bekas berbeza.
(iii) Percampahan (decentration)
-boleh berfikir tentang beberapa
dimensi masalah dan perkaitan
antaranya secara serentak. Cth.
Tinggi bekas dan isipadunya.
sambungan……

(iv) Perkaitan logik kuantitatif


(quantitative logical relationship)
-berupaya berfikir secara logik
apabila diberi syarat berbentuk
kuantitatif. Cth. Berbaris
mengikut ketinggian, dari tinggi
ke rendah.
sambungan…..

(v) Klasifikasi(classification)
-berupaya berfikir utk
mengkelaskan objek. Cth.
Mengkelaskan rajah mengikut
bentuk dan warna.
(d) Peringkat Operasi Formal
 Pada peringkat operasi formal (12
tahun ke atas), kanak-kanak boleh
melakukan proses mental ke atas
idea, fakta atau andaian
(propositions).
 Boleh memikir tentang proses
hipotetikal dan peristiwa secara logik,
walaupun asasnya bukan realiti.
sambungan…..

 Ciri pemikiran penting kanak-kanak


pada peringkat operasi formal ialah
mereka berkebolehan dalam:
(i) penaakulan deduktif hipotetikal
dan
(ii) berfikiran seperti saintis.
(i) Penaakulan deduktif hipotetikal
 Penaakulan deduktif bermaksud
pemikiran drp yg am kpd yg
khusus.
 Berkebolehan membina hipotesis
atau memikirkan alternatif baru utk
menyelesaikan masalah.
(ii) Berfikir seperti saintis
 Kanak-kanak pada peringkat operasi
formal juga berfikiran induktif, iaitu
berfikir drp aspek khusus kpd
generalisasi yg luas.
 Pemikiran induktif ini sering dilakukan
oleh saintis di mana mereka membina
hipotesis dan mengujinya secara
sistematik melalui eksperimen.
3.2.4 Pemindahan Pembelajaran
 Pembelajaran yang terhasil drp sesuatu
situasi dapat digunakan dlm situasi yg
lain.
 Boleh berlaku secara:
-positif iaitu pembelajaran dlm situasi A
dapat membantu pembelajaran dlm
situasi B
-negatif iaitu pembelajaran dlm situasi A
mengganggu pembelajaran dlm situasi B
Syarat untuk pemindahan
pembelajaran positif:
 Kefahaman- faham ttg konsep yg
telah dipelajari sebelum boleh
menggunakannya dlm situasi baru
 Kesamaan- dua situasi yg hendak
diaplikasikan konsep perlu ada
kesamaan
 Kemahiran- menguasai kemahiran
sebelum memindahkan ke situasi
baru
sambungan…..
 Motif- berkeinginan atau bermotif utk
memindahkan konsep atau kemahiran
kpd situasi baru.
 Celik akal- telah celik akal dlm konsep,
prinsip atau kemahiran dlm sesuatu
situasi utk memindahkan pembelajaran
kpd situasi lain.


3.2.5 Gaya Kognitif
 Woolfolk(1998)
Gaya kognitif ialah cara individu
mempersepsi dan menyusun
maklumat mengenai persekitarannya.

Gaya pembelajaran ialah


pendekatan individu kpd cara belajar.
Gaya Kognitif

 Borich dan Tombari(1997)


mengaitkan gaya pembelajaran dgn
gaya kognitif.

 Gaya kognitif ialah cara individu


memproses dan berfikir mengenai
perkara yg dipelajarinya.
Contoh-contoh gaya kognitif:
(a) Gaya bebas medan (field
independence)
dan lawannya
Gaya bersandar medan (field
dependence)

(b) Gaya impulsif (impulsive)


dan lawannya
Gaya reflektif (reflective)
(a) Gaya Bebas Medan Dan
Bersandar Medan

 Konsep gaya kognitif bebas medan


dan bersandar medan
diperkenalkan oleh Herman Witkin
dan Goodenough(1977).
sambungan…..
 Ujian mencari bentuk geometri dlm gambar
rajah dlm jangka masa yg ditetapkan.

 Embedded Figures Test -Ujian utk individu.

 Group Embedded Figures Test -Ujian utk


kumpulan.

Ciri Pelajar Gaya Bebas Medan Dan Bersandar
Medan
Bebas Medan Bersandar Medan
Mengamati konsep secara Mengamati konsep secara
analitikal dan melihat global
komponen konsep

Fokus kpd fakta dan prinsip Menghubung konsep kpd


pengalaman individu
(personalized concept)

Suka berinteraksi secara Suka berinteraksi secara


formal dgn guru informal dgn guru
Bebas Medan Bersandar Medan
Suka bertanding dan kerja Suka bekerjasama dan suka
bersendirian kerja berkumpulan

Suka menyusun sendiri Suka maklumat yg telah


maklumat disusun guru

Suka mata pelajaran Sains Suka mata pelajaran Sejarah


dan Matematik dan Sastera

Matlamat pembelajaran drp Matlamat pembelajaran drp


punca dalaman punca luaran (ibu bapa atau
guru)
Bebas Medan Bersandar Medan
Suka merancang sendiri Suka pembelajaran
cara pembelajaran terancang dan berstruktur

Keyakinan tinggi dlm Kurang keyakinan dlm


membuat tugasan membuat tugasan
bersendirian bersendirian

Motivasi berlokus kawalan Motivasi berlokus kawalan


dalaman luaran
Strategi Pengajaran Pelajar Bebas Dan Bersandar
Medan
Bebas Medan Bersandar Medan

Guru perlu formal dlm Pelajar perlukan pendekatan


interaksi dgn pelajar. Guru mesra dlm interaksi,
dianggap orang yg menyediakan pengalaman
berpengalaman dan pakar fizikal dan lisan. Guru
dlm bidangnya merupakan pakar rujuk

Perlukan motivasi bukan Perlukan motivasi sosial yg


sosial (spt gred, bintang, konkrit (spt hadiah atau
pelajar terbaik) pujian)
Bebas Medan Bersandar Medan
Gunakan strategi Gunakan strategi
pembelajaran individu (spt pembelajaran berkumpulan
pembelajaran berasaskan spt pembelajaran koperatif
web, pembelajaran arah
kendiri atau pembelajaran
masteri)

Suka maklum balas Minimumkan maklum balas


berbentuk pembetulan berbentuk pembetulan
Bebas Medan Bersandar Medan
Pelajar suka buat projek Benarkan interaksi guru-
secara bebas murid semasa pengajaran
pembelajaran

Benarkan pelajar Rancangkan pengajaran,


menstrukturkan projek, nota projek atau latihan yg
dan latihan. berstruktur

Peranan guru adalah Peranan guru adalah


sebagai konsultan, sebagai pengajar, penunjuk
pendengar dan fasilitator cara dan pemberi markah
(b) Gaya Kognitif Impulsif dan
Reflektif
Menurut Slavin(1997),
• Gaya impulsif merujuk kpd gaya
kognitif seseorang yg:
-gemar memberi respons secara
cepat.
-biasanya tidak menitikberatkan
ketepatan.
sambungan……

 Gaya reflektif merujuk kpd gaya


kognitif seseorang yg:
-sentiasa menganalisis diri dan
pemikiran sendiri.
Ciri-ciri Pelajar Impulsif
 Membuat kerja dgn cepat tetapi
membuat banyak kesilapan.

 Belajar ikut gerak hati (mood).

 Kajian menunjukkan mereka menjadi


lebih reflektif apabila umur meningkat
(Borich & Tombari, 1997).
Strategi Pengajaran Pelajar Impulsif:

 Perlu diperkenalkan dgn pengajaran


kendiri (self instruction).
 Guru perlu bimbing pelajar
merancang cara membuat latihan dan
menyemak sendiri jawapan.
sambungan……

 Jika terdapat kesilapan, dia


dikehendaki membuat pembetulan
sendiri.
 Bandingkan hasil kerjanya dgn hasil
kerja pelajar lain yg dibuat dgn lebih
baik dan teliti supaya dia menyedari
kesilapannya.
Ciri-Ciri Pelajar Reflektif:
 Lambat menyiapkan sesuatu tugasan
yg diberi tetapi membuat kurang
kesilapan.
 Lebih mementingkan ketepatan
jawapan atau kesempurnaan tugasan
drp menepati masa yg ditetapkan.
 Lambat menyiapkan tugasan kerana
perasaan kurang yakin diri
Strategi Pengajaran Pelajar Reflektif:
 Guru harus dedahkan maklumat yg
tepat dan terperinci tentang tajuk
pelajaran untuk elakkan pelajar
membuang masa mencari jawapan
yg tepat kpd soalan latihan.
 Pelajar perlu diberi kemudahan buku,
majalah, pita video dll.
Kajian Lepas:
 Sekiranya guru dan pelajar mempunyai
gaya kognitif yg sama, pencapaian
akademik pelajar adalah lebih baik
(Saracho & Spodek).
 Guru perlu tahu gaya kognitif pelajar dan
cuba merancang pengajaran dan bahan
bantu mengajar yg dapat memenuhi
kehendak gaya kognitif pelajar (Ramlah &
Mahani, 2002: 85)
3.2.6 Kemahiran Berfikir
(a) Kemahiran Berfikir Kritikal
- kecekapan dan keupayaan
menggunakan minda utk
menilai kemunasabahan dan
kewajaran sesuatu
idea atau pendapat.
sambungan…..

 Contoh proses berfikir kritikal:


- membanding dan membeza
- membuat andaian
- membuat inferens
- membuat urutan
- membuat perkaitan
(b) Kemahiran Berfikir Kreatif Dan
Kreativiti
 Kreativiti ialah:
“ Aktiviti keseluruhan otak yg melibatkan minda
secara sedar (conscious mind) dan minda
secara terpendam (subconscious mind) utk
mencabar andaian, mengenal pola, melihat dgn
cara yg baru, melihat hubungan, mengambil
risiko dan merebut peluang atau kemungkinan”.
(Ned Herrmann dlm Abdul Fatah Hasan,1998)
• Kreativiti ialah:
“Pemikiran yg imaginatif, baru
dan asli dlm menyelesai masalah
atau menghasil produk baru”
(Woolfolk, 1998).

Kesimpulannya kreativiti ialah


keupayaan utk menghasilkan
atau merekacipta sesuatu objek
atau idea yg baru, asli dan unik.
Ciri-ciri kreativiti (Abdul Fatah
Hasan,1998):

 Suatu proses utk mencari dan


meneroka berbagai alternatif.
 Kemahiran, bakat dan teknik yg
dikelolakan utk sesuatu tujuan
tertentu.
sambungan…..

 Melibatkan usaha utk meneroka


sesuatu yg baru dan bernilai yg
belum pernah difikirkan oleh orang
lain sebelumnya.
 Kemahiran yg dipelajari sama spt
kemahiran berenang, bermain
badminton dll.
(c) Metakognisi
 Metakognisi adalah aktiviti mental
yg di gunakan utk memantau,
mengawal dan merancang utk
penyelesaian masalah, kefahaman,
ingatan dan proses kognitif yg lain
(Campione dan Brown,1977).
sambungan…..

 Metakognisi adalah cara individu


mengguna strategi kognitif utk
mencari dan mengumpul maklumat
dan tahu bila dan di mana
menggunakan strategi kognitif
tersebut (Borich dan Tombari 1999).
sambungan…..

 Metakognisi juga dikenali sebagai


berfikir tentang berfikir
(thinking about thinking).
Kita mengurus apa yg perlu
difikirkan oleh minda.
Tiga jenis pengetahuan metakognitif
menurut Flavel (dalam Henson, 1999):

 Pengetahuan personal
Pengetahuan tentang kekuatan dan
kelemahan diri.
Cth: Seseorang tahu dia lebih suka
membaca pelajaran pada waktu pagi
drp waktu malam.
sambungan……

 Pengetahuan tugas
Pengetahuan tentang variasi cara
sendiri dalam melaksanakan tugas.
Cth: Cara menyelesaikan masalah
matematik berlainan drp cara
membuat karangan.
sambungan…..

 Pengetahuan strategi
Pengetahuan tentang strategi
tertentu yg lebih berkesan drp
strategi lain dlm menyelesaikan
sesuatu masalah.
Contoh soalan:
 Anda diberikan dua helai daun hidup.
Bandingkan dan bezakan antara kedua-duanya.

Soalan Metakognisi Soalan Kognisi


Apakah langkah yg anda Senaraikan ciri persamaan
fikirkan sesuai utk mencari dan perbezaan antara daun
persamaan dan perbezaan A dan daun B.
antara daun A dan daun B?

Bagaimanakah anda Bandingkan corak umum


membezakan daun A dan urat daun A dan daun B.
daun B?
Sambungan…
Soalan Metakognisi Soalan Kognisi

Mengapakah anda Daun manakah yg lebih:


menggunakan kaedah i) lebar?
itu? ii) panjang?
Adakah anda berpuas
hati dengan keputusan yg
anda perolehi?
3.2.7 Kecerdasan

(a) Definisi Kecerdasan


 Definisi oleh Piaget(1950),
Kecerdasan adalah kebolehan
individu berfikir atau menaakul
dalam usahanya menyesuaikan diri
dengan persekitaran.
sambungan…..

 Definisi oleh Kalat(1999),


Kecerdasan adalah gabungan
antara kebolehan umum dan
kemahiran praktis.
sambungan……

 Definisi oleh Weschler(1975),


Kecerdasan ialah kebolehan
seseorang individu memahami alam
sekitarnya, dirinya dan kepakaran
yang dimilikinya untuk membantunya
menghadapi cabaran hidup.
Teori Pelbagai Kecerdasan Gardner:

 Menurut Gardner(1983),
Kecerdasan melibatkan kebolehan
seseorang untuk menyelesaikan
masalah atau mencipta sesuatu hasil
kerja dalam konteks
budayanya(seperti menggubah lagu,
mencipta puisi atau koreograf tarian).
9 jenis kecerdasan dalam Teori
Pelbagai Kecerdasan Gardner
 Kecerdasan logik-matematik
 Kecerdasan bahasa-linguistik
 Kecerdasan muzikal
 Kecerdasan visual-ruang-spatial
 Kecerdasan kinestetik-badan
 Kecerdasan interpersonal
 Kecerdasan intrapersonal
 Kecerdasan naturalis
 Kecerdasan eksistensial

You might also like