You are on page 1of 55

NILAI DAN ETIKA

DALAM
PERKHIDMATAN AWAM
OBJEKTIF KURSUS:
DI AKHIR KURSUS INI PESERTA-PESERTA
AKAN DAPAT:

i) Meningkatkan kefahaman mengenai nilai dan


etika terutamanya berkaitan dengan Perkhidmatan
Awam

ii) Menghayati Nilai dan Etika dari perspektif


individu dan organisasi,

iii) membentuk penjawat awam yang bermoral


dan beretika tinggi.
KANDUNGAN KURSUS:

I) KEFAHAMAN TERHADAP NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM

II) MISI PERKHIDMATAN AWAM

III) DEFINISI NILAI

IV) DEFINISI ETIKA

V) TERAS PERKHIDMATAN

VI) LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN NILAI DAN ETIKA


PERKHIDMATAN AWAM
Vlll NILAI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
VIl) NILAI MURNI DALAM ISLAM

VIl TONGGAK 12
MISI PERKHIDMATAN AWAM

• Institusi utama pembangunan masyarakat dan


negara
• Memberikan perkhidmatan kepada Raja,
kerajaan dan rakyat dengan penuh setia
• Membentuk satu masyarakat yang adil dengan
sistem ekonomi terbuka yang berpandukan
kepada kepentingan awam
• Menjaga keamanan dan perundangan
• Menggalakkan inovasi,penyelidikan dan
pembangunan tamaddun
KEFAHAMAN NILAI DAN ETIKA
PERKHIDMATAN AWAM
• Melaksanakan usaha-usaha
pembangunan untuk rakyat
• Perkhidmatan Awam adalah tunggak yang
menentukan jatuh bangun sesebuah
negara
• Matlamat utamanya untuk memberikan
perkhidmatan yang berkesan,cekap,
produktif dan mencukupi
DEFINISI NILAI
 
Nilai adalah ditakrifkan sebagai kepercayaan
yang mendorong seseorang atau institusi untuk
bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan
nilai-nilai utama masyarakat.
Mengikut kajian sejarah, ilmu, kebijaksanaan,
keadilan dan iktidal ( temperance ) merupakan
nilai-nilai utama masyarakat.
 ( Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam
INTAN,1991 )
DEFINISI ETIKA
 Etika bermaksud tanggungjawab dan akibat
tingkah laku seseorang atau profesion
terhadap masyarakat. Seseorang anggota
perkhidmatan awam berkewajipan memahami
tanggungjawab terhadap peranan dan
perilaku seseorang pekerja dalam kerajaan.
 
( Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan
Awam-INTAN, 1991 )
DEFINISI ETIKA
Etika merupakan prinsip moral atau nilai
akhlak atau tingkah laku yang menjadi
pegangan seseorang individu atau sesuatu
kumpulan. Prinsip moral dan kesedaran
akhlak ini tidak boleh dicapai oleh seseorang
tanpa menjalin perhubungan sosial dengan
orang lain.
 
 ( Shukri Ahmad & Razali Mat Zin,
2001-Adab & Etika Kerja dalam Organisasi )
DEFINISI ETIKA

ETIKA DIDEFINISIKAN SEBAGAI SAINS MORAL


DAN PRINSIP-PRINSIP MORAL
ETIKA ADALAH FALSAFAH TINGKAHLAKU
MANUSIA DILIHAT DARI ASPEK LAHIRIAH DAN
BATINIAH
ETIKA ADALAH DISIPLIN DAN PERATURAN
YANG MENENTUKAN SEMUA PERBUATAN ITU
BAIK ATAU JAHAT
ETIKA BIASANYA DIKAITKAN DENGAN NILAI
MORAL DAN ESTETIKA
TERAS PERKHIDMATAN AWAM

1 . BERAZAM MENINGGIKAN MUTU PERKHIDMATAN AWAM

2 . BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB

3 . BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI

4 . BERKHIDMAT DENGAN PENUH MUHIBBAH DAN KEMESRAAN

5 . BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT DAN PEMBANGUNAN


NEGARA

6 . BEKERJASAMA DALAM MEMBENTERAS KELEMAHAN DAN MUSUH NEGARA

7 . BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA


1 . BERAZAM MENINGGIKAN MUTU PERKHIDMATAN :

• LATIHAN

• FAIL MEJA

• MESYUARAT

• PERBINCANGAN – KMK

• PERPUSTAKAAN JABATAN

• LAWATAN SAMBIL BELAJAR

• KREATIF
2 . BEKERJA DENGAN PENUH
TANGGUNGJAWAB
• SURAT LANTIKAN

• IKRAR PERKHIDMATAN AWAM

• SENARAI TUGAS

• MENEPATI JANJI

• INISIATIF
3 . BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI

• KIKIS SIFAT-SIFAT TERCELA

• INSAF AKAN TANGGUNGJAWAB DAN KUASA YANG DIBERI

• KOMUNIKASI BERKESAN

• BERI PELUANG BERTANYA


4 . BERKHIDMAT DENGAN PENUH MUHIBBAH DAN
KEMESRAAN

• SABAR

• BERTIMBANG RASA

• SIMPATI

• MENGAWAL PERASAAN

• MESRA

• CEKAL MENGHADAPI CABARAN

• MEMAHAMI PERASAAN ORANG LAIN


5 . BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN
RAKYAT DAN PEMBANGUNAN NEGARA

• MEMAHAMI DASAR-DASAR KERAJAAN

• MEMBERI BIMBINGAN KEPADA RAKYAT

• MEMBERI KESEDARAN KEPADA RAKYAT


6 . BEKERJASAMA DALAM MEMBENTERAS
KELEMAHAN DAN MUSUH NEGARA

• KEMISKINAN

• KEJAHILAN

• RASUAH

• PENYELEWENGAN

• KOMUNIS

• SUBVERSIF

• PELAMPAU
7 . BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA

• MENGAMALKAN NILAI – NILAI MURNI

• MENOLAK FAHAMAN KOMUNIS


LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN NILAI
DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

I) Panduan Perkhidmatan Cemerlang


( 1979)
II) Penggunaan Kad Perakam Waktu
III) Kempen Bersih, Cekap dan Amanah
(1982)
IV) Dasar Pandang Ke Timur
V) Peggunaan Tanda Nama
VI) Kepimpinan Melalui Teladan
VII) Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam

Dalam Pentadbiran Awam


VIII) Tonggak Dua Belas
X) Citra Karya (Rukun Negara, Perintah Am,
Arahan Perbendaharaan, PKPA.)
NILAI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN
AWAM
NILAI-NILAI PERIBADI ASAS
-TAAT SETIA

-AMANAH/JUJUR
-BERTANGGUNGJAWAB
-IKHLAS
-BERDEDIKASI/TEKUN
-BERDISIPLIN
-BEKERJASAMA
-BERSIH
-SEDERHANA
1. TAAT SETIA
• Patuh, tidak melakukan sesuatu yang
boleh merosakkan membinasakan,
menjatuhkan imej memalukan serta
memburukkan organisasi
• Taat setia kepada Raja, Negara dan
Kerajaan
2.AMANAH/JUJUR
• Tidak menyeleweng, boleh dipercayai
sama ada dalam menjalankan tugas
atau memegang rahsia
• Semua urusan yang
dipertanggungjawabkan mesti
ditunaikan serta dilaksanakan sebaik
mungkin
3.BERTANGGUNGJAWAB
• Kewajipan yang perlu dilaksanakan
• Ada akauntabiliti, boleh diperiksa atau
dinilai pada bila-bila masa
• Tidak ‘melontar batu sembunyi tangan’
4.IKHLAS
• Kebersihan rohani yang tertinggi, tidak
menipu atau menunjuk-nunjuk
• Tidak mengharapkan balasan
• Tidak mempunyai agenda tersembunyi
5. DEDIKASI/TEKUN
• Mengerjakan sesuatu tugas dengan
bersungguh-sungguh, sabar serta
minat yang mendalam sehingga selesai
dengan sempurna
• Genggam bara api biar sampai jadi
arang
6.BERDISIPLIN
• Patuh dan mengamalkan secara
berterusan segala arahan, peraturan
dan ketetapan yang dikenakan oleh
sesuatu organisasi
7. BEKERJASAMA
• bergotong royong dan bantu
membantu dalam menjalankan tugas
• Berat sama dijinjing ringan sama
dipikul
• Mewujudkan kerja berpasukan
• Menjalankan tugas secara kolektif
8. BERSIH
• Rohani dan jasmani
• Jauh daripada perasaan hasad dengki,
tamak, khianat, dendam
• Pakaian, persekitaran kerja, pemilikan
harta
9. SEDERHANA
• Menolak keterlaluan, pertengahan
antara dua ekstrem
• Dalam tugas seharian,percakapan,
arahan, pergaulan, pakaian
NILAI-NILAI ISLAM

AMANAH
TANGGUNGJAWAB
IKHLAS
DEDIKASI
SEDERHANA
TEKUN
BERSIH
BERDISIPLIN
BEKERJASAMA
BERBUDI MULIA
BERSYUKUR

" PEMIKIRAN,TINDAKAN DAN PERILAKU


ANGGOTA-ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM
BERASASKAN KEPADA NILAI-NILAI DAN
ETIKA PERKHIDMATAN AWAM"
TONGGAK DUA BELAS
• sebuah buku yang menjelaskan 12
peringatan penting kepada semua
penjawat awam
• Tan Sri Dato’Seri Ahmad Sarji bin
Abdul Hamid, 1992.
a. MENGHARGAI MASA
‘Demi masa!sesungguhnya manusia itu dalam
kerugian;kecuali orang-orang yang beramal soleh,dan
mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan sabar.’
-(Al Quran, 103:1-30)

‘Those who make the worst use of their time most


complain of its shortness.’
-La bruyere

“An inch of time cannot be bought by an inch of gold.”


-Chinese Proverb
MENGHARGAI MASA
• AMALAN POSITIF AMALAN NEGATIF
• Menepati masa • Berbual-bual kosong
• Menyegerakan tugas • Tidak menyegerakan tugas
• Ada perancangan waktu • Tidak ada ‘sense of urgency’
• Bijak menguruskan tempoh • Tidak merancang pekerjaan
yang diberi • Tidak ada prioriti
• Menumpukan masa pada kerja- • Melayan tetamu yang tidak
kerja yang produktif dan kreatif berkenaan
• Menetapkan ‘target date’ untuk • Tinggalkan pejabat untuk
menyiapkan kerja urusan peribadi
• Menyelesaikan tugas dalam • Membuat kerja peribadi di
masa yag ditetapkan pejabat
• Berniaga waktu pejabat
• Ke kantin dalam waktu bertugas
• Suka bertangguh
b.KETEKUNAN MEMBAWA
KEJAYAAN
-tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai
dengan sempurna dan membawa kejayaan
serta kecemerlangan kepada agensi dan
individu.

“Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit”


- Pepatah Melayu

“Victory belongs to the most persevering”


- Napoleon Bonaparte
KETEKUNAN MEMBAWA
KEJAYAAN
• AMALAN POSITIF • AMALAN NEGATIF
• Gigih dalam melaksanakan • Mudah tersinggung dan
tugas yang mencabar patah semangat
• Rajin dan sentiasa berusaha
• Tekun dalam menjalankan
• Kurang berdisiplin
tugas • Tidak tekun dan mudah
• Sabar menghadapi cabaran mengalah
kerja • Tidak ada inisiatif dan
• Berpandangan jauh tidak kreatif
• Bersemangat melaksanakan
tugas
• Tidak ada visi
• Dedikasi dalam mencapai • Buat kerja bila disuruh
matlamat organisasi • Tidak bercita-cita tinggi
• Cekal menghadapi kesulitan
• Bercita-cita tinggi
c.KESERONOKAN BEKERJA
• Seronok apabila:
*Kerja itu ibadah dan ibadah itu ada ganjaran
*Kerja itu cabaran yang memerlukan daya usaha,
pemikiran dan kreativiti
*Ada kuasa kepakaran (expert power)

“Work done spontaneously and joyfully is never


oppressive”
– Mahatma Gandhi
KESERONOKAN BEKERJA
• AMALAN POSITIF • AMALAN NEGATIF
• Kerja sebagai ibadat • Kerja dianggap beban
• Mempunyai inisiatif • Tidak komited
sendiri • Sentiasa mengharap
• Menghasilkan inovasi dorongan oleh ketua
untuk kecemerlangan
organisasi
• Komited terhadap kerja
• Sedia memberi
kerjasama
d.KEMULIAAN KESEDERHANAAN

• Sikap menolak keterlaluan


• Keserdehanaan dalam
pertuturan,mengeluarkan arahan,
pergaulan,pakaian,perbelanjaan
• ‘Dan orang-orang yang apabila
membelanjakan(harta), mereka tidak berlebih-
lebihan dan tidakpula kikir dan adalah perbelanjaan
itu di tengah-tengah antara yang demikian.’

-Al Furqan(25):67
KEMULIAAN KESEDERHANAAN
• AMALAN POSITIF • AMALAN NEGATIF
• Jelas dan jitu dalam pemikiran, • Menonjol-nonjolkan diri
percakapan dan penulisan • Bercakap dengan
• Tidak membazir dalam menggunakan bahasa
perbelanjaan pejabat yang’bombastik’
• Tidak tamakkan pangkat dan • Berkelakuan mengada-ngada
kedudukan • Sombong dan meninggi diri
• Bersifat pemaaf dalam • Menyukarkan persoalan yang
pergaulan mudah
• Berlaku adil dalam semua • Membesar-besarkan perkara
tindakan yang kecil
• Bijaksana dalm membuat • Kedekut atau berlebihan dalam
pertimbangan memenuhi keperluan organisasi
• Tidak memperagakan • Memperagakan kemewahan dan
kemewahan kedudukan
• Senang didampingi oleh semua • Kerap menghias diri di pejabat
pihak • Bersifat melampau dan
• Sedia menerima cadangan dan keterlaluan dalam semua hal
nasihat
e.KETINGGIAN PERIBADI
• Watak,sikap, perilaku dan daya dalam pergaulan
baik di rumah atau dalam organisasi atau
masyarakat umum
• EQ yang tinggi

‘Orang mukmin yang sempurna imannya ialah yang


terbaik budi pekertinya dan lunak jenaka pada
keluarganya dan sebaik-baik kamu ialah yang terbaik
kepada isterinya.’

-At tirmidzi
KETINGGIAN PERIBADI
• AMALAN POSITIF • AMALAN NEGATIF
• Teguh beriman dan bertaqwa dalam • Pura-pura dalam tindakan
setiap tindakan • Sombong dan menunjuk-nunjuk
• Menyempurnakan tugas dengan • Tidak suka membuat kebajikan
amanah • Gopoh dalam bertindak
• Berilmu dan berpengetahuan luas • Mengampu untuk mendapat pujian
• Mengutamakan keadilan dalam dan sanjungan
setiap tindakan • Selalu mungkir janji dan berbohong
• Sedia berkorban • Suka menghina dan merendahkan
• Tertib dan baik budi bicara usaha orang lain
• Sabar dan cekal menghadapi • Khianat,dendam serta hasad dengki
cabaran • Tamak dalam mengejar pangkat dan
• Bekerjasama dan saling hormat kedudukan
menghormati • Membangkang tanpa cadangan
• Bersih pakaian, pemikiran dan yang baik
tindakan • Tidak berdisiplin
f.KEKUATAN SIFAT BAIK HATI

• Semua sifat yang senang dan


menyenangkan
• Baik pada diri sendiri dan orang lain

• “Tidak dihitung kaya orang yang


banyak harta, tetapi kaya sebenar ialah
kaya jiwa”
- hadith
KEKUATAN SIFAT BAIK HATI
• AMALAN POSITIF • AMALAN NEGATIF
• Pemaaf dan berhemah tinggi • Berdendam bila kemahuan tidak
• Bersopan santun setiap masa tercapai
• Simpati dan bertimbang rasa • Tidak mahu menerima teguran
• Pemurah dan nasihat
• • Tidak bertimbang rasa
Merendah diri
• Sombong, bongkak dan megah
• Sentiasa sedia menolong
• Mementingkan diri sendiri
• Suka mencaci dan menghina
orang
• Bermuka-muka
• Cepat menuduh dan
menghukum tanpa siasatan
g.PENGARUH TELADAN
• Orang belajar melalui meniru
• Pengaruh positif menghasilkan kesan positif
dan pengaruh negatif boleh menghasilkan
kesan negatif
• “Sesiapa yang memberi contoh kebaikan, maka ia
mendapat pahala dan pahala orang-orang yang
meniru perbutannya hingga hari kiamat;dan siapa
memberi contoh kejahatan maka ia mendapat dosa
dan dosa orang-orang yang meniru perbuatannya
hingga hari kiamat” - hadith
PENGARUH TELADAN
• AMALAN POSITIF • AMALAN NEGATIF
• Sentiasa berkelakuan baik • Buruk perangai dan tingkahlaku
• Bermoral dan berakhlak mulia • Jahil dan tidak suka membaca
• Tertib dan beradab sopan • Hasad dengki dan buruk sangka
selalu • Suka mengumpat dan beradu
• Rajin dan kuat bekerja domba
• Amanah dan bertanggungjawab • Terlalu sensitif dan cepat marah
• Berdisiplin • Tidak boleh bertolak ansur
• Sanggup berkorban untuk • Kedekut dan berkira tenaga
masyarakat, agama dan negara • Selalu curi tulang
• Sentiasa bekerjasama untuk • Hipokrit serta berpura-pura
kejayaan organisasi • Tidak menghormati orang lain
• Sederhana dalam tindakan dan
tuturkata
• Bersih hati dan fikiran
h.KEWAJIPAN MENJALANKAN
TUGAS
• Menjalankan tugas adalah
tanggungjawab
• Tugas mesti dijalankan dengan cekap,
cepat, berkesan dan sempurna

• “Thinking well is wise, planning well is


wiser, doing well is the wisest and best
of al.” – Peribahasa Cina
KEWAJIPAN MENJALANKAN
TUGAS
• AMALAN POSITIF • AMALAN NEGATIF
• Sentiasa bertanggungjawab • Tidak boleh diharap
(accountable) terhadap tugas • Mudah menyeleweng daripada
yang diberikan tanggungjawab
• Tekun dan sabar menjalankan • Suka membangkang atau
berdalih apabila diberi tugas
tugas
• Tidak taat pada arahan
• Sentiasa proaktif
• Suka tangguh kerja
• Boleh diharap untuk • Salah guna harta kerajaan
menyempurnakan tugas
• Bekerja sambil lewa
• Cergas dan pantas bekerja • Mengelak daripada
• Pentingkan kualiti kerja tanggungjawab
• Sentiasa belajar dari kesilapan • Tidak ikut peraturan
• Profesional dan cekap • Mengabaikan nasihat dan
tunjuk ajar
i.KEBIJAKSANAAN BERHEMAT

• Berhati-berhati dalam membelanjakan


bahan,peralatan dan harta
• Wisdom of economy
• “He who will not economise, will have
to agonise” – Peribahasa Cina
KEBIJAKSANAAN BERHEMAT
• AMALAN POSITIF • AMALAN
• Berhati-hati bila berbelanja NEGATIF
• Tidak membazir harta • Boros dan suka membazir
kerajaan
• Memperagakan kehebatan
• Mengadakan sistem dan kemewahan
kewangan yang berkesan
• Suka bermewah dengan
• Tahu memezakan antara harta kerajaan
keperluan dengan
kemewahan • Tidak cermat dengan harta
kerajaan
• Menyelenggara harta benda
kerajaan dengan baik • Berbelanja besar tidak kena
pada tempatnya
• Menyedari bahawa hasil
kerajaan datangnya daripada • Kurang peka dan bakhil
rakyat kepada keprluan awam
• Bersifat macam kerengga
j.KEUTAMAAN KESABARAN
• Tabah menghadapi dugaan dan
cabaran
• Teliti dalam menjalankan tugas

• “Sabar itu salah satu daripada cabang


iman seperti kepala sebahagian
daripada tubuh badan” - hadith
KEUTAMAAN KESABARAN
• AMALAN POSITIF • AMALAN POSITIF
• Tenang menghadapi masalah • Selalu mengubah pendirian
rumit
dan keputusan
• Mempunyai pandangan jauh
• Tidak sanggup berkorban
• Tahan menerima dugaan dan
cabaran • Takut pada cabaran dan
• Tidak putus asa rintangan
• Pemaaf dan berhemah tinggi • Lekas mengalah dan
• Cermat dalam tutur kata berputus asa
• Berpandangan sempit
• Tidak tahan menghadapi
kesusahan
k.PENINGKATAN BAKAT
• Bakat ialah sifat yang mendorong ke
arah penciptaan, inovasi dan
penyelesaian masalah

• “Not hammer strokes, but dance of the


watersings the pebbbles into
perfection.”
-Rabindranath Tagore
PENINGKATAN BAKAT
• AMALAN POSITIF • AMALAN NEGATIF
• Memberi dorongan kepada • Menyekat pemikiran baru
kreativiti • Tidak menggalakkan persubaan
• Memberi pengiktirafan kepada • Takut mencuba sesuatu yang
usaha-usaha asli baru
• Berani mencuba idea-idea baru • Tidak menghargai bakat yang
• Menggalakkan percambahan ada
ilmu • Memperkecil-kecilkan usaha-
• Mengenalpasti dan memupuk usaha asli
bakat yang ada • Mengekalkan suasana yang
• Mewujudkan persekitaran yang tidak menggalakkan kreativiti
kondusif untuk melahirkan idea- • Berpuas hati dangan tahap
idea kreatif bakat yang ada
l.NIKMAT MENCIPTA
• Kepuasan adalah nikmat yang dirasai
selepasa mencipta sesuatu: alatan baru,
teknik baru, pemikiran baru
• Hasil yang memanfaatkan

• “Real joy comes not from ease or riches or


from the praise of men, but from doing
something worthwhile.”
-Sir Wilfred Grenfell
NIKMAT MENCIPTA
• AMALAN POSITIF • AMALAN NEGAITIF
• Merasa puas kerana sesuatu • Berpuas hati dengan
idea atau cadangan dapat kedudukan yang sedia ada
dilaksanakan daan • Takut menemui kegagalan
dimanfaatkan • Memandang remeh usaha orang
• Sentiasa berada dalam cabaran lain
intelektual • Pemikiran yang statik
• Pemikiran yang dinamik • Mempertahankan ‘staus quo’
• Sentiasa mencari idea dan secara membabi buta
kaedah baru dalam • Tidak suka pembaharuan atau
penyelesaian masalah inovasi
• Terlampau bersemangat •
dengan pekerjaan Tidak sabar dengan penciptaan
baru
• Gembira melihat wujudnya
inovasi dalam pentadbiran
• Senang ‘bermain’ dengan idea
baru dan berani mencuba
SEKIAN TERIMA
KASIH

You might also like