You are on page 1of 9

Normal bagi masyarakat kita, semasa mengandung untuk mengamalkan beberapa petua, bukan saja untuk kesejahteraa ibu

semasa mengandung, malah juga untuk bayi dalam kandungan dan semasa proses bersalin. Selain dari yang berbentuk fizikal
seperti regular check up, elakkan aktiviti lasak, etc. amalan dan petua yang popular ialah yang bersangkutan dengan
kerohanian.

Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:

 Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak


 Surah Luqman – untuk anak yang cerdik

 Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat

 Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin

 Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu

 dan sebagainya.

Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang
menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada
Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat
yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah
akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad
S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Semasa mengandung juga digalakkan menjaga lidah, menjaga sikap, menjaga perangai, menjaga hati dan sebagainya, agar anak
yang dikandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan.

Malah, termasuk juga si bapa, digalakkan memperbanyakkan amalan sunat, mengaji, bersedekah, bersabar, tenang dan
gembira agar proses mengandung dan bersalin berlangsung dengan selamat dan anak yang bakal lahir akan terjaga emosinya
dan mendapat rangsangan awal.

Orang2 tua juga ada petua tersendiri untuk ibu mengandung seperti tak boleh makan benda2 sejuk dan berangin, tak boleh
memburu binatang, tak boleh siang ikan, tak boleh potong binatang, bawa paku dan sebagainya. Tapi biasanya benda ni orang
dah tak pakai sebab tak relevan lagi di zaman moden serba canggih ni. Iyolah, kalau dah mak yang masak hari2, tak boleh
potong binatang, pe jadahnya nak makan sayur setiap hari? Ingat herbivor ke. Tapi bagus jugak kan alasan ni dipakai untuk upah
tukang masak (makan luar ler..).

Walau bagaimanapun, agak sayang kadang2, sebab amalan itu cuma dibuat semasa mengandung saja. Kalau tak mengandung,
usahkan nak mengaji, al-Quran pun dah lupa letak di mana. Usahkan nak baca surah Yusuf (yang masa mengandung sehari
dalam 10kali baca sebab nak anak hensem), surah al-Ikhlas pun baca masa solat je. Pastu mulut pun ikut lepas sedap dia je,
masa mengandung bukan main lagi jaga, takut2 terkena pada anak.

Mungkin sebab itulah Allah berikan nikmat syahid kepada ibu yang meninggal semasa melahirkan anak. Bukan saja
pengorbanan sakit melahirkan, tapi juga banyaknya amalan semasa mengandung. Agak2 kalau time lain, memang tak layak
langsung nak dapat syahid, tapi masa mengandung memang solehah habis.

Alangkah menariknya jika amalan2 tersebut dapat dilakukan secara berterusan, bukanlah sebab kita sebagai ibu, tapi kerana
kita juga sebagai hamba. Allah menyukai amalan yang istiqamah – amalan yang sedikit tapi berterusan. Lagipun, dengan
meniatkan amalan2 semasa mengandung untuk dapatkan anak yang begini-begini, dapatlah anak yang begini-begini, tapi
apakah kita pernah terfikir akan pahala yang kita dapat kerana niat yang bukan Lillahi Taala?

Tapi bagus juga la, sekurang2nya ada juga masa dalam hidup ni yang mana kita fokus terhadap ibadat dan menjaga akhlak kan.
Kalau masa lain tu tak tentu lagi.

Sebetulnya, saya tiada amalan/surah/doa tertentu semasa mengandung. Saya meneruskan pembacaan al-Quran seperti biasa
kerana saya percaya al-Quran adalah Syifaa’, dan juga membaca surah2 di atas tadi tu sebagai tambahan.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita ibu2 ni untuk melakukan suatu amal yang istiqamah dan sentiasa dapat dicontohi
oleh anak2 kita, dan yang penting membanteras amalan2 yang tak ada kena mengena dengan hakikat kehidupan sebenar
(amalan2 khurafat, etc.) dan roket sains.
doa dan amalan ketika mengandung

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk
mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

***************************************

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 – 8 (Alam
Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra’) dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)


Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya
anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)


Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya
itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)


Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.
Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)


Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan
syirik dan bida’ah.

SURAH MARYAM (Maryam)


Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)


Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari
segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)


Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

Wallahu a’lam.

Buat ikhwah sekalian…

Seorang wanita yang sedang hamil, atau hendak melahirkan, digalakkan membaca wirid dan doa-doa, yang berupa wirid dan
doa harian (bersifat umum) mahupun yang lebih bersifat khusus lagi. Lebih-lebih, ketika sedang menjalani proses persalinan.
Sebab, pada ketika itu, ia sedang dalam keadaan tertekan, sakit, takut, khuatir, gundah, dan sedang berada dalam kesukaraan.

Apakah ada amalan wirid dan doa khusus untuk wanita hamil? Alhamdulillah, dari sebuah buku yang berjudul “Wirid Ibu Hamil”
karya Ummu Abdillah Naurah binti Abdirrahman, terbitan Pustaka Arafah. Penghantar buku ini ialah Syaikh Abdullah bin
Abdurrahman Al-Jibrin (Anggota Dewan Fatwa Kerajaan Saudi Arabia).

Berikut ini ada beberapa kutipan sebahagian doa yang tercantum dalam buku tersebut.

Bacaan ayat-ayat Al-Quran.

1. Membaca Surah Al-’A'raaf : Ayat 54 – 56

Ibnul Qoyyim raahimahullah dalam kitab Al-Waabil Ash-Shayyib (h. 176) menyebutkan bahawa ketika Fathimah Radiallahu
‘Anha mendekati masa kelahiran bayinya, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab
binti Jahsy agar datang untuk membacakan ayat Kursi kepadanya dan juga ayat inna robbakum…dan seterusnya
AMALAN-AMALAN YANG DAPAT DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG
Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat. Ibu yang hamil digalakkan banyak
mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir
nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik. Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang sama
ketika isterinya mengandung.Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan
memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut.
Doanya :

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan
dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan
kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia
sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca
hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".

Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya. Perempuan yang sedang hamil
digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut
memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil
juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.

Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba
memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf,
surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin,
mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.

Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran
tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan
dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi
ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang
akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil


Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang
hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu
dipenuhi oleh suami ialah:

- sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.


- sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
- jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam
- keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba
- mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
- Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
- jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
- hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
- bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
- cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
- berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan
hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
- bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.

Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil


- menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
- Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari
kesilapan suami.
- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.

ips-Tips Semasa Mengandung....

Tanda-tanda pregnant
* Bukan si isteri sahaja yg akan mengidam macam-macam, bahkan si suami tu yang minta makanan ataupun teringin makan
yang bukan-bukan.
* Bahkan, adakalanya si isteri tu maintain jer... si suaminya pulak... bukan main lagi dia, loya-loyalah... muntah-muntahlah...
* morning sickness, start pada minggu ke 7
* sakit perut rasa macam perut ni kembung, kalau baring mengiring pun akan rasa sakit.
* Period tak datang atau keluar sedikit jer darah
* Sakit belakang
* Constipation. This symptom is caused by hormone changes, and the growing uterus pressing against the bowel.
* Breast nipple kehitaman.
* Muntah2

Anda Hamil?
Syukur Alhamdulillah, tentukan anda berjumpa doctor secepat munkin. Mengapa? Anda perlu mengesahkan kehamilan,
disamping kehamilan terletak didalam rahim, bukan diluar rahim ( Ectopic! Bahaya! ), ia normal dan janinnya hidup, bukan
luarbiasa saperti hamil anggor (Molar pregnancy - juga bahaya! )

Tiga bulan pertama sangat penting !


Ini adalah tempoh janin dibentuk, dari nutfah ( air mani) kepada alaqah, seterusnya menjadi mugdah, akhirnya menjadi janin
yang lengkap dengan organ2 serta anggotanya. Organ yang pertama dibentuk ialah jantong. Denyutan jantong dapat dikesan
oleh ultrasound seawal 6 minggu kandungan.

Cegah keguguran !
Dianggarkan 10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan.
Lebihkan rehat, cukupkan tidur ( 8 jam ) tidur awal dan bangun awal. Jauhkan stress, fizikal dan mental. Jangan buat perjalanan
jauh atau berpanjangan. Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjangkait, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur,
bahan kimia, Xray, ubat2 moden atau tradisional tanpa nasihat pakar.

Bagi mereka yang pernah gugur atau berulang kali gugur, dapatkan cuti medical atau tanpa gaji yang panjang. Jika perlu rehat
dihospital. Hubungan seksual perlu dikurangkan, diperlahankan atau gunakan sarong kondom pada tiga bulan pertama
kandongan. Doktor mungkin beri suntikan atau ubat hormon untuk kuatkan kandongan.

Cegah Kecacatan bayi !


Makan ubat folic asid 5-10 mg, Iron dan multivitamin. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus menerus hingga akhir
kandongan. Makanan yg ada folic acid ni: Nasi, roti, asparagus, orange juice, kekacang(soya bean, tempe), sayuran hijau dan
lain2. Minum susu untuk pembentukan tulang baby dan makan buah2an banyak kerana badan perlukan vitamin untuk
menyerap zat2 makanan yang kita makan tu.

Tentukan sudah mendapat pelalian terhadap Rubella. Jangan cuba gugurkan kandongan dengan apa cara pun. Jika gagal bayi
boleh cacat. Jangan makan ubat2 saperti tranquilizer, ubat kanser tanpa nasihat doctor. Jika ada sejarah kecacatan dalam
kekuarga, dapatkan khidmat genetic counselling. Jauhkan hamil jika umor melebihi 45 tahun.

Berserah dan tawakkal kepada Allah swt. Doa setiap masa Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba inaka sami u doa. Ya Allah
kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami. Lakukan suruhan Allah tanpa lalai, banyakkan
membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 Kul, dan ayat Qursi kepada bayi dalam kandungan
setiap malam sebelum tidur.

Petua orang tua2


1) Ketika isteri hamil, suami janganlah memburu, menganayia atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini boleh
menyebabkan anak yang dikandong isteri akan lahir cacat.
2) Minum air kelapa untuk bersihkan lendir-lendir masa bersalin nanti.
3) Tak boleh duduk di akar kayu - dikhuatiri uri tertinggal
4) Bila nak mandi towel usah lilit di sekeliling leher - dikhuatiri tali pusat melilit leher bayi
5) Suami jangan berlaku kasar pada haiwan - mengenan kat bayi
6) Petua org cina minum air sarang burung, sehari sebotol kecil -> kulit dan mata cantik.

Nasihat lain
1) Tidak perlu jalani ujian2 untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang2 negara dan hukum islam tidak
membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.
2) Dipercayai roh ditiupkan kedalam jasad bayi antara 4-5 bulan umor kandongan. Ketika inilah pergerakkan bayi mulai dirasa
oleh ibunya.
3) Rerajin amalkan membaca Al-Quran dari surah2 Maryam, Yusof, Lukman dan sebagainya... semoga kita sesemua dapat
bersalin dgn mudah.
4) Dengar lagu muzikal seperti mozart dll. Kalau gi kat kedai CD mesti jumpa koleksi khas lagu2 untuk org mengandung ni,
mendengar lagu2 ni boleh merangsangkan sel2 otak baby supaya lebih pandai. Kalau ikut petua org islam ni perbanyakkan baca
surah al-Yusof, luqman. kalau boleh suruh hubby bacakan sambil pegang perut wife. Biasanya buat bila baby berusia 7 bulan
sebab masa tu sel otak tengah develop. So masa ni baby akan cepat menangkap bunyi dari luar.
5) Kafein buleh merencatkan pembesaran bayi manakala nenas mengandungi bhn kimia yg berbahaya pd bayi. Cuma buah
mcm nangka, cempedak tu kalau boleh elakkan sbb berangin.
6) Jangan simpan kucing sbb najis dia boleh menjejaskan bayi.

Nasihat Pemakanan

1) Jangan makan nenas - sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.
2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ie ulam pegaga) - sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan - sebab nanti air mentuban berbau busuk.
4) Jangan minum ais - sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa
panas dan memang nak cari ais jek.
5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan - takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran.

Banyakkan :-

1) Minum air susu, kacang soya.


2) Makan buah2an - biasanya ibu mengandung hadapi masalah buang air besar.
3)Makan sedikit2 tetapi lebih kerap di pertengahan hingga hujung kandungan sebab bila bayi makin membesar akan
menghimpit ruang usus menyebab kita cepat rasa senak dan mengah.
4) Ikut nasihat doktor tentang pemakanan multivitamin.
5) Ambil folic acid (doktor biasanya akan beri nih) untuk penambahan darah.

Amalan di hujung kandungan :

1) Banyakkan berjalan bagi memudahkan bersalin.


2) Minum air kelapa bagi membantu menghilang masalah kerak kepala bayi dari berlarutan (ni biasa ada pada setiap bayi baru
lahir)
3) Ikut kelas latihan persediaan bersalin supaya kita tak terjerit2 bila nak bersalin nanti.

~Ya Allah sesungguhnya


Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~

Penjagaan makanan semasa hamil penting kepada ibu-ibu

PEMAKANAN seseorang wanita perlu ditambah semasa ia hamil dan ketika mengeluarkan susu, sebabnya ialah kerana dietnya
harus dibekalkan untuk pembesaran dan perkembangan anaknya.
Seorang wanita yang normal yang makan tanpa kawalan diet yang betul akan menambahkan lagi berat badannya dengan kadar
purata 28 paun semasa ia hamil, yang mana hampir 9 paun darinya adalah daripada lemak-lemak yang tersimpan. Semasa
penyusuan, lemak ini menyumbangkan makanan kepada bayi melalui susu.
Adalah dianggarkan bahawa lemak yang disimpan akan menghimpunkan bekalannya lebih kurang 300 kalori sehari untuk bayi
dalam bentuk susu semasa hamil selama tiga keempat bulan.
Seseorang bayi memerlukan 600-800 kalori dalam sehari dari susu. Ini bermakna ibu yang menyusui bayinya memerlukan lebih
daripada 300-500 kalori dalam sehari supaya ia dapat memberi makanan kepada bayinya tanpa menjejaskan keperluan dirinya
sendiri.

PEMAKANAN TAMBAHAN
Adalah penting bagi diet seseorang ibu mengandungi pembekalan tenaga, protein, zat besi, kalsium, asid folic serta vitamin C
dan D untuk membina otot-otot tisu, tulang dan gigi bayi dan bagi pembentukan hemoglobin. Sekiranya diet pemakanan
seseorang ibu itu kurang dalam zatnya maka zat makanannya yang disimpan terpaksa digunakan.
Sebagai suatu amalan, kesemua zat-zat yang berlebihan ini boleh didapati dengan mudah dengan hanya memakan campuran
diet yang baik dengan mengambil banyak susu, hati (hepar), kekacang, daging, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Penambahan zat besi dan asid folic selalunya disyorkan semasa seseorang itu hamil. Ini adalah untuk menghalang penyakit
anaemia kerana kekurangan salah satu daripada bahan-bahan tersebut. Penambahan ini tidak perlu jika wanita yang hamil itu
memakan makanan yang cukup mengandungi zat besi dan asid folic. Makanan yang mengandungi zat besi ialah daging, telur,
sayur-sayuran hijau dan roti 'wholemeal'. Dan asid folic pula boleh didapati dari sayur-sayuran hijau, hati, buah pinggang dan
ragi.
Jika anda memakan diet yang seimbang maka pengambilan vitamin tambahan adalah tidak diperlu.

JANGAN MAKAN UNTUK DUA ORANG


Seseorang ibu yang hamil akan memakan diet yang normal, seimbang dan baik seperti juga ia akan makan sebelum ia hamil.
Adalah tidak perlu untuk memakan bagi dua orang. Memakan untuk dua bermakna menggunakan 2,000 kalori yang berlebihan
dalam sehari.
Lagipun ia hanya perlu makan lebih sedikit dari biasa iaitu kira-kira lebih kurang 200-300 kalori. Bagaimanapun jika seorang
wanita yang hamil itu kurang aktif semasa beberapa bulan-bulan yang akhir maka ia tidak perlu makan lebih.

DIET YANG NORMAL


Suatu diet yang normal seharusnya mengandungi protein, cecair, lemak, buah-buahan dan sayur-sayuran dan beberapa jumlah
karbohidrat yang tidak ditapis.
Karbohidrat yang tidak ditapis termasuklah roti 'wholemeal', bijian 'wholemeal', beras merah dan tepung 'wholemeal'.
Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak seharusnya dikupas jika boleh dan dimasak secepat mungkin.
Gula dalam bentuk apa pun harus dielakkan kerana ianya perlu untuk suatu diet yang sihat. la kaya dalam kalori tapi tidak baik
untuk gigi.
Dengan memakan makanan yang tidak ditapis, sebarang masalah konetipasi (sembelit) - suatu masalah biasa semasa
mengandung - boleh dielakkan.

SUSU DAN KALSIUM


Setengah orang berpendapat bahawa susu itu penting untuk wanita yang hamil tetapi ini tidak semestinya jika ia mendapat
cukup kalsium dari makanan lain dan cukup dietnya.
Makanan yang mengandungi kalsium termasuklah roti, kobis, beremi (herba air yang boleh dibuat sayur) dan ikan.
Adalah penting untuk memakan sekurang-kurangnya sedikit daripada makanan ini kerana seseorang bayi itu memerlukan
kalsium yang lebih banyak untuk membentuk tulangnya. Jika tidak besar kemungkinan bahan yang penting ini akan dirampas
dari ibunya.

PERSEDIAAN PENYUSUAN
Selain daripada memakan dengan balk, adalah perlu juga menyediakan buah dada bagi penyusuan seorang ibu yang muda,
seseorang ibu yang muda mungkin akan merasa jijik pada mulanya dalam mengendalikan buah dadanya tapi ia akan memakan
masa yang panjang untuk menjadikan penyusuan lebih senang.

MEMPERBAIKI BENTUKNYA
Seboleh-bolehnya urut buah dada dan puling anda sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari. Sapu sedikit losen tangan di
atas tangan anda untuk pelicinan (lubrication) dan selangkan tangan anda di atas dada anda, perlahan-lahan turunkan tangan
anda hingga ke bawah dada. Lakukan secara perlahan-lahan.
Buat begini lima kali di setiap bahagian. Ini dapat menolong membukakan duktus, yang akan menyenangkan pengaliran susu
dengan mudah.
Selepas itu pegang puting anda di antara ibu jari dan jari penunjuk dan dengan perlahan-lahan pusingkan puting beberapa kali.
Perlahan-lahan tarikkan puting itu ke luar.
Juga urutkan 'lanolin' (ubat kulit) ke atas puting dan 'areola'. Ini akan menolong menguatkan puting.
Setengah orang boleh jadi mempunyai puting yang rata atau menyongsang. Bagaimanapun puting yang 'buruk'
pembentukannya menghalang satu daripada 20 wanita yang cuba menyusui bayi pertama mereka, satu daripada 50 yang
menyusui anak kedua dan tiada ibu-ibu yang telah menyusui dua bayi atau lebih.
sebuah puting yang menyongsang akan keluar apabila dipicit dengan tangan dan ibu jari bukanlah puting menyongsang yang
betul dan bayi tidak akan menghadapi masalah untuk menghisap.
Bagaimanapun jika puting terus menjadi rata dan menyongsang, ini akan memerlukan lebih kerja untuk meletakkannya dalam
suatu keadaan yang membolehkan bayi menghisap.
Pelindung dada adalah cara perubatan yang baik bagi puting menyongsang. lanya adalah berlubang, plastik atau gelas dan
berbentuk seperti piring dengan lubang yang bulat di bahagian dalam untuk puting.
Dengan menggunakannya di dalam bra anda, puting akan tertekan di lubang-lubang dan ini akan memperbaiki bentuk mereka.
lanya harus dipakai semasa hamil sebelum bayi dilahirkan. Perlindungan tersebut harus dicuci selalu dengan air panas yang
bersabun, dibilas dan dikeringkan dengan teliti.
Adalah suatu cara yang baik untuk membiarkan puting terdedah selama 15-30 minit beberapa kali dalam setiaphari.

MENJAGA PUTING ANDA SUPAYA BERSIH


Kulit yang mengelilingi puting mengeluarkan cecair yang berminyak yang menjaga kulit 'areola' dan puting serta membunuh
kuman-kuman di permukaan kulit.
Jika anda mencuci cecair ini dengan sabun, kulit ini kemungkinan besar akan luka apabila anda menyusui bayi anda. Dengan itu
janganlah gunakan sabun pada buah dada lebih-lebih lagi 3 bulan yang akhir. Percikan air sudah mencukupi.

MENGELUARKANSUSU
Adalah disyorkan supaya anda picitkan beberapa titik 'colostrum' dari setiap buah dada setiap hari semasa kehamilan 6 minggu
yang terakhir.
'Colostrum' ialah cecair yang dihasilkan sebelum keluar. Sebab menjaga 'colostrum' dipicit ialah untuk membuka duktus susu
dengan itu dapat pula dikurangkan peluang-peluang yang menghalang susu daripada keluar. Ini kadang-kadang boleh berlaku
apabila susu yang pertama hendak keluar dan ia adalah tidak selesa dan menyakitkan.
Mula-mula basuhlah tangan sebelum memicit buah dada dengan tangan. Angkat buah dada di sudut kawasan hitam ('areola')
dan picit perlahan-lahan dengan kedua ibu dan anak-anak jari. Pusingkan tangan anda ke belakang sedikit dan ke hadapan
beberapa kali, supaya semua duktus susu akan keluar daripada puting.

PAKAILAH COLI PENGAMPU YANG BAIK


Coli pengampu yang baik seharusnya dipakai semasa penghamilan. Coli yang mengirap adalah disyorkan kerana apabila girap
itu turun, coli itu masih lagi dapat mengampu buah dada.
Jika puting anda menjadi lembut semasa hari-hari yang awal semasa rawatan, biarkan girap itu jatuh ke bawah, untuk selama
30 minit supaya ia mendapat air dan juga friksion dari pakaian anda - ini akan menguatkan lagi buah dada.
8 minggu sebelum lahir dan dalam masa anda menjaga bayi anda, pakailah coli anda siang dan malam. Pembesaran buah dada
akan mengakibatkannya kendur jika tidak diampu dengan baik akan seterus jatuh melendut.

Ada beberapa jenis makanan yang sebaiknya dihindari selama kehamilan karena mereka dapat menyebabkan infeksi-infeksi
seperti; salmonella,toksopla smosis,listeria, E.coli, yang dapat membahayakan bayi dalam kandungan anda.

• Jangan makan daging mentah (sushi) atau yang dimasak kurang matang, kerana mengandungi Toksoplasmosis, sebuah parasit
yang dapat menyebabkan infeksi serius pada janin anda dan juga E.coli, yang berbahaya bagi ibu hamil dan janin.

• Toksoplasmosis terdapat pada sayuran yang tidak dicuci dengan baik, oleh kerana itu bersihkan sayuran anda dengan baik,
apalagi untuk salad yang dimakan mentah. Hindari juga kotoran kucing atau bermain-main dengan kucing selama kehamilan
kerana mengandung toksoplasmosis.

• Jangan makan daging ayam dan telur yang dimasak kurang matang atau mentah , hindari makan hati ayam/daging yang
mungkin sumber dari salmonella, yang dapat menyebabkan diarea yang berat pada ibu hamil. Juga perhatikan piring, alat-alat
masakan yang terkena daging ayam mentah ini untuk dicuci.

• Ikan tuna steak, ikan sea bass, shark, atau ikan-ikan berukuran besar yang diketahui mengandung tingkat mercuri yang tinggi
yang dapat menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam jumlah besar. FDA merekomen ikan tuna dan ikan ukuran besar
ini sebanyak 12 auns perminggu.

• Keju lunak seperti brie dan camembert, blueveined cheese juga keju dari susu kambing dan domba, serta jangan minum susu
yang tidak di pasteurisasi. Semua produk ini mempunyai resiko membawa listeria. Listeria tipe bakteri yang mampu menembus
plasenta dan menyebabkan infeksi janin, pada dewasa tidak ada gejala atau seperti flu. Listeria dapat menyebabkan
keguguran,kelahiran premature, dan keracunan dalam darah. Sebaiknya hindari makanan jenis ini sampai melahirkan bayi anda.

• Jangan minum minuman yang mengandung alcohol kerana ia dapat menyebabkan kelainan perkembangan pada janin dan
juga problem emosional pada bayi.

• Minuman yang mengandung cafein seperti kopi, teh sebaiknya di hindari atau dibatasi kerana kopi dapat mempengaruhi
berat badan rendah pada bayi, keguguran dan juga cafein mengurangi penyerapan zat besi.

Ingatlah perkembangan bayi dalam kandungan anda tergantung dari apa yang anda makan selama kehamilan.

 ANYAK MEMBACA AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN

1. Membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi

2. Membaca surah Yassin hingga akhir

3. Membaca surah Al-Taubah hingga akhir

4. Membaca surah Yusuf hingga akhir - agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna. Insya-Allah.

5. Membaca surah Luqman hingga akhir - agar memperolehi anak yang taat.

6. Membaca surah Maryam hingga akhir - agar memperolehi anak yang sabar dan taat.

7. Membaca surah An-Nahl, ayat 78

8. Membaca surah Al-A'raf, ayat 189

You might also like