You are on page 1of 5

TARIKH TUTUP

PENYERTAAN
30 Julai 2007 (Isnin)

PERTANDINGAN BOLA JARING KOMUNITI PUTRAJAYA

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN

NAMA KUMPULAN :

Nama Pengurus Pasukan : -------------------------------------------------

No/Telefon : ---------------------(R)--------------------(P)

-------------------------(H/P)

Presint Kediaman : -------------------------------------------------

BIL NAMA NO. KAD PENGENALAN ALAMAT RUMAH

1. Ketua Pasukan

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

(Sila lihat di sebelah)


PENGAKUAN DIRI

Saya pengurus pasukan seperti nama di bawah dengan ini bersetuju


mengikut segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang
ditetapkan oleh pihak penganjur dan pasukan saya mengaku tidak akan
mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur dan agennya
di atas sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya sebelum, semasa dan
selepas menyertai pertandingan ini.

---------------------------------------------------------------
( )

(Pengurus Pasukan)

Tarikh :

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:


URUSETIA
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PUTRAJAYA 2007
Unit Sukan dan Rekreasi
Jabatan Perkhidmatan Bandar
Perbadanan Putrajaya
62675 PUTRAJAYA
Tel : 03-8887- 7063 / 8887-7547 / 8887-7554 / 8887-7439

BAYARAN PENYERTAAN BOLEH DIBUAT:


DI DEWAN SERBAGUNA PRESINT 8 DAN PRESINT 9
ATAU
UNIT SUKAN DAN REKREASI, PERBADANAN PUTRAJAYA
TINGKAT 3, BLOK B, 62675
KOMPLEKS PERBADANAN PUTRAJAYA
PRESINT 3 ,62675
PUTRAJAYA
PERATURAN DAN SYARAT
PERTANDINGAN BOLA JARING KOMUNITI PUTRAJAYA 2007

1.0 Nama Pertandingan : Pertandingan Bola Jaring Komuniti


Putrajaya 2007

2.0 Tarikh dan Masa : 4 & 5 Ogos 2007


(Sabtu dan Ahad)
8.00 pagi hingga 6.00 petang

3.0 Tempat : Padang Kompleks Kejiranan


Presint 9, Putrajaya

4.0 Format Pertandingan : Berpasukan

5.0 Yuran Masuk : RM50.00

6.0 Hadiah Pertandingan : Johan - RM1,000.00

Naib Johan - RM800.00

Ketiga - RM600.00

Keempat - RM500.00

7.0 Syarat Penyertaan :

7.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua komuniti yang bekerja atau
menetap di Putrajaya, warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun
ke atas.

8.0 Syarat Pertandingan :

8.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut peraturan Undang-undang


Official Rules Of The International Netball Association (IFNA)

8.2 Pemain-pemain mestilah memakai ‘BIB’

9.0 Sistem Pertandingan

9.1 Peringkat awal pertandingan adalah mengikut sistem liga dengan


pasukan-pasukan diundi kepada 2 kumpulan. Masa permainan untuk
sistem liga dan kalah mati ialah 10 minit setiap separuh masa dan 3
minit waktu rehat. (10 minit -3minit-10minit)

9.2 Sistem Liga:

9.2.1 Menang - 2 mata


Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
9.2.2 Pasukan yang mendapat mata terbanyak dikira menang. Jika
dua atau lebih pasukan mendapat mata yang sama di akhir
pertandingan, maka keputusan berikut akan dambil:

(a) Pasukan yang mendapat perbezaan gol yang terbanyak

(b) Pasukan yang menjaringkan gol yang terbanyak

(c) Pasukan yang menang di awal perlawanan

9.3 Sistem Kalah Mati

9.3.1 Jika keputusan pertandingan berakhir dengan seri, maka


keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut:

(a) pertandingan disambung semula setelah berehat selama


3 minit

(b) kedua-dua pasukan akan mengundi semula untuk


memilih hantaran tengah atau tempat menjaring

(c) permainan akan diteruskan dengan tiga (3) hantaran


tengah yang dibuat secara bergilir-gilir

(d) keputusan muktamad akan ditentukan selepas hantaran


tengah ketiga diakhiri dengan jaringan gol

10.0 Walk Over

10.1 Sepuluh (10) minit akan diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas
10 minit, sesuatu pasukan itu tidak dapat hadir dengan sekurang-
kurangnya 5 orang pemain, maka pasukan itu dikira menarik diri dari
pertandingan. Semua keputusan dan mata yang diperolehi oleh
pasukan ini tidak dikira.

11.0 Bantahan

11.1 Semua bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dikemukakan


kepada Jawatankuasa Pertandingan tidak lewat dari setengah jam
selepas pertandingan.

11.2 Wang bantahan sebanyak RM200.00 mestilah dikemukakan bersama


surat bantahan itu. Sekiranya bantahan itu didapati tidak wajar maka
wang bantahan tersebut tidak akan dikembalikan.
12.0 Juri Rayuan

12.1 Juri Rayuan akan terdiri daripada:

i. Jawatankuasa Kecil Pertandingan Bola Jaring Komuniti Putrajaya

ii. Ketua Pengadil

iii. Semua Pengurus Pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan itu

12.2 Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad

13.0 Hal-Hal Lain

13.1 Sekiranya terdapat percanggahan di antara Undang-undang


Antarabangsa (IFNA) dan Undang-undang Pertandingan, maka adalah
ditetapkan bahawa Undang-undang Pertandingan akan mengatasi
Undang-undang Antarabangsa.

13.2 Sekiranya timbul perkara-perkara yang tidak dikuasai oleh kedua-dua


Undang-undang (Antarabangsa/Pertandingan) maka keputusan akan
ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

You might also like