You are on page 1of 4

PENDAHULUAN

Program rehat minda calon juara UPSR 2010 yang diadakan di Pantai Melawi
merupakan aktiviti bagi calon-calon UPSR yang disertai oleh murid-murid tahun 6
Sekolah Kebangsaan Langgar.
Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini,
kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian
akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan
yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan
diri dengan era globalisasi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap calon UPSR bagi merealisasikan
Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami
dan dihayati sepanjang program ini. Di samping itu, semua peserta perlu sentiasa
menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan
bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.

JAWATANKUASA PENGELOLA
AJK INDUK
Penasihat : Pn Zunaidah bt Mamat
Pengerusi : En. Mohamad b. Othman
Naib Pengerusi : Pn. Zaharah bt Abdullah
Setiausaha : Pn. Jamilah bt Ali
Bendahari : Pn. Siti Raiha bt Mohamed
Naib Bendahari : Pn. Afifah bt Mohamed

AJK KERJA
Pendaftaran : Pn.Norini bt Abdullah
Mdm Soon Siew Sim
Persiapan tempat
dan penginapan : Pn. Afifah bt Mohamed
Pn.Jamilah bt Ali
Persegaran : Pn. Siti Raiha bt Mohamed
Pn. Norizan bt abdul Razak
Pn. Hanisjihan bt Hasan
Dokumentasi : Pn. Tg Zuraini bt Tn Mahmud
Pengangkutan : En. Muhaizi b Mustafa
En. Mohd Khaidir b Ibrahim
Juruacara Majlis
penutup : Pn. Salmah bt Salleh.
Jurulatih LDK : Cik Harnini bt Asman
Cik Nurul Huda bt Hamid
Peralatan dan bahan
Aktiviti murid : Pn. Aziran bt Abu Bakar
Pn. Mariam bt Abdullah
Pn. Noriah bt Osman
Pn. Halima bt Mohd Isa
Sijil dan
Cenderamata : Pn. Zainira bt Salleh
Pn. Farahheida bt Zainuddin
Pn. Nik Razinah bt Mohamad
LAPORAN

Pada 22 Julai sehingga 23 Julai 2010 telah diadakan Program Rehat Minda
Calon Juara UPSR 2010 di Pantai Melawi. Program dijalankan selama 2 hari
bermula pada pukul 9 pagi pada hari khamis dan berakhir pada pukul 11.30 pagi
pada hari Jumaat. Dengan keramaian pelajar seramai 45 orang dan diiringi 6 orang
guru, telah bertolak ke Pantai Melawi dengan sebuah bus dan sebuah kereta. Bus
telah sampai ke tempat yang dituju pada pukul 8.45 pagi. Setelah pelajar
meletakkan beg dan mendapat tempat masing-masing, sesi ”Ice Breaking”
dimulakan. Di sini para pelajar telah diiberikan kumpulan masing-masing dengan
melihat nama haiwan di dalam fail yang telah diberikan kepada meraka. Ketua
kumpulan masing-masing akan membunyikan haiwan yang mereka perolehi
manakala anak-anak buah mereka akan mencari kumpulan mereka berdasarkan
bunyi yang mereka dengar. Aktiviti ini dapat melatih mereka untuk lebih peka walau
dalam apa jua persekitaran. Selepas berehat sebentar dengan kudapan, peserta
akan menjalani LDK yang pertama iaitu membina logo dan moto kumpulan serta
sorakan kumpulan mereka. Dalam aktiviti ini,murid telah mencurahkan idea mereka
untuk membentuk satu logo kumpulan yang menarik disamping dapat memberi
mereka ruang untuk berkenal kenalan sesama ahli kumpulan. Peserta akan disuruh
mempersembahkan logo serta moto mereka dan sorakan kumpulan mereka selepas
itu. Kesemua kumpulan memberikan moto yang hampir serupa iaitu ingin
mendapatkan 5A di dalam UPSR.
Selepas peserta rehat, solat zohor dan makan tengah hari,mereka perlu
manjalani sesi LDK 2 iaitu Explorace. Explorace ini terdiri daripada 8 stesen yang
mewakili setiap panitia iaitu matematik, sains, bahasa melayu,agama islam, bahasa
inggeris selain 2 stesen yang memerlukan mereka mempunyai pengetahuan luas
dan kemahiran seni. Pelbagai ragam dan situasi dapat dilihat semasa para peserta
menjawab soalan serta kuiz yang diberikan oleh setiap stesen. Disini, pelajar
berusaha untuk menjawab soalah bersama-sama kerana mereka dinilai dari segi
kerjasama serta sifat tanggungjawab mereka. LDK 2 tamat pada pukul 4 petang
untuk memberi laluan kepada peserta untuk minum petang dan bersolat asar.
Riadah pada pukul 5.30 petang tidak dapat dijalankan berikutan cuaca yang hujan
lebat. Peserta hanya duduk di dalam chalet masing-masing menunggu sehingga
cuaca baik seperti sediakala. Riadah petang hanya sempat di jalankan pada pukul 6
petang selama setengah jam di tepi pantai.

You might also like