You are on page 1of 26

Selama saya menjalani Kajian Geografi Tempatan ini,beberapa pihak telah memberi

bantuan kepada saya.Pertama sekali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada mantan Pengetua kita iaitu Tn. Hj Abdul Khany B. Mohd Yusof kerana telah

mengadakan Kajian Geografi Tempatan ini di sekolah.

Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru matapelajaran

Geografi kami iaitu Pn.Chew Siew Hooi kerana telah memberi tunjuk ajar dan

bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT).

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Puvanesan

Muthusamy dan Puvaneswary Kunnathsekaran kerana sentiasa memberi dorongan

dan galakan sepanjang saya menjalankan tugas ini.Selain itu,mereka membenarkan saya

untuk menggunakan kamera mereka dan ‘Stayback’ di sekolah untuk menjalankan

temu bual dengan guru kami.

Tambahan pula,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan iaitu Chloe

Choe Wei Ee,Nor Suhaida Jais,Ng May dan Kaashminee Gunasekaran kerana telah

menolong saya sepanjang menjalankan kerja kursus ini.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Bandar Kinrara yang

telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan.

1
Saya Kavin Kumar Puvanesan.Saya murid Tingkatan 3 Lambda di SMK Seksyen 1

Bandar Kinrara.Saya telah menjalankan sesuatu kajian yang bertajuk ‘Pencemaran Alam

Sekitar Di Bandar Kinrara,Puchong Selangor’

Tujuan saya memilih tajuk ini adalah kerana pencemaran-pencemaran di Bandar Kinrara

semakin meningkat.Oleh itu,saya telah memilih tajuk ini untuk mendedahkan

kepentingan alam sekitar kepada penduduk setempat sekali gus dapat mengurangkan

kesan pencemaran.

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk Penilaian

Menengah Rendah(PMR). Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk

membuat kajian ini di kawasan perumahan Bandar Kinrara memandangkan ia amat

bersesuai dengan tajuk yang diberikan.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah kira-kira 3 Bulan.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah

khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat  tinggal saya.

Melalui kajian ini, saya berharap dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang

pencemaran yang berlaku di kawasan Bandar Kinrara .

2
Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan

1)    Mendefinisikan / memahami konsep pencemaran alam sekitar dengan tepat

2)    Menyatakan / menghuraikan jenis pencemaran alam sekitar di Bandar Kinrara.

3)    Mengkaji / menghuraikan punca pencemaran alam sekitar di Bandar Kinrara.

4)    Mengkaji / menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar di Bandar Kinrara

5) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran di

Bandar Kinrara

6)    Menerapkan nilai mencintai alam sekitar dan meningkatkan semangat

bekerjasama untuk mengatasi masalah kesan pencemaran pada diri saya dan

penduduk di Bandar Kinrara.

3
Saya telah memilih kawasan Bandar Kinrara sebagai kawasan kajian

saya.Rasionalnya,kawasan ini terletak berhampiran dengan tempat tinggal saya iaitu kira-

kira dua kilometre dari rumah saya.Oleh itu,ini memudahkan saya untuk menjalankan

kajian ini.

Bandar Kinrara ialah sebuah perbandaran terancang yang dilancarkan

oleh pemaju Island & Peninsular Berhad pada tahun 1991. Terletak di

antara Puchong dan Kuala Lumpur di daerah Petaling,Selangor, Malaysia, perbandaran

ini mudah didatangi melalui Jalan-jalan Raya Ekspres Bukit Jalil dan LDP. Luasnya

1,904 ekar.  Kawasan ini adalah dibawah pentadbiran MPSJ.

Ia juga merupakan perbandaran yang pertama di Malaysia untuk memiliki sebuah

pic kriket antarabangsa. Perbandaran ini kini memiliki enam buah sekolah,

sebuah masjid, sebuah barung petrol, kedai-kedai dan kawasan gerai makanan.

Pembangunan masa hadapan merangkumi lebih banyak sekolah dan kedai, serta juga

sebuah balai polis dan pusat kesihatan.

Dulu,Bandar Kinrara dibahagi kepada tiga sektor iaitu sektor 1,sektor 2 dan sektor

3.Kini, sektor 1 dan sektor 2 adalah kawasan perumahan.Sektor 3 pula ialah padang

golf.Sektor 1 merupakan kawasan pertama yang dimajukan.Kawasan Kinrara dahulu

mula digunakan pada 24 januari 1991.Puchong juga sebahagian daripada kawasan

Kinrara.

4
Nama ‘bandar’ ditambah kepada Kinrara kerana kawasannya yang luas iaitu 1904

ekar.Oleh itu,ia tidak boleh dinamakan ‘taman’.Bandar Kinrara dibahagikan kepada Bayu

Utara,Suria Timur,Cendana Selatan,Samudera Barat,Seri Tenggara,Mutiara Timur dan

Town Centre lebih dikenali sebagai “ Mega Kinrara”.

Pada awalnya,Bandar Kinrara dikenali sebagai kawasan penanaman getah.Oleh

itu,kawasan ini merupakan kawasan beralun.Jarak dari bandar yang terdekat seperti

Puchong Jaya ialah 3km.

5
6
7
Selama saya menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT) ini,saya telah menggunakan

pelbagai kaedah untuk mengumpulkan maklumat bagi menyempurnakan kerja kursus

ini.

Antara kaedah yang telah saya gunakan ialah temuramah.Merupakan salah satu kaedah

tinjauan dalam penyelidikan.Ia melibatkan pertemuan-pertemuan pengkaji dengan

responden (orang sumber) untuk mendapatkan maklumat .Dalam mendapatkan

maklumat,pengkaji mestilah menyediakan satu instrument ( alat kajian).Alat kajian ini

terdiri daripada soalan-soalan yang disediakan oleh pengkaji dan diaju serta dijawab

secara lisan.Antara responden yang ditemuramah ialah beberapa orang penduduk di

Bandar Kinrara.

Selain itu,saya telah menggunakan kaedah lawatan dan pemerhatian.Lawatan dan

pemerhatian adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran ( P&P) yang dapat

memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati dan mengkaji sesuatu secara langsung

di luar kelas.Dalam menjalankan kerja kursus,pelajar boleh membuat lawatan dan

pemerhatian semasa menjalankan kajian tentang migrasi penduduk di Bandar Kinrara dan

Perkembangannya..Dalam kaedah ini,saya telah mengambil beberapa gambar sepanjang

menjalankan kaedah ini di Bandar Kinrara.

Seterusnya,saya telah menggunakan kaedah analisis dokumen.Saya telah merujuk

beberapa buku ilmiah untuk menambah maklumat dan pengetahuan saya tentang kerja

kursus ini.Sebagai contoh,buku yang dirujuk ialah Buku Target Geografi PMR yang

8
diterbitkan pada tahun 2009 oleh Sasbadi Sdn,Bhd .Di samping itu,saya telah melayari

internet untuk mencari bahan untuk dimuatkan dalam kerja kursus ini.Contoh laman

web yang saya gunakan untuk mencari maklumat ialah ‘www.scribd.com/doc2011’.

Konsep Pencemaran Alam Sekitar

9
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran

adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan

mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .Contohnya, di Bandar

Kinrara pembuangan plastik makanan,botol minuman dan lain-lain lagi di premis

perniagaan dan di tepi-tepi jalan raya telah menyumbang kepada pencemaran sampah-

sarap.

Menurut kaedah internet,takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut

Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang

perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat

fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan

melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-

kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin

berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma

lain,tumbuhan dan haiwan.

Jenis Pencemaran Alam Sekitar Di Bandar Kinrara

10
Terdapat pelbagai jenis pencemaran di Bandar Kinrara.Antaranya ialah pencemaran

udara.Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang

mengganggu atau membahayakan benda alam yang hidup seperti manusia,tumbuh-

tumbuhan,binatang dan lain-lain.Benda asing ini adalah dalam bentuk

habuk,kabus,asap,wap dan gas-gas seperti karbon dioksida,sulfur dioksida dan

sebagainya.Di Bandar Kinrara, pelepasan asap kotor daripada kenderaan dan industri

yang terletak di Bandar Kinrara 1 telah menyumbang kepada pencemaran udara yang

semakin meningkat.

Pencemaran yang kedua ialah pencemaran bau.Pencemaran bau boleh didefinisikan

sebagai satu pencemaran yang disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia .Pencemaran ini

adalah disebabkan oleh pembuangan sampah yang semakin berleluasa terutamanya di

kawasan perniagaan Bandar Kinrara 2 iaitu di hadapan SMK Seksyen 1 Bandar

Kinrara.Oleh hal yang demikian,pencemaran bau semakin berleluasa di kawasan Bandar

Kinrara.

Pencemaran yang terakhir ialah pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi ialah bunyi bising

yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Menurut kaedah internet, pencemaran ini

boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisingan

selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.Antara punca-punca pencemaran ini

ialah bunyi kenderaan bermotor dan pembinaan di Bandar Kinrara 6.Industri-industri

juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi. Bunyi pemecahan batu,enjin

gerudi dan pemunggahan batu ke lori merupakan punca lain yang menyumbang kepada

11
pencemaran ini.Di Bandar Kinrara 6, pencemaran bunyi juga berpunca daripada proses

pembangunan.

Punca Pencemaran Alam Sekitar Di Bandar Kinrara.

12
Daripada pemerhatian saya,pencemaran-pencemaran ini disebabkan oleh beberapa

punca.Antaranya, perkilangan. Kebanyakan kilang dibina sepanjang sungai untuk

memastikan bahan-bahan buangan disalurkan ke dalam sungai yang berkenaan. Masalah

timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan

mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai.Terdapat syarikat-syarikat yang

tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membuang

sisa kilang ke dalam sungai di Bandar Kinrara 1 walaupun menyedari kesannya terhadap

persekitaran. Selain itu juga terdapat kilang-kilang yang melepaskan asap dari

serombong-serombong asap di kilang masing-masing tanpa mempedulikan penduduk

sekeliling. Lebih memburukkan lagi asap kilang ini berwarna hitam dan mengeluarkan

bau yang kurang menyenangkan. Contoh kilang di Bandar Kinrara ialah Mimos Smart

Sdn.Bhd.

Punca yang seterusnya ialah kenderaan.Fakta dalam borang soal selidik menunjukkan

bahawa kenderaan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara.

Menurut kaedah internet,dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas

beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan.

Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada

pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan

menyebabkan udara semakin panas.Daripada pemerhatian saya,hampir 50% penduduk di

Bandar Kinrara mempunyai lebih daripada 2 kereta.Oleh hal yang demikian,pencemaran

udara di sekitar kawasan Bandar Kinrara semakin meningkat disebabkan oleh punca

tersebut.

13
Punca yang ketiga ialah sampah-sarap. Terdapat juga sebilangan penduduk yang

membuang sampah merata-rata terutama sekali penduduk yang tinggal di Bandar Kinrara

1.Sebagai contoh,mereka membuang sampah ke dalam sungai yang berdekatan dengan

Kuil Hindu di Bandar Kinrara 1.Hal ini disebabkan oleh sikap penduduk itu sendiri yang

tidak peka terhadap isu-isu alam sekitar.Oleh kerana pembuangan sampah yang semakin

berleluasa,pencemaran air and bau telah meningkat di Bandar Kinrara sekali gus perkara

tersebut akan memberi kesan yang impak kepada penduduk di sini.

Punca yang keempat ialah pembinaan. Pencemaran selalunya berlaku apabila terdapat

pembinaan rumah-rumah baru oleh syarikat pemaju. Kadangkala selepas pembinaan atau

dalam proses pengubahsuaian rumah, sisa-sisa pepejal akan dibuang di tepi-tepi jalan

tanpa kebenaran.Ini akan mencemarkan lagi kawasan tersebut dan kemungkinan menjadi

kawasan pembiakan nyamuk.Selain itu,bunyi pemecahan batu,enjin gerudi dan

pemunggahan batu ke lori dengan alasan untuk membina kawasan petempatan yang baru

di Bandar Kinrara 6 telah menyebabkan pencemaran bunyi.

Punca yang terakhir ialah perniagaan. Kawasan perniagaan banyak menyumbang kepada

pencemaran alam sekitar. Jika kita lihat banyak pusat perniagaan yang gagal untuk

menyediakan sistem pembuangan sampah yang teratur terutama sekali di Bandar Kinrara

2.Kadangkala tempat pembuangan sampah yang dikhususkan pun mengeluarkan bau

yang sangat busuk, berulat dan tidak terurus. Sebagai contoh,tapak perniagaan di Bandar

Kinrara 2 iaitu di hadapan SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara sentiasa kotor and tidak

diurus dengan lancar.(rujuk lampiran 1)

14
Saya dan penduduk Bandar Kinrara akan sentiasa prihatin dan berusaha untuk mencegah

pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku. Kerjasama penduduk-penduduk

setempat akan membuatkan kita sentiasa hidup dalam keadaan aman dan damai.

Kesan Pencemaran Alam Sekitar Di Bandar Kinrara

15
Alam Sekitar sangat penting kepada manusia dan haiwan kerana alam sekitar dapat

menyediakan pelbagai sumber untuk semua makhluk.Namun,pada hari ini alam sekitar

telah dicemari oleh manusia yang bersikap tamak dan rakus menodai alam sekitar

semata-mata untuk mendapatkan wang untuk hidup di dunia yang serba mencabar ini.

Antara kesan yang pertama ialah hujan asid. Hujan asid secara semulajadi adalah berasid.

Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas

berasid yang terdapat di atmosfera. Contohnya,ekzos kenderaan yang membebaskan

berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini

disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan

lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.Daripada pemerhatian saya,hujan asid

menyebabkan warna bangunan,rumah dan kereta penduduk Bandar Kinrara menjadi

pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan

penduduk Bandar Kinrara terutama sekali mereka yang masih muda, golongan tua, dan

mereka yang berpenyakit seperti penghidap asma.

Kesan yang kedua ialah peningkatan suhu. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan

ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia.

Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan

terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di

bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi

panas.Melalui responden Encik Ng,pembangunan pesat di Bandar Kinrara telah

menyebabkan suhu semakin meningkat.

16
Kesan yang ketiga ialah air tercemar. Hidupan air akan mati dengan tumpahan minyak,

pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid

yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur

penglihatan dan petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan

dan ada yang menemui maut.Kesan pencemaran air yang berlaku di Bandar Kinrara 1

bukan sahaja akan dialami oleh penduduk setempat bahkan turut dialami oleh hidupan

yang lain.(rujuk lampiran 1). Kesan kepada penduduk Bandar Kinrara adalah terhadap

kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akibat pencemaran

air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak

normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut .

Kesan yang keempat ialah udara tercemar. Gas-gas seperti karbon monoksida akan

meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas

manusia terutamanya penduduk di Bandar Kinrara dan kesan seterusnya menyebabkan

mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru. Habuk, asap, kabus, wap

atau bahan-bahan lain yang berpunca daripada kenderaan,kilang-kilang serta pembinaan

juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia. Daripada

pemerhatian saya,terdapat dua orang penduduk Bandar Kinrara yang kini berada di

hospital disebabkan oleh pencemaran udara.

Kesan yang terakhir ialah bau busuk.Bau busuk akan terhasil apabila sampah sarap yang

tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan –

17
bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang

menyenangkan.Bau yang kurang menyenangkan penduduk di Bandar Kinrara juga

berlaku apabila petempatan mereka berdekatan dengan tempat pelupusan sampah atau

penternakan haiwan iaitu di Bandar Kinrara 1 berdekatan dengan tempat perkilangan.

Saya dan penduduk Bandar Kinrara akan sentiasa peka terhadap isu-isu alam sekitar yang

semakin meningkat.Oleh hal yang demikian,kami akan sentiasa bekerjasama untuk

menjadikan alam sekitar sentiasa bersih dan terkawal.Sekiranya semua pihak

bekerjasama ,maka matlamat kami pasti akan tercapai.Oleh itu,saya dan penduduk di

Bandar Kinrara menyeru semua pihak untuk sentiasa memelihara keindahan alam yang

sedia ada.

Cadangan untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar

Di Bandar Kinrara.

18
Untuk mengurangkan pencemaran-pencemaran yang terdapat di Bandar Kinrara,beberapa

cadangan yang telah dinyatakan di bawah boleh direalisasikan. Cadangan yang pertama

ialah pendidikan alam sekitar melalui kurikulum terutamanya di sekolah-sekolah sekitar

Bandar Kinrara. Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan

sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk

penduduk Bandar Kinrara yang bertanggungjawab kepada alam sekitar,mereka perlulah

mempunyai kesedaran. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan

sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Pendidikan

alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ). Seterusnya adalah pada peringkat menengah

melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ).Di sekolah,saya mendapat

pendidkan alam sekitar dalam matapelajaran Pendidikan Moral,Geografi,Sains dan

Pendidikan Sivik.Oleh itu,para penduduk di Bandar Kinrara perlu mendaftarkan anak-

anak mereka di sekolah untuk merealisasikan cadangan ini.

Cadangan yang kedua ialah kempen cintai alam sekitar. Menyertai sesuatu kempen untuk

melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-

kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar

semula, sahabat alam dan sebagainya.Kempen mengajar tentang kepentingan menjaga

alam sekitar dan cara-cara menguruskan alam sekitar perlu dibuat untuk mendatangkan

19
pencemaran yang minimum kepada alam sekitar di Bandar Kinrara. Selain itu, kempen

kitar semula dapat menggalakkan penduduk Bandar Kinrara untuk mengitar semula

bahan yang boleh dikitar semula.Sekolah-sekolah di Bandar Kinrara telah menganjurkan

kempen kitar semula untuk menyedarkan penduduk Bandar Kinrara tentang kepentingan

mengitar semula bahan.

Cadangan yang ketiga ialah penguatkuasaan undang-undang. Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT) iaitu MPSJ diberi kuasa untuk mengawasi keselamatan dan keamanan Bandar

Kinrara dan kawasan pegangan mereka. Oleh itu, mereka perlu menguatkuasakan

undang-undang agar pencemaran-pencemaran yang berlaku di Bandar Kinrara

berkurang.Dengan itu,penduduk di sini akan sentiasa mematuhi segala peraturan dan

akan cuba sedaya upaya untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Cadangan yang terakhir ialah catalytic converter. Untuk mengurangkan pencemaran

udara yang kian meningkat di Bandar Kinrara, juga boleh digunakan dengan menukarkan

catalytic converter .Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan

penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan

bermotor. Menurut kaedah internet,penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic

Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara

menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap.

Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh

mengoksidakan nitrogen tertentu,tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau

menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.Cadangan ini akan berguna serta

20
berbaloi kerana lebih 50% penduduk Bandar Kinrara memiliki lebih daripada dua

kereta.Oleh itu,sekiranya semua kenderaan di Bandar Kinrara mempunyai catalytic

converter maka kualiti udara di sini akan sentiasa terkawal.

Saya dan penduduk di Bandar Kinrara harus sedar tentang kelebihan alam sekitar dalam

kehidupan kami.Alam sekitar perlu dipelihara untuk menjamin keistimewaannya sentiasa

terkawal.Oleh hal yang demikian,kami akan memelihara alam ini supaya tidak pupus

ditelan zaman.Setiap penduduk Bandar Kinrara termasuk diri saya harus mengamalkan

nilai kasih sayang terhadap alam sekitar untuk menjadikan Bandar Kinrara antara bandar

yang termaju di dunia hijau ini.

JADUAL 1.1

21
FAKTOR UTAMA MENYEBABKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI
BANDAR KINRARA

FAKTOR – FAKTOR BILANGAN


1. KENDERAAN 8
2. SAMPAH SARAP 4
3. PEMBINAAN 3
4. PERNIAGAAN 3
5. PERKILANGAN 2
JUMLAH : 20

SUMBER : BORANG SOAL SELIDIK

22
23
Alam sekitar sangat penting kepada manusia dan haiwan kerana alam sekitar dapat

menyediakan pelbagai sumber untuk semua makhluk.Namun,pada hari ini alam sekitar

telah dicemari oleh manusia yang bersikap tamak dan malas.Oleh itu,pencemaran alam

sekitar semakin meningkat setiap tahun.Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai suatu

perbuatan yang mencemarkan atau mengotorkan alam sekitar.Di Bandar Kinrara

sememangnya terdapat pelbagai jenis pencemaraan yang kian meningkat setiap

tahun.Contohnya,pencemaran udara,air dan bau merupakan pencemaran yang utama

berlaku di Bandar Kinrara.Daripada pemerhatian saya,pencemaran-pencemaran ini

disebabkan oleh beberapa faktor.Antara faktor yang menyumbang kepada pencemaran-

pencemaran ini ialah perkilangan,kenderaan,sampah sarap serta perniagaan.

Selain daripada faktor,terdapat juga impak-impak negatif akibat pencemaran yang

berlaku di Bandar Kinrara.Antaranya, hujan asid,peningkatan suhu,air tercemar,udara

tercemar, serta bau busuk.Untuk mengurangkan pencemaran-pencemaran yang terdapat

di Bandar Kinrara,beberapa cadangan perlu dilakukan.Antaranya ialah, pendidikan alam

sekitar,kempen alam sekitar,penguatkuasaan undang-undang dan penggunaan catalytic

converter.Sikap sentiasa berusaha dan bekerjasama sangat penting untuk merealisasikan

cadangan-cadangan tersebut.

Alam sekitar perlu dipelihara untuk menjamin keistimewaannya sentiasa terkawal.Oleh

hal yang demikian,saya dan penduduk Bandar Kinrara akan sentiasa bekerjasama untuk

memelihara alam sekitar ini supaya tidak pupus ditelan zaman.

Lampiran 1

24
Gambar 1 : Sungai Di Bandar Kinrara 1

Gambar 2 : Longkang di hadapan kedai makanan


Bandar Kinrara 2

Lampiran 2

25
26

You might also like