You are on page 1of 28

TUGASAN 2

Huraikan lima aspek ciri guru yang berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai-nilai

Bitara.

PENGENALAN

Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran,

perasaan, sosial dan rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu

boleh dinilai sahsiahnya. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan

penampilan fizikal yang kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima

oleh norma dan nilai masyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan

orang lain serta memegang kepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang dikatakan

mempunyai sahsiah yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku

devian, penyalahgunaan dadah dan memegang nilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan

norma masyarakat.

Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam

konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan

sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya

dalam masyarakat dengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan

negara. Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek

rohani, jasmani, intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.
Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau

peribadi (Kamus Dewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri, sifat-

sifat (kelakuan, sikap) seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak

dirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya dengan

individu yang lain (Cloninger, 2008). Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah merujuk kepada

sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan

cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majid dan Rahil

(1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan

manusia.

Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi

cara seseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya (Ee Ah

Meng, 1999). Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu

secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan,

cita-cita dan nilai-nilai. Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah adalah organisasi

dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan

fikirannya yang khusus. Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan (Asmah

dan Herman, 1995). Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia

itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif (Wan Azmi, 1992). Perubahan

yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni.

Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan

matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Mohd Nasir et

al. 2006). Maka, fokus pembangunan tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama

ada dalaman atau luaran.


NILAI-NILAI BITARA

Bitara membawa maksud unik, unggul, tiada tolok bandingannya dan lain dari yang

lain.Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggariskan 6 nilai yang membentuk personaliti

Bitara yang mesti dimiliki oleh staf dan juga para pelajarnya. 6 nilai yang telah dinyatakan tadi

ialah: integriti, profesional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan

anggota dan bersikap kreatif dan inovatif.

1. INTEGRITI

Integriti adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendokong prinsip

moral tinggi atau tahap profesionalisma. Ianya merupakan satu kesatuan yang tidak boleh

dipisahkan, yang sempurna dan tidak boleh dirosakkan. Secara ringkasnya, ia adalah suatu

pemilikan kualiti yang konsisten Sebagai contoh, amalan belajar adalah sebahagian daripada

ibadah kita umat Islam di mana sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat. Segala

pemikiran, amalan dan tingkah laku ialah ibadah jika dilakukan dengan niat kerana Allah S.W.T.

Intailah keredhaan Tuhan setiap masa. Ini juga termaktub di dalam perkara pertama Rukun

Negara kita iaitu Kepercayaan kepada Tuhan yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia.

Ibadah juga membawa maksud membuat segala perkara yang baik dalam kehidupan seharian.

Kita mestilah ingat bahawa Tuhan melihat kita setiap masa, oleh itu kita jangan sekali-kali

melakukan perbuatan yang mungkar. Didiklah diri kita untuk meredhai semua ketentuan-Nya

dan mengaturkan kehidupan mengikut sunnah nabi. Hindari segala keburukan, maksiat,

kejahatan dan segala perlakuan yang merosakkan diri kita dan juga orang lain. Sebagai ahli

akademik dan guru, personaliti Bitara memainkan peranan penting untuk menjamin masa depan
yang cemerlang di UPSI. Dalam membentuk personaliti Bitara ini, nilai integriti mempunyai

empat ciri guru yang berkesan iaitu bersikap adil, amanah, akauntabiliti dan telus.

Adil: Guru memulakan dan menamatkan kuliah tepat pada masanya dan dalam tempoh yang

telah ditetapkan. Guru tidak menggunakan masa yang sepatutnya untuk “mencuri tulang” atau

membuang masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan hal akademik.

Amanah: Bersikap amanah tentunya adalah dengan menyampaikan fakta yang benar dalam

pembelajaran. Guru juga menjalankan perundingan dengan murid-murid mengikut jadual yang

ditetapkan. Guru digalakkan supaya membuat jadual waktu mengandungi masa konsultasi yang

telah ditetapkan dan memaklumkan masa tersebut kepada murid-murid. Dengan demikian, pihak

guru dan murid-murid dapat mengaturkan sistem perundingan dengan lebih berkesan melalui

perancangan yang telah ditetapkan. Guru juga tidak menciplak harta intelek orang lain dan

menjaga serta menyayangi harta dan kemudahan universiti dengan amanah.

Telus: Petunjuk seterusnya untuk nilai integriti ialah bersikap telus. Guru mestilah melaksanakan

proses pelaksanaan (kursus dan praktikum) secara adil dan telus mengikut skema dalam tempoh

masa yang ditetapkan.

Akauntabiliti: Guru juga harus mempamerkan sikap akauntabiliti dengan melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan instruksi yang ditetapkan. Sekiranya guru

diarah menjalankan penyelidikan, ianya haruslah disempurnakan mengikut masa yang

ditetapkan. Segala arahan dan peraturan daripada pihak institusi haruslah dipatuhi dan anda

mestilah bertanggungjawab ke atas kesalahan yang dilakukan oleh diri sendiri dan tidak

menyalahkan mana-mana pihak.


2. PROFESIONAL

Profesional merujuk kepada kemampuan dan kemahiran dalam profesion serta

melibatkan kemahiran dan kecekapan. Nilai ini membawa maksud melatih diri agar mencapai

tahap kompetensi yang dikehendaki. Apakah tahap kompetensi yang dikehendaki dalam

profesion anda? Tidak kiralah sebagai warga UPSI mahupun sebagai guru sekolah, anda haruslah

menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari perkara baru dan mengikuti sesi

pembelajaran dan pengajaran dengan sepenuhnya. Hasil tugasan perlu meningkat secara

berterusan. Tahukah anda bahawa hampir semua syarikat swasta kini memastikan setiap pekerja

menghasilkan tugasan yang berterusan dan sekiranya tidak memenuhi piawaiannya, pekerja

tersebut akan ditamatkan kontrak. Nilai profesional mempunyai empat ciri guru yang berkesan

iaitu beretika, iltizam, cinta ilmu dan kompeten.

Beretika: Guru mestilah sentiasa mengutamakan kepentingan organisasi. Berdasarkan konteks

ini, organisasi adalah sekolah kita. Maruah guru yang lain sebagai rakan sekerja dan murid-

murid juga mesti dijaga. Ini termasuk tidak mengaibkan markah murid-murid kepada umum dan

tidak bercakap sumbang di belakang mereka.

Iltizam: Bersikap iltizam atau komited adalah menjalankan tugasan dengan penuh semangat dan

dedikasi. Skop tugasan guru adalah pengajaran dan pembelajaran. Tugasan ini perlu dirancang

dan dilaksanakan dengan terperinci dan teliti. Guru perlu melaksanakan tugasan dan

tanggungjawab dengan sepenuh hati tanpa mengira masa. Sebagai contoh, anda mungkin

dikehendaki menjalankan aktiviti pada hujung minggu. Usahlah menganggapnya sebagai beban

yang amat berat tetapi fikirkannya sebagai bukan selalu dan adalah sebahagian daripada tugas

anda untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid anda. Pastikan juga potensi diri dapat
dipupuk dan direalisasikan. Jadikan diri anda sebagai contoh dan teladan kepada rakan sekerja

terutamanya murid-murid.

Cinta Ilmu: Guru kini dikehendaki menjalankan penyelidikan dalam bidang tugas mereka.

Maka penyelidikan haruslah dijalankan dengan sempurna di samping menghadiri sekurang-

kurangnya dua wacana ilmu setahun untuk menghasilkan tugasan dalam pelbagai bentuk.

Kaedah tugasan yang digunakan mestilah mengutamakan sumber maklumat. Berdasarkan cara

ini, anda dapat melaksanakan strategi yang boleh membangunkan minda murid-murid dan diri

sendiri. Rangkaian dengan rakan sekerja dan murid-murid juga dibina dan pastikan diri selalu

membaca dan mencari sendiri.

Kompeten: Mempunyai sikap kompeten adalah dengan menyiapkan tugasan yang berkualiti dan

efisyen dalam jangka masa yang ditetapkan. Anda juga harus mencapai tahap kecekapan dalam

tempoh yang ditentukan. Sebagai contoh, memastikan pembelajaran yang disampai kepada

murid-murid, dapat difahami dengan baik dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

Anda juga digalakkan menyampaikan ilmu dan kemahiran baru kepada rakan sekerja dan murid-

murid. Tidak semestinya anda sebagai guru hanya menggunakan rangka instruksi dan rangka

kursus yang dahulu. Untuk memastikan pembelajaran anda adalah bersifat kontemporari dan

sepanjang zaman, anda harus meningkatkan dan memperkemas diri anda dengan ilmu dan

kemahiran baru yang relevan dengan tajuk pembelajaran anda.


3. SEMANGAT BERPASUKAN

Semangat berpasukan adalah sekelompok modal insan yang bekerja tolong-menolong di

bawah satu kepimpinan, untuk mencapai suatu matlamat dalam jangka masa tertentu dan

menggunakan kaedah tertentu. Setiap ahli kumpulan mestilah saling menghormati dan mengelak

daripada bercakap buruk atau fitnah dibelakang antara satu sama lain. Amalkan sikap

bekerjasama dalam membuat sesuatu keputusan dan bertolak-ansur antara ahli kumpulan.

Dengan menganggap mereka sebagai ahli keluarga sendiri, ianya menjadi mudah untuk menegur

secara hikmah rakan yang terpesong daripada norma kumpulan. Anda juga perlu mengingati

setiap kebaikan rakan kumpulan dan sumbangan yang mereka berikan. Terdapat empat ciri guru

yang berkesan untuk nilai semangat berpasukan iaitu muafakat, fokus matlamat, hormat-

menghormati.

Muafakat: Mempunyai sikap muafakat dalam kerja berkumpulan dapat menyelesaikan masalah

secara bersama. Dalam kalangan ahli rakan sekumpulan, salah faham dan prasangka dapat

dielakkan. Galakkan dan bantuan juga dapat diberikan kepada rakan sekumpulan dalam

meningkatkan pencapaian akademik. Selain itu, murid junior yang kurang pengalaman juga

dapat dibimbing serta diberi peluang kepada mereka untuk turut serta dalam kegiatan akademik.

Walaupun murid junior tiada di dalam sesuatu kelas, anda sebagai guru boleh membantu murid-

murid yang kurang pengalaman untuk terlibat dalam kumpulan yang lebih berpengalaman. Anda

juga digalakkan untuk menyatukan murid-murid yang berlainan agama, bangsa dan budaya

supaya persefahaman, budaya ilmu dan corak pemikiran dapat diintegrasikan.

Fokus Matlamat: Ahli kumpulan mestilah berkerjasama dalam melaksanakan tugas demi

menaikkan reputasi UPSI. Visi dan misi UPSI seperti yang telah dibincangkan di atas, haruslah
dipegang dan dilaksanakan oleh setiap staf dan pelajar. Matlamat jangka masa pendek dan

panjang perlu dirancang dan ditetapkan sebagai satu langkah keberkesanan dalam pencapaian.

Hormat-Menghormati: Sikap hormat-menghormati haruslah ditanamkan di dalam setiap ahli

kumpulan untuk memupuk dan mengamalkan sikap saling mempercayai dalam kalangan rakan

sekumpulan. Berikan penghormatan yang selayaknya kepada rakan kumpulan tanpa mengira

usia, seniority dan tahun pengajian. Menghormati hak dan keistimewaan orang lain adalah sikap

utama yang dapat menangani masalah konflik dan salah faham di dalam kumpulan. Anda sebagai

guru juga, harus menghormati murid-murid dengan menggunakan bahasa yang sesuai, tidak

menyalahgunakan kuasa dan memberikan penilaian yang sewajarnya.


TUGASAN 3

1(a) huraikan satu isu yang melanggar etika profesion perguruan.

Perguruan bermaksud pekerjaan sebagai guru. Jadi ia adalah salah satu kerjaya (profesion)

sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam masyarakat seperti guaman,

akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan, perniagaan dan sebagainya. Sebagai sebuah

kerjaya keguruan, ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti kod etika dan

sebagainya yang bertujuan melahirkan modal insan guru yang berkualiti, berketerampilan, terpuji

dan dapat menjadi model yang unggul kepada pelajar-pelajarnya (Hasan, 2002)

Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas

sebagai pendidik yang baik. Sepanjang tahun 1995 hingga tahun 2008, sebanyak 41 kes

keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia, 18 September 2008)

termasuklah perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. Media juga turut melaporkan kes-

kes lain seperti guru memukul murid, guru besar menyembunyikan kes-kes disiplin, guru

menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang telah menarik perhatian umum serta

menguji kredibiliti profesion perguruan. Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh

mengakibatkan kewibawaan profesion perguruan tergugat pada mata umum. Hal ini

bertentangan dengan peranan dan tatasusila dan kod etika perguruan di Malaysia yang

menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru

kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan Negara.

Dewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang berlaku

di sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan dan pembangunan yang kita

lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan profesional. Antara
bidang profesional yang terlibat adalah keguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lain-

lain. Apa yang dimaksudkan dengan profesional? Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep

profesional merujuk kepada ciri – ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara

ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam

bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli.

Guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang yang

mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta

ada kod etika yang tersendiri. Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan

pada hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika

keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salah

laku guru tersiar di internet dan dada-dada akhbar. Ini sudah tentu akan menganggu gugat

martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia. Oleh itu, esei ini akan

membincangkan mengenai dua isu salah laku guru yang melanggar kod etika keguruan iaitu

penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang.

Isu pertama adalah berkenaan penyalahgunaan masa. Di Malaysia, waktu bagi satu sesi

persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jam

tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, murid – murid

dan guru terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau

bagaimanapun, sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru di

sekolah. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa kerana ianya lebih

menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk membendung

isu ini daripada terus menular. Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak
menepati masa memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-

sungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh

kementerian, guru tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru menggunakan masa di

sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari

facebook, ber’chatting’, bergosip, melepak di kantin, guru melakukan kerja sambilan di malam

hari (misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam) hingga menjejaskan produktivitinya

dalam menyampaikan P&P di siang hari dan banyak lagi.

Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua punca utama kenapa

masalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama, indivdu dalam konteks ini iaitu

guru mempunyai sikap yang tidak seperti mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli, kurang

komitmen dalam kerja, kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah. Apabila sikap

ini wujud, maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan sehinggakan

tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh -sungguh dalam mendidik anak bangsa dan apa

yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap bulan.

Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan yang lemah dan

kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya permasalahan ini.

Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan juga lemah, maka guru-guru menjadi lebih berani

untuk masa kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan mereka. Masalah ini

jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada banyak pihak

terutamanya kepada guru sebagai ahli profesional dan murid-murid. Antara kesan yang boleh

dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar

di sekolah. Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesiaon keguruan dan tidak yakin
dengan kebolehan guru dalam mendidik anak-anak mereka. Menyedari akan kesan yang akan

menimpa jika permasalahn ini tidak dibendung, maka semua pihak termasuk pihak pentadbir,

rakan sejawat, dan individu itu sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan permasalahan

ini tidak terus menular dan menjadi semakin teruk.

Pertama, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa

terhadap prestasi kerja guru-guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara berterusan,

maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah adlah terbatas. Seterusnya, pihak

pentadbir juga perlu berusaha mngenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepada

guru yang bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak mampu, maka bolehlah merujuk guru tersebut

kepada kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan

memberikan amaran dan mngenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah

yang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan cara ini, guru – guru akan sedar akan

kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi. Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan

dalam maenangani masalah ini yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan supaya guru

yang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya.

Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk

berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dialkukan adalah dengan cara sentiasa

muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan

kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk

berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang mampu

menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat - sifat yang ideal sebagai
seorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat

dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa.

Isu kedua adalah berkenaan penyalahgunaan wang. Sejak akhir-akhir ini, semakin

banyak isu mengenai penyalahgunaan wang di kalangan guru disiarkan dalam media massa.

Sebagai contoh, seorang guru telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memalsukan invois dan

pesanan kerajaan yang mengandungi butir palsu (Berita Harian, 2008). Antara contoh lain

penyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti memaksa murid membeli buku

aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar, melakukan pembelian tanpa

mengikut tatacara pembelian, mengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran

yang palsu, guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada

pihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri, guru tidak

mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid dan banyak lagi Ada beberapa

sebab kenapa masalah ini berlaku. Pertama adalah berpunca dari individu yang menguruskan

wang itu sendiri. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikap

tamak dan ingin hidup mewah. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasai

diri, maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telah diamanahkan

kepadanya. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dan keimanan dalam diri. Guru

yang menyalahgunakan wang tidak menghayati nilai kejujuran dalam hidup dan lemah imannya

untuk menepis godaan syaitan. Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur

dalam menguruskan wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewa menguruskan wang

yang dikutip dan diperuntukkan. Akhir sekali, guru tersebut biasanya lemah dalam menghayati

kod etika profesionnya yang menggariskan batas-batas tatacara pengurusan kejayanya.


Punca yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak pentadbir.

Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dijalankan oleh

pihak pentadbiran terhadap pengurusan wang di sekolah. Apabila kurangnya pemantauan dan

penguatkuasaan juga adalah lemah, maka guru-guru menjadi lebih berani untuk menggelapkan

wang kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan yang diambil. Tidak kurang

juga pihak pentadbir yang kurang jelas mengenai prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah

yang menyebabkan guru-guru mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir-butir

perbelanjaan untuk kepentingan diri. Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepada

permasalahan yang lebih besar dan kesannya amatlah buruk. Menyedari hakikat ini, maka

langkah yang sesuai dan berkesan perlu diambil. Pertama, pihak pentadbir perlu

mempertingkatkan lagi sistem pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih

berkesan dan cekap dengan cara sentiasa memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi

mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah.

Seterusnya guru besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahan yang

dibangkitkan, menyelia tugas-tugas pungutan sekolah dengan lebih cekap bagi mengelakkan

penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah, membuat penyelidikan yang rapi

terhadap guru-guru di bawah jagaan bagi memastikan mereka memahami undang - undang,

peraturan kewangan, pekeliling-pekeliling dan arahan - arahan yang diedarkan dari masa ke

semasa supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan akhir sekali guru besar

hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit agar dapat mempertingkatkan kualiti

pengurusan kewangan di sekolah.

Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung masalah ini dengan

cara memberi nasihat kepada rakan yang menyalahgunakan wang supaya sedar akan kesalahan
yang telah dilakukan dan melaporkan kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan yang telah

dilakukan oleh rakan serta tidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang. Akhir sekali adalah

bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan

wang perlu sentiasa bermuhasabah diri dan hidup mengikut kemampuan. Seterusnya, guru perlu

bijak dalam memilih kawan yang boleh menjadi teladan dan mampu memberi nasihat agar dapat

terus memperbaiki kelemahan diri, bekerja dengan ikhlas dan tekad menolak rasuah dengan

tegas.

Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada kod

etika yang telah digariskan. Isu-isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu penyalahgunaan

masa dan penyalahgunaan wang di sekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya

membawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan, pembangunan modal insan dan masa

depan anak bangsa.

Jelasnya, guru sepatutnya tidak mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap

pelajar tetapi sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain itu

terdapat kes di mana guru menyebarkan sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara. Hal ini

bertentangan dengan tanggungjawab guru yang sepatutnya tidak menyebarkan sesuatu ajaran

yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara (Utusan Malaysia, 18

September 2008). Oleh yang demikian, Etika Profesion Perguruan penting untuk menjadi

panduan guru-guru dalam menjalankan tugas mendidik. Bakal-bakal guru harus mengetahui kod

etika profesion perguruan serta mematuhinya demi menjamin martabat profesion perguruan

dipandang mulia. Etika yang dipegang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah berlandaskan

‘Tatasusila Profesion Perguruan’. Etika inilah yang menjadi landasan yang perlu diikuti dan

dihayati oleh para guru di Malaysia. Penghayatan dan pengamalan etika-etika ini akan
memartabatkan lagi kedudukan guru sebagai profesion yang dimuliakan oleh masyarakat sejak

dahulu. Kejayaan dalam melahirkan guru yang beretika bergantung kepada sejauh mana guru

komited dengan etika perguruan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Persoalannya sekarang adakah para guru tahu dan mengamalkan etika perguruan yang ada. Ikrar

di bawah merupakan satu bentuk penyataan etika secara jelas yang dipersetujui untuk dipatuhi

oleh guru sekiranya terlibat dalam profesion perguruan.

Isu pada kini yang sering dikaitkan dengan profesion guru ialah masalah pencabulan dan

rogol terhadap murid di kalangan guru lelaki. Masalah ini adalah salah satu isu yang melanggar

etika dalam profesion perguruan. Gejala ini haruslah dibendung demi menjaga nama baik

profesion perguruan di mata masyarakat. Kita juga sering mendengar di akhbar-akhbar mengenai

isu ini. Kebiasaannya, murid-murid takut untuk melaporkan jenayah yang dilakukan oleh guru

ini kerana mereka telah diugut oleh guru supaya tidak memberitahu sesiapa akan jenayah yang

telah mereka lakukan. Perbuatan terkutuk ini haruslah dipandang serius oleh setiap lapisan

masyarakat supaya profesion perguruan akan lebih terjamin dan mempunyai nama baik.

Permasalahan yang timbul ini adalah disebabkan daripada guru itu sendiri dimana guru-guru

tidak menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka sendiri apabila memegang jawatan sebagai

seorang guru. Selain itu juga, guru-guru yang bermasalah seperti ini kurangnya pendedahan

agama yang kuat serta tidak mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap anak didik mereka.

Mereka juga menganggap jawatan guru yang dipegangnya itu adalah sekadar unutk mengajar di

dalam kelas. Guru merupakan satu profesion mendidik dan membentuk modal insan yang

cemerlang serta melahirkan satu golongan yang berjaya di masa hadapan. Profesion guru bukan

untuk disalah guna dengan menganggap ia merupakan satu profesion yang mudah dan

menyenangkan. Tanggungjawab dalam membentuk modal insan adalah merangkumi semua


aspek kehidupan. Guru seharusnya memberikan masa depan yang cerah kepada anak didiknya,

bukan memberikan jalan yang gelap serta kehancuran kepada anak didik mereka.

KUALA LUMPUR: Perlakuan guru yang mencabul pelajar sesuatu yang cukup

memalukan dan mencemarkan martabat profesion perguruan. Setiausaha Agung Kesatuan

Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Peng, berkata perkara seperti itu tidak

sepatutnya berlaku kerana guru melindungi pelajar, bukan sebaliknya.“Kejadian ini amat

memalukan dan sudah melanggar etika profesion perguruan, oleh itu jika terbukti guru terbabit

bersalah dia perlu di bawa ke muka pengadilan serta menerima hukuman setimpal atas apa yang

dilakukannya terhadap mangsa,” katanya. Semalam, Harian Metro melaporkan mengenai

tindakan seorang guru tuisyen yang mencabul pelajarnya dengan menyatakan gadis berkenaan

akan menjadi pintar sekiranya dia dibenarkan menyentuh serta membelai tubuhnya.

Jenayah berat seperti ini akan membentuk satu pandangan negatif terhadap profesion

perguruan. Isu ini merupakan salah satu daripada isu yang melanggar etika profesion perguruan

di mana isu ini merupakan satu jenayah berat dan boleh dikenakan hukuman yang berat kepada

pesalah yang melakukan jenayah ini. Justeru itu, jenayah rogol atau pencabulan yang dilakukan

oeleh guru terhadap anak murid haruslah dibendung dan dipandang serius. Semua golongan

termasuk ibu bapa, masyarakat, kementerian pelajaran serta pihak berkuasa juga

bertanggungjawab dalam membendung dan membenteras jenayah ini daripada terus berleluasa di

masa akan datang dan dikalangan guru-guru di Malaysia.


1(b) huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru.

Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran,

perasaan, sosial dan rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu

boleh dinilai sahsiahnya. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan

penampilan fizikal yang kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima

oleh norma dan nilai masyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan

orang lain serta memegang kepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang dikatakan

mempunyai sahsiah yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku

devian, penyalahgunaan dadah dan memegang nilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan

norma masyarakat.

Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam

konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan

sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya

dalam masyarakat dengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan

negara. Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek

rohani, jasmani, intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau

peribadi (Kamus Dewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri, sifat-

sifat (kelakuan, sikap) seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak

dirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya dengan

individu yang lain (Cloninger, 2008). Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah merujuk kepada
sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan

cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majid dan Rahil

(1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan

manusia.

Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi

cara seseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya (Ee Ah

Meng, 1999). Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu

secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan,

cita-cita dan nilai-nilai. Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah adalah organisasi

dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan

fikirannya yang khusus. Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan (Asmah

dan Herman, 1995). Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia

itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif (Wan Azmi, 1992). Perubahan

yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni.

Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan

matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Mohd Nasir et

al. 2006). Maka, fokus pembangunan tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama

ada dalaman atau luaran.

Isu yang telah dikupas tersebut iaitu jenayah rogol dan pencabulan yang sering

diperkatakan dan terpapar di ruang akhbar pada masa sekarang memberikan kesan atau impak

yang besar serta menyeluruh dalam segala aspek. Aspek yang terlibat dan akan mendapat kesan

adalah aspek profesion perguruan itu sendiri, dimana guru merupakan individu yang dianggap

mulia oleh ibu bapa serta masyarakat. Oleh kerana isu ini dilakukan oleh guru, maka profesion
perguruan itu sendiri akan mendapat kesan di mana ibu bapa berasa curiga dan ragu untuk

menghantara nak mereka di persekolahan. Selain itu juga, masyarakat juga akan memandang

serong serta mencurigai apa yang dilakukan oleh guru terhadap anak-anak murid di

persekolahan. Keraguan dan perasaan tidak mempercayai lagi akan profesion perguruan ini

menyebabkan timbulnya isu profesion perguruan pada masa sekarang tidak lagi efisien dan

menitik beratkan maruah serta tanggungjawab yang tinggi dalamprofesion perguruan. Isu ini

akan mencalarkan nama baik guru yang dari dulu lagi profesion ini adalah satu profesion yang

mulia.

Apabila kita menyebut guru, kepercayaan dan kemuliaan seorang guru itu terpancar jelas

daripada raut wajag seorang guru, tetapi pada masa sekarang, guru tidak lagi dianggap

sedemikian kerana isu rogol dan pencabulan ini yang menyebababkan ia nya berlaku pada masa

sekarang. Oleh hal yang demikian, ia memberikan kesan kepada Kementerian Pelajaran

Malaysia kerana mengeluarkan produk (guru) yang tidak lagi mempunyai kriteria yang baik dan

jiwa sebagai seorang pendidik. Kementerian Pelajaran akan dipersalahkan dan masyarakat serta

orang awam akan menunding jari tepat kepada Kementerian Pelajaran kerana tidak efisien dalam

menghasilkan dan membentuk profesion perguruan. Wujud persoalan di kalangan orang awam

yang mengambil serius akan jenayah ini dimana mereka bertanyakan bahawa adakah

Kementeriana Pelajaran Malaysia melahirkan penjenayah atau melahirkan para pendidik yang

berwibawa?. Persoalan seperti ini akan memberikan impak yang besar kepada Kementerian

Pelajaran Malaysia sendiri. Oleh hal yang demikian, nama baik serta integriti Kementerian

Pelajaran Malaysia itu sendiri menjadi tercalar dan akan dipandang negatif serta dikecam hebat

orang masyarakat.
Selain daripada itu, kesan kepada pembangunan sahsiah guru di mana sahsiah ini

merupakan keperibadian, sikap dan tingkah laku guru. Apabila isu ini berlaku, keperibadian

seorang guru itu boleh disangkalkan. Sikap serta tingkah laku guru haruslah sentiasa positif dan

menjurus kepada pembangunan dan kejayaan modal insan murid-murid bukannya kepada satu

sikap yang negatif. Isu tersebut akan memberikan impak kepada sahsiah guru-guru yang lain di

mana keperibadian, sikap dan tingkah laku yang dilakukan oeleh guru dipersekolahan akan terus

dianggap negatif oleh semua lapisan masyarakat. Ini akan mengakibatkan pembangunan sahsiah

guru tidak akan meningkat dan berkembang dari semasa ke semasa kerana anggapan negatif dan

pandangan serong masyarakat serta orang awam terhadap apa sahaja tingkah laku guru yang

dilakukan. Apabila steriotaip ini menjadi kebiasaan dan melekat di minda masyarakat, perfesion

perguruan tidak lagi menjadi satu profesion yang mulia lagi di masa akan datang. Ini aka

menjejaskan kejayaan dan pembangunan dalam bidang pendidikan di negara lita. Oleh hal yang

demikian, isu pencabulan dan rogol ini haruslah dipenadang seriusa dan dititik beratkan supaya

profesion perguruan tidak akan dianggap satu profesion yang tidak efesien seperti dahulu. Guru

diibaratkan seperti lilin yang membakar dirinya sendiri untuk kejayaan anak didiknya, bukan

menjadi duri dalam daging yang akan memberikan kehancuran dan kemusnahan kepada anak

didik mereka.
1(c) kaitkan isu tersebut dengan satu teori pembangunan sahsiah.

Teori pembangunan sahsiah yang diguna pakai dalam membuat perkaitan mengenai isu ini

adalah pendekatan psikoanalitik Sigmund Freud. Pendekatan yang dipelopori oleh Sigmund

Freud (1856-1939) adalah pengasas pendekatan psikoanalitik dalam bidang psikologi. Menurut

pendekatan ini tingkah laku seseorang pada masa kini adalah hasil daripada pengalaman zaman

kanak-kanak, penekanan perasaan erotik dan konflik bawah sedar semasa melalui perkembangan

psikoseksual sejak lahir hingga dewasa. Oleh itu, Frued menganggap zaman kanak-kanak yang

dilalui oleh seseorang itu amatlah penting kerana beliau percaya peristiwa-peristiwa semasa kecil

mempunyai kesan sepanjang hayat kepada psikologi individu. Pendekatan ini juga menutarakan

mengenai pandangan terhadap manusia di mana, Freud mempercayai manusia dilahirkan dengan

desakan naluri yang semulajadi (inborn drives). Pendekatan ini melihat manusia sebagai tidak

rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya dan manusia sebagai

individu tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya. Freud melihat sifat manusia pada

dasarnya adalah deterministik. Tingkah laku manusia pula lebih digalakkan oleh naluri

kehaiwanan (animalistic instincts) dan desakan biologikal. Desakan yang paling utama adalah

desakan mendapatkan kepuasan nafsu sendiri (self gratification). Desakan ini berlaku dalam diri

seorang sama ada lelaki atau perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asas naluri dan

desakan yang jahat ini. Desakan-desakan kejahatan perlu dibendung dengan pengalaman-

pengalaman dalam masyarakat, seperti kekeluargaan dan sosialiasi. Sekiranya sosialiasi ini tidak

berlaku, maka individu akan berhadapan dengan ciri-ciri yang boleh merosakkan peraturan-

peraturan dalam masyarakat sendiri.


STRUKTUR KEPRIBADIAN DALAM PANDANGAN FRUED

Dalam teori psikoanalitik, struktur kepribadian manusia itu terdiri dari id, ego dan superego. Id

adalah komponen kepribadian yang berisi impuls agresif dan libinal, dimana sistem kerjanya

dengan prinsip kesenangan “pleasure principle”. Ego adalah bahagian kepribadian yang bertugas

sebagai pelaksana, dimana sistem kerjanya pada dunia luar untuk menilai realita dan

berhubungan dengan dunia dalam untuk mengatur dorongandorongan id agar tidak melanggar

nilai-nilai superego. Superego adalah bagian moral dari kepribadian manusia, karena ia

merupakan filter dari sensor baik- buruk, salah-benar, boleh- tidak sesuatu yang dilakukan oleh

dorongan ego. Gerald Corey menyatakan dalam perspektif aliran Freud ortodoks, manusia dilihat

sebagai sistem energi, dimana dinamika kepribadian itu terdiri dari cara-cara untuk

mendistribusikan energi psikis kepada id, ego dan super ego, tetapi energi tersebut terbatas, maka

satu diantara tiga sistem itu memegang kontrol atas energi yang ada, dengan mengorbankan dua

sistem lainnya, jadi kepribadian manusia itu sangat ditentukan oleh energi psikis yang

menggerakkan. Menurut Calvil S. Hall dan Lindzey, dalam psikodinamika masing-masing

bagian dari kepribadian total mempunyai fungsi, sifat, komponen, prinsip kerja dinamika dan

mekanisme tersendiri, namun semuanya berinteraksi begitu erat satu sama lainnya, sehingga

tidak mungkin dipisahkan. Id bagian tertua dari aparatur mental dan merupakan komponen

terpenting sepanjang hidup. Id dan instink-instink lainnya mencerminkan tujuan sejati kehidupan

organisme individual. Jadi id merupakan pihak dominan dalam kemitraan struktur kepribadian

manusia. Cara kerja masing-masing struktur dalam pembentukan kepribadian adalah: (1) apabila

rasa id-nya menguasai sebahagian besar energi psikis itu, maka pribadinya akan bertindak

primitif, implusif dan agresif dan ia akan mengumbar impuls-impuls primitifnya, (2) apabila rasa

ego-nya menguasai sebagian besar energi psikis itu, maka pribadinya bertindak dengan cara-cara
yang realistik, logis, dan rasional, dan (3) apabila rasa super ego-nya menguasai sebagian besar

energi psikis itu, maka pribadinya akan bertindak pada hal-hal yang bersifat moralitas, mengejar

hal-hal yang sempurna yang kadang-kadang irrasional. Jadi untuk lebih jelasnya sistem kerja

ketiga struktur kepribadian manusia tersebut adalah:

Pertama, Id merupakan sistem kepribadian yang orisinil, dimana ketika manusia itu dilahirkan ia

hanya memiliki Id saja, karena ia merupakan sumber utama dari energi psikis dan tempat

timbulnya instink. Id tidak memiliki organisasi, buta, dan banyak tuntutan dengan selalu

memaksakan kehendaknya. Aktivitas Id dikendalikan oleh prinsip kenikmatan dan proses primer.

Id mulai berkembang pada usia bayi, bagian kepribadian yang paling primitif, dan sudah ada

sejak lahir Aspek biologis dari kepribadian.Id terdiri dari dorongan (impuls) dasar :kebutuhan

makan, minum, eliminasi, menghindari rasa sakit, memperoleh kenikmatan sosial. Id juga

merupakan kondisi Unconsciousness, sumber energi psikis, sistem kepribadian yang dasar,

terdapat naluri-naruli bawaan, berisi keinginan-keinginan yang belum tentu sesuai dengan

norma. Id biasanya menuntut segera dipuaskan (the principles of constancy). Id akan

Menjalankan fungsi tindakan refleks dan proses berpikir primer.

Kedua, Ego mengadakan kontak dengan dunia realitas yang ada di luar dirinya. Di sini ego

berperan sebagai “eksekutif” yang memerintah, mengatur dan mengendalikan kepribadian,

sehingga prosesnya persis seperti “polisi lalulintas” yang selalu mengontrol jalannya id, super-

ego dan dunia luar. Ia bertindak sebagai penengah antara instink dengan dunia di sekelilingnya.

Ego ini muncul disebabkan oleh kebutuhan-kebutuhan dari suatu organisme, seperti manusia

lapar butuh makan. Jadi lapar adalah kerja Id, yang memutuskan untuk mencari dan

mendapatkan serta melaksanakan itu adalah kerja ego.sedangkan pertimbangan halal dan haram

dalam mencari makan adalaj kerja Super ego. Ego mulai berkembang usia 2-3 th. Ego
merupakan aspek psikologis kepribadian. Ego berada pada tingkat pra sadar. Ego menjalankan

fungsi dengan proses berpikir sekunder (rasional). Ego merupakan hasil kontak individu dengan

dunia luar/lingk (The realita of principles) dan penengah tuntutan id dan superego.

Ketiga, superego adalah yang memegang keadilan atau sebagai filter dari kedua sistem

kepribadian, sehingga tahu benar-salah, baik-buruk, boleh-tidak dan sebagainya. Di sini superego

bertindak sebagai sesuatu yang ideal, yang sesuai dengan norma-norma moral masyarakat. Super

ego Mulai berkemb usia 4-6 tahun. Super Ego merupakan aspek sosiologis kepribadian, sistem

kepribadian yang berisikan nilai-nilai dan aturan yang sifatnya evaluatif. Terbentuk melalui

internalisasi nilai-nilai atau aturan-aturan dari significant others. Berfungsi dalam legislatif dan

yudikatif. Super Ego juga terdiri dari : kata hati (nurani) & ego ideal. Fungsi utama: 1)

pengendali id, 2) mengarahkan ego pada tujuan yang yang sesuai dengan moral ketimbang

kenyataan, 3) mendorong individu ke arah kesempurnaan.

Dalam isu yang telah dikupaskan iaitu isu rogol dan pencabulan, perkaitan pendekatan

mengenai mausia oleh Sigmund Freud ini adalah di mana manusia dilahirkan dengan naluri yang

semula jadi, manakala beliau juga menyatakan bahwa sifat manusia adalah tidak rasional, tidak

sosial dan tingkah laku manusia digalakkan oleh naluri kehaiwanan. Di sini dapat dijelaskan

bahawa, keinginan untuk melakukan perbuatan rogol dan pencabulan tersebut adalah disebabkan

naluri kehaiwanan yang diterangkan dalam pendekatan tersebut. Keinginan untuk mempunyai

pasangan dan keinginan nafsu yang tinggi tersebut merupakan satu sikap atau naluri yang

dikongsi oleh manusia dengan haiwan, maka manusia yang terdorong untuk melakukan

perbuatan seperti pencabulan dan rogol tersebut adalah berdasarkan kehendak dan naluri

kehaiwanan atau lebih dikenali sebagai nafsu. Selain itu, menurut pendekatan ini, menyatakan

bahawa desakan paling utama dalam diri samada lelaki atau perempuan adalah mendapatkan
kepuasan nafsu sendiri. Dalam konteks isu rogol ini, setiap manusia samada lelaki atau

perempuan mempunyai keinginan yang tinggi dalam nafsunya, apabila melihat anak gadis yang

tertarik dan menarik, maka desakan dan dorongan tersebut menjadi lebih menigkat. Selain itu,

tindak balas yang selari dengan kehendak perogol daripada mangsa juga menjadikan guru

tersebut tinggi akan desakan naluri kehaiwanan dan mendapatkan kepuasan nafsu sendirinya.

Sebagai seorang guru, kawalan nafsu ini haruslah dipelihara dan dijaga rapi kerana nafsu atau

naluri kehaiwanan terseut akan menyebabkan terjadinya jenayah-jenayah seperti rogol dan

pencabulan terhadap murid-murid.

Selain daripada itu juga, menurut pandangan psikoanalitik struktur personaliti manusia

terdiri daripada tiga sistem utama iaitu; id yang didorong oleh tenaga untuk hidup serta

berprinsipkan kenikmatan; ego adalah diri yang sedar dan berprinsipkan realiti; dan superego

adalah komponen sosial yang berprinsipkan moral. Sesuatu tingkah laku itu terjadi hasil daripada

interaksi antara ketiga-tiga sistem utama tersebut dalam menentukan agihan tenaga psike kepada

id. Id yang beroperasi ditahap bawah sedar adalah sebagai penggerak tingkah laku yang berusaha

menggunakan tenaga psike untuk bertindak memenuhi kehendaknya. Bagaimanapun ego sebagai

komponen psikologi yang beroperasi di tahap sedar akan merujuk kepada superego sebagai

badan kehakiman yang menentukan sesuatu tingkah laku itu baik atau buruk. Sekiranya desakan

id tersebut menepati kehendak moral atau tidak menyalahi undang-undang dan beretika maka

ego akan membenarkan id menggunakan tenaga psikik untuk bertindak. Maka terhasillah tingkah

laku. Sebaliknya, jika didapati tingkah laku yang ingin dikakukan id adalah menyalahi peraturan

moral, maka ego tidak membenarkan id menggunakan tenaga psike tersebut, justeru tingkah laku

yang dihajati individu tersebut tidak akan berlaku.


Menurut pandangan psikoanalitik struktur personaliti manusia ini mengenai isu

pencabulan dan rogol adalah di mana id merupakan satu naluri bawah sedar yang primitif. Naluri

primitif ini lebih dikenali sebgai kehendak, berkaitan dengan isu pencabulan dan rogol tersebut,

naluri primitif yang terlibat adalah kehendak untuk melakukan hubungan seks yang tinggi.

kehendak ini berada dalam pmikiran yang tidak sedar, dan ia nya tidak berada di dunia yang

nyata atau dunia realiti. Manakala ego seperti apa yang diutarakan dalam pendekatan ini adalah

diri yang sedar dan berprinsipkan naluri. Naluri atau kehendak untuk melakukan seks pada

peringkat ini menjadi kenyataan dan menjadi realiti kerana pada peringkat ini, ia nya menjadi

tingkah laku. Sekiranya, dorongan dan rangsangan yang diterima selari atau signifikan dengan

kehendak id, maka ego akan menjalankan tanggungjawabnya di alam atau dunia realiti. Oleh hal

yang demikian, kehendak untuk melakukan pencabulan dan rogol tersebut berlaku pada tahap

atau struktur ini. Selaini itu, tahap yang seterusnya adalah superego di mana superego ini

merupakan satu piawaian moral yang menentukan samada sesuatu tingkah laku tersubut harus

dilakukan atau tidak. Berkaitan dengan isu pencabulan dan rogol tersebut, pada tahap ini,guru

tersebut tidak mempunyai sebarang kekuatan yang kuat pada superegonya di mana guru tersbut

tidak mempunyai pegangan agama yang kuat, pendidikan moral yang tinggi dan sebagainya.

Oleh hal yang demikian, tingkah laku pencabulan dan rogol tersebut terus dilakukan oleh guru

tersebut kerana superegonya tidak dapat mengawal dan menghalang ego daripada terus

bertingkah laku dan memainkan peranannya di dunia realiti.


RUJUKAN

Abdul Jalil Borham (1998). Program pembangunan sahsiah pelajar dan pelaksanaannya di IPT di

Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pengurusan Asrama Peringkat

Kebangsaan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Abd Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1995). Psikologi pendidikan 1: Pertumbuhan dan

perkembangan. Petaling Jaya: Longman.

Cloninger, S. (2008). Theories of personality: Understanding persons (5th Ed.). New Jersey:

Pearson Education Inc.

Ee Ah Meng (1996). Psikologi perkembangan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Schultz, D & Schultz, S.E. (2009 ). Theories of personality. (9th ed.). Australia: Wadsworth

Cengage Learning.

Siti Fatimah Abdul Rahman (1993). Asas-asas masyarakat cemerlang. Kuala Lumpur: Institut

Kefahaman Islam Malaysia.

Simanowitz, V. & Pearce, P. (2003). Personality development: Core concepts in therapy. Great

Britain: MPG Books Ltd, Bodmin, Cornwall.

You might also like