You are on page 1of 12

Latar Belakang

  Akta 174 merupakan Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976. Akta ini

telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 25 Mei

1976 dan diwartakan dalam Perlembagaan pada 31 Mei 1976. Akta ini dituju kepada

seluruh Institut Teknologi MARA, Politeknik, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kolej

Matrikulasi dan Kolej Komuniti. Ini bermakna kebanyakan pelajar di pusat institusi

tinggi adalah tertakluk kepada akta ini. Akta ini mengandungi 6 bahagian, iaitu:

1. Bahagian I: Permulaan;

2. Bahagian II: Pihak-pihak Berkuasa Tatatertib;

3. Bahagian III: Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Lain-lain Badan Pelajar;

4. Bahagian IV: Kesalahan-kesalahan;

5. Bahagian V: Peralihan; dan

6. Bahagian VI: Am.

Pelajar yang disabit kesalahan mereka boleh dijatuhkan mana-mana satu atau

gabungan dua atau lebih hukuman seperti yang berikut:

1. Amaran;

2. Denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit;

3. Penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan

istitusi selama tempoh yang ditentukan;

1
4. Penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di institusi selama tempoh

yang ditentukan;

5. Penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di

institusi;

6. Penyingkiran daripada mana-mana bahagian institusi selama tempoh yang

ditentukan;

7. Pembuangan daripada institusi.

Implikasi Akta 174 terhadap Pelajar

Pada keseluruhan saya kurang bersetuju terhadap persepsi bahawa akta 174

telah menyebabkan pelajar pasif, membantutkan daya kreatif dan rendah dari segi

motivasi persekolahan. Saya menafikan dakwaan bahawa peruntukan-peruntukan

dalam akta telah menyekat potensi yang menyerlah di kalangan pelajar di negara ini.

Berkenaan dengan bidang kreativiti, saya kurang bersetuju bahawa akta 174

mematikan daya kreatif pelajar kita kerana kreativiti adalah lebih berkaitan dengan gaya

asuhan dan gaya pembelajaran individu masing-masing. Seterusnya saya ingin

mengupas dakwaan pihak-pihak tertentu terhadap isu-isu seperti berikut:

1. Adakah Akta 174 menyebabkan pelajar pasif dan membantutkan ciri-ciri

kepimpinan?

Merujuk kepada Bahagian IV, Kesalahan-kesalahan, Seksyen 10 (1):

2
 “Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar sesuatu
institusi, boleh menjadi ahli atau boleh dengan apa-apa cara
bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan
sekerja, atau mana-mana jua pertubuhan, badan atau kumpulan
orang yang lain, sama ada atau tidak ianya ditubuhkan di bawah
mana-mana undang-undang, sama ada ianya adalah di dalam
Malaysia, atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana diperuntukan
oleh atau  di bawah  Akta ini atau kecuali sebagaimana  diluluskan
terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri.”

Dakwaan orang ramai berkenaan dengan kebebasan berpolitik ialah pelajar tidak

boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja, badan atau

kumpulan sekalipun didaftarkan secara sah baik di dalam mahupun di luar negara.

Kononnya ini merugikan pelajar dari segi perkembangan intelektual dan kepimpinan.

Apabila pelajar dilarang melibatkan diri, mereka telah dianggap eksklusif dan tak boleh

bergaul dengan dunia luar. Pelajar juga dilarang untuk terlibat dalam sesetengah NGO

yang kononnya berbahaya. Inilah dakwaan yang mengatakan pemuda kita kurang

minat dari segi politik, tidak ada karisma dan tidak mempunyai sifat-sifat kepimpinan.

Dakwaan ini tidak dapat boleh diterima kerana pelajar masih dapat bergiat aktif

dalam persatuan-persatuan dan kelab-kelab yang dapat memberi manfaat kepada

pelajar seperti Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Persatuan Bahasa Melayu, Kelab

Fotografi di institusi masing-masing. Penglibatan pelajar dalam mana-mana persatuan

atau pertubuhan sesungguhnya dapat mengembangkan potensi, bakat dan

kepemimpinan pelajar dan menyediakan mereka sebagai pelapis pemimpin pada masa

akan datang.

Pada masa ini, ramai orang menganggap golongan pelajar tidak mempedulikan

politik dan isu semasa. Kononnya Akta 174 telah melemahkan golongan yang

3
sepatutnya menjadi penggerak politik semula jadi akibat kurangnya saluran yang sesuai

untuk menyuarakan pandangan mereka. Pada pendangan saya dakwaan ini tidak

benar. Ini adalah kerana sebenarnya pelajar mempunyai kebebasan untuk bersuara,

cuma kebebasan yang diberikan telah disalah-gunakan sehingga membantutkan

perkembangan negara. Sejarah menunjukkan bahawa apabila pelajar diberikan

kebebasan, mereka amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri

dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang sebenarnya mengorbankan

banyak masa mereka di institusi tinggi. Ekoran itu, ramai yang tidak dapat memberikan

tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu. Ini telah bercanggah dengan peranan

mereka di IPTA. Amatlah merugikan jika mereka gagal dalam pelajaran.

Pelajar di institusi tinggi tidak semestinya kurang berpengetahuan jika mereka

disekat daripada demonstrasi dan tunjuk perasaan di jalanan. Mereka masih boleh

mengasah bakat dan potensi melalui forum dan perbahasan ilmiah peringkat institusi

atau kolej atau antara kolej, dan mereka juga boleh mendapat pakar yang tidak

mempunyai kepentingan politik untuk memberi syarahan dalam institusi masing-masing.

Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik, mereka masih boleh menguasai

dan memahami selok belok politik. Kegiatan seperti ini tidak akan memisah mereka

daripada menumpukan masa yang mencukupi untuk menguasai ilmu yang menjadi

tugas utama mereka berada di institusi pengajian tinggi.

Para pelajar perlu menggunakan masa dan manfaatkannya semasa berada di

institusi pengajian tinggi. Puratanya, masa untuk menuntut di IPTA hanya beberapa

tahun sahaja. Mereka seharusnya memberikan sepenuh perhatian kepada hal-hal

4
akademik. Setelah lulus mereka masih ada banyak peluang untuk menceburi kegiatan

politik jika ia menjadi minat utama kepada mereka.

Lipatan sejarah telah membuktikan bahawa pelajar akan lebih berjaya jika

mereka memberikan sepenuh perhatian terhadap pengajian mereka. Negara-negara

yang popular di atas jenama Samsung dan Hyundai berjaya bukan kerana mempunyai

pelajar yang pandai berpolitik, tetapi pelajar yang betul-betul mahir dan pakar dalam

bidang professional seperti bidang sains dan teknologi. Pelajar di situ juga merupakan

pemimpin yang unggul dalam industrinya sendiri, dan mereka juga mempunyai

semangat yang tinggi terhadap profesion mereka.

Juga dikatakan akta 174 telah menghadkan kebebasan pelajar tetapi pergerakan

pelajar dan tuntutan mereka masih boleh dicapai melalui majlis perwakilan pelajar.

Sebenarnya sekiranya mereka minat dengan politik, mereka masih boleh bergiat aktif

dalam pilihan raya dalaman yang dianjurkan oleh majlis perwakilan pelajar. Mereka

juga mempunyai kebebasan untuk bertanding dalam pilihan raya dan melalui

kebebasan inilah konsep tentang demokrasi dapat ditegakkan. Tidak ada keperluan

untuk pelajar kita berpiket atau demonstrasi untuk membuktikan perjuangan pelajar kita

terhadap konsep demokrasi. Sesungguhnya majlis perwakilan pelajar merupakan

perantara terbaik di antara pihak pelajar dengan pihak pentadbir dan sekiranya pelajar

mempunyai kemahiran soft skill yang diplomatik, perjuangan mereka akan dapat

difahami dan ditunaikan oleh pihak pentadbir. Sejarah juga mencatatkan bahawa

kegiatan pelajar yang aktivis melalui demonstrasi-demonstrasi tunjuk perasaan

mendedahkan mereka kepada risiko dan tindakan undang-undang. Sekiranya mereka

5
dipenjarakan tentu masa depan pelajar yang sepatutnya cerah akan bertukar menjadi

malap dan akibatnya negara turut menanggung kerugian.

Tuntutan dan kebajikan pelajar seharusnya dapat dicapai melalui rundingan dan

bukan melalui kekerasan, tunjuk perasaan, demonstrasi dan sebagainya. Sebaliknya

jika kemahiran soft skill ini tidak dilatih maka pelajar kita akan menjadi pemimpin yang

berorientasikan populariti, yang tidak menampakkan kesungguhan dan sifat

tanggungjawab. Sebenarnya inilah tanggungjawab IPTA iaitu melahirkan insan yang

boleh bekerjasama dan bekerja bersama-sama. Justeru, Akta 174 pada pendapat saya

tidak bermaksud untuk menyekat tetapi merupakan satu kontrak di antara pelajar dan

pentadbir untuk menganjurkan satu kehidupan dan suasana yang lebih aman damai di

IPTA. Apabila wujud keseimbangan, kehidupan di IPTA akan menjadi lebih harmoni

dan menarik. Sesungguhnya IPTA merupakan gedung ilmu yang kondusif dan

harmoni, bukannya satu pusat untuk pergelutan atau konflik.

2. Menyekat daya cipta dan kebebasan bersuara?

Merujuk kepada Bahagian IV, Kesalahan-kesalahan, Seksyen 10 (3):

“Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar sesuatu


institusi, boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh
ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati, atau
bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan
sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan
mana-mana pertubuhan, badan, atau kumpulan orang yang
haram.”

  Dakwaan juga mengatakan bahawa pelajar tidak boleh memberi sokongan atau

bantahan terhadap parti politik dan kesatuan sekerja. Pelajar juga tidak boleh memberi

6
sokongan atau simpati terhadap organisasi yang tidak sah. Sokongan atau simpati

hanya boleh dibuat sekiranya pertubuhan, badan atau kumpulan tersebut didaftar dan

sah. Dakwaan tersebut tidak betul kerana pada pandangan saya, pelajar masih boleh

mengkritik dan memberikan cadangan untuk membetulkan kesilapan yang berlaku

melalui saluran-saluran yang betul misalnya dalam debat perdana yang dianjurkan oleh

institusi masing-masing. Para pelajar sepatutnya mengamalkan moral dan

menunjukkan semangat patriotik terhadap pemerintah. Ini adalah kerana mereka

dibiayai oleh kerajaan. Pada pandang saya adalah kurang bermoral sekiranya pelajar

menerima bantuan dan biayaan daripada kerajaan yang memerintah tetapi di belakang

melemparkan suara-suara yang negatif terhadap kerajaan. Semangat patriotik perlu

ditunjukkan oleh pelajar. Dalam melantik perwakilan dalam Majlis Perwakilan Pelajar,

Pemimpin dan jawatankuasa mestilah terdiri daripada mereka yang mempunyai wibawa

dan kredibiliti agar pergerakan pelajar diolah menjadi satu pergerakan yang dinamik,

progresif dan berprinsip. Para pelajar harus mempunyai visi yang jelas dan iltizam

serta idealisme yang murni untuk lulus dengan cemerlang dan seterusnya menjadi

warganegara yang baik. Sesebuah negara itu akan maju sekiranya para pemudanya

dinamik, mempunyai pemikiran terbuka, boleh menerima pandangan dan nasihat orang

lain dan yang penting sekali boleh mengikut arahan. Para pelajar harus menunjukkan

semangat cinta dan taat kepada negara dan sentiasa membantu pemerintahan negara

agar pergerakan pelajar di IPTA mencapai haluan untuk menuntut keadilan, kebenaran

dan kebebasan.

Semasa berada di IPTA, pelajar seharusnya menumpukan sepenuh perhatian

dalam pelajaran. Oleh kerana kebanyakan pelajar IPTA dibiayai oleh ibu bapa atau
7
kerajaan, mereka harus bertanggungjawab untuk lulus dan mendapat ijazah dan perlu

mengenang budi ibu bapa atau wang kerajaan. Lulusan seperti ini barulah boleh

diharapkan dan akan muncul menjadi manusia dan pemimpin politik yang lebih baik di

kemudian hari. Sebaliknya jika pelajar mengguna duit dan masa kerajaan untuk

sesuatu yang anti kerajaan, maka tidaklah kita dapat berkata yang pelajar kita prihatin

dan bertanggungjawab terhadap masalah negara kita.

3. Pemuda yang pasif: takut gagal dan tidak berani mengambil risiko?

Merujuk kepada Bahagian IV, Kesalahan-kesalahan, Seksyen 14 (2):

“Jika mahkamah dapati sesuatu pertuduhan atas suatu kesalahan


jenayah dibuktikan terhadap seorang pelajar sesuatu Institusi,
maka pelajar itu hendaklah selepas sahaja daripada itu terhenti
menjadi seorang pelajar Institusi itu, dan ia tidak boleh berada di
dalam atau memasuki kampus Institusi itu atau kampus mana-
mana Institusi lain atau Kampus mana-mana Universiti.”

Dakwaan yang seterusnya mendakwa Akta 174 yang diperkenalkan

menyebabkan semangat berjuang di kalangan pemuda kita hilang, pudar dan

berkurang, mungkin kerana keselesaan yang diberikan telah menyebabkan rasa malas

dan pelajar tidak mahu lagi untuk mengambil risiko. Oleh itu kononnya generasi yang

kita lahirkan berciri takut gagal, takut melepasi halangan dan lebih suka untuk berada

dalam zon selesa. Dakwaan tersebut adalah tidak berasas. Sebenarnya akta 174

melindungi pelajar supaya mereka dapat menjalankan pengajian dengan sempurna.

Kita dapat melihat bahawa kandungan akta meliputi hal-hal kebajikan pelajar serta

fungsi jawatankuasa perwakilan pelajar. Ini termasuklah keselamatan jalanraya, hal-hal

kolej kediaman, hal-hal disiplin dan sebagainya. Sebagai seorang pelajar mereka

8
seharusnya menjadi teladan kepada generasi yang lebih muda. Sebagai pelajar,

mereka seharusnya boleh mengikuti peraturan dan memainkan peranan yang sesuai

sebagai pelajar. Akta 174 tidak menyekat keusahawanan dan bakat sesiapa pun. Jika

ada hak pelajar yang tercabul, mereka harus menyuarakan isi hati nurani mereka

dengan cara yang betul dan tingkahlaku seperti ini merupakan seorang rakyat dan

pemimpin yang jelas menunjukkan kredibiliti dan responsibiliti.

Dalam aspek ini, saya bersetuju dengan apa yang diungkapkan oleh Prof Diraja

Ungku Aziz iaitu kepimpinan akan lahir daripada mahasiswa yang terpelajar.

Masyarakat yang suka mencabar dan engkar perintah akan menghasilkan situasi yang

tidak tenteram dan tidak menggalakkan pelaburan. Oleh itu apabila kita hendak melihat

wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya

golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah

tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

makmur tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan

dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku.

4. Pelajar hilang daya cipta dan daya kreativiti?

Dalam memperkatakan bahawa pelajar kita hilang daya kreativiti akibat Akta

174, saya kurang bersetuju. Ini adalah kerana daya kreativiti lebih bergantung kepada

keupayaan individu itu sendiri. Ia juga bergantung kepada cara asuhan dan gaya

pendidikan yang disampaikan oleh seseorang pensyarah. Sebagai contoh, jika

pensyarah melaksanakan P&P berdasarkan kaedah kuliah semata-mata. Ini tentu

menyebabkan pelajar menjadi pasif dan kurang daya kreatif. Sebaliknya jika pensyarah
9
melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusat murid dan

berorientasikan aktiviti atau melahtih penyelesaian masalah dan tugasan, sudah tentu

ia akan dapat membantu murid dalam mengembangkan daya kreativiti mereka.

Masalah kurang daya cipta dan kreatif bukan berpunca daripada akta 174 tetapi sikap

pelajar sendiri yang suka mengambil jalan pintas, suka menumpang dan tidak sanggup

bekerja keras.

Pada pendapat saya akta 174 bukanlah menjadi punca segala masalah.

Walaupun akta ini meletakkan garis panduan dan sekatan-sekatan tertentu, tetapi

pelajar ada banyak cara lain untuk memperkembangkan bakat dan pemikiran mereka.

Cuma persoalan yang mungkin ditanya adalah adakah mereka cukup berani untuk

menonjolkan buah fikiran mereka dihadapan rakan, keluarga dan masyarakat yang

mengenali mereka. Atau mungkin perlu disoalkan tentang keinginan dan kesanggupan

mereka sendiri untuk melibatkan diri dalam bidang-bidang di luar dunia akademik

mereka. Dalam bidang sukan, pasukan beruniform, masih terdapat banyak ruang dan

peluang untuk pelajar menonjolkan diri. Apa yang saya harapkan ialah pelajar tidak

melihat IPTA sebagai tempat untuk berpolitik, menunjukkan ego, meluahkan emosi

tetapi yang lebih penting ialah satu tempat untuk mempersiapkan diri, melatih

kestabilan emosi, memperkembangkan moral dan sentiasa refleksi untuk muhasabah

diri menjadi manusia yang sempurna. Banyak peluang untuk mereka menunjukkan

bakat dan potensi mereka tidak semestinya dalam bidang politik. Jika ada pun akta, dan

jika pelajar kita sedar dan berani untuk menonjolkan diri, maka akta 174 tidak akan

memberi apa-apa keburukan, kerana apa yang terkandung dalam akta 174 lebih

berfungsi melindungi pelajar daripada menghalang aspek pembangunan insaniah.


10
Akta 174 memang perlu. Kepatuhan kepada peraturan dan disiplin merupakan

kunci kepada kejayaan dan kecemerlangan. Pelajar yang berdisiplin penting kerana ia

memberi impak penyediaan iklim pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di IPTA.

Kecemerlangan disiplin pelajar bukan sahaja menghasilkan kejayaan dalam bidang

akademik dan ko-kurikulum malah mampu menjana sumber manusia yang berkualiti

yang menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dan kelestarian negara. Penghayatan

dan penjiwaan pelajar terhadap undang-undang, peraturan dan disiplin merupakan

asas kecemerlangan dan kejayaan dalam pelbagai bidang.

Sebagai rumusan, dalam pelaksanakan akta ini pihak pendidik perlu berhati-hati

dan mengambil keputusan yang bijak. Pelajar perlu memandang ke hadapan.

Sekiranya tiada akta ini, pelajar akan mendapat kebebasan penuh dan saya yakin

pelajar yang kurang bijak akan terikut-ikut hawa nafsu dan seterusnya akan memberi

kesan negatif kepada mereka sendiri dan merugikan negara, seperti yang terjadi

kepada negara jiran kita. Pada pendapat saya, memansuhkan akta 174 bukanlah cara

muktamad. Sebaliknya, melalui pendidikan yang berkesan akta ini akan membantu

membina generasi pelajar yang cemerlang, sekaligus memberikan kemajuan dan

sumbangan kepada negara.

Rujukan:

11
Brodinsky, B. (1980). Student discipline: problems and solutions. American
association of school administrators critical issues report. Sacramento, California:
Education News Service.

Duckworth, K. (1984). School discipline policy: a problem of balance. Eugene,


Oregon: Center for Educational Policy and Management.

Kaplin, W.A. (1978). The law of higher education. San Francisco: Jossey-Bass
Publishers.

Undang-Undang Malaysia, Akta 174. (1976). Akta Institusi-institusi Pelajaran


(Tatatertib)1976, Percetakan Kerajaan, Kuala Lumpur.

12

You might also like