You are on page 1of 11

Perbahasan Mengenai Al-Quran dan As-Sunnah

Isi Kandungan

Takrif Al-Quran...................................................................................................................3
Kesimpulan Takrif Al - Quran........................................................................................3
Membaca Al-Quran sahaja sudah merupakan ibadat tersendiri......................................3
Seluruh Al-Quran telah sampai kepada kita dengan cara mutawatir..............................3
Keistimewaan Al-Quran......................................................................................................4
Kehujjahan Al-Quran.......................................................................................................4
Mukjizat Al-Quran...............................................................................................................5
Hukum – hukum Al – Quran...........................................................................................5
Dasar-dasar Tasyri Al-Quran...............................................................................................6
Tujuan..........................................................................................................................6
Tiada yang sukar..............................................................................................................6
Menyedikitkan beban.......................................................................................................6
Beransur-ansur mendatangkan hukum............................................................................7
Dengan menegaskan bahawa perbuatan itu haram..........................................................7
Dengan jalan bahawa perbuatan itu tidak halal...............................................................7
Penurunan Al-Quran............................................................................................................8
Masalah Penurunan Al-Quran........................................................................................8
Hikmat Penurunan Secara beransur.................................................................................8
Pengertian As-Sunnah.........................................................................................................9
Hujjat Al-Sunnah.............................................................................................................9
Kedudukan Al-Sunnah berbanding Al-Quran.................................................................9
Pembahagian Al-Sunnah...............................................................................................10
Al-Sunnah Al-Mutawatirah...........................................................................................10
Sunnah Al-Ahad............................................................................................................10
Al-Hadith Al-Sahih........................................................................................................10
Al-Hadith Al-Hassan.....................................................................................................11
Al-Hadith Al-Da’if........................................................................................................11
Hadith Palsu (Mawdu’)..................................................................................................11
Ciri-ciri Hadith Palsu.....................................................................................................11
Takrif Al-Quran

Al-Quran mengandungi 30 juz dan 6000 ayat.

Kesimpulan Takrif Al - Quran :


a) Al-Quran adalah kalam Allah iaitu lafaz dan maknanya dari Allah dan
penyampaiannya daripada Nabi Muhammad s.a.w.
b) Kebanyakan ulama' mengatakan bahawa Al-Quran seluruhnya diturunkan oleh
malaikat Jibril a.s.
c) Seluruh Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab.

Membaca Al-Quran sahaja sudah merupakan ibadat tersendiri :


a) "Firman Allah yang menurunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang
bersifat mukjizat (melemahkan) dengan sebuah surah daripadanya yang
beribadat bagi yang membacanya".

b) "Al-Quran itu berisi firman Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w
yang dengan sesurat daripadaNYA telah dapat melemahkan pihak lawan atau
orang yang mengingkariNYA dan orang yang membacanya dianggap beribadah
kepada Allah iaitu akan menerima pahala daripadaNYA".

Seluruh Al-Quran telah sampai kepada kita dengan cara


mutawatir:
a) "Al-Quran ialah firman Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
dalam bahasa Arab untuk diperhatikan dan diambil pengajarannya oleh
manusia, yang dinukilkan (dipindahkan) kepada kita dengan jalan khabar
'mutawatir' yang ditulis dalam mashaf , dimulai dengan surah Al-Fatihah dan
ditutup dengan surah An-Nas".

Al-Quran sama ada bahasa atau isi kandungannya, merupakan mukjizat yang
membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w kerana ketidak mampuan manusia untuk
mendatangkan yang seumpamanya membuktikan bahawa kitab Al-Quran adalah daripada
Allah s.w.t.

2
Keistimewaan Al-Quran

a) Makna – makna yang diilhamkan Allah kepada RasulNYA, namun lafaz – lafaz
tidak diturunkan sekali tetapi rasul yang mengungkapkannya

b) Mentafsirkan sesebuah surah atau ayat Al – Quran dengan lafaz Arab yang
merupakan sinonim bagi lafaz – lafaz Al – Quran

c) Penterjemahan sesebuah surah atau ayat ke dalam bahasa asing yang bukan
bahasa arab tidak dianggap sebagai al – quran

d) Ia di riwayatkan melalui cara periwayatan yang mendatangkan pengetahuan dan


kepastian

Kehujjahan Al-Quran

Lughah (bahasa) - menghubungkan sifat lemah dan menetapkannya pada orang lain.

Syara' - menetapkan ketidakmampuan orang lain, tidak akan terlaksana dan sesuatu
mukjizat dapat dibuktikan jika terpenuhi tiga perkara iaitu:

a) Adanya tentangan iaitu permintaan untuk beradu, berlawan dan saling


menjatuhkan.

b) Adanya motivasi yang mendorong kepada lawan untuk mengajukan tentangan /


menjawab tentangan perlawanan.

c) Tidak ada penghalang yang menghalangnya dari perlawanan atau untuk


menjawab tentangan ini.

3
Mukjizat Al-Quran

a) Keindahan bahasa dan logik penggunaan kata – katanya

b) Keharmonian segala prinsip dan teorinya

c) Kebenaran segala ramalannya

d) Pembuktian sains akan segala kebenaran segala teorinya

e) Kemukjizatan dalam bidang perundangan

Hukum – hukum Al – Quran

a) Hukum I’tiqadiyyah

a) Hukum Khuluqiyyah

b) Hukum Amali

c) Hukum – hukum Ibadah

d) Hukum – hukum Mu’amalah

e) Hukum Ahwal Syakhsiyah

f) Hukum Madaniyah

g) Hukum Jenayah

h) Hukum Murafa’at

i) Hukum Dusturiyah (perlembagaan)

j) Hukum Dawliyah

k) Hukum Iqtisadiyah dan Maliyah

4
Dasar-dasar Tasyri Al-Quran

Tujuan

Al-Quran telah memberitahu bahawa ia diturunkan untuk memperbaiki keadaan umat


manusia.

"Ia memerintahkan manusia dengan berbuat baik dan melarang mereka daripada
perbuatan yang tidak baik, menghalalkan bagi mereka yang baik serta mengharamkan
atas mereka yang tidak baik".

Macam-macam hukum yang terkandung dalam Al-Quran:

a) Hukum-hukum Syariat

b) Hukum Moralitas

c) Hukum Amaliyyah

d) Hukum-hukum Syariat

Tiada yang sukar

"Dan mengangkatkan dari mereka itu keberatan-keberatan mereka dan belenggu yang ada
diatas mereka".

"Hai Tuhan Kami dan janganlah Engkau pikulkan atas kami keberatan sebagaimana yang
pernah Engkau pikulkan dia diatas orang yang sebelum kami. Hai Tuhan, janganlah
Engkau pikulkan kepada kami perintah yang berat untuk kami mengerjakannya".

"Allah tidak mengkehendaki menjadikan kesempitan (keberatan) atas kamu".

Menyedikitkan beban

"Allah tidak membebani seseorang melainkan selapangnya".

Disebabkan itu , Nabi Muhammad s.a.w kerapkali memperingatkan kepada kaum


Muslimin, supaya mereka jangan memperbanyakkan pertanyaan hukum-hukum agama

5
kerana kaum dari Nabi-nabi yang dahulu sangat suka memperbanyakkan pertanyaan
tentang hukum-hukum agama.

Beransur-ansur mendatangkan hukum

Katakanlah olehmu (Muhammad), pada keduanya (arak dan judi) itu dosa yang besar dan
bermanfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya itu lebih besar daripada manfaatnya".

"Dan ibu-ibu yang telah diceraikan suami, mereka wajib menyusukan anak-anak mereka
selama 2 tahun yang sempurna iaitu bagi orang yang mahu menyempurnakan penyusuan
itu tetapi wajib ke atas bapa dari anak-anak itu memberi pakaian dan makanan kepada
ibu-ibu itu dengan cara yang patut".

Tuntutan dijalankan dengan kalimah fi'il (kerja) amri atau fi'il mudhari' dengan huruf
"lam amr".

"Peliharalah solat-solat dan solat pertengahan serta berdirilah kepada Allah dengan
khusyu' ".

Dengan menegaskan bahawa perbuatan itu haram

"Katakanlah olehmu: Sesungguhnya Tuhanku telah mengharamkan kejahatan yang


terang dan yang tersembunyi, berbuat dosa dan melanggar kekuasaan diluar kebenaran".

Dengan jalan bahawa perbuatan itu tidak halal

"Tidak halal bagi kamu bahawa kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan paksa".

6
Penurunan Al-Quran

Masalah Penurunan Al-Quran

Al - Quran diturunkan sekaligus yang ada dilangit dunia dan kemudian diturunkan kepad
Nabi Muhammad s.a.w secara beransur - ansur selama dua puluh tahun dan beberapa
bulan mengikut sebab - sebab:

a) Ada yang diturunkan sebagai kenyataan terhadap sesuatu keadaan atau kejadian.

b) Ada yang diturunkan sebagai jawapan terhadap pernyataan - pernyataan yang


dikemukakan kepada Rasulullah s.a.w.

c) Ada juga ayat-ayat yang diturunkan tanpa suatu sebab, tetapi bilangannya adalah
sedikit

Hikmat Penurunan Secara beransur

a) Mewujudkan hubungan berterusan yang telah memberikan kekuatan dan


menaikkan semangat serta kemampuan untuk bersabar dalam menghadapi segala
hal.

b) Rasulullah adalah seorang yang ummi, tidak tahu membaca dan menulis.
Penurunan secara beransur – ansur ini telah memudahkan beliau untuk menghafal
dan memahami isi kandungannya.

c) Sebelum Islam, Bangsa Arab adalah bangsa yang bebas dari segala peraturan dan
tidak tunduk kepada sebarang undang – undang.

d) Dari kebijaksanaan Allah menjadikan hukumnya yang terkandung dalam Al –


Quran sebagai jawapan terhadap persoalan – persoalan dan penyelesaian terhadap
masalah serta kemusykilan yang terjadi.

e) Untuk mengubah kehidupan manusia secara beransur – ansur

7
Pengertian As-Sunnah

Al-Sunnah dari segi bahasa ertinya jalan, adat atau kebiasaan. Sunnah seseorang ialah
adat atau kebiasaan atau apa yang biasa ia lakukan, sama ada baik atau buruk. Didalam
surah Al-Nisa, ayat 26, Allah swt berfirman:

“Allah hendak menerangkan kepadamu dan menunjukkan kepadamu jalan-jalan orang-


orang yang sebelum kamu, dan hendak menerima taubatmu. Dan Allah maha mengetahui
lagi maha bijaksana.”.

Mengikut istilah fuqaha, al-sunnah sama dengan al-mandub, iaitu amal perbuatan yang
diberi pahala bagi orang yang melakukannya dan tidak berdosa atas orang yang
meninggalkannya. Adapun mengikut istilah para usuliyyin, al-sunnah ialah segala yang
lahir atau berupa perkataan, perbuatan atau taqrir, iaitu penetapan, pengakuan atau
pengesahan terhadap perbuatan yang dilakukan oleh para sahabat atau salah seorang
daripada mereka.

Hujjat Al-Sunnah

Daripada definisi hukum itu sendiri sudah jelas bahawa yang menetapkan hukum adalah
Allah swt, tidak ada hakim selain daripadaNya. Erti hujat yang sebenarnya adalah
penzahiran, penyingkapan atau penunujukkan. Makka hujjat al-sunnah disini ialah
keadaan al-sunnah sebagai menzahirkan hukum Alah swt atau sebagai dalil atau
penunjuk keatas hukum Allah swt tersebut.

Jika kita mengetahui atau menyangka kewujudan hukum Allah dengan perantaraan al-
sunnah, maka wajiblah kita beramal dengannya. Dengan kata-kata lain, al-sunnah
merupakan sumber hukum yang dengannya kita mengetahui hukum Allah swt, dan
kerananya ia mesti dijadikan pegangan.

Kedudukan Al-Sunnah berbanding Al-Quran

Al-sunnah adalah wahyu daripada Allah swt, seperti halnya dengan Al-Quran. Hanya Al-
Quran mempunyai banyak keistimewaan kerana Al-Quran adalah wahyu yang matlu,
yang lafaz dan maknanya daripada Allah swt, yang membacanya sahaja sudah dijadikan
sebagai ibadat, yang lafaz dan kandungannya dijadikan sebagai mukjiat yang
membuktikan kerasulan Muhammad saw. Al-sunnah, hanya maknanya sahaja daripada
Allah swt, sedang lafaznya daripada Nabi saw sendiri.

8
Adapun dari segi kehujjaan, martabat al-sunnah sama dengan martabat Al-Quran, kerana
kedua-duanya adalah sama, iaitu wahyu daripada Allah swt. Kelebihan Al-Quran dalam
perkara-perkara yang disebutkan, tidak berkait dengan masalah kehujjahan, kerana
seandainya Al-Quran tidak mempunyai kelebihan-kelebihan tersebut, maka ia tetap
merupakan hujjah selama ia merupakan wahyu daripada Allah swt, seperti halnya dengan
kitab-kitab samawi terdahulu.

Pembahagian Al-Sunnah

Al-sunnah dapat dibahagikan kepada beberapa pembahagian iaitu:

- Pembahagian Al-Sunnah dengan melihat zatnya: Dengan melihat kepada zatnya,


sebagaimana kita lihat daripada ta’rif al-sunnah mengikut istilah para usuliyyin, maka ia
terbahagi kepada: Pertama: Al-Sunnah al-Qawliyyat, iaitu segala yang disabdakan oleh
Rasulullah saw (ucapan-ucapan Nabi saw). Kedua: Al-sunnat al-fi’liyyat, segala
perbuatan Rasulullah saw.

Al-Sunnah Al-Mutawatirah

Sunnah mutawatirah ialah yang jumlah periwayatnya daripada Rasulullah saw


sedemikian ramainya sehingga, menurut kebiasaan, mereka tidak mungkin bersepakat
untuk berdusta, mengingat banyaknya, kejujuran, dan juga perbezaan pandangna serta
tempat masing-masing. Kemudian bilangan yang meriwayatkan hadith tersebut daripada
mereka pun demikian juga pada masa tabi’in dan tabi’ al-tabi’in, kerana penaqalan atau
penukilan selepasnya adalah melalui tadwin, seperti sunnah-sunnah fi’liyah tentang
perbuatan salat, puasa, haji, adzan dan lain-lainnya yang merupakan syi’ar agama.
Adapun dalam sunnah qaqliyah sedikit sekali yang mutawatir.

Sunnah Al-Ahad

Sunnah al-ahad atau juga disebut al-khabar al-wahid ialah yang jumlah periwayatnya
pada tiga masa pertama: satu, dua atau lebih tetapi tidak mencapai bilangan mutawatir. Di
antara al-sunnah, ada yang pada permulaannya ahad, yakni jumlah periwayatnya daripada
sahabat satu, dua atau lebih tetapi tidak mencapi bilangan mutawatir, tetapi kemudiannya,
yakni pada zaman tabi’in dan tabi’I al-tabi’in, jumlah periwayatnya mencapai bilangan
mutawatir. Sunnah yang demikian, menurut istilah Hanafiah dinamakan al-sunnah al-
masyhurah.

Al-Hadith Al-Sahih

9
Iaitu yang sanadnya bersambung daripada permulaan sampai kepada akhirnya atau
pentadwinnya, periwayat-periwayatnya bersifat adil, teliti dalam periwayatannya dan
tidak dapat keganjilan atau ‘illah dalam kandungannya yang boleh memburukkan nilai
hadith. Dengan kata-kata lain, hadith sahih adalah hadith yang memenuhi semua syarat-
syarat beramal.

Al-Hadith Al-Hassan

Iaitu yang sanadnya bersambung dan para periwayatnya adil, tetapi ada yang kurang
ketelitiannya, dan tidak mengandungi sebarang keganjilan atau illat pada kandungannya.
Hadith hasan boleh dijadikan hujjah.

Al-Hadith Al-Da’if

Iaitu yang kurang daripada tingkatan hasa. Hadith da’if ini banyak macamnya dan
berbeza-beza tingkat kelemahannya, mengikut jauh atau dekatnya kepada syarat-syarat
hadith sahih, di antaranya hadith mursal, hadith munqati, hadith mu’dal, hadith mu’allaq,
hadith ma’lul dan lain-lainnya.

Hadith Palsu (Mawdu’)

Hadith mawdu’ adalah hadith yang pasti dustanya dan tidak ada kemungkinan daripada
Nabi saw.

Ciri-ciri Hadith Palsu

Di antara ciri-ciri hadith palsu ialah:

- Jika terdapat salah seorang periwayatnya mendakwakan bahawa ia mendengar hadtih


tersebt daripada seseorang yant telah wafat sebelum ia sendiri dilahirkan, seperti yang
didakwakan oleh Ma’mun Bin Ahmad al-harawi bahawa ia telah mendengar daripada
Hisyam Bin ‘Ammar. Maka Ibnu Hibban berkata kepadanya bahawa Hisyam yang anda
mendakwakan telah meriwatkan hadith daripadanya telah wafat tahun 245 Hijrah.

- Apabila ia bercanggah dengan nas Al-Quran yang jelas maknanya, yang tidak menerima
penasakhan atau penta’wilan dan juga tidak boleh dihimpun di antara keduanya.

- Apabila bercanggah dengan hadith yang mutawatir.

- Apabila periwayat yang meriwayatkan hadith itu sendiri mengakui bahawa ia telah
berdusta padanya.

10
Tamat

11

You might also like