You are on page 1of 6

CATATAN HARIAN

Kamu telah menyertai satu lawatan sambil belajar ke sebuah negeri lain. Antara tempat yang
dilawati, termasuklah kawasan perkelahan, tempat bersejarah, dan pusat membeli-belah.
Tulislah catatan harian sepanjang lawatan kamu itu.

Sabtu, 21 Februari 2008

7.30 pagi - Semua peserta rombongan berkumpul di sekolah. Cikgu Khusairi dan Cikgu Sharif
sibuk mencatat kehadiran murid.

8.00 pagi - Bas bertolak ke Melaka. Semua kelihatan ceria. Ada yang menyanyi, termasuk saya.

10.30 pagi - Tiba di Bandar Melaka. Destinasi pertama ialah Kota A Famosa yang bersejarah.
Masing-masing sibuk bergambar dan mencatat sejarahnya yang dipamerkan berhampiran kota
itu. Kami juga membeli buah tangan berupa model kota itu.

12.30 tengah hari - Makan tengah hari di tepi laut Bandar Hilir. Mujur aku membawa bekal
kerana harga makanan agak mahal.

2.00 petang - Singgah di pusat membeli-belah Melaka Parade. Memang besar dan indah. Aku
membeli sehelai baju-T sebagai kenangan di Melaka.

4.00 petang -Singgah pula di Pantai Tanjung Bidara. Ramai orang berkelah. Kami tidak
dibenarkan mandi kerana laut bergelora. Pantainya memang indah dan bersih.

5.30 petang - Bertolak untuk pulang ke Lumut. Masing-masing kelihatan letih. Ramai yang tidur.

7.30 petang - Kami tiba di sekolah. Lega rasanya kerana ayah sudah sedia menunggu.
Walaupun letih tetapi menyeronokkan.

Isi-isi Penting

Pendahuluan
- berkumpul di sekolah – cikgu mencatat kehadiran murid

Isi
- mula bertolak – semua ceria - menyanyi
- tiba di Melaka – melawat kota A Famosa - bergambar – membuat catatan
- membeli buah tangan/ model kota
- makan tengah hari di tepi laut – makanan agak mahal
- membeli-belah di Melaka Parade – membeli baju T – kenangan
- singgah di Pantai Tanjung Bidara – ramai orang berkelah – pantainya indah
- tidak dibenarkan mandi kerana laut bergelora
- pulang – letih – tertidur

Penutup
- tiba di sekolah – ayah sudah menunggu
- letih tetapi seronok
CATATAN HARIAN

Tuliskan catatan harian aktiviti yang kamu lakukan setiap hari.

Isnin, 2 Januari 2008

Seperti biasa saya ke sekolah. Pada sebelah petang, setelah makan tengah hari saya
berehat seketika. Saya menyelesaikan kerja sekolah dari pukul 3.00 hingga 5.00 petang.
Saya bermain bola sepak dari pukul 5.30 hingga 6.30 petang. Pada sebelah malam
pula, saya mengulang kaji pelajaran. Saya masuk ke bilik tidur pada pukul 10.00 malam.

Selasa, 3 Januari 2008

Dari pukul 7.30 pagi hingga 1.00 petang berada di sekolah. Pada sebelah petang,
seperti biasa menyelesaikan kerja sekolah dari pukul 3.00 hingga 5.00 petang.
Petang ini saya tidak bermain kerana membantu bapa menanam sayur di belakang
rumah. Saya mengulang kaji pelajaran dari pukul 8.00 hingga 9.30 malam.

Rabu, 4 Januari 2008

Sebelah pagi di sekolah. Hari ini saya tidak balik ke rumah kerana ada perjumpaan ahli
pengakap. Balik ke rumah pada pukul 5.00 petang. Setelah membersihkan diri, saya berehat.
Saya membuat kerja rumah dari pukul 8.00 hingga 9.30 malam.

Khamis, 5 Januari 2008

Seperti hari-hari yang lain, saya ke sekolah pada sebelah pagi. Mulai pukul 3.00 hingga
5.30 petang saya membuat kerja rumah. Petang ini saya tidak bermain. Pada sebelah malam,
saya ke masjid. Saya tidur pukul 10.30 malam.
Isi-isi Penting

Hari 1
- sekolah
- petang – menyiapkan kerja sekolah – bermain bola sepak
- malam – mengulang kaji pelajaran

Hari 2
- sekolah
- petang – membantu bapa menanam sayur
- malam – mengulang kaji pelajaran

Hari 3
- pagi - sekolah
- tidak balik sebab ada perjumpaan pengakap
- malam – membuat kerja rumah

Hari 4
- pagi - sekolah
- petang – membuat kerja rumah – tidak bermain petang ini
- malam – ke masjid
CATATAN HARIAN

Minggu lalu kamu telah menyertai kem motivasi di sekolah. Aktiviti yang diadakan untuk murid-
murid tahun enam itu telah berlangsung selama dua hari. Tuliskan catatan harian sepanjang
aktiviti tersebut.

Sabtu, 6 Mac 2008


8:00 pagi - Mendaftar diri di dewan sekolah.
9:00 pagi - Taklimat ringkas tentang penginapan dan jadual aktiviti. Kemudian
menyusun kerusi meja dan membersihkan kelas yang dijadikan bilik tidur.
10:00 pagi - Wisel berbunyi. Kami bergegas ke dewan. Ceramah 1 bertajuk
“Membuka Minda“ oleh Cikgu Anas. Kami juga dipecahkan kepada
beberapa kumpulan.
12:00 tengah hari - Makan dan rehat.
2:00 petang - Sekali lagi wisel ditiup. Kami berkumpul di dewan. Setiap kumpulan
membincangkan sebuah tajuk khusus. Tajuk perbincangan kumpulan
kami ialah “Faedah Belajar Secara Berkumpulan“.
3:00 petang - Semua kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
4:30 petang - Minum petang dan rehat.
5:30 petang - Riadah di padang sekolah.
7:00 petang - Murid-murid Islam ke surau, murid bukan Islam menghadiri kelas moral.
Kemudian makan malam.
9:00 malam - Wisel berbunyi lagi. Latihan Dalam Kumpulan 1 (LDK1) dengan tema
“Bersatu Teguh“ memang menyeronokkan. Kami sedar betapa pentingnya
hidup bekerjasama.
10:00 malam - Tidur. Rasa gembira kerana tidur beramai-ramai walaupun hanya
berkatilkan susunan meja.
Ahad, 7 Mac 2008
6:00 pagi - Wisel ditiup lagi. Kami ke surau, kemudian senaman pagi.
8:00 pagi - Selepas sarapan kami ke dewan. Ceramah 2 oleh Cikgu Mardiah bertajuk
"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan“.
10:00 pagi - LDK 2. Temanya ”Titian Hidup”. Aktiviti ini berfaedah kerana dapat
memberikan keinsafan kepada kami tentang cabaran yang akan ditempuhi.
12:00 tengah hari - Makan dan rehat.
2:00 petang - Ceramah akhir oleh Guru Besar bertajuk “Yakin Boleh“.
3:00 petang - Bersurai dengan laungan ‘Kami Boleh!’. Tergambar kepuasan pada
wajah kami yang penuh semangat.
Isi-isi Penting

Hari 1
Pagi
- pendaftaran
- taklimat penginapan dan jadual
- menyusun kerusi meja dan kelas – bilik tidur
- ceramah 1 – "Buka Minda“
- pembahagian kumpulan
- rehat
Petang
- berkumpul di dewan
- perbincangan kumpulan – “Faedah Belajar Secara Berkumpulan“
- pembentangan hasil kerja kumpulan
- minum petang
- riadah
Malam
- pelajar Islam ke surau, bukan Islam - moral
- Latihan Dalam Kumpulan – “Bersatu Teguh“ – seronok
- tidur berkatilkan meja

Hari 2
Pagi
- ke surau
- senaman pagi
- sarapan
- ceramah 2
- Latihan Dalam Kumpulan 2
Petang
- ceramah oleh guru besar
- bersurai – laungan ’Kami Boleh’
- tergambar kepuasan
CATATAN HARIAN

Pada musim cuti sekolah yang lalu kamu sekeluarga telah melawat ke ibu negeri tempat kamu
tinggal. Keluarga anda telah menginap di sebuah hotel di bandar tersebut. Tulis sebuah catatan
harian sepanjang lawatan tersebut.

Selasa, 12 Mei 2008


11:00 pagi - Bertolak dari rumah dengan kereta. Semuanya dalam keadaan
ceria.
11:45 pagi - Tiba di Jambatan Pulau Pinang. Adik begitu gembira melihat
pemandangan laut yang indah.
1:00 petang - Kami sampai di bandar Georgetown. Keadaan lalu-lintas
di bandar itu sesak. Kami singgah makan tengah hari di
Restoran Nasi Kandar.
2:30 petang - Masuk ke Hotel Seri Malaysia yang telah ditempah ayah sejak
seminggu lalu. Seronok sekali kerana ada kolam mandi di situ.
4:00 petang - Kami bersiar-siar di sekitar bandar. Kemudian kami singgah
makan pasembor di Padang Kota. Angin laut bertiup sepoi-
sepoi bahasa. Sungguh nyaman sekali.
6:00 petang - Kami pulang ke hotel. Kemudian saya mandi di kolam
bersama ayah.
8:00 malam - Berjalan-jalan di Komtar yang terletak bersebelahan hotel tempat
kami menginap. Makan di Medan Selera.
10:00 malam - Pulang ke hotel. Semua tidur cepat kerana kepenatan.

Rabu, 13 Mei 2008


9:00 pagi - Selepas bersarapan, kami ke Bukit Bendera.
9:30 pagi - Kami terpaksa beratur dan menanti giliran untuk menaiki
kereta api Bukit Bendera kerana ramai pengunjung.
10:30 pagi - Sampai di puncak Bukit Bendera. Udaranya sungguh nyaman.
Kami menikmati panorama Pulau Pinang yang indah sekali.
2:00 petang - Selepas turun dari Bukit Bendera, kami bersiar-siar sebentar
di pantai Batu Feringgi. Ramai sekali orang berkelah di situ.
4:30 petang - Pulang ke hotel. Berkemas untuk pulang.
6:00 petang - Meninggalkan hotel. Pulang dengan menaiki feri. Saya dan
adik tertidur sepanjang perjalanan.

You might also like