You are on page 1of 54

Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Tugasan 2 : Petempatan Dan Perkembangan Bukit Antarabangsa, Selangor Dibandingkan

Dengan Jurong, Singapura

Nama : Syahira Binti Omar

Kelas : 3 Cemerlang 2

Kad Pengenalan : 941008-14-5744

Angka Giliran :

Nama Guru : Norlaila Binti Mat Jali

T. Tangan Pelajar T. Tangan Guru

............................. ...................................

(Syahira bt Omar) (Norlaila bt Mat Jali)


Senarai Kandungan
2.0 Senarai Kandungan

No Kandungan Muka Surat


1 Penghargaan
2 Pendahuluan
3 Objektif Kajian
4 Kawasan Kajian
5 Kaedah Kajian
6 Dapatan Kajian

 Jenis dan Pola

 Faktor yang mempengaruhi petempatan

 Fungsi petempatan

 Masalah petempatan

 Langkah mengurangkan masalah petempatan


7 Rumusan
8 Lampiran
9 Rujukan
Penghargaan

3.0 Penghargaan

Saya dapat menyiapkan folio Geografi PMR saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama

daripada beberapa pihak.


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak

sekolah yang telah memberi surat kebenaran untuk menjalankan tugasan ini. Sekalung budi kepada

guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 3 saya, Puan Norlaila bt Mat Jali yang telah memberikan

penerangan tentang format folio Geografi PMR, membimbing dan memperbetulkan kesilapan saya

semasa proses pembuatan folio ini.

Tidak ketinggalan, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa

saya Azliza Bt Mohamad Arshad dan Omar Bin Mohd Badar serta ahli keluarga yang telah

memberi sokongan dan dorongan kepada saya. Tidak lupa juga kepada semua penduduk Bukit

Antarabangsa yang terlibat sebagai responden.

Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang turut membantu saya

iaitu Nadhirah bt Fithri, Naziera Murnie bt Suhaimi, ‘Iffah Syahirah bt Adli dan Nur Syahirah bt

Mohd Azmi kerana sudi berkongsi maklumat yang berkaitan dengan Bukit Antarabangsa dalam

memberikan petunjuk serta inspirasi kepada saya dan juga rakan-rakan sekelas saya yang

lain.Terima kasih di atas bantuan anda semua.


Pendahuluan

4.0 Pendahuluan

Saya menjalankan kajian yang bertajuk ‘Petempatan Dan Perkembangan Bukit Antarabangsa,

Selangor dibandingkan dengan Jurong, Singapura ’, bagi memenuhi keperluan kerja kursus

Geografi PMR.
Saya memilih Bukit Antarabangsa sebagai kawasan kajian setelah berbincang dengan

beberapa rakan-rakan sekelas saya yang lain.Bukit Antarabangsa merupakan pilihan terbaik kerana

memenuhi kehendak tema kajian yang saya jalankan iaitu di sekitar Bukit Antarabangsa terdapat

pelbagai jenis petempatan dan perkembangan yang boleh dikaji.

Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui jenis-jenis petempatan dan perkembangan yang

menyumbang kepada pembangunan Bukit Antarabangsa dan juga kesannya terhadap alam sekitar.

Saya telah menjalankan kajian ini bersama beberapa rakan sekelas. Kami telah berkerjasama bagi

memperoleh, mengumpul data dan maklumat yang diperlukan untuk menulis laporan lengkap

secara individu.

Negara yang dibandingkan dengan kawasan kajian saya ialah Singapura. Saya memilih

Singapura sebagai negara bandingan saya kerana negara tersebut terletak berhampiran dengan

Malaysia, iaitu di hujung selatan Semenanjung Malaysia.Singapura adalah sebuah negara yang

pesat membangun dengan pelbagai jenis petempatan dan juga merupakan sebuah negara yang

berkeluasan kecil. Hal ini memudahkan saya melakukan kerja-kerja perbandingan.

Saya telah menjalankan kajian ini selama 2 bulan lebih dan saya berpuas hati dengan

hasilnya.Selama 4 minggu, saya dan rakan saya telah berusaha mengumpul data dan maklumat

yang diperlukan, 3 minggu pula diperuntukkan untuk mendokumentasikan kajian saya. Masa yang

selebihnya telah saya gunakan untuk memperbaiki folio saya.


Objektif Kajian

5.0 Objektif Kajian

Objektif utama saya menjalankan kajian ini adalah bagi memenuhi keperluan kerja kursus PMR

bagi tahun 2009 yang bertajuk “Petempatan dan Perkembangannya”. Saya telah memilih

petempatan diri saya sendiri iaitu Bukit Antarabangsa dibandingkan negara Singapura.
1) Pertama sekali, saya boleh mengetahui lebih tentang jenis-jenis dan pola petempatan di

Bukit Antarabangsa dibandingkan dengan Singapura.

2) Selain itu, saya juga boleh megetahui tentang faktor yang mempengaruhi petempatan

dikawasan Bukit Antarabangsa dibanding dengan Singapura.

3) Tambahan lagi saya lebih mengetahui tentang fungsi petempatan di Bukit Antarabangsa.

4) Saya juga boleh mengetahui apakah masalah petempatan antara Bukit Antarabangsa dan

Singapura.

5) Berhubung dengan itu, saya boleh mengetahui langkah-langkah untuk mengurangkan

masalah-masalah di Bukit Antarabangsa.

6) Akhir sekali, saya berasa bangga dan bersyukur kerana dapat menjalankan kajian ke atas

petempatan di Bukit Antarabangsa dibandingkan dengan Singapura.


Kawasan Kajian

6.0 Kawasan Kajian

Saya telah memilih Bukit Antarabangsa, Selangor sebagai kawasan kajian saya. Bukit

Antarabangsa merupakan salah sebuah kawasan perumahan yang telah lama dibina di kawasan

Ampang. Dahulunya Bukit Antarabangsa merupakan sebuah kawasan hutan yang luas yang

terletak bersebelahan dengan bandar Kuala Lumpur. Ianya telah dibangunkan sebagai kawasan
petempatan bagi menampung penduduk yang bekerja disekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur dan

sekitarnya.

Bentuk muka bumi di sekitar Bukit Antarabangsa ialah kawasan tanah tinggi yang terletak

diatas banjaran Titiwangsa. Penduduk Bukit Antarabangsa terdiri daripada berbilang kaum.

Bukit Antarabangsa terletak di dalam daerah Ampang Jaya di negeri Selangor iaitu kira-kira

10 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur. Bukit Antarabangsa terletak di sebelah timur bandar

Kuala Lumpur.

Bukit Antarabangsa dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur. Di Bukit

Antarabangsa juga terdapat perkhidmatan pengangkutan awam iaitu bas awam dan teksi.

Berdekatan dengan Bukit Antarabangsa terdapat beberapa kawasan perumahan yang lain seperti

Taman Keramat dan Taman Melawati. Bukit Antarabangsa juga berdekatan dengan Zoo Negara

begitu juga kawasan zon perdagangan bebas yang terdapat banyak kilang-kilang dari luar negara.
Peta Kajian

Kawasan Kajian (Bukit Antarabangsa, Selangor)


Peta 3 : Bukit Antarabangsa, Ampang Jaya, Selangor

Peta Daerah Ampang Jaya


Kawasan Yang Dibandingi

6.2 Kawasan Yang Dibandingi


Jurong, Singapura terletak dalam kawasan Asia Tenggara .Negara jiran yang terdekatnya ialah

Malaysia di utara dan Indonesia di selatannya. Singapura dipisahkan dengan Malaysia oleh Selat

Temberau. Bilangan Penduduknya seramai 4, 553, 009 orang. 76.8 % daripada bilangan

penduduknya terdiri daripada kaum Cina.13.9 % kaum Melayu, 7.9 % kaum India dan 1.4 % lain-

lain.

Iklimnya ialah iklim Khatulistiwa. Suhu minimanya ialah 23 darjah Celsius manakal suhu

maksimanya 34 darjah celcius. Terdapat dua jenis angin monsun yang bertiup iaitu angin monsun

timur laut yang bertiup pada bulan Disember hingga Mac dan angn monsun barat daya yang

bertiup pada bulan Jun hingga September.

Dua laluan yang menghubungkan Singapura dengan Malaysia ialah Tambak Johor dan Laluan

Kedua tuas di sebelah selatan.

Keluasan Singapura ialah 699 km persegi. Kawasan paling tinggi ialah bukit Timah iaitu 164 m.

Kegiatan ekonomi di negara Singapura Pula termasuklah pelancongan, perindustrian dan

pengangkutan.
Peta

Kawasan Yang Dibandingkan (Jurong, Singapura)


Peta 2 : Kawasan Perbandingan (Jurong, Singapura)
Kaedah Kajian

7.0 Kaedah Kajian

Kaedah Kajian yang saya jalankan ialah :-


a. PERMERHATIAN: Saya telah menggunakan kaedah ini dengan memerhati dan seterusnya

menilai jenis petempatan penduduk Bukit Antarabangsa secara umum. Saya juga telah

membuat pemerhatian terhadap ciri-ciri fizikal dan budaya di sekitar kawasan kajian seperti

bentuk muka bumi, jenis kegiatan ekonomi serta kesan kegiatan ekonomi terhadap alam

sekitar.

b. TEMU BUAL: Saya telah menemubual kedua-dua ibu bapa saya tentang nama dan jenis

petempatan penduduk di Bukit Antarabangsa.Dengan menggunakan kaedah ini, saya dapat

memastikan petempatan penduduk Bukit Antarabangsa yang saya telah perhatikan adalah

benar.Ini memudahkan saya mengumpul maklumat dan data serta menjimatkan masa.

c. SOAL SELIDIK: Saya menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan maklumat yang

paling tepat mengenai jenis petempatan secara terperinci dan juga pendapatan responden.

Saya telah menggunakan borang soal selidik yang disediakan oleh pihak sekolah dan

diberikan kepada sebanyak 30 orang responden

d. RUJUKAN PERPUSTAKAAN: Saya telah membuat rujukan mengenai negara bandingan

iaitu Singapura di Perpustakaan Negara.Saya juga telah banyak merujuk kepada buku teks

Geografi Tingkatan 3 untuk menulis dapatan kajian.

e. MELAYARI INTERNET: Dengan menggunakan teknologi yang sedia ada, saya telah

melayari beberapa buah laman web untuk mendapatkan peta daerah Ampang Jaya dan

Bukit Antarabangsa dan peta negara Singapura serta memperoleh maklumat tambahan

berkaitan dengan Singapura.


Dapatan Kajian

8.0 Dapatan Kajian


8.1 Jenis-jenis dan pola petempatan

Bukit Antarabangsa, Selangor

Jenis petempatan di kawasan Bukit Antarabangsa, Selangor ialah petempatan bandar. Hal ini

sedemikian kerana kedudukannya di bandar Ampang. Pola petempatan kawasan kajian ini ialah

petempatan kawasan kajian ini ialah petempatan berpusat kerana rumah dan bangunan-bangunan

dibina rapat-rapat. Kawasan ini juga mempunyai banyak kemudahan asas seperti sekolah, kedai,

jalanraya dan tempat beribadat. Pelbagai jenis petempatan penduduk terdapat di sekitar 5km

persegi kawasan Bukit Antarabangsa dan juga Jurong, Singapura. Antara jenis-jenis petempatan

yang terdapat ialah :-

 Pangsapuri

 Kondominium

 Rumah Teres Dua Tingkat

 Rumah Teres Tiga Tingkat

 Rumah Berkembar

 Rumah Banglo

Adalah menjadi kebanggaan, dapat tinggal di kawasan yang mempunyai banyak kemudahan serta

aman dan damai.


JENIS-JENIS PETEMPATAN DI BUKIT
ANTARABANGSA

PANGSAPURI KONDOMINIUM

RUMAH TERES DUA RUMAH TERES TIGA


TINGKAT TINGKAT

RUMAH BERKEMBAR RUMAH BANGLO

8.1 : Jenis-Jenis Petempatan Di Bukit Antarabangsa


Bilangan Jenis-Jenis Rumah

Jenis-Jenis Rumah Bilangan


Pangsapuri 2 Bangunan
Kondominium 6 Bangunan
Rumah Teres Dua Tingkat 7 Taman
Rumah Teres Tiga Tingkat 5 Taman
Rumah Berkembar 4 Taman
Rumah Banglo 5 Taman

Jenis-Jenis Rumah

6
5 5 5

5
4

4
3
Bil

0
Jenis Taman

pangsapuri kondominium rumah teres 2 tingkat rumah teres 3 tingkat rumah berkembar banglo

8.1 Jenis-jenis dan pola petempatan


Jurong, Singapura

Jenis petempatan di Jurong, Singapura adalah jenis bandar. Ini kerana kegiatan ekonomi di

kawasan ini ialah perindustrian, perdagangan dan pelancongan. Pola Petempatannya ialah

berpusat. Jenis-jenis petempatannya ialah seperti :-

 Rumah Teres

 Pangsapuri

 Kondominium

 Rumah Banglo

8. 2 Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan


8.2.1 Perkilangan Yang Berdekatan Dengan Bukit Antarabangsa

Kawasan Perkilangan sekitar Bukit Antarabangsa yang terdekat ialah di AU3. AU3 Ialah kawasan

zon perdagangan bebas Hulu Kelang di Jalan Enggang. Kawasan in seluas 4km persegi. Terdapat

banyak kilang seperti kilang elektronik dan barangan untuk kesihatan seperti TEXAS

INSTRUMENTS, CHIP PACS SDN BHD, SAPURA, GLAXO SMITH, KLIME & BEECHAM,

SHIN ETSU HANDOTAI SDN BHD MALAYSIA (S.E.H), dan PERNEC.

Saya bersyukur kerana dengan banyaknya kilang di kawasan Bukit Antarabangsa memberikan

banyak peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar sebagai operator keluaran, pemandu, dan

pekerja kantin.
8.2.1 Perindustrian di Singapura

Kebanyakkan kawasan perindustrian di Singapura terletak di bahagian selatan negara itu.

Antaranya ialah kawasan Tiong Bahru, Kaliang Bahru, Jalan Kolam Ayer dan Geyiang. Kawasan

ini dijadikan kawasan perindutrian kerana sangat berhampiran dengan Pelabuhan Tua.

Kilang-kilang yang terdapat disini seperti HENDERSON INDUSTRIAL FACTORY, HEWLETT

PACKARD FACTORY dan REDHILL INDUSTRIAL FACTORY.

Kilang-kilang ini menghasilkan produk-produk seperti barangan elektrik, pakaian, minuman dan

makanan serta barangan kesihatan. Syarikat perindutrian terbesar di Singapura ialah SONY

CORPORATION, UNIVERSAL PTE.LTD, DONUT FACTORY dan BUTTER FACTORY.

Bagi kawasan AU3 hanya terdapat perindustrian ringan sahaja berbanding Singapura yang banyak

menjalankan perindustrian berat.

Kegiatan perindustrian banyak memberi pekerjaan kepada penduduk Singapura.


6.2.2 Darjah Ketersampaian

Bukit Antarabangsa

Merujuk kepada sistem jaringan pengangkutan yang terdapat di kawasan Bukit Antarabangsa dan

negara Singapura. Oleh kerana kedudukan Bukit Antarabangsa yang berhampiran dengan Kuala

Lumpur, kawasan ini mempunyai kemudahan pengankutan yang baik sesuai dengan keperluan

penduduknya. Sistem pengangkutan yang terdapat di sini ialah pengangkutan awam seperti BAS,

TEKSI dan LRT. Antara stesen LRT yang berdekatan kawasan Bukit Antarabangsa ialah Wangsa

Maju dan Setianwangsa. Jalan Raya yang ada di kawasan Bukit Antarabangsa merangkumi

LEBUHRAYA MRR2, KESAS, AKLEH dan DUKE.

Sistem telekomunikasi di kawasn Bukit Antarabangsa juga mencapai tahap terbaik dengan

pelbagai kemudahan talian seperti MAXIS, CELCOM,DIGI dan TM. Dengan adanya kemudahan-

kemudahan ini dapat memberi manfaat kepada semua penduduk di sekitar Bukit Antarabangsa.

Saya berasa bertuah kerana tinggal di kawasan yang lengkap dengan kemudahan asas dan

infrastruktur yang telah disediakan oleh pihak berkuasa. Saya juga dapat pergi ke mana-mana

dengan mudah dan cepat.


Darjah Ketersampaian Berdekatan Dengan Bukit Antarabangsa

Lebuhraya Duke
6.2.2 Darjah Ketersampaian

Jurong, Singapura

Sistem pengangkutan Mass Rapid Transit (MRT) dan Light Rall Transit (LRT) di Singapura

merangkumi kawasan tersebut. MRT dan LRT menjadi pengangkutan awam utama. Tiga laluan

utama MRT iaiatu menghubungkan Timur-Jurong-Teluk Marina (north South Line), Pasir Ris Joo

Koon (west East Line). Bagi LRT juga terdapat 3 lauan iaitu Bukit Panjang, Sengkang dan

Punggol. Bas awam dikendalikan oleh syarikat SBS Transit dan MRT Transit yang merangkumi

laluan hingga ke Terminal Bas Larkin, Johor Bahru. Antara lebuhraya yang terdapat di Singapura

pula ialah Kallang-Paya Lebar Expressway, Seletar Expressway, Bukit Timah Expreeway,

Tampines Expressway dan Nicholes Expressway. Syarikat penerbangan utama Singapura ialah

Singapore Airlines System (SIA) yang mempunyai laluan ke seluruh dunia melalui Lapangan

Terbang Changi. Penduduk negara ini juga boleh ke Malaysia menggunakan kereta api yang

diusahakan oleh kereta api Tanah Melayu (KTM) di stesen tanjung Pagar.
Sistem Pengangkutan Transit Aliran Ringan Di Singapura

MRT
6.2.3 Kemudahan Asas

Bukit Antarabangsa, Selangor

Penduduk yang tinggal si sesuatu kawasan mementingkan pendidikan anak-anak. Oleh itu, setiap

kawasan diwujudkan beberapa sekolah rendah dan menengah bagi manampung pendidikan anak-

anak.

Antara sekolah di sekitar Bukit Antarabangsa ialah SK AU Keramat, SMK Lembah Keramat,

SMK Seri Keramat dan beberape sekolah agama.

Selain itu, kemudahan institusi kewangan dan pusat membeli belah juga menyebabkan ramai

penduduk bertumpu dikawasan ini. Jaya Jusco di AU4, Giant di Bukit Antarabangsa dan

Setiawangsa memberika kemudahan kepada penduduk untuk mendapatkan barangan keperluan

harian.

Kemudahan pengangkutan untuk mobiliti penduduk juga adalah cekap dan efisyen di kawasan

Bukit Antarabangsa.

Saya amat berbangga kerana dengan semua kemudahan yang ada ini menyedarkan saya betapa

bertuahnya saya tinggal di negara Malaysia.


6.2.3 Kemudahan Asas

Jurong, Singapura

Dalam mana-mana negara di dunia, bank syarikat kewangan memainkan peranan penting untuk

menggerakkan ekonomi negara.

Antara bank yang terdapat di Singapura ialah HONG LEONG BANK,CIMB, UNITED

OVERSEAS BANK, STANDARD CHATERED BANK DAN RHB. Manakala syarikat insurans

pula ialah AMERICAN EXPRESS SINGAPORE INSURANCE.

Dengan adanya kemudahan kewangan dan perbankan ini dapat meningkatkan taraf hidup rakyat.

Bagi penduduk yang beragama Islam , dapat menunaikan sembahyang dengan adanya masjid yang

tersegam indah.

Bekalan air negara ini sebahagiannya datang dari Malaysia. Terdapat juga projek kitar semula air

seperti mengeluarkan NEW WATER.

Kemudahan sukan amat dititik beratkan bagi mengarumkan nama negara Singapura hingga ke luar

negara. Antara sukan popular ialah bola sepak , kriket, renang, bola keranjang dan ping pong. Ping

pong telah membawa Singapura memenangi pingat sukan Olimpik dalam acara perseorang dan

bergu.

Stadium Kaliang menjadi tumpuan utama untuk permainan bola sepak. Mulai 2008 pula Singapura

telah menganjurakan pertandingan F1 yang diadakan pada waktu malam.


Banyak pusat-pusat pengajian tinggi seperti National University of Singapore, Nanyang

Technological University dan Singapore Management University. Selain itu, terdapat lima

Politeknik yang menawarkan pelbagai jurusan.

Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah Singapura. Pelbagai kolej juga

memberikan kemudahan kepada penduduk untuk mendapatkan pendidikan.


8.3 Fungsi Petempatan

8.3.1 Perkilangan Di Kawasan Bukit Antarabangsa, Selangor

Dalam radius 5km daripada Bukit Antarabangsa terdapat satu kawasan di dalam AU3 ialah

Kawasan Perdagangan Bebas yang menempatkan beberapa buah kilang elektronik dan kilang yang

berasaskan kepada barangan kesihatan seperti TEXAS INSTRUMENTS, CHIP PACS SDN BHD,

SAPURA, GLAXO SMITH, KLIME & BEECHAM, SHIN ETSU HANDOTAI SDN BHD

MALAYSIA (S.E.H), dan PERNEC.

Aktiviti perkilangan di kawasan AU3 dan sekitarnya telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada

penduduk tempatan. Antara pekerjaan yang wujud ialah sebagai operator pengeluaran, pengusaha

kantin, pemandu bas kilang, pengawal keselamatan dan pengurus kilang. Faktor banyaknya kilang

di sini.

Kebanyakkan penduduk yang tinggal di kawasan Bukit Antarabangsa bekerja di kilang-kilang ini

dan tinggal berdekatan kerana banyak kemudahan Infrastruktur yang disediakan.

Saya bersyukur kerana dengan adanya kilang-kilang ini telah membangunkan kawasan Bukit

Antarabangsa dan sekitarnya.


8.3.1 Pelancongan Di Singapura

Sektor pelancongan telah mewujudkan peluang pekerjaan yag banyak dan membantu rakyat

Singapura untuk meningkatkan banyak dan membantu rakyat Singapura untuk meningkatkan taraf

hidup mereka. Sama ada bekerja di Pulau Sentosa yang menjadi tumpuan pelancongan atau di

Pulau Sentosa yang menjadi tumpuan pelancongan atau di mana sahaja pusat pelancongan, rata-

rata memberikan pendapatan yang lumayan. Kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan apabila ke

Singapura termasuklah Malay Village(Kg. Gelam), Clark Quay Riverside, Bukit Timah, Zoo

Safari Waktu Malam, Underwater World, Cable Car dan Taman Burong di Jurong Park.

Selain daripada tempat-tempat menarik, terdapat banyak hotel penginapan disediakan untuk

pelancongan dan kawasan yang menjual makanan istimewa. Pelancong boleh pergi ke Singapura

menggunakan pengangkutan darat, udara atau laut. Semua penduduk di kawasan Bukit

Antarabangsa dan Singapura berasa bangga dan bersyukur kerana mendapat pekerjaan untuk

menampung hidup seharian meningkatkan taraf hidup.


Pusat Perlancongan Di Jurong, Singapura

Jurong Bird Park di Jurong, Singapura


8.4 Masalah Petempatan

8.4.1 Kesesakan Lalu Lintas Dan Pencemaran Di Bukit Antarabangsa, Selangor

Penduduk yang padat di kawasan Bukit Antarabangsa telah menyebabkan sering berlaku

kesesakan lalulintas terutamanya pada waktu ‘puncak’ di sebelah pagi dan petang. Majoriti

penduduk mempunyai kenderaan yang melebihi daripada satu. Apabila berlaku mobiliti penduduk

pada satu masa yang sama, kesesakan lalu lintas akan berlaku.

Ini sekaligus menyebabkan berlakunya pencemran udara oleh asap-asap kenderaan yang banyak di

udara.

Selain daripada itu, dengan banyaknya kilang di kawasan ini telah menyebabkan berlakunya

pencemaran air kerana pembuangan bahan-bahan kimia dan toksik ke sungai.

Penduduk juga tidak kurang berperanan mencemarkan sungai yang mengalir ke kawasan AU3 ini

dengan membuang sampah sarap ke situ.


8.4.1 Masalah Penyakit Denggi Dan Chikungunya

Aktiviti kawalan yang dijalankan tidak berkesan kerana kurang kerjasama penduduk Bukit

Antarabangsa yang dimanifestasikan sebagai rumah tidak dapat di sembur kerana tertutup atau

enggan selain daripada kebersihan persekitaran yang tidak baik. Wabak-wabak yang tidak terkawal

serta berlanjutan ini akan menjadi sumber penularan denggi. Kementerian Kesihatan memberi

perhatian serius sikap sebilangan penduduk yang tidak peka dengan risiko kesihatan awam kerana

membiarkan pembiakan nyamuk aedes di persekitaran rumah kediaman mereka. Walaupun hanya

seekor atau dua ekor nyamuk dewasa aedes, nyamuk ini mampu untuk menularkan demam denggi

atau chikungunya.

Kawasan Bukit Antarabangsa, AU2, AU3 merupakan kawasan yang mempunyai banyak kes

demam denggi dan ada yang membawa kepada kematian. Kawasan petempatan yang padat ini

menyebabkan banyak kes demam denggi yang tidak terkawal.

Adalah diharapkan agar penduduk kawasan ini mementingkan kebersihan tempat tinggal masing-

masing.
8.4.2 Masalah Hartanah Yang Mahal Di Singapura

JUMLAH penduduk di Singapura pada Jun 2007 meningkat 4.4 peratus menjadi 4,680,600 orang.

Menurut laporan akhbar Berita Harian Singapura, daripada jumlah itu sekitar 3.7 juta adalah

rakyat setempat dan Penduduk Tetap, sementara bakinya warga asing.

Harga sebuah rumah flat di Singapura ialah dalam lingkungan SGD200.000 (RM 460,000) hingga

SGD 700.000 (RM1.6 juta)

Statistik Harga Rumah dibeberapa kawasan di Singapura

JURONG WEST $170,000/$242,000/$315,000

KALLANG/WHAMPOA $212,000/$353,000/$461,500/$522,500

PASIR RIS $275,500/$340,500/$455,000

PUNGGOL $293,000/$358,000/$410,000

SEMBAWANG $257,500/$308,000/$365,000

SENGKANG $281,000/$334,000/$421,300

Hartanah yang mahal menjadi masalah kepada penduduk Singapura menyebabkan ramai pekerja

asing yang berulang alik dari Johor Bahru di Malaysia ke Singapura untuk bekerja.
8.4.2 Masalah Pencemaran Udara Di Singapura

Di Singapura , kualiti udara kembali pada paras ‘baik’ dan ‘sederhana’ selepas dilanda tahap tidak

sihat iaitu 128 pada indeks Standard Pencemaran (PSI) pada Sabtu, menyebabkan Agensi Alam

Sekitar Kebangsaan mengeluarkan nasihat kesihatan pertamanya. Jarak penglihatan kekal rendah

antara 2 dan 4km.

Masalah ini merupakan masalah yang sukar diatasi kerana ramai yang menggunakan kenderaan

untuk menjalankan tugas masing-masing.


8. 5 Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan

Bukit Antarabangsa, Selangor

A) MENAIKTARAF JALANRAYA DAN BERKONGSI KERETA

-Melebarkan jalan di sepanjang Jalan Engang dan kawasan perumahan yang menjadi laluan utama

penduduk untuk ke bandar

-Berkongsi kereta untuk mengurangkan pengeluaran asap kereta yang boleh menyebabkan

pencemaran udara atau menggunakan kemudahan LRT yang menggunakan tenaga elektrik

-Pihak berkuasa juga boleh mengatasi masalah kesesakan lalu lintas dengan membina lebih banyak

lebuhraya bertingkat yang menghubungkan kawasan Bukit Antarabangsa dengan kawasan Bandar

Ampang, Setapak dan Setiawangsa

B) GOTONG ROYONG

-Penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Bukit Antarabangsa perlu kerap mengadakan gotong

royong membersihkan kawasan tempat tinggal mereka bertujuan menghapuskan tempat pembiakan

nyaamuk aedes.

-Kawasan ini juga sering dilakukan semburan asap pada sebelah pagi dan petang untuk membunuh

nyamuk aedes yang boleh membawa penyakit demam denggi dan nyamuk yang boleh membawa

penyakit Chikungunya.

Saya berasa syukur kerana kawasan Bukit Antarbangsa diisyitiharkan bebas daripada demam

denggi.
8. 5 Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan

Jurong, Singapura

A) BANTUAN KERAJAAN

-Masalah harga rumah yang mahal menyebabkan pihak kerajaan Singapura membantu

penduduknya dengan meminta mereka memohon pembelian rumah kepada HDB (HOUSING

DEVELOPER BOARD) yang kemudiaan memotong bayaran daripada CPF (CENTRAL

PROVIDENCE FUNDS) permohonan.

Pemohon perlu menambah wang tunai sekirana wang CPFnya tidak mencukupi untuk mambayar

nilai rumah yang dibeli.

B) BERKONGSI KERETA DAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN AWAM

-Menggunakan perkhidmatan LRT dan MRT akan dapat membantu mengurangkan pencemaran

udara di Singapura.

-Amalan berkongsi kereta juga akan membantu mengurangkan masalah pencemran di Singapura

Penduduk Singapura sungguh bangga dan bersyukur kerana tempat mereka mempunyai

kemudahan pengangktan yang baik seperti LRT dan MRT.


Rumusan
9.0 Rumusan

Hasil daripada kajian yang dijalankan, saya dapati bahawa kawasan Bukit Antarabangsa dan

Singapura mempunyai pola petempatan yang berpusat, berkelompok dan berjajar. Banyak jenis

perumahan termasuklah rumah pangsapuri, kondominium, rumah teres 2 tingkat, rumah teres 3

tingkat, rumah berkembar dan rumah banglo.

Antara faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan Bukit Antarabangsa ialah faktor

kemudahan asas yang memberi kemudahan kepada penduduk. Kawasan Bukit Antarabangsa juga

dikelilingi beberapa buah lebuhraya bertingkat yang melancarkan perjalanan penduduk dan lebih

mudah untuk ke mana-mana.

Begitu juga dengan Singapura yang mempunyai banyak kemudahan asas termasuk jaringan

pengangkutan. Perindustrian memainkan peranan yang penting bagi menentukan perkembangan

petempatan di Bukit Antarabangsa dan Singapura.

Kawasan Bukit Antarabangsa berfugsi sebagai kawasan perindustrian manakala Singapura lebih

banyak memainkan peranan sebagai pusat pelancongan di rantau Asia Tenggara.

Beberapa masalah timbul di kawasan Bukit Antarabangsa antaranya ialah kesesakan lalu lintas dan

pencemaran alam. Singapura pula menghadapi masalah harga rumah yang mahal di samping

masalh pencemran udara.

Atara langkah yang diambil bagi mengatasi masalah yang dihadapi di Bukit Antarabangsa ialah

menariktaraf jalan raya dan berkongsi kereta bagi mengelakkan kesesakan jalan raya. Bagi
mengatasi masalah demam denggi dan chikungunya, langkah bergotong-royong dan semburan

asap diamalkan.

Singapura pula menggalakkan rakyatnya menggunakan perkhidmatan awam untuk ke tempat kerja

dan rakyatnya membeli rumah dengan bantuan pihak kerajaan.

Saya berasa sungguh bangga dan bersyukur kerana Bukit Antarabangsa dan Singapura

merupakkan dua kawasan yang aman dan selesa untuk diduduki.


Lampiran
10.0 Lampiran

Jenis Rumah Di Bukit Antarabangsa, Selangor

Pangsapuri

Kondominium
Rumah Teres 2 Tingkat

Rumah Teres 3 Tingkat


Rumah Berkembar

Rumah Banglo
Jenis Rumah Di Jurong, Singapura

Kondominium Di Singapura
Rujukan
11.0 Rujukan

Buku Teks

Khaw Ah Seng, Habibah Hj. Lateh, Tan Koh Lim, 2004, Geografi Tingkatan 3.Malaysia: PTS

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

30 Orang Responden

Nama : Azliza Muhd Arshad

IC : 660526 – 02 – 5880

Alamat : No 9 Jalan BU 2/2, Taman Bukit Utama , Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang Jaya,

Selangor.

Laman Web

http://www.geocities.com/jkrtaiping/planlms.htm
http://www.lib.utexas.edu/maps/singapore.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_Singapura
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_schools_in_Singapore

You might also like