You are on page 1of 6

Sekilas kita mendengar perkataan cinta, yang terlintas pertama kali di fikiran kita adalah rasa suka dan

sayang antara seseorang dengan yang lain. Tetapi apakah sebenarnya makna cinta? Seks, cinta, dan perkahwinan mempunyai hubungan yang berkait rapat antara satu sama lain. Seks yang dilakukan antara dua pihak bagi pasangan kekasih itu boleh dikategorikan sebagai sukarela dan bukannya secara paksaan oleh mana-mana pihak. Namun adakah seks yang dilakukan sebelum kahwin atas dasar cinta bermoral bagi pasangan kekasih? Dengan ini, kami akan berhujah bahawa seks pra-kahwin yang dilakukan atas dasar cinta adalah tidak bermoral kerana seks pra-perkahwinan yang dilakan tidak bersifat kekal, maka kesetiaan cinta tidak boleh dibuktikan melalui seks bagi pihak lelaki dan wanita.

Tujuan pasangan kekasih bercinta adalah mendapat komitmen yang berkekalan sehingga menjejaki ke suatu alam percintaan yang matang atau memiliki hubungan percintaan yang kekal iaitu pernikahan. Saat terbahagia bagi pasangan kekasih adalah saat apabila mereka bertaut dalam sebuah perjanjian pernikahan yang suci dan setia. Ini bermakna kedua-duanya sanggup mengorbankan segalanya, berjanji sehidup semati, berkongsi segala suka dan duka bersama, dan membina sebuah rumah tangga yang bahagia. Bagi pasangan kekasih yang taat setia terhadap cinta, ikatan pernikahan adalah komitmen merupakan manifestasi yang penting untuk membuktikan hubungan cinta mereka yang kekal. Dengan perkataan lain, pasangan kekasih yang betul-betul taat setia mempunyai komitmen atau perancangan yang strategik ingin memiliki kehidupan rumah tangga yang bahagia dan seimbang melalui luahan cinta yang setia dari rohani dan seks yang sihat. Jadi, pasangan kekasih yang mempunyai komitmen akan mengekalkan

Muka surat | 1

percintaan mereka yang setia dengan melangkah ke arah merealisasikan impian mereka dengan berganding bahu.

Untuk membuktikan kesetiaan cinta terhadap pasangan kekasih, melakukan seks dikatakan boleh dijadikan bukti tersebut. Jika pasangan mereka tidak menuruti keinginan nafsu mereka, maka mereka akan beranggapan bahawa pasangan mereka tidak mencintai terhadap mereka. Ini adalah kerana pasangan kekasih muda kini beranggapan bahawa dalam satu percintaan mesti ada pengorbanan dengan memberikan apa saja yang boleh diberikan. Pengorbanan tersebut termasuklah perbuatan melakukan seks yang

menyerahkan badan mereka kepada pasangan mereka. Pengorbanan yang diberikan telah dijadikan sebagai satu pengukur dalam kesetiaan percintaan mereka. Terdapat sesetengah pasangan sanggup mengikuti segala kemahuan pasangan mereka iaitu melakukan seks semata-mata demi mengelakkan kecurigaan pasangan kekasih mereka terhadap kesetiaan cinta mereka dan mengelakkan daripada ditinggalkan oleh kekasih. Dengan adanya hubungan seks, terbuktilah cinta sesama pasangan kekasih dan hubungan mereka akan berkekalan. Namun, jika tidak ada hubungan seks antara pasangan kekasih, maka kesetiaan cinta tidak diketahui sebagai benar atau tidak. Dengan demikian, seks telah menjadi satu ukuran bukti dalam hubungan percintaan pasangan kekasih.

Tetapi, tidak terdapat alasan yang munasabah bahawa hubungan kekasih yang melakukan seks sebelum kahwin akan kekal kerana tiada jaminan bahawa hubungan mereka akan kekal. Jika mereka belum diiktiraf sebagai sepasang suami isteri, maka tidak nampak bahawa hubungan mereka mempunyai dasar yang mana hubungan ini dapat Muka surat | 2

dikekalkan dengan secara sah. Jadi, jika pasangan kekasih yang belum berkahwin tidak dikehendaki bertanggungjawab atas tindakan seksual mereka yang dilakukan, maka risiko ditinggalkan oleh kekasih juga tinggi kerana tiada benda yang boleh menjamin keberkekalan hubungan bagi pasangan kekasih. Bayangkan, seorang lelaki telah berpisah dengan teman wanitanya kerana teman wanitanya tidak mampu memenuhi keperluan seksnya dan seorang perempuan yang merasa teman lelakinya bukan pasangan yang baik telah membuat keputusan untuk berpisah dengannya biarpun mereka sudah berpacaran selama 5 tahun dan melakukan seks. Jelaslah bahawa hubungan kekasih yang melakukan seks tanpa ikatan perkahwinan adalah tidak kekal. Seperti dalam perenggan di atas, pasangan kekasih mahu membuktikan cinta mereka dengan melakukan seks tetapi hubungan mereka tidak semestinya berkekalan. Sebaliknya, suami isteri mempunyai hubungan yang tetap dan berkekalan kerana mereka mempunyai jaminan yang sah. Pendek kata, hubungan seks pra-perkahwinan tidak dijamin kekal bagi pasangan kekasih.

Oleh yang demikian, jika hubungan percintaan tidak dijamin kekal, maka seks bukan bukti kepada kesetiaan cinta dalam hubungan cinta. Hubungan cinta yang tidak kekal tidak dapat membuktikan kesetiaan cinta antara sesama pasangan kekasih. Jika pasangan kekasih tersebut mempunyai keikhlasan untuk mengekalkan percintaan mereka, maka mereka tidak memerlukan sebarang syarat untuk membuktikan kesetiaan cinta mereka. Akibat mereka setia kepada cinta, mereka tidak memerlukan seks sebagai bukti cinta mereka. Seandainya mereka betul mencintai antara satu sama lain, mereka tidak akan menetapkan syarat untuk melakukan seks sebelum kahwin. Tambahan pula, mereka akan menjadikan perkahwinan sebagai bukti kesetiaan cinta. Sebaliknya, jika seorang lelaki

Muka surat | 3

mahu berpisah dengan kekasihnya kerana kekasihnya tidak sudi melakukan seks sebelum kahwin, maka terbuktilah cintanya terhadap kekasihnya tidak ikhlas dan setia. Oleh demikian, kesetiaan cinta tidak boleh dibuktikan melalui seks.

Mungkin boleh dibangkangkan bahawa kesetiaan cinta antara pasangan kekasih tidak akan dijejaskan dengan hubungan seks. Pasangan kekasih melakukan seks praperkahwinan untuk membuktikan bahawa mereka cinta dan setia kepada kekasih mereka. Namun, hubungan seks sebelum atau selepas kahwin ini tidak ada apa-apa impak terhadap pembuktian kesetiaan cinta antara pasangan kekasih. Sebagai contoh, satu pasangan kekasih yang melakukan seks sebelum perkahwinan telah hidup bersama dengan bahagia selama 10 tahun. Selain itu, sepasang suam isteri yang melakukan seks selepas mereka berkahwin telah menyedari bahawa mereka tidak dapat hidup bersama dan bercerai. Dengan ini, jelaslah bahawa kesetiaan cinta tidak berkaitan dengan seks sama ada

dilakukan sebelum atau selepas kahwin. Dalam kata lain, biarpun pasangan kekasih melakukan seks pra-perkahwinan, perbuatan mereka tidak menjejaskan kesetiaan antara mereka. Seks merupakan perbuatan yang melibatkan persentuhan badan untuk menikmati kepuasan antara pasangan kekasih tetapi kesetiaan bukan satu benda yang nyata dan boleh disentuh. Ini menimbulkan satu persoalan bahawa bagaimana kesetiaan cinta boleh dibuktikan dan ditunjukkan kepada para kekasih ? Hanya hati manusia yang menguasai kesetiaan cinta. Apabila kekasih tidak mempunyai rasa cinta dalam hati mereka, maka kesetiaan mereka tidak wujud lagi. Oleh itu, seks pra-perkahwinan tidak akan menjejaskan kesetiaan cinta.

Muka surat | 4

Bantahan di atas boleh dipatahkan seperti berikut, jika benar kesetiaan cinta tidak akan dijejaskan dengan hubungan seks, maka perkahwinan tidak memberi sebarang makna kepada pasangan kekasih. Seandainya seks boleh dilakukan secara bebas sebelum atau selepas mereka berkahwin, perkahwinan tidak lagi bererti bagi pasangan kekasih yang membuat keputusan untuk berkahwin. Oleh yang demikian, jika perkahwinan itu tidak bererti bagi pasangan kekasih, maka seks yang dilakukan tidak boleh dikatakan sebagai sesuatu yang istimewa. Dengan ini, seks telah manjadi perkara yang biasa bagi pasangan kekasih. Sebagai contoh, seorang lelaki boleh bercinta dengan seorang wanita dan melakukan seks dengannya lalu berpisah dengan wanita tersebut dan mencari teman wanita yang baru untuk melakukan seks. Perkara ini menunjukkan lelaki tersebut telah biasa melakukan seks biarpun sebelum kahwin. Ini bermakna melakukan seks dengan isterinya selepas kahwin juga perkara yang biasa. Seks sepatutnya dikatakan sebagai sesuatu perkara yang istimewa antara pasangan yang bercinta. Dengan itu,seks sepatutnya dikatakan special tetapi ia tidak akan menjadi special apabila seks menjadi perkara biasa bagi pasangan. Oleh itu, jika mereka biasa melakukan seks, seks tidak bermakna lagi kepada pasangan kekasih dan begitu juga selepas mereka berkahwin.

Sebagai kesimpulan, kami telah berhujah seks pra-kahwin yang dilakukan atas dasar cinta adalah tidak bermoral kerana kesetiaan cinta tidak boleh dibuktikan melalui seks jika seks pra-perkahwinan yang dilakukan tidak bersifat kekal. Pasangan kekasih yang bercinta mahu mendapat komitmen yang berkekalan sehingga menjejaki ke suatu alam percintaan yang matang atau memiliki hubungan percintaan yang kekal iaitu pernikahan. Walau bagaimanapun, untuk membuktikan kesetiaan cinta terhadap pasangan kekasih, melakukan

Muka surat | 5

seks dikatakan boleh dijadikan bukti tersebut. Jika tidak ada hubungan seks antara pasangan kekasih, maka kesetiaan cinta tidak diketahui sebagai benar atau tidak. Namun demikian, tidak terdapat alasan yang munasabah bahawa hubungan kekasih yang melakukan seks sebelum kahwin akan kekal kerana tiada jaminan bahawa hubungan mereka akan kekal. Oleh yang demikian, jika hubungan percintaan tidak dijamin kekal, maka seks bukan bukti kepada kesetiaan cinta dalam hubungan cinta. Mungkin boleh dibangkangkan bahawa kesetiaan cinta antara pasangan kekasih tidak akan dijejaskan dengan hubungan seks sebelum atau selepas kahwin. Apabila kekasih tidak mempunyai rasa cinta dalam hati mereka, maka kesetiaan mereka tidak akan wujud. Untuk membalas bangkang, jika kesetiaan cinta tidak akan dijejaskan dengan hubungan seks, maka perkahwinan tidak lagi memberi sebarang makna kepada pasangan kekasih. Apabila seks menjadi perkara yang biasa bagi pasangan kekasih, seks tidak bermakna lagi kepada pasangan kekasih dan begitu juga selepas mereka berkahwin.

Muka surat | 6

You might also like