You are on page 1of 23

1.

PENGENALAN

Pendidikan

Moral

Pengajian

Asas

ialah

satu

matapelajaran

penyuburan diri yang menekankan kepada perkembangan moral dan pembentukan nilai individu. Pelajar KPLI-SR yang mengambil matapelajaran ini telah diberikan amanah untuk membuat kerja kursus pendek sebagai salah satu syarat dalam pembelajaran Pendidikan Moral Pengajian Asas. Pelajar diberi masa selama 3 minggu untuk menyiapkan kursus jangka pendek ini secara individu dan diberikan topik yang berbeza - beza. Topik yang saya akan terangkan dalam kursus jangka pendek ini ialah Tokoh - tokoh Tempatan dan Antarabangsa .

Secara jujurnya, topik ini merupakan antara topik kegemaran saya dan saya berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk mengkaji 2 orang tokoh yang amat saya segani. Topik ini akan dibahagikan kepada 2 iaitu Tokoh Tempatan dan Tokoh Antarabangsa. Latar belakang tokoh dan sumbangan yang telah diberikan akan diceritakan dengan lebih lanjut dalam kerja kursus pendek ini. Tokoh Tempatan yang saya pilih ialah bekas Perdana Menteri Negara kita iaitu Tun Dr. Mahathir Muhamad manakala Tokoh Antarabangsa ialah Bill Gates. Antara sebab mengapa saya memilih 2 orang Tokoh ini ialah kerana keberanian mereka dalam membuat keputusan, kepintaran dan kekuatan diri menghadapi cabaran hidup yang mana boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan kita seharian. Sifat merendah diri dan suka memberikan sumbangan kepada orang yang memerlukan juga perlu dicontohi oleh semua orang.
1

2.0

TOKOH

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tokoh didefinisikan sebagai orang yang kenamaan dan orang yang terkemuka ( dalam apa apa bidang seperti bidang politik, kebudayaan, agama dan lain lain ). Ciri-ciri seorang tokoh ialah berani, pintar, tidak mudah berputus asa, bertanggungjawab dan banyak lagi sifat sifat yang yang dikagumi dan boleh dicontohi oleh semua orang. Tokoh juga disifatkan sebagai seseorang yang telah banyak memberikan sumbangan yang besar kepada negara atau dunia.

2.1

TOKOH TEMPATAN

Tokoh tempatan ialah tokoh di dalam negara itu sendiri yang sangat dihormati dan telah diiktiraf. Seseorang tokoh tempatan merupakan tokoh yang telah dilahirkan di negara kita Malaysia dan telah banyak memberi sumbangan kepada negara. Tokoh yang akan dibincangkan dalam kursus jangka pendek ini ialah bekas Perdana Menteri ke - 4 kita iaitu Tun Dr. Mahathir Muhamad iaitu salah seorang tokoh politik di Malaysia.

2.1.1 LATAR BELAKANG

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

Tun Dr. Mahathir atau dikenali sebagai Dr. M dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan(9) orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.

Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain. Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan kelulusan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya, Singapura. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.

Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.

Gambar perkahwinan Tun Dr Mahathir dengan Tun Dr Siti Hasmah pada 6 Ogos 1956

2.1.2 SEMANGAT PERWIRA Rakyat Malaysia wajar mencontohi semangat yang di tunjukkan oleh Tun sepanjang tempoh pemerintahan nya dan dari segi pemikiranya. Sikap sikap yang patut di tauladani dan dikenang oleh segenap rakyat Malaysia adalah seperti berikut:

Tabah didalam mengejar karier politiknya. Beliau pernah digantung keanggotaan UMNO buat seketika tetapi masih sayangkan UMNO

Tidak tunduk kepada tekanan kerajaan asing untuk menguasai Malaysia dari segi ekonomi

Membangunkan projek mega seperti KLCC dan Putrajaya yang dapat menonjolkan Malaysia sebagai negara membangun yang progresif
5

Membangunkan system pendidikan yang menyeluruh dan dapat meningkatkan golongan professional secara pantas dan berkesan

Amat menepati masa didalam jadual hariannya. Tun berada di pejabat pada jam 8 pagi jika tiada urusan lain

Amat merendah diri, Tun masih tetap pergi membeli belah di pekan rabu walaupun bergelar Perdana Menteri

Mampu menjadi ketua yang dihormati oleh semua kaum tanpa mengira keturunan & agama

Pantas dan berani membuat keputusan yang penting dan sukar seperti ketika kegawatan ekonomi 1997-2000

Mempunyai pemikiran yang jauh terutamanya dalam mengenal pasti peluang dan keperluan rakyat Malaysia. Contohnya semua projek yang dikatakan membazir oleh penentangnya seperti Jampatan Pulau Pinang, KLCC, KLIA adalah salah sama sekali, sebaliknya membantu pembangunan Malaysia.

Tetap menghormati semua pemimpin Malaysia yang lepas walaupun beliau lebih menyerlah berbanding mereka

Tidak mudah melatah atau tersinggung dengan komen - komen yang tidak berasas terhadap dirinya atau ahli keluarganya

Tun merupakan pemidato yang hebat, beliau tidak memerlukan skrip untuk berhujah malah mampu mengalahkan pemimpin luar negara dari negara maju

2.1.3 KERJAYA

Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat. Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena 'C.H.E Det' antara tahun 1946-1950. Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini. Pada tahun 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah, Dr. Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai penyunting sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku "Dilema Melayu" yang diterbitkan dalam tahun 1970.

Selain daripada menulis, Dr. Mahathir juga merupakan seorang yang rajin membaca dan berpegang teguh kepada prinsip bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tuntutan profesional dan politik juga tidak menghalang beliau untuk menjadikan seni pertukangan kayu sebagai satu hobi. Dr. Mahathir dikenali sebagai seorang yang kreatif dan pernah mengikuti kursus pertukangan kayu di Great Britain untuk mempertingkatkan
7

tahap kemahiran beliau. Dalam tahun 1989, berdasarkan minat yang berterusan dalam bidang ini, Dr. Mahathir telah dianugerahkan Honorary Freedom of the Worshipful Company of Carpenters oleh British Carpenters Society.

2.1.4 PENGLIBATAN POLITIK

Penglibatan Dr. Mahathir di dalam arena politik tidak begitu ketara dalam tahun-tahun 1950an disebabkan beliau masih menuntut di Universiti. Walau bagaimanapun, beliau terus menulis esei dan komentar mengenai isuisu sosio-politik negara di akhbar The Straits Times. Perletakan jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Dr. Mahathir bergiat dalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun 1959, tetapi menolaknya. Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Dr.Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Bermula dari sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario politik negara. Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964, Dr. Mahathir dilantik sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan raya umum berikutnya iaitu pada tahun 1969.

Kecenderungan

dan

minatnya

yang

mendalam

dalam

bidang

pendidikan membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the University Court and University of Malaya Council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974. Dr. Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang tanpa bertanding. Berikutan daripada pilihanraya itu, Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran.

Sebagai Menteri Pelajaran, langkah pertama dalam perancangan beliau adalah mengubah polisi pendidikan negara supaya ianya

menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua dan memastikan semua individu diberi peluang membaiki taraf hidup mereka. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau memberi peluang yang lebih kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang ditentang oleh ahli akademik dan mereka yang terlibat dengan pendidikan. Sebagai seorang yang berdisplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan terhadap polisi-polisi pendidikan. Kini semua pusat pengajian tinggi diuruskan di bawah Kementerian Pendidikan.
9

Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang kepada kejayaan politik beliau. Pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun. Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan

perdagangan dan pelaburan asing. Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihanraya umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" atas perjuangannya yang tidak mengenal lelah untuk

memartabatkan Malaysia ke arah Wawasan 2020 dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003 iaitu selama 22 tahun.

2.1.5 PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN

Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut. Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu
10

berada dalam kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu 'mengikat diri' kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara. Kedudukan beliau sebagai Chief Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dengan visi yang beliau rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian. Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara pada ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit, timah dan industri petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan.

Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, maka pada awal tahun 1980-an Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi. Keputusan
11

yang beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an, harga bahan-bahan komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan nilai matawang Yen yang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun. Dr. Mahathir telah

memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebanan kewangan kerajaan diantaranya Lembaga Letrik Negara dan Jabatan Telekom telah disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya

pengeluaran serta imej negara. Di antara langkah-langkah lain, ialah peningkatan pembagunan industri berat seperti penubuhan industri otomotif negara, yang menunjukkan kereta-kereta dan motosikal nasional adalah yang terlaris di Malaysia. Usaha beliau ke arah meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB. Masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan antara tugas penting beliau adalah memastikan perbelanjaan kewangan negara berada dalam keadaan terkawal. Dasar penswastaan negara ialah contoh pengurusan kewangan beliau yang agak memberangsangkan walaupun mencetus kontroversi di awal perlaksanaannya. Dasar yang diperkenalkan di penghujung tahun 1980-an ini bertujuan mengurangkan perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik.
12

Dasar ini juga membawa perubahan yang sangat besar terutamanya dalam bidang teknologi kerana pihak-pihak yang terbabit perlu mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan murah tetapi bermutu tinggi. Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) hasil cetusan beliau ialah Koridor Raya Multimedia [Multimedia Super Corridor (MSC)]. Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan pentingnya teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan. Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa

pentadbiran beliau antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Bukit Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij Formula One dan Menara Berkembar Petronas(KLCC).

Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia. Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara

13

membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. 2.1.5 ANUGERAH ANUGERAH DALAM NEGARA NAMA ANUGERAH
S.M.N Seri Maharaja Mangku Negara D.K Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Selangor D.S.B.S. Darjah Satria Bintang Sarawak D.K. The Most Honourable Order Of The Royal Family Of Kedah D.K. The Most Esteemed Order Of The Royal Family Of Kelantan Tuanku Syed Putra Of Perlis Royal Outstanding Award S.S.A.P. Knight Commander Of The Sultan Ahmad Shah Fellowship of The International College of Surgeons Anugerah Cemerlang D.K. The Most Esteemed Order Of The Royal Family Of Tuanku Syed Putra Wira Keadilan Melaka Historical City's Honorary Citizen Award Wira Nusa Raya D.K.(I) The Most Esteemed Order Of The Royal Family Of Johor D.U.K. Kedah Order Of Merit 'FAR', Father of Modern Development By the Pasir Salak UMNO Division P.I.S Sultan Ibrahim Medal I D.U.N.M Knight Grand Commander Of The Most Honourable Order Of Melaka 14

TAHUN
2003 2003

NEGERI
Malaysia Selangor

2003 2003

Sarawak, Malaysia Kedah, Malaysia

2002

Kelantan, Malaysia

1997 1997

Perlis, Malaysia Pahang, Malaysia

1996 1996 1995

Malaysia Perlis, Malaysia Perlis, Malaysia

1994 1992 1991 1989

Pasir Mas Foundation Melaka UMNO, Sabah Johor, Malaysia

1988 1985 1985 1982

Kedah, Malaysia Pasir Salak Johor, Malaysia Melaka, Malaysia

1982 1982

1981

1981 1981 1980 1979 1978 1977 1977 1976 1965

ANUGERAH DALAM NEGARA S.S.M.T Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu D.K.N.S The Most Esteemed Order Of The Royal Family Of Negeri Sembilan D.U.P.N Knight Grand Commander Of The Most Honourable Order Of Pulau Pinang S.P.D.K Seri Panglima Darjah Kinabalu S.P.C.M Seri Paduka Cura Si Manja Kini D.P.Sarawak Dato Patinggi Bintang Kenyalang S.P.M.J. Dato' Seri Paduka Mahkota Johor S.P.M.S. Seri Paduka Mahkota Selangor D.S.D.K. Seri Setia DiRaja Kedah, Kedah SSAP The Second Tun(Dr) Ismail Oration Academy of Medical Pingat Perak

Terengganu Negeri Sembilan, Malaysia

Pulau Pinang, Malaysia

Sabah, Malaysia Perak, Malaysia Sarawak, Malaysia Johor, Malaysia Selangor, Malaysia Kedah, Malaysia Pahang, Malaysia Malaysia Perak, Malaysia

Anugerah dalam Negara Tun Dr. Mahathir Muhamad

2.1.6 RUMUSAN Walaupun Dr. Mahathir Muhamad merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia, namun segala pengorbanan dan sumbangan beliau kepada negara Malaysia akan dikenang dan diteruskan oleh generasi generasi akan datang. Corak pemerintahan dan disiplin beliau merupakan faktor faktor yang telah membawa Malaysia maju ke hadapan setanding dengan negara negara luar yang lain. Begitulah kehebatan Dr. Mahathir Muhamad yang tidak pernah jemu memikirkan langkah yang terbaik untuk negara.

15

2.2

TOKOH ANTARABANGSA Tokoh antarabangsa ialah tokoh yang sangat dihormati dan telah

diiktiraf di peringkat antarabangsa dan telah banyak memberi sumbangan di peringkat antarabangsa. Tokoh antarabangsa yang akan dibincangkan dalam kursus jangka pendek ini ialah William Henry Gates III atau lebih dikenali sebagai Bill Gates iaitu Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation , sebuah syarikat perisian terbesar di dunia.

2.2.1 LATAR BELAKANG

BILL GATES William Henry Gates III atau Bill Gates dilahirkan di Seattles Swedish Hospital di Seattle, Washington pada 28 Oktober 1955. Beliau ialah ahli perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation (bersama Paul Allen). Beliau adalah anak kedua kepada William Henry Gates Junior,
16

seorang peguam ternama, dan Mary Maxwell, bekas guru sekolah. Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation , sebuah syarikat perisian terbesar di dunia. Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat terkenal dalam revolusi komputer peribadi. Beliau sangat dihormati ramai dengan kekayaaan berdasarkan kepintaran dan cara pemikirannya.

Bill Gates mengahwini bekas pengurus produk di syarikatnya, Melinda French yang berasal dari Dallas, Texas pada 1 Januari, 1994 di Hawaii. Mereka dikurniakan tiga anak, Jennifer Katharine Gates (April 26, 1996), Rory John Gates (Mei 23, 1999) and Phoebe Adele Gates (2002). Apabila diwawancara oleh Wired News pada 12:35 PM Nov. 12, 2002, mengenai harta kekayaan dan masa depan anak-anaknya, beliau menjawab "Saya rasa tidak baik untuk anak-anak membesar dengan mewarisi harta kekayaaan yang berbillion". Tambah Bill Gates lagi, beliau akan memastikan anakanaknya hidup senang dan dijaga dengan baik. Bill Gates juga berkata, anakanaknya hanya akan mewarisi USD $10 million seorang.

Selain

itu,

Bill

Gates

kerap

membuat

sumbangan

dengan

mendermakan jumlah wang yang besar kepada banyak organisasi dan program kajian sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun 2000, Bill & Melinda Gates Foundation. Majalah Forbes, menyenaraikan

17

beliau sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut, dengan nilai sebanyak $60 bilion sehingga.

2.2.2 MASA MUDA Bill Gates merupakan pelajar cemerlang ketika di sekolah rendah terutama dalam mata pelajaran matematik dan sains. Pada umur 13 tahun, Bill Gates dihantar belajar ke Lakeside School For Boys, sekolah yang paling unggul di Seattle. Bill Gates menunjukkan minat yang amat tinggi dalam pengaturcaraan GE menggunakan BASIC dan diberi kelonggaran tidak menghadiri kelas matematik untuk minatnya itu. Pada usia 14 tahun, Bill Gates memulakan syarikat usahasama bersama Paul Allen dan Paul Gilbert yang dipanggil Traf-O-Data. Bill Gates, menurut sumber akhbar mendapat markah 1590 untuk SAT (Kelayakan unutk memasuki universiti di Amerika Syarikat) dan memohon untuk memasuki Universiti Harvard pada musim luruh 1973 dalam bidang undang-undang. Ketika belajar di universiti tersebut, beliau berkenalan dengan Steve Ballmer yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Microsoft Corporation.

Bill Gates kemudiannya menubuhkan syarikat, Micro-Soft, bersama Paul Allen dan mengambil cuti belajar dari Harvard untuk memulakan perniagaan barunya. Microsoft BASIC menjadi perisian yang popular kepada
18

ramai pengemar komputer dan sumber kodnya disalin dan diedar secara meluas kepada komuniti komuniti peminat komputer. Microsoft memutuskan kerjasamanya dengan MITS pada penghujung 1976 dan meneruskan pembinaan bahasa pengatucaraan perisian (programming language software) untuk pelbagai sistem. 2.2.3 KEKAYAAN DAN PELABURAN Bill Gates merupakan antara senarai tetap majalah Forbes untuk "400 Orang terkaya di Amerika Syarikat ( dari tahun 1993 sehingga 2006; dan mendapat tempat nombor 1 untuk senarai orang terkaya di dunia dari 1995 sehingga 2007 ( kecuali 1997 ). Selain dari Microsoft, Bill Gates juga ada membuat pelaburan di dalam syarikat lain. Beliau membuka syarikat Corbis, syarikat imej digital pada tahun 1989. Pada tahun 2004, beliau menjadi pengarah di Berkshire Hathaway, syarikat pelaburan yang diketuai oleh rakannya Warren Buffett.

2.2.4 DANA SUMBANGAN DAN KEBAJIKAN

Pada tahun 2000, Bill Gates menubuhkan Bill & Melinda Gates Foundation, sebuah yayasan amal bersama isterinya. Yayasan ini memberi dana - dana termasuk biasiswa kolej kepada yang kurang berkemampuan untuk membayar yuran pelajaran, ubat-ubat untuk AIDS, membantu pesakitpesakit di negara-negara dunia ketiga dan banyak lagi. Dalam tahun 2000 juga, yayasan ini telah menyumbangkan USD$210 juta kepada Universiti
19

Cambridge di atas nama Gates Cambridge Scholarships. Yayasan Bill & Melinda Gates juga telah menyumbangkan lebih dari USD$7 juta kepada banyak organisasi termasuk United Negro College Fund. Menurut majalah Forbes keluaran tahun 2004, Bill Gates telah menderma lebih dari USD$29 billion dari tahun 2000 ~ 2004 sahaja. Salah satu dari minat utama Bill Gates ialah untuk memperbaiki kualiti sekolah-sekolah umum di Amerika Syarikat. Beliau telah memberi banyak sumbangan untuk mencapai matlamat beliau dan juga muncul dalam Oprah Winfrey untuk menekankan isu - isu yang ada di dalam sistem pembelajaran Amerika. Beliau juga muncul di majlis kongres Amerika Syarikat untuk membentangkan isu tersebut.

2.2.5 ANUGERAH DAN PENGHORMATAN Majalah TIME menamakan Bill Gates sebagai orang nombor 1 dalam 100 yang paling berpengaruh untuk abad ke-20 dan juga pada tahun 2004, 2005 dan 2006. Bill Gates dan Oprah Winfrey adalah 2 orang yang mendapat tempat di dalam keempat-empat senarai tersebut. Majalah TIME juga menamakan Bill Gates, isterinya Melinda, dan penyanyi utama kumpulan U2, Bono sebagai Persons of the Year pada tahun 2005 untuk sumbangan besar yang diberi di dalam misi kemanusiaan. Pada tahun yang sama, pada bulan Mac, Bill Gates dianugerahkan darjah kesatriaan Knight Commander of the Order of the British Empire daripada Ratu Elizabeth II. Pada tahun 2006, beliau dianugerahkan dengan Premio Prncipe de Asturias en
20

Cooperacin Internacional. Bill Gates juga mendapat tempat ke-8 oleh majalah New Statesman pada tahun 2006 sebagai "Heroes of our time.

Bill Gates tersenarai di dalam Sunday Times Power List pada tahun 1999, sebagai CEO of the year oleh majalah Chief Executive Officers pada tahun 1994, tempat pertama di dalam "Top 50 Cyber Elite" oleh majalah TIME pada tahun 1998, tempat ke-2 di dalam Upside Elite 100 pada tahun 1999 dan disenaraikan oleh The Guardian sebagai "Top 100 influential people in media" pada tahun 2001. Bill Gates menerima 3 sarjana kedoktoran dari Nyenrode Business Universiteit, Breukelen, Belanda pada tahun 2000, Royal Institute of Technology, Stockholm, Sweden pada tahun 2002 dan Waseda University, Tokyo, Jepun pada tahun 2005. Para entomology menamakan bunga Eristalis gatesi, sebagai penghormatan kepada Bill Gates.

Bill Gates dan Melinda menerima Prince of Asturias Award dari International Cooperation pada Mei, 4, 2006, sebagai penghormatan di atas kerja-kerja amal dan sumbangan yang diberikan. Pada November 2006, beliau dan isterinya dianugerahkan dengan Order of the Aztec Eagle untuk kerja amal dan sumbangan mereka di dalam kesihatan dan pendidikan sedunia, terutamanya di Mexico untuk program "Un pas de lectores".

2.2.6 RUMUSAN
21

Secara kasarnya, Bill Gates ialah seorang tokoh yang sangat istimewa kerana telah berjaya mencipta Microsoft dan mana telah digunakan secara meluas di hari ini. Pemikiran beliau yang sangat pintar dan berani mencuba membuatkan beliau layak mendapat gelaran nombor 1 untuk senarai orang terkaya di dunia. Kerendahan hati beliau dengan mendermakan sejumlah wang yang besar untuk yuran pelajaran yang tidak mampu, ubat-ubat untuk AIDS dan membantu pesakit-pesakit di negara-negara dunia ketiga. 3.0 REFLEKSI DIRI

Mengenali kedua dua tokoh ini dengan lebih mendalam merupakan satu pengalaman yang saya sangat hargai. Kedua dua mereka merupakan individu yang berbeza namun mempunyai matlamat yang hampir sama. Terlalu banyak perkara yang boleh diambil dan dipelajari daripada kedua dua tokoh ini seperti semangat tinggi, keberanian, tidak mudah berputus ada bersikap rendah diri. Adalah suatu yang panjang untuk menceritakan tentang sifat sifat yang dikagumi yang ada pada Tun Dr. Mahathir Muhamad, tetapi yang lebih penting adalah aspek pengamalan sifat tersebut dalam diri orang lain pula kerana acuan yang baik jugalah akan menghasilkan kuih yang berkualiti .

22

Bill Gates pula merupakan antara Tokoh Antarabangsa yang berani mencuba sesuatu yang baru dan mencabar kemampuan diri. Sikap Bill Gates yang sering membuat sumbangan dengan mendermakan jumlah wang yang besar kepada banyak organisasi dan program kajian sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau perlu dicontohi oleh semua orang. Selain itu,kerja amal dan sumbangan beliau di dalam kesihatan dan pendidikan sedunia telah banyak membantu rakyat di dunia ini. Walaupun beliau merupakan orang yang terkaya, kerendahan hati beliau untuk hidup secara sederhana perlu dicontohi oleh sesiapa sahaja. Maka jelaslah bahawa setiap Tokoh tokoh ini mempunyai keistimewaan dan kekuatan masing masing yang sangat sesuai dijadikan contoh kepada generasi akan datang.

23

You might also like