You are on page 1of 17

NAMA

PRAKASH A/L PALU 1

TINGKATAN :
SHAH

SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISHKANDAR

TAJUK:

PERKARA PENDAHULUAN PENGHARGAAN HASIL KAJIAN LAMPIRAN

MUKA/SURAT

DADAH ADALAH SEJENIS BAHAN YANG BERBAHAYA KEPADA MANUSIA KERANA IANYA BOLEH MENGAKIBATKAN MASALAH KETAGIHAN YANG TERUK. MASA DEPAN SESEORANG AKAN HANCUR SEKIRANYA MENJADI MANGSA DADAH. JUSTERU KEMPEN ANTIDADAH DIADAKAN OLEH AGENSI DADAH KEBANGSAAN (AADK) UNTUK MEMERANGI PENYALAHGUNAAN DADAH. MELALUI FOLIO INI, KAMI AKAN MENERANGKAN DENGAN LEBIH LANJUT MENGENAI DADAH.

SAYA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK SEKOLAH YANG MEMBERI PELBAGAI BANTUAN SERTA KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN FOIO SIVIK 2011 INI. TERIMA KASIH KEPADA GURU SUBJEK PENDDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KAMI YANG TELAH MEMBERI PANDUAN, NASIHAT SERTA BIMBINGAN SEPANJANG MASA KAJIAN DIJALANKAN. AKHIR SEKALI, SAYA JUGA INGIN MERAKAMKAN PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA IBU BAPA, AHLI-AHLI KUMPULAN DAN PIHAK-PIHAK LAIN YANG TERLIBAT DALAM PEMBIKINAN FOLIO SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN INI.

1.) MORFIN
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperoleh setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik Nama Jalanan : 'M', 'White powde', 'Monkey', 'Morpho'. Morfin Mentah -Berbentuk blok/sebuk -bertanda '999' -Mengandungi 70%-90% morfin -Juga dipanggil Heroin No. 1 Bes Morfin -Seperti serbuk kopi halus -Mengandungi 60%-70% morfin Pil-Pil Morfin -Mengadungi morfin sulfat/murfin hidroklorid -pil kecil berwarna putih/coklat pucat. Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.

2.) HEROIN
Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin. Cara Mengunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap Nama Jalanan: 'Fit', 'Fun', tepung, Cik putih, barang dan 'Penang pink' Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.

3.)KODEN
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk. Cara Menggunakan : Menelan, Menyuntik Nama Jalanan : Ubat batuk andu adalah sejenis narkotik yangmempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. candu dihasilkan daripada buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, menganjal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.

4.)CANDU

Candu adalah sejenis narkotik yangmempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. candu dihasilkan daripada buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, menganjal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara. Cara Menggunakan : Menghisap dengan paip atau dengan cara 'chasing the dragon'. Nama Jalanan : 'Black Stuff', Opium, Madat dan Tar opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti 'methadone', 'pethidine', 'dipipanone' dan 'dextroproxyphene'. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan unutk melegakan kesakitan. Kini 'methadone' digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.

5.)OPIAT SINTETIK
Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti 'methadone', 'pethidine', 'dipipanone' dan 'dextroproxyphene'. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan unutk melegakan kesakitan. Kini 'methadone' digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita. Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik Nama Jalanan : 'Fizzies', 'Dollies'.

6.)AMFETAMIN

Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine' adalah dadah yang sangat merbahaya. Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedut ('chasing the dragon')

7.)METHAMPHETAMINE
Methamphetamine hydrochloride' merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumplan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh 'methamphetamine hydrochloride' yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu dan yaba. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan. Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut ('chasing the dragon' Nama Jalanan : 'Ice'

8.)KOKAIN

kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah. Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap Nama Jalanan : 'Coke', 'Crack', 'Snow', 'Flake' Kokain 'Freebase' adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk 'granules'. Crack' mempunyai ketulenan sehingga 905 dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

9.) MDMA
Methylenedioxy-methamphetamine' (MDMA) merupakan analog meskalin dan amfetamin. Ia dipanggil 'fell good drug' dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rasa pengguna muda.

AKIBAT-AKIBAT PENYALAHGUNAAN DADAH

APAKAH PENYALAHGUNAAN DADAH

Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan. Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian " Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian. Penagih dadah cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun: Berlaku masalah dalam diri atau masyarakat Sering terlibat dengan masalah perundangan akibat penyalahgunaan dadah Meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya Apakah penagihan dadah? Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah. Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu mula dengan bahan tersebut. Contohnya: Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh penggunaan yang lebih lama Penagihan dadah juga akan membuatkan seseorang hilang kawalan diri. Kebiasaannya, penagih dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti seperti mencari pengedar, membeli dan menggunakan dadah, begitu juga mendapatkan wang bagi membeli dadah. Apabila seseorang ketagih atau bergantung kepada dadah secara fizikal dan psikologi, akan wujud keinginan yang melampau untuk mengambil atau berterusan menggunakan dadah dalam apa cara sekali pun. Ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri mereka dan masyarakat sekeliling. Apakah istilah-istilah yang perlu diketahui? Dadah Psiko aktif Mempunyai kesan terhadap tingkah laku dan kesedaran Contohnya; valium, ganja. Dadah bukan Psiko aktif Tidak memberi kesan terhadap tingkah laku. Kurang kesan ketagihan. Pergantungan Keinginan fisiologi dan psiko logikal pada dadah untuk mendapatkan keseronokan dan mengelakkan rasa ketagih Dalam pergantungan fisiologi, ia menjadikan pemikiran, emosi dan perlakuan tertumpu kepada dadah setiap masa

Dalam pergantungan fizikal, kesan dadah seperti kegembiraan melampau akan mewujudkan keinginan yang melampau kepada dadah tersebut Gian pula akan mewujudkan perasaan negatif dan ini akan menyebabkan penagih perlu mengambil dadah kembali bagi mengelakkan perasaan negatif tersebut

Gejala Penarikan Satu sindrom fizikal dan psiko logikal yang negatif akibat pemberhentian penggunaan dadah dengan mendadak. Lali Memerlukan jumlah dos yang tinggi untuk mendapatkan kesan psiko logikal yang sama. Kenapa mereka mengambil dadah?

Ingin mencuba Terikut-ikut Amalan budaya Suasana semasa. Contohnya; perang / kelab malam Tekanan / cabaran dalam kumpulan Bagi tujuan merawat Meningkatkan kawalan diri dan prestasi

Apakah jenis-jenis dadah yang kerap disalahgunakan? Opium / candu Morfin, Heroin - euphoria, painkiller o Melahirkan rasa euforia dan penahan sakit o Euforia, ubat tahan sakit Perangsang Kokain, Amfetamina o Euforia, berkeyakinan Penenang Anxiolytics / Anti-anxiety drugs - Benzodiazepines o Benzodiazepines Halusimogen - Psikedelik (Warna-warna terang dan berkilauan) Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed LSD - lysergic asid diethylamide, asid Nikotin / Tembakau Terangsang dalam dos yang kecil Alkohol - agen kemurungan Terangsang pada dos yang rendah tetapi terencat bila mengambil dos yang berlebihan Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed Hidu (Inhalants / Solvent) - Menghidu gam atau petrol Lain -lain - daun ketum

Tanda dan gejala


Bagaimana mengetahui seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah? Resah, gelisah Prestasi kerja atau akademik yang merosot Mencuri wang atau apa saja sama ada di rumah, sekolah atau di tempat kerja Perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harian Perubahan emosi secara tiba-tiba Bercakap merepek Mengabaikan penampilan diri Menghindari kawan biasa yang tidak mengambil dadah Berkelakuan mencurigakan seperti menghabiskan banyak masa di bilik air atau bilik tidur dan rasa curiga yang keterlaluan kepada yang lain Kelihatan letih, penat dan mamai

Komplikasi
Kesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan merosakkan: Kebersihan dan kesihatan diri Kesihatan mental Prestasi pelajaran Hubungan sosial Status kewangan Penyalahgunaan dadah akan lebih merumitkan bila ia melibatkan: Penggunaan pelbagai jenis dadah Aktiviti jenayah Kaum keluarga Masalah perubatan Masalah psikiatri Kanak-kanak dan remaja (umur kurang 18 tahun)

Rawatan
Ketagihan adalah bersifat psikologi. Mereka yang telah kronik dalam penyalahgunaan dadah sukar disembuhkan. Pertolongan dari mereka yang profesional amat diperlukan. Rawatan untuk ketagihan boleh didapati di hospital, klinik atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Rawatan termasuk: Detoksifikasi Menghilangkan kesan dadah di dalam badan Terapi kelakuan Menggalakkan sikap yang baik dan menghilangkan rasa pergantungan

Kaunseling - Memberi motivasi dalam menangani masalah dadah dan kembali menagih Terapi penggantian dadah Memaksimumkan keadaan bebas dadah semasa proses pemulihan Methadone - Ketagihan ubat penenang Nikotin - Ketagihan rokok

Pencegahan
Apakah yang boleh mempengaruhi permulaan atau penyudah tabiat penyalahgunaan dadah?

Kesungguhan pada aktiviti yang lain Status sosioekonomi Pengaruh rakan sebaya Pengaruh ibu bapa Budaya dan etnik Nilai hidup yang sederhana Motivasi untuk berjaya / takut pada kegagalan Pengasingan sosial

Apakah yang membantu seseorang itu berhenti menagih dadah? Percaya diri sendiri Berkemahiran menyesuaikan diri Berkemampuan bangkit dari kegagalan Berkeupayaan mengasah kekuatan diri Menghargai kesihatan Membina minat dan aktiviti yang baru Matang dalam fikiran Sokongan berterusan daripada keluarga Seseorang itu perlu mendapatkan: Latihan menjadi afektif Sokongan masyarakat Pembangunan kerohanian diri

Pemulihan
Melibatkan prosedur rawatan seperti: Terapi dadah gantian Pengurusan tingkah laku Kaunseling Mencegah dari kembali menagih (relapse prevention) Latihan menjadi asertif Sokongan masyarakat Pengisian dan perlembagaan rohani Penjagaan berterusan adalah satu komponen yang penting dalam proses pemulihan dari ketagihan dadah. Ia memerlukan sokongan penuh dari keluarga dan masyarakat.

Sokongan sosial termasuk: Pembangunan kemahiran Penempatan pekerjaan Pusat bantuan setempat

Kumpulan sokongan
Pusat pemulihan: Agensi Anti Dadah Kebangsaan PEMADAM PENGASIH Pakar sakit jiwa Pakar kaunseling penagihan dadah Pakar psikologi Ibubapa Guru sekolah

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN

LATAR BELAKANG:

Pada tahun 1983, kerajaan telah mengambil satu pendekatan baru dalam usaha memerangi wabak dadah dalam negara. Dalam tahun tersebut masalah ini diisytiharkan sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara. Falsafah dasar ini ialah untuk melahirkan satu masyarakat yang bebas daripada ancaman dadah. Dasar ini telah diisytiharkan oleh Y.A.B. Tun Dr.Mahathir bin Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pada 19 Februari 1983 semasa melancarkan Kempen Anti Dadah. Semenjak itu, dadah dianggap sebagai musuh nombor satu negara. Sasaran utama penagihan dadah ialah generasi muda yang merupakan tulang belakang dan harapan negara masa hadapan. Pengedaran dan penagihan dadah yang berleluasa boleh mengancam kesejahteraan sosio-ekonomi, rohani dan budaya rakyat jelata dan seterusnya melemahkan ketahanan nasional dan mengancam keselamatan negara. Pada tahun 1985, JKAD telah merumus dasar dadah Negara dan pencegahan dijadikan strategi utama yang merangkumi pencegahan awalan pencegahan kemasukkan serta penguatkuasaan undang-undang diikuti dengan pemulihan .Manakala kemajuan tenaga manusia dan penilaian kerjasama antarabangsa dan penyelarasan merupakan strategi sokongan. Kemudian dasar ini telah ditukar kepada strategi yang baru oleh Majlis Dadah Negara. Ekoran daripada itu, dasar dadah Negara telah dijadikan sebagai asas pelaksanaan strategi utama untuk membanteras musuh utama Negara DADAH.

FUNGSI:

1) Bertanggungjawab mengkaji dan mengawasi perkaraperkara dasar serta hal-hal lain yang berkaitan dengan jabatan dan agensi di bawah Bahagian iaitu Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Pertahanan Awam.

AKTIVITI:
i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Memantau dan menyelaras semua dasar, akta, garis panduan dan peraturan mengenai fungsi Kepenjaraan, Antidadah dan Pertahanan Awam. Mengkaji dan menilai keberkesanan semua dasar dan akta Kepenjaraan, Antidadah dan Pertahanan Awam. Mengenal pasti dan mengkaji isu semasa yang mempunyai implikasi terhadap dasar, akta, garis panduan dan peraturan Kepenjaraan, Antidadah dan Pertahanan Awam. Menyediakan garis panduan dan peraturan bagi tujuan pelaksanaan dasar Kepenjaraan, Antidadah dan Pertahanan Awam. Menggubal Rang Undang-undang dan meminda Akta sedia ada yang berkaitan dengan Kepenjaraan, Antidadah dan Pertahanan Awam. Mengadakan mesyuarat, simposium, seminar, bengkel dan kursus yang berkaitan dengan Dasar Kepenjaraan, Anti Dadah, Pertahanan Awam dan RELA di dalam dan luar negeri. Menghadiri mesyuarat, simposium, seminar, bengkel dan kursus yang berkaitan dengan Dasar Kepenjaraan, Antidadah dan Pertahanan Awam di dalam dan luar negeri.

FUNGSI:

2) Bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan Parlimen seperti penyelarasan soalan Parlimen di bahagian ini dan penyediaan jawapan bagi soalan Parlimen berkenaan yang berkaitan dengan jabatan dan agensi di bawah Bahagian iaitu Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Pertahanan Awam.

AKTIVITI:
i. ii. iii. Menyelaras soalan parlimen yang berkaitan dengan Bahagian serta Jabatan dan Agensi di bawahnya. Menyediakan jawapan Parlimen termasuk meminta maklumat tambahan daripada Jabatan dan Agensi yang berkaitan. Memastikan penyediaan jawapan soalan Parlimen adalah tidak bercanggah dengan dasar-dasar Kementerian ini.

FUNGSI:
3) Bertanggungjawab menyediakan ulasan, maklumbalas, nota makluman, input dan memorandum untuk Jemaah Menteri dan Kementerian lain yang berkaitan dengan jabatan dan agensi di bawah Bahagian iaitu Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Pertahanan Awam.

AKTIVITI:
i. ii. Menyediakan maklum balas Minit Mesyuarat Jemaah Menteri, Nota Makluman, Memorandum, ulasan Kementerian dan input yang berkaitan dengan Kepenjaraan, Antidadah dan Pertahanan Awam. Memastikan segala input, kertas Memorandum Jemaah Menteri, maklum balas Minit Mesyuarat Jemaah Menteri, Nota Makluman dan ulasan Kementerian yang disediakan bertepatan dengan dasar-dasar yang ditetapkan oleh Kementerian.

UNDANG- UNDANG MENGENAI KESALAHAN DADAH 1. AKTA DADAH BERBAHAYA 1952


Suatu akta bagi membuat peruntukan selanjutnya yang lebih baik untuk mengawal pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan candu dan beberapa bahan dan dadah merbahaya tertentu. Membuat peruntukkan khas berhubung dengan bidang kuasa Mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakhluk dibawahnya dan perbicaraan Mahkamah.

2. AKTA PENAGIH DADAH. (RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983 - (PINDAAN) 1998


Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Pindaan) 1998 digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagihpenagih dadah. Selain merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik beratkan mengawasan keatas penagih-penagih bertujuan memastikan mereka tidak mengulangi pengagihan mereka.

3. AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985


Suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai tahanan pencegahan orang-orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubung dengan atau yang membuat pengedaran dadah berbahaya.

4. AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988


Suatu akta bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai kesalahankesalahan berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan dan perlucuthakan harta yang berkaitan dengan aktivit yang ada hubungan dengan kesalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

5. AKTA RACUN 1952


Suatu akta untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan dan penggunaan racun. "Racun" bermaksud bahan-bahan yang dinamakan dan disenaraikan di dalam Senarai Racun dan termasuk apaapa campuran, penyediaan, solusi atau yang asli yang mengandungi bahan-bahan tersebut apa-apa penyediaan atau bahan-bahan yang terkandung di dalam Jadual Kedua Akta ini.

You might also like