You are on page 1of 4

Tajuk : y Membersihkan dan Mencantikkan Bilik Kelas

Pengajur : y Pn. Norani Bt Ahmad

Matlamat : y Mewujudkan bilik kelas yang cantik dan ceria serta dapat dimanfaatkan oleh para pelajar.

Objektif : y y y y Menunjukkan sikap prihatin terhadap kebersihan dan keceriaan bilik kelas. Mewujudkan keadaan bilik kelas yang bersih dan selesa. Mewujudkan sikap bekerjasama dan interaksi yang positif antara para pelajar serta rakan. Bersyukur dan bangga dapat mewujudkan tempat mengajar yang selesa dan ceria serta bersih.

Perjalanan Aktiviti
Pada 14 Janurai 2011, iaitu hari Jumaat ,ketika perhimpunan sedang dijalankan, guru telah member pengumuman bahawa hari tersebut merupakan Hari Gotong Royong ke-1. Pihak sekolah ingin menceriakan kawasan sekolah agar dapat mewujudkan suasana yang gembira di sekitar kawasan sekolah. Di bawah pimpinan guru tingkatan saya, iaitu Pn Norani bt Ahmad, semua pelajar dari kelas saya iaitu 4 Marikh berkumpul di dalam kelas tersebut. Kami dikehendaki untuk membersih serta mencantikkan kelas kami pada pukul 10.30 pagi. Sebelum memulakan kerja kerja di dalam kelas, guru kelas saya telah membahagikan bilangan pelajar kepada 6 kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada 6 pelajar. Guru berbuat demikian agar dapat menjimatkan masa serta tenaga. Kumpulan saya telah diarahkan untuk menceriakan papan kenyataan yang terletak di belakang bilik kelas saya. Saya mengumpul segala bahan-bahan yang diperlukan untuk menyelesaikan tugas saya. Selaku ketua kumpulan, saya meminta semua ahli saya agar memastikan kerja-kerja menceriakan papan kenyataan yang diberi oleh guru berjalan lancar. Pertama, saya telah melekatkan beberapa kertas dinding yang berkilat pada papan kenyataan dengan menggunakan stapler gun dan juga pita. Di samping itu, saya meletak beberapa hiasan yang berbagai-bagai serta berwarna-warni agar kelihatan cantik. Selepas itu, saya mengarahkan kumpulan saya agar membahagikan papan kenyataan kepada 9 bahagian untuk mewakili 9 mata pelajaran utama SPM. Pada setiap bahagian, saya bersama ahli kumpulan saya menampalkan beberapa nota dan fakta berdasarkan mata pelajaran tersebut dengan menggunakan stapler gun serta pita. Saya memastikan agar papan kenyataan kelihatan cantik dan penuh dengan fakta-fakta mata pelajaran yang lengkap. Setelah selesai, kumpulan saya telah menerima tugas yang baru. Tugas yang diberi kepada kumpulan saya adalah membersihkan papan putih serta lantai bilik kelas. Tanpa bantahan, saya segera mengarahkan ahli-ahli kumpulan saya untuk melaksanakan kerja tersebut. Saya telah membahagikan kumpulan saya kepada 2 kumpulan kecil, setiap kumpulan kecil tersebut terdiri daripada 3 individu. Saya bersama 2 lagi rakan menyapu lantai dengan menggunakan penyapu serta penyodok manakala 3 ahli kumpulan saya yang lain membersihkan papan putih dengan sehelai kain yang lembap. Dengan begitu, saya dapat memudahkan ahli kumpulan saya dalam perlaksanaan kerja mereka. Semasa pembersihan dijalankan , saya telah meminta bantuan daripada rakan saya untuk menangkap beberapa gambar sebagai bahan bukti untuk laporan kerja amal. Akhirnya, saya serta ahli kumpulan saya telah menyelesaikan semua tugas dengan sempurna pada pukul 12.15 tengah hari, 15 minit sebelum waktu terakhir tamat. Saya telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli- ahli kumpulan saya kerana sudi bekerjasama untuk menceriakan bilik kelas. Pada pukul 12.30 tengah hari, loceng telah berbunyi, menandakan waktu balik rumah.

Peranan Saya
Sebelum memulakan kerja, saya telah dilantik ketua kumpulan saya, pada masa yang sama juga, saya telah diberi kepimpinan. Selaku ketua kumpulan, semasa aktiviti dijalankan pada hari Jumaat, saya bertanggungjawab memastikan agar saya dapat mengawal keadaan ahli-ahli kumpulan saya melaksanakan kerja mereka masing-masing. Sebelum kerja menghiaskan papan kenyataan dimulakan, saya telah memberitahu guru tingkatan saya tentang bahan-bahan yang akan digunakan semasa kerja mencantikkan papan kenyataan dilaksanakan. Di samping itu, saya juga memastikan agar bahan tersebut dapat menghiaskan papan kenyataan dengan secukupnya, pada masa yang sama juga dapat menyelesaikan kerja kumpulan saya. Saya juga memainkan peranan saya tersendiri semasa guru telah memberi tugas pertama kepada kumpulan saya. Dalam tugas itu, saya bersikap tolenrasi dan menyumbang tenaga ketika melekatkan kertas dinding pada papan kenyataan yang terletak di belakang kelas saya agar tidak kelihatan buruk. Ketika saya hampir selesai menampalkan kertas dinding, saya menyuruh ahli kumpulan saya agar bersedia untuk menampalkan fakta-fakta mata pelajaran tidak lama lagi. Ketika mereka menampal fakta-fakta mata pelajaran, mereka menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi ketika menyiapkan tugas mereka. Selepas menyelesaikan tugas pertama, tugas kedua iaitu kerja pembersihan papan putih dan lantai, telah diberi oleh guru tingkatan saya kepada kumpulan saya. Oleh itu, saya telah melaksanakan tugas saya sebagai ketua kumpulan dengan menyumbang idea yang berbeza kepada setiap ahli dalam kumpulan saya agar ahli saya dapat idea untuk menyelesaikan kerja dengan cekap. Mengikut arahan guru kami, saya rajin menyapu lantai sehingga kelihatan bersih supaya dapat memuaskan hati guru serta mencipta suasana belajar yang selesa. Akhirnya, saya meluangkan masa untuk memastikan agar segala kerja yang diberi kepada kumpulan saya telah disiap serta lengkap sebelum melaporkan kepada guru tingkatan. Ketika aktiviti gotong-royong dijalankan, saya juga menunjukkan sikap prihatin terhadap rakan sekelas saya apabila saya meminta seorang rakan saya untuk mengambil gambar supaya ahli-ahli kumpulan saya yang belajar Pendidikan Moral dapat menyelesaikan laporan kerja amal mereka masing-masing.

Kesan Yang Deperolehi


Aktiviti ini yang saya melakukan bersama kumpulan saya telah membuatkan saya berasa insaf tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan bilik kelas saya. Hal ini turut memberi kesedaran kepada saya bahawa tugas menjaga bilik kelas bukan sahaja terletak di tangan guru dan para pekerja sekolah, sebaliknya juga memerlukan bantuan serta kerjasama daripada para pelajar. Dalam hal ini, saya sedar bahawa setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bilik kelas mereka masing-masing sentiasa bersih dan selesa ketika guru mengajar. Iktibar yang saya peroleh ialah sebagai pelajar, kita wajar mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai kemudahan yang ada di bilik kelas kita, iaitu sentiasa menjaga dan memulihara kebersihan dan keceriaan bilik kelas mereka. Secara tidak langsung, keadaan ini dapat mewujudkan persekitaran yang selesa untuk pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya, saya bersyukur kerana aktiviti kerja amal ini telah mengubah sikap saya supaya sentiasa menjaga dan meghargai kebersihan dan keceriaan bilik kelas saya.

You might also like