You are on page 1of 1

HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN

Sultan Muhammad Zainuddin telah meminta izin daripada Sultan Banjar untuk belayar ke negeri Mantan.Pelayaran tersebut oleh Opu Daeng Menambun berlima bersaudara,iaitu Daeng Perani, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Chelak, dan Daeng Kemasi.Setelah sampai di Kuala Kandang Kerbau di Mantan,Sultan Muhammad Zainuddin telah mengahwinkan anakandanya dengan Daeng Menambun.Dengan pertolong opu Daeng berlima bersaudara, Sultan Muhammad Zainuddin berjaya menangkap Panembahan Agung. Sebagai alasanya, Opu Daeng berlima bersaudara dianugerahi manamana daerah jajahan negeri Sukanada. Setalah itu, Opu Daeng balayar ke Riau. Di Riau, mereka dipanggil oleh sultan Raja Sulaiman untuk membantu baginda menyerang Siak. Opu Daeng berlima Bersaudara bersetuju dengan syarat manamana antara mereka akan dipilih menjadi Yamtuan Muda dan berkuasa dalam pemerintahan kerajaan Riau.Setelah perjanjian itu di persetujui, Opu Daeng berlima bersaudarapun menyerang Siak.Yamtuan Raja Kecil dan keluarganya terpaksa berundur ke Hulu siak. Sultan Raja Sulaiman melantik Daeng Merewah sabagai Yamtuan Muda Riau dan mengahwinkan Daeng Chelak dengan adindanya, iaitu Tengku Puan.Kemudian Daeng Perahi belayar ke Selangor. Di selangor, Daeng Perahi telah berkahwin dengan anakanda Yang Amtuan Raja Selangor dan mempunyai seorang anak perempuan. Seterusnya, Opu Daeng Berlima bersaudara telah diundang oleh Raja Kedah. Pada masa itu, sedang berlaku perebutan kuasa antara Raja Kedah dengan adindanya.Raja Kedah meminta bantuan Opu Daeng Berlima bersaudara untuk memesyhurkannya sebagai Yang Amtuan Raja Kedah. Setelah bermuafakat dengan nakhoda dari Timur, Raja Kedah telah dimasyhurkan sebagau Yang Amtuan Kedah yang baharu.Hal ini telah mencetuskan peperangan yang berakhir dengan kemenangan di pihak Yang Amtuan Kedah yang baharu.baginda menunaikan janjinya, iaitu memberikan lima belas Bahara kepada Opu daeng Berlima bersaudara. Marhum sultan Adil telah mengundang Opu Daeng Berlima bersaudara ke Sambas.Salah seorang daripada mereka akan dikahwinkan dengan adiknya,iaitu Urai Tengah atau Tengku Tengah dan akan dilantik sebagai pangeran Mangkabumi yang memerintah daerah menteri Sambas. Daeng Kemasi di utuskan untuk di hantar ke Sambas dengan di temani oleh Daeng Menambun.Setelah sampai di Sambas, Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Tengku Tengah dan di gelar Pangeran Mangkubumi. Setelah empat puluh hari barada di Sambas,Daeng Menambun pun balik ke Mantan. Di Mantan, berlaku perebutan kuasa antara anak-anak Sultan Muhammad zainuddin untuk menggantikan baginda sabagai Sultan Muda. Oleh yang demikian,Pangeran Emas Seri Negara di minta ke Mempawah.Dalam perjalan ke Mempawah, mereka singgah di sebukit dan mendirikan negeri di situ. Setibanya di Mempawah, berlaku konflik apabila Daeng Mempawah,Daeng Pabahar,Daeng Maling sam tidak mahu memberikan satu negeripun kepada PanembahanSongkauk. Ratu sultan kemudiannya bermesyuarat dengan Daeng Menambun dan mereka mengambil kepitusan untuk kembali ke sebukit.

You might also like