You are on page 1of 9

1.

Pengenalan kepada Disleksia (3)Faktor-faktor berlakunya disleksia


Disediakan oleh -Angeline Ngu Hong Huong -Jennifer Ho Fuiling -Irene Heng -Ung Koh Sieng -Sei Zhe Chian

Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah; Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun

Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar

Kematangan(Perkembangan)
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia
http://www.spe-ed.net/ld-disleksia.php

Keturunan
Sedia ada dalam gen keluarga (dibukti oleh Hallgren) Banyak dihadapi oleh kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan Simptom disleksia juga terdapat pada keluarga yang mempunyai anggota kidal (John Bradford)

Pemakanan
Unsur penyedap makanan, bahan awet, dan pewarna tiruan dipercayai serta dikenal pasti boleh mengganggu otak jika diambil secara berlebihan. Contoh: 1. Salicylates-dalam buah,sayur,kacang,teh,ubat 2. Amines-keju,coklat,anggur,pisang 3. Benzoates- buah,sayur,kacang,anggur,kopi 4. Monosodium Glutamate(MSG)- perencah,kicap 5. Laktose-susu lembu 6. Glutamate-keju,tomato,cendawan,esktrak daging

Bawaan(Congenital)
Masalah pendengaran disebabkan oleh selesema/jangkitan kuman pada bahagian tenggorok. Masalah ini menyebabkan mereka tidak dapat menghubungkan bunyi atau suara yang didengar dengan huruf yang dilihatnya.

Perkembangan
Perkembangan otak yang tidak seimbang menyebabkan bahagian otak yang mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Berlaku kecelaruan dalam 2 hemisfera cerebral untuk menguasai kemahiran bacaan dan ejaan. Biasanya hemisfera kiri yang menguasai bacaan. Oleh itu,berlakunya keterbalikan huruf dan perkataan.

Kombinasi
2 faktor- Masalah pendengaran dan faktor keturunan

Penyebab-penyebab lain
Gangguan Persepsi Penglihatan Hemisfera Otak Kurang Dominan Gangguan Saraf Otak Gangguan Keterampilan Pandangan VisualMotor Gangguan Kelenjar Indokrin dan Ketidakseimbang Kimia Pengalaman Pahit/Dahsyat Semasa Kecil

Pengabaian Penjagaan Kesihatan Kelahiran Pramatang Penyakit Semasa Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan Kekurangan Vitamin Jangkitan Kuman Ketika Ibu Hamil Keturunan atau Baka Kesan Gangguan Emosi

You might also like