You are on page 1of 26

Kemahiran Lisan

Lai Chu Kong Lau Wui Xin Lee Fui Tzu Lee Siaw Mee

Merangkumi kemahiran mendengar dan bertutur. Mendengar merupakan kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam perkembangan pemerolehan bahasa mereka. Mendengar sebagai satu proses minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan. (Lundsteen, 1979) Lambang-lambang tulisan diperkenalkan setelah kanak-kanak biasa dengan bahasa dan boleh bertutur dengan baik. (Kamarudin Hj. Husin, 1988)

Lisan adalah pertuturan atau percakapan yang melibatkan kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar. (Anuar, 2009) Jalongo (1992) mengatakan bahawa terdapat 3 perkara penting dalam kemahiran lisan iaitu pendengaran, mendengar dan auding.

Pendengaran:
Merupakan proses fisiologi yang merangkumi ketajaman pendengaran atau keupayaan mendengar dan persepsi pendengaran. Persepsi pendengaran ialah keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi, dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan.

Mendengar:
Merupakan bentuk tingkah laku persepsi, iaitu memberi tumpuan, menjadi peka, dan memilih petunjuk-petunjuk isyarat daripada persekitaran.

Auding:
Tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran dan mendengar. Termasuk memperoleh makna daripada apa yang didengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang telah diketahui , menyusun, membayangkan, dan menghargai apa yang didengar.

Kepentingan Kemahiran Mendengar


Asas kepada proses komunikasi. Asas kepada kemahiran bahasa lain iaitu bertutur, membaca dan menulis. Mendengar sama banyak dengan sebuah buku. (Lundsteen, 1979) Bertutur bersamaan sebuah buku seminggu. (Lundsteen, 1979) Membaca bersamaan sebuah buku sebulan. (Lundsteen, 1979) Menulis bersamaan sebuah buku seminggu. (Lundsteen, 1979)

Keperluan Mendengar
Terdapat 2 jenis kemahiran mendengar iaitu formal dan tidak formal. Kemahiran mendengar tidak formal penting kerana kanak-kanak perlu mendengar dan memahami percakapan ibu bapa dan ahli keluarganya. Kemahiran mendengar formal berlaku di sekolah dan bercorak akademik seperti syarahan, pidato, kuiz dan sebagainya.

Menurut Abd. Aziz Talib (2000), tujuan untuk mendengar ialah: Mendengar dalam interaksi sosial seperti berbual dan mesyuarat. Untuk mendapatkan hiburan seperti mendengar radio, menonton televisyan atau filem. Untuk mendapatkan maklumat atau pengetahuan.

Kemahiran Bertutur
Kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alatan sebutan (artikulator). Merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia. (Kamarudin Hj. Husin, 1978) Kanak-kanak meniru pertuturan orang dewasa sekelilingnya dan mengulang-ulang perkataan tersebut sehingga menguasai pertuturan yang kompleks sekiranya terdapat rangsangan dan ganjaran. Orang dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang baik bagi membolehkan mereka bertutur dengan berkesan.

Aspek-aspek Pertuturan
Sebutan Tekanan Mora (panjang pendek) Jeda (persendian) Intonasi Nada Tatabahasa Kelancaran Kefasihan Laras bahasa

Simptom

Kecacatan Bahasa
1. Kelewatan bahasa atau lambat berbahasa. Memperoleh dan menguasai bahasa agak lewat. Perlu diberi intervensi awal bagi membantu mereka menguasai kemahiran berbahasa. 2. Aphasia Berpunca daripada kerosakan otak. Ketidakupayaan untuk membentuk atau memperoleh semula dan memberi makna kepada simbol-simbol arbitrari bahasa. (Holland dan Reinmuth, 1982)

Kecederaan otak semasa lahir / ketumbuhan tumor untuk kanak-kanak. Strok / kecederaan akibat kemalangan untuk orang dewasa.

3. Gangguan proses auditori pusat (Central auditory processing disorders/CAPD) Tidak mengalami masalah pendengaran (pekak) tetapi atas sebab tertentu otak tidak dapat menterjemah maklumat auditori yang diterima daripada telinga dengan baik.

Cara Mengesan / Mengenal Pasti


Tidak dapat mengingat maklumat yang diberitahu di dalam kelas. Tidak mendengar guru mengajar. Tidak dapat memberikan makna atau menggunakan kata dengan betul. Tidak pandai menjalin hubungan yang baik dengan rakan. Susah memahami dan mematuhi arahan. Berkelakuan kasar dalam hubungan sosial. Tidak memahami jenaka dan ulasan yang tersirat. Memberikan tindak balas yang tidak sesuai terhadap soalan.

Kecelaruan Bahasa
Merupakan kecacatan dari segi pemahaman dan penggunaan bahasa dalam bentuk pertuturan, penulisan, dan simbol. Mencakupi kecacatan bahasa dari segi fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik.

Kecelaruan Psikologi
Menurut Cohen (2001), kanak-kanak dan remaja yang mengalami masalah kecelaruan psikologi biasanya menunjukkan kecacatan bahasa. Dapat dikesan dengan 1. Murid tidak mendengar semasa berbual. 2. Tidak patuh terhadap arahan yang diberi. 3. Cenderung untuk bercakap banyak. 4. Suka menyampuk perbualan orang lain.

5. Memberi jawapan sebelum mendengar keseluruhan soalan. 6. Masalah kebimbangan uang keterlaluan atau gementar untuk bercakap di hadapan khalayak. 7. Sensitif pada kritikan dan mudah membuat penilaian negatif. 8. Murid yang mengalami oppositional defiant disorder kerap kali enggan patuh pada arahan orang yang lebih dewasa.

Kaedah Mengatasi Masalah Lisan


Pendekatan induktif Pengajaran bermula dengan melihat contohcontoh unsur bahasa yang diajar. Murid-murid dibantu membuat kesimpulan atau keputusan tentanf aspek bahasa yang diajar. Guru hanya membantu dan murid diberi peluang untuk membuat kasimpulan sendiri berdasarkan pemahamannya.

Pendekatan Deduktif Pengajaran dilaksanakan dengan memberi kesimpulan atau generalisasi terlebih dahulu pada awal pengajaran. Guru memberi contoh-contoh yang sesuai selepas memberi kesimpulan.

Pendekatan Elektif Gabungan pendekatan induktif dan deduktif. Bergantung pada pendekatan mana yang diberi penekanan. Pendekatan Komunikatif Murid-murid dilatih menggunakan bahasa dengan peraturan-peraturan yang betul termasuk juga kemahiran menggunakan bahasa mengikut konteks dan situasi.

Teknik Pengajaran Lisan


Teknik Bercerita Teknik Perbualan Teknik Bernyanyi Teknik Lakonan Teknik Boneka Teknik Main Peranan Teknik Berbincang Teknik Perbahasan

Kaedah Mengatasi Masalah Lisan


Latih Tubi Lisan Dijalankan secara berulang-ulang agar murid dapat mengingati apa yang diajar. Latih Tubi Aspek Sebutan (Fonologi) Digunakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah menyebut bunyi-bunyi tertentu dalam perkataan. Terdapat 2 jenis latih tubi bentuk ini iaitu pasangan minimal (ladang -> lalang) dan pemintal lidah (pandang pandan tepi pagar depan padang).

Latih Tubi Aspek Struktur (Ayat) Memahirkan murid dengan bentuk-bentuk ayat tertentu. Membimbing murid menguasai kemahiran membina ayat. Membantu murid menyebut ayat yang lengkap dengan lancar. Latih Tubi Gantian Saya suka makan (mi/ nasi/ bubur/ mihun).

Latih Tubi Berkembang Saya suka main. Saya suka main bola. Saya suka main bola sepak. Latih Tubi Ulangan Guru menyebut dahulu diikuti oleh murid. Latih Tubi Mengubah Guru menyebut dan murid mengubah. Guru: Saya hendak minum air. Murid: Saya tidak mahu minum air.

Sekian, Terima Kasih

You might also like