You are on page 1of 20

PKP 3105 Pendidikan Disleksia Tajuk 7.

2 Aspek pengurusan program


Ahli pembentang :Chong Jee Chieng Doreen Lee Ling Ling Jennifer Chiam Yier Yeeh Low Pik Ling Robert Wong Lee Ang

Definisi dan Konsep


Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, aspek didefinisikan sebagai segi, sudut, atau bahagian untuk diberikan perhatian dan sebagainya. Pengurusan didefinisikan sebagai perihal kerja untuk mengurus sesuatu atau perihal mengurus sesebuah syarikat, badan perniagaan, dan seumpamanya. program didefinisikan sebagai rancangan yang menentukan dasar-dasar yang akan dijalankan sama ada dalam pembangunan negara, perekonomian atau seumpamanya

Kesimpulan
Aspek pengurusan program dapat didefinisikan sebagai bahagianyang berkaitan dengan masalah pembelajaran disleksia yang perlu diberi perhatian untuk memastikan usaha-usaha dan rancangan membantu kanakkanak disleksia dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Fleksibiliti/ Luwes
Boleh berubah mengikut keadaan Mengurangkan sebarang halangan pembelajaran murid melalui pelbagai perkhidmatan sokongan murid

Memberi fleksibiliti dalam:  Pengaturan jadual waktu agar dapat memenuhi keperluan masa pengajaran dan pembelajaran  Susun atur kelas bagi membolehkan kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan  Penyediaan rancangan pelajaran dan tidak terikat dengan sukatan pelajaran

Akomodasi (Penyesuaian)
Penyesuaian / akomodasi dengan keperluan dan masalah pembelajaran murid disleksia sama ada penyediaan bahan bantu belajar, sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, semasa peperiksaan, dan seumpamanya

Elemen yang perlu dibuat penyesuaian ialah: 1. menyediakan kertas soalan saiz A3. 2. membesarkan soalan saiz font 16. 3. membesarkan soalan pada saiz 130 peratus. 4. menggunakan font comic sans / century gothic. 5. mesti ada jarak perbezaan antara soalan. 6. sebaik-baiknya format UPS satu muka surat lima soalan. 7. langkau dua baris (Double spacing) 8. sebaik-baiknya sertakan gambar bagi menyokong petikan.

Pembaca Soalan 1. Terdiri daripada guru disleksia ataupun guru pendidikan khas yang telah mengikut kursus tentang disleksia. 2. Membacakan arahan soalan dengan jelas. 3. Pembaca memastikan murid memberi penumpuan pendengaran terhadapnya. 4. Pembaca tidak mempengaruhi murid untuk memilih jawapan.

Memberi lebih masa 1. Masa tambahan diberikan kepada calon (rujuk pekeliling / surat kebenaran daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia) 2. Permohonan dibuat oleh guru melalui Setiausaha Peperiksaan Sekolah.

Menjalankan Peperiksaan Kali Kedua 1. Murid-murid disleksia akan menjalani ujian bulanan, PKSR (Penilaian Kendalian Sekolah Rendah) di kelas perdana bersama-sama murid biasa. 2. Keputusan ujian dan PKSR yang dibuat di kelas perdana adalah keputusan rasmi yang direkodkan dalam Buku Pencapaian Murid. 3. Guru disleksia hendaklah menjalankan ujian bulanan, PKSR sekali lagi di dalam kelas khas sebaik-baiknya sahaja mereka selesai menduduki peperiksaan di kelas perdana.

4. Guru disleksia akan menjadi Pembaca . 5. Markah hendaklah direkodkan dan dibuat perbandingan dengan keputusan di aliran perdana. 6. Keputusan perbandingan ini akan disimpan dan dijadikan sebagai sokongan semasa memohon Pembaca kepada Lembaga Peperiksaan untuk UPSR kelak.

Advokasi (Khidmat Sokongan / Pembelaan)


Peranan Khidmat Sokongan -membantu kanak-kanak berkeperluan khas dengan memberikan perkhidmatan yang dimiliki oleh individu / sesebuah agensi. Cook (1991): khidmat sokongan sebagai satu gaya perhubungan secara langsung sekurangkurangnya antara 2 kumpulan yang bersetuju dalam membuat keputusan untuk mencapai matlamat yang sama.

Menurut Sher dan Baur (1991), khidmat sokongan sepenuhnya merangkumi interaksi setiap anggota di sekolah yang melibatkan antara guru dengan ibubapa murid-murid khas, guru, ibubapa, dan murid-murid lain di dalam kelas biasa Dalam kajian Knoblock (1987) mendapati bahawa khidmat sokongan yang patut ada di sekolah bukan hanya dari segi fizikal tetapi juga khidmat sokongan yang berbentuk pengajaran. Menurut Strikland dan Tumbull (1990), perkhidmatan sokongan yang disumbangkan dapat diperoleh daripada penubuhan pasukan pelbagai disiplin yang terdiri daripada kumpulan profesional dan pasukan sokongan.

Kepentingan khidmat sokongan -membantu ibubapa dan guru-guru dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang penuh kondusif. -memastikan murid-murid disleksia mendapat penempatan yang adil dan sesuai dengan tahap keperluan, minat, dan latar belakang mereka -membantu murid-murid pendidikan khas dalam hal-hal berkaitan penempatan, saringan, rawatan, latihan dan sebagainya

-agar berlakunya perubahan masyarakat ke arah kemajuan -memastikan kanak-kanak bermasalah pembelajaran disleksia ini mendapat layanan yang setimpal seiring dengan kanak-kanak normal.

Advokasi daripada:
Badan Bukan Kerajaan 1. Pusat Disleksia Ampang (Ibu Pejabat) 2. Pusat Disleksia Titiwangsa 3. Pusat Disleksia Subang

Agensi Kerajaan -Kementerian Pelajaran Malaysia 1. Jabatan Pendidikan Khas 2. Program Latihan Pendidikan Khas 3. Sekolah Pendidikan Khas Disleksia 4. Kelas Inklusif 5. Sekolah Vokasional Pendidikan Khas

-Kementerian Kesihatan 1. Program-program Imunisasi 2. Institut Kesihatan Umum 3. Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

-Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita, dan Masyarakat 1. Perkhidmatan pendaftaran orang berkeperluan khas 2. Program Pemulihan dalam komuniti (PDK) 3. Pemberian geran kepada pertubuhan sukarela 4. Pemberian elaun, geran pelancaran, alat anggota palsu kepada orang berkeperluan khas 5. Sukan bagi orang berkeperluan khas

Sekian, terima kasih.

You might also like