You are on page 1of 1

REFLEKSI

Syukur kepada Tuhan, akhirnya saya serta ahli kumpulan saya iaitu iqa,eva dan arif dapat menyiapkan tugasan pendek PJM 3106 Anatomi & Fisiologi yang diberikan selama dua minggu. Tugasan kali ini merupakan tugasan yang agak mencabar bagi saya kerana ia melibatkan tugasan yang memerlukan untuk membuat analisis permainan yang dipilih. Saya dan rakan-rakan ahli yang lain perlu membuat perkaitan aktiviti permainan dengan mengenal pasti pergerakan yang menjurus kepada otot-otot utama, tulang-tulang, sendi, aksi pergerakan dan satah pergerakan. Permainan kumpulan saya telah memilih permainan bola baling iaitu melontar bola. Dalam aktiviti saya dan rakan-rakan lain telah membuat analis yang terperinci tentang otot yang terlibat semasa melakukan aktiviti permainan ini. Antara contoh otot yang terlibat dalam permainan ini ialah seperti triseps, biseps, dan sebagainya. Manakala saya juga dapat mengenal pasti mengenai tulang-tulang yang terlibat sekiranya aktiviti permainan ini dimainkan. Dengan tugasan ini juga, saya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang kursus anatomi dan fisiologi kerana dalam tugasan ini terdapat tajuk-tajuk yang berkaitan dalam tugasan saya dan kumpulan saya lakukan. Saya dan rakan-rakan ahli kumpulan membahagikan tugas-tugas masing-masing untuk mempercepatkan proses tugasan ini. Namun, saya terdapat kekangan untuk membuat tugasan ini iaitu dari segi sumber maklumat yang terhadap menyebabkan beberapa kekangan yang saya hadapi. Namun dengan mendapatkan bantuan daripada rakan-rakannya lain, masalah yang saya hadapai dapat diatasi. Masalah kekangan masa juga merupakan faktor yang memberi tekanan kepada saya dalam menyiapkan tugasan kali ini. Namun dengan semangat dan usaha serta sokongan daripada rakanrakan, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Disediakan oleh : MOHAMMAD HASRUL HAFIZ BIN HAMZAH

You might also like