You are on page 1of 8

6 Sifat Sahabat Nabi SAW

1. Hakikat Kalimah Toyyibah Laailaha illallah, Muhammadur rasulullah 2. Hakikat Solat Khusyu wal Khudu 3. Hakikat Ilmu & Zikir 4. Hakikat Iqram Muslimin 5. Hakikat Ikhlas Niat 6. Hakikat Khuruj Fiisabiilillah 6 Sifat Sahabat Nabi SAW 1. Hakikat Kalimah Toyyibah : Laailaha illallah, Muhammadur rasulullah Kalimah ini terbahagi dua iaitu kalimah Iman & kalimah Amal: Kalimah Iman adalah Laailahailallah. Maksudnya : Tiada tuhan melainkan Allah Maksud dan tujuannya : Untuk mengeluarkan kebesaran kebendaan didalam diri kita dan memasukan kebesaran Allah kedalam hati kita. Kelebihan atau Keutamaannya : Apabila di timbang tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dengan kalimah laailahailallah maka akan lebih berat kalimah laailahailallah kerana tujuh petala langit dan tujuh petala bumi akan hancur pada hari kiamat sedangkan kalimah laailahailallah kekal abadi. Rasulullah saw bersabda : man kaana akhiru kalamihi laailahailallah dad kholal jannah. Maksudnya : Barang siapa yang di akhir hayat nya keluar dari lidah nya kalimah laailahailallah wajib masuk syurga. Cara untuk mendapatkan nya : Hendaklah melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya. Hendaklah memperbanyak mengucakan kalimah laailahailallah. Hendaklah dawahkan kalimah laailahailallah kepada saudara kita diseluruh alam. Hendaklah berdoa agar Allah swt tanamkan Hakikat Iman didalam diri kita serta didalam diri saudara kita diseluruh alam. 6 Sifat Sahabat Nabi SAW

y y

Kalimah Amal iaitu : Muhammadarasulullah. Maksudnya : Muhammad adalah utusan Allah.

Maksud dan tujuannya: Untuk mendapatkan kejayaan dan kebahagiaan di dalam dunia ini, cuma ada satu cara iaitu mengikuti cara baginda Rasulullah saw.

Kelebihan atau Keutamaannya : Sabda Rasulullah SAW : Man ahya sunnati faqod ahabani waman ahabani kaana maafil jannah. Maksudnya : Barang siapa yang menghidupkan sunnahku berarti ia cinta kepadaku dan barang siapa yang cinta kepadaku maka ia akan masuk syurga bersamaku. Sabda Rasulullah SAW : Man tamasaka bi sunnati inda fasadi ummati falahu ajru miiyati sayyid. Maksudnya : Barang siapa yang berpegang teguh dengan salah satu sunnahku di zaman yang fasad (kerosakan umat) ini, maka ia mendapatkan ganjaran seratus pahala mati sahid. Cara untuk mendapatkannya :
y y

Hendaklah memperbanyak selawat atas Nabi saw. Hendaklah menghidupkan sunnah, baik sunnah yang terkecil iaitu membuang duri

dijalan, hingga sunnah yang terbesar iaitu berdawah.


y y

Hendaklah dawahkan amal ini kepada saudara kita diseluruh alam. Hendaklah berdoa agar Allh swt tanamkan Hakikat Amal didalam diri kita serta

diri saudara kita diseluruh alam. 6 Sifat Sahabat Nabi SAW 2. Hakikat Solat Khusyu wal Khudu Solat,Maksudnya : Hubungan manusia dengan sang Kholiq (Maha Pencipta) Khusyu Maksudnya : Kosentrasi Khudu Maksudnya : Tertib Tertib dibagi tiga : 1. Tertib Waktu, iaitu solat diawal Waktu 2. Tertib Tempat, solat dimana azan diazankan iaitu di Masjid 3. Tertib Cara, iaitu solat dengan cara berjamaah Maksud dan tujuaannya : Sifat-sifat didalam Solat kita bawa kedalam kehidupan kita sehari-hari. Jika di dalam Solat kita tutup aurat, maka di luar Solat pun kita hendaklah menutup aurat. Didalam Solat kita menundukan pandangan, maka diluar Solat pun kita hendaklah menundukan pandangan. Didalam Solat kita mengucapkan salam, maka diluar Solat juga hendaklah kita mengucapkan salam ketika bertemu sesama muslim. Kelebihan atau Keutamaannya : Sabda Rasulullah saw : Barang siapa yang menjaga Solat nya lima waktu siang dan malam selama 40 hari Berturut-turut tanpa ketinggalan Takbiratul Ula bersama Imam, maka ia akan

mendapatkan 2 kebebasan : 1. Terbebas dari siksa kubur 2. Terbebas dari sifat munafik Barang siapa yang menjaga Solat nya maka Allah swt akan memberi 5 jaminan : 1. Akan diberi Keberkatan rezeki 2. Akan diselamatkan dari siksa kubur 3. Akan diberi catatan Amalan dari tangan kanan 4. Akan meniti titian sirat pantas seperti kilat 5. Akan masuk syurga tanpa hisab Cara untuk mendapatkannya :
y y y

Hendaklah Solat diawal waktu, berjamaah, di mana azan di azankan(Masjid). Hendaklah Solat di sof yang paling depan. Hendaklah dawahkan kepada saudara Muslim supaya solat. Manakala, yang sudah

Solat hendaklah diseru Solat berjamaah.


y

Hendaklah berdoa agar Allah SWT tanamkan Hakikat Solat Khusyu Wal khudu

didalam diri kita serta dalam diri saudara kita diseluruh alam. 6 Sifat Sahabat Nabi SAW

3. Hakikat Ilmu & Zikir


y

Ilmu, Maksudnya : Pengetahuan

Maksud dan tujuannya : Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana Perintah Allah swt dan yang manay Larangan Nya.
y y

Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana yan Halal dan yang mana Haram. Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana yang Sunat dan yang mana Makruh.

Kelebihan atau keutamaanya :


y

Tidurnya seorang yang berilmu itu adalah lebih ditakuti syaitan dari pada 1000y

orang abid (ahli ibadah ) tanpa ilmu. Orang yang keluar menuntut ilmu sama juga dengan orang yang berada dijalan Allah sehingga ia kembali. Barang siapa yang bersusah payah untuk menuntut ilmu, maka Allah swt akany memberi kemudahan jalan menuju syurga.

Cara untuk mendapatkannya : Ilmu terbagi dua Ilmu Masail dan Ilmu Fadail.
y

Ilmu Masail kita belajar dengan Ulama-ulama, tok kiyai, ustaz mursyid, Guru-guru

Agama dan sebagainya.


y

Ilmu Fadail pula, kita belajar melalui kitab-kitab, buku-buku agama seperti buku

Fadail Amal dll.


y y

Hendaklah kita dawahkan ilmu ini kepada saudara kita di seluruh alam. Hendaklah kita derdoa agar Allah swt tanamkan hakikat ilmu ini didalam diri kita

serta diri saudara kita di seluruh alam. 6 Sifat Sahabat Nabi SAW PakarHowTo.Com Page 6
y

Zikir Maksudnya : Ingat kepada Allah swt.

Maksud dan tujuannya : Kita hendaklah selalu ingat kepada Allah dalam setiap saat dan keadaan. Kelebihan atau keutamaanya :
y y

Barang siapa yang ada zikir dihatinya, maka ia hidup disisi Allah. Barang siapa yang tiada zikir dihatinya, maka ia seperti orang yang mati disisi

Allah.
y

Dan barang siapa yang selalu membasahi lidahnya dengan berzikir, maka ia akan

masuk syurga dengan tersenyum-senyum. Cara untuk mendaapatkannya :


y

Hendaklah selalu ingat kepada Allah swt, baik semasa kita berbaring atau berjalan ,

atau baik semasa kita duduk ataupun berdiri .


y

Hendaklah kita berzikir sekurang kurangnya 300 pagi dan 300 petang:

Pagi setelah Solat Subuh dan petang pula setelah Solat Ashar. Zikir boleh diamalkan seperti berikut ;
y

100 x tasbiat ,(Subhanallah walhamdulillah walailahailallah wallahhu akhbar)

Tanda cinta kita kepada Allah swt.


y

100 x Shalawat,(Allahumma saliala muhammad wa ala ali muhammad)

Tanda cinta kita kepada Rasulullah saw.


y

100 x Istighfar,(astaqfirullah halaziim)

Tanda cinta kita kepada diri kita.


y y

Hendaklah kita dawahkan zikir ini kepada saudara kita diseluruh alam. Hendaklah kita berdoa agar Allah swt tanamkan hakikat zikir ini di dalam diri kita

serta diri saudara kita diseluruh alam. 6 Sifat Sahabat Nabi SAW 4. Hakikat Iqram Muslimin
y

Maksudnya : Memuliakan sesama muslim.

Maksud dan tujuan : Tunaikan hak-hak saudara kita tanpa kita meminta imbalan. Kelebihan atau keutamaannya :
y

Barang siapa yang menutupi aib saudaranya, maka Allah swt akan menutupi aibnya

didunia dan akhirat. Dan Allah swt akan menolongnya selagi ia selalu menolong sesama muslim.
y

Barang siapa yang tunaikan hak-hak saudaranya, maka Allah swt akan memberi

73 hasanah, yang mana 1 hasanah diberikan didunia ini manakala 72 lagi diberikan di akhirat nanti. Cara untuk mendapatkannya :
y y y y y

Hendaklah memuliakan orang tua kita, alim-ulama, tok kiyai & guru agama. Hendaklah menghormati orang yang lebih tua dari pada kita. Hendaklah menghargai orang yang sebaya dengan kita. Hendaklah menyayangi orang yang lebih muda dari pada kita. Hendaklah kita dawahkan hakikat iqram wal muslimin ini kepada saudara kita

diseluruh alam.
y

Hendaklah berdoa agar Allah swt tanamkan hakikat iqram wal muslimin ini didalam

diri kita serta diri saudara kita diseluruh alam. 6 Sifat Sahabat Nabi SAW 5. Hakikat Ikhlas Niat
y

Maksudnya : Niat yang ikhlas.

Maksud dan tujuanya : Beramal dan berbuat sesuatu hanya semata-mata karena Allah swt. Kelebihan atau keutamaanya :
y

Barang siapa yang beramal sebesar biji zarah dengan niat yang ikhlas karena Allah,

maka Allah swt akan memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud emas.
y

Barang siapa yang beramal walaupun sebesar gunung Uhud, tetapi tidak dengan

keikhlasan maka dihadapan Allah swt tidak mendapatkan ganjaran apa-apa,sia-sia saja. Cara untuk mendapatkannya :
y

Hendaklah selalu meluruskan niat kita, baik diawal amalan/pekerjaan, dipertengahan

amalan/pekerjaan ataupun diakhir amalan/pekerjaan.


y y

Hendaklah dawahkan Ikhlas Niat ini kepada saudara kita diseluruh alam. Hendaklah berdoa agar Allah swt tanamkan hakikat ikhlas didalam diri kita serta diri

saudara kita diseluruh alam. 6 Sifat Sahabat Nabi SAW 6. Hakikat Khuruj Fiisabiilillah
y

Maksudnya : Keluar dijalan Allah swt.

Maksud dan tujuannya : Untuk mengekalkan hidayah didalam diri kita dan menjadikan asbab turunnya hidayah ke seluruh alam. Kelebihan atau keutamaannya : Rasulullah saw bersabda :

Laqod atun awro atun fisabilillahi Khairuminaddunya wama fiiha. Maksudnya : Sepagi sepetang keluar dijalan Allah lebih baik daripada mendapatkan dunia beserta isinya. Saatun fisabilillahi khirum min khomsina hajjah. Maksudnya : Sesaat dijalan Allah lebih baik daripada 50 kali haji.
y

Debu-debu yang menempel di badan orang yang keluar dijalan Allah akan menjadi

perisai (pelindung) daripada asap api neraka.


y

Malaikat rela membentangkan sayap-sayapnya untuk diinjak orang yang keluar dijalan

Allah.
y

Bumi yang tidak dipijak akan merasa dengki dengan bumi yang dipijak oleh orang yang

keluar dijalan Allah.


y

Semua makhluk baik didaratan ,lautan ataupun udara akan memohan ampun kepada

Allah untuk orang yang keluar dijalan Allah.


y y

Sesaat fikir Agama Allah lebih baik daripada 60 atau 70 tahun ibadah sunat. Satu perkataan dawah lebih baik daripada satu tahun ibadah sunat.

Cara untuk mendapatkannya :


y y

Hendaklah korbankan Diri, Masa, Harta, Wang Ringgit untuk keluar dijalan Allah. Ulama kita cakap, kita hendaklah keluar dijalan Allah :

1. Seumur hidup 4 bulan. 2. Setahun 40 hari. 3. Setiap bulan 3 hari.


y y y y y

Hendaklah hidupkan musyawarah harian Hendaklah hidupkan jaulah 1 dan jaulah 2 Hendaklah hidupkan talim rumah dan talim Masjid Hendaklah hidupkan 2 setengahjam Hendaklah hadir pada malam markas

y y

Hendaklah Istiqomah keluar 3 hari setiap bulan Hendaklah siap untuk nusrah (bantu) setiap ada jemaah yang datang

Saya berazam untuk mengamalkannya . Bagaimana dengan tuan-tuan semua ?? 6 Sifat Sahabat Nabi SAW

You might also like