You are on page 1of 10

X PENGENALAN

Setelah kita mempelajari enam jenis tarannum muktabar sebelum ini, iaitu
Bayyati, Nahwand, Rast, Soba, Hijaz dan Sikah, kini tibalah masanya untuk kita
mempelajari tarannum yang terakhir dalam susunan tarannum-tarannum al-
Quran yang masyhur, iaitu tarannum Jiharkah. Ia merupakan sebuah lagi
tarannum yang sering dikumandangkan oleh para Qari Mesir melalui bacaan
mereka.

Tarannum ini amat merdu sekali jika diterapkan dalam bacaan al-Quran secara
bertarannum. Dengan memiliki pelbagai keunikan, ia bukan sahaja diaplikasikan
dalam bacaan al-Quran secara bertarannum, malah ia sering juga diterapkan
dalam bacaan al-Quran secara murattal dan laungan takbir Hari Raya Aidilfitri
dan Aidiladha, khususnya di Malaysia.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan tentang sejarah tarannum Jiharkah, sifat-sifat dan
peranannya di dalam bacaan al-Quran;
2. Menerapkan tarannum Jiharkah di dalam surah-surah yang
mengandungi Mad Aridh Lissukun, Mad Iwad dan yang tidak
mengandungi mad di kepala ayat; dan
3. Mengaplikasikan tarannum-tarannum yang sesuai diwaslahkan
dengan Jiharkah.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
1
1
0
0
X Tarannum
Jiharkah
TOPIK 10 TARANNUM JIHARKAH W 123

SEJARAH TARANNUM JIHARKAH

Berikut adalah tiga faktor yang menyumbang ke arah sejarah tarannum jiharkah.

10.1.1 Definisi Jiharkah dan Sejarah
Perkembangannya
Tarannum Jiharkah adalah sebuah lagu yang berasal dari Parsi. Ia telah diterima
pakai sebagai tarannum al-Quran oleh para Qari Hijazi dan telah melalui fasa
pengubahsuaian mengikut kesesuaian dalam pembacaan al-Quran. Kini,
Tarannum Jiharkah telah dipopularkan oleh para Qari Mesir mengikut
kesesuaian budaya mereka.

Tarannum Jiharkah adalah satu seni alunan bacaan al-Quran bagi menunjukkan
kehebatan al-Quran secara halus. Walaupun ia telah melalui fasa perubahan,
namun pada hakikatnya keaslian seni lagu tarannum ini masih kekal. Malaysia
tidak ketinggalan dalam menerima pengaruh lagu ini sehinggakan ia turut
diaplikasikan di dalam laungan takbir Hari Raya. Namun, menurut pemerhatian
yang dijalankan ke atas bacaan para peserta tilawah al-Quran di semua peringkat
di Malaysia, didapati bahawa lagu yang paling jarang dibawa oleh mereka
adalah Jiharkah.

10.1.2 Sifat-sifat Tarannum Jiharkah


Tarannum Jiharkah amat dikenali dengan sifat yang mendayu-dayu dan
merintih serta sedih. Oleh itu, ia amat sesuai digunakan pada ayat-ayat yang
menceritakan tentang hari kiamat, rintihan atau doa. Ia juga sesuai pada ayat-
AKTIVITI 10.1
Bincangkan bersama ahli kumpulan anda tentang tarannum-tarannum
sebelum ini yang memiliki air lagu dan sifat-sifat yang hampir serupa.
10.1
AKTIVITI 10.2
Huraikan secara ringkas tentang peranan dan tujuan waslah al-mumasalah
dalam sesebuah bacaan al-Quran bertarannum.
X TOPIK 10 TARANNUM JIHARKAH

124
ayat yang bersifat dalaman ataupun ruhaniah dan aqidah. Rajah 10.1 berikut
menunjukkan sifat-sifat umum tarannum Jiharkah.



Rajah 10.1: Sifat-sifat tarannum jiharkah

10.1.3 Peranan Tarannum Jiharkah


Tarannum Jiharkah berperanan sebagai suatu tarannum yang mampu memberi
keinsafan kepada para pendengar tentang ayat-ayat yang dibaca di samping
menambah kekhusyukan mereka. Selain itu, tarannum Jiharkah juga memainkan
beberapa peranan lain seperti yang diterangkan dalam Rajah 10.2.

AKTIVITI 10.3
Pada pandangan anda, mengapakah para Qurra di Malaysia jarang membawa
tarannum Jiharkah di dalam bacaan mereka khususnya dalam pertandingan
musabaqah? Bincangkan.
TOPIK 10 TARANNUM JIHARKAH W 125


Rajah 10.2: Peranan tarannum jiharkah

Demikian adalah di antara peranan-peranan yang dibawa oleh tarannum
Jiharkah dalam sesuatu bacaan. Jika ia dilagukan dengan baik, maka ia akan
dapat memberikan kesan yang begitu mendalam kepada para pendengar seperti
mana yang telah dinyatakan sebelum ini. Oleh itu, laksanakanlah ia dalam ayat-
ayat yang berkaitan dengan hari kiamat, kesedihan, rintihan dan rayuan, serta
kerohanian.

AKTIVITI 10.4
Dengan merujuk kepada surah al-Muminun ayat 27, al-Furqan ayat 10 dan al-
Qamar 36, sila tatbiqkan tarannum Jiharkah dengan berpandukan contoh dari
bacaan guru anda.
X TOPIK 10 TARANNUM JIHARKAH

126
TATBIQ TARANNUM JIHARKAH DALAM
AL-QURAN

10.2.1 Tatbiq Tarannum Jiharkah dalam Surah yang


BerMad Aridh Lissukun

Surah al-Muminun: 27

`0 !# q9# m9#
$m' 9) & # 7=9# $`'/ $m #* $_ $'& $ 'F9#
=`$ $ 2 ` O# =& ) ,7 = `)9#
_7B %!# #= ) % #* MG`# M& 7
? 7=9# ) t:# ! %!# $9f )9# =9#

10.2
AKTIVITI 10.5
Sila baca surah-surah berikut secara murattal, dengan menggunakan
tarannum Jiharkah.
TOPIK 10 TARANNUM JIHARKAH W 127
10.2.2 Tatbiq Tarannum Jiharkah dalam Surah yang
BerMad Iwadh
Surah al-Furqan: 21

`0 !# q9# m9#
$% %!# `_ $$)9 9 & $ = 3=9# & $ / )9
#93 G`# & G #G` #7. 3= 9# /
f=9 9) #fm #ft $ % <) $ #= =f
$6 #W

10.2.3 Tatbiq Tarannum Jiharkah dalam Surah yang
Tidak BerMad di Kepala Ayat
Surah al-Qamar: 36

`0 !# q9# m9#
)9 & $F / #$ F 9$/ )9 $`
]`& #% 1# )9 s7 3/ '># )G`
#% 1# )9 $ # )9# .%#9 .

X TOPIK 10 TARANNUM JIHARKAH



128
TARANNUM YANG SESUAI
DIWASLAHKAN DENGAN JIHARKAH 10.5
Terdapat beberapa tarannum lain yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum
Jiharkah. Ini kerana terdapat persamaan pada air lagu ataupun wazan lagu
tersebut. Di antara tarannum-tarannum tersebut dapat kita lihat dalam Rajah
10.3 seterusnya.



Rajah 10.3: Peranan tarannum jiharkah

Adalah menjadi kebiasaan para Qurra mewaslahkan tarannum-tarannum
tersebut pada lagu Jiharkah. Seperti tarannum-tarannum yang lain, kaedah
waslah tarannum Jiharkah bolehlah dilaksanakan, sama ada mengikut kaedah
waslah di tengah ataupun di hujung lagu tersebut.

10.3.1 Peranan Waslah al-Mumasalah dalam
Tarannum Jiharkah
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tarannum Jiharkah adalah sebuah
tarannum yang memiliki ciri-ciri kelembutan yang menusuk jiwa. Pada ketika-
ketika tertentu, ia boleh diwaslahkan dengan beberapa tarannum lain seperti
Rast, Husaini, Sikah dan Soba bagi menambah seri pergerakan lagu Jiharkah
tersebut.

Namun begitu, terdapat beberapa peranan lain mengapa sesuatu tarannum itu
digandingkan dengan lagu Jiharkah. Di antaranya adalah seperti berikut:

(a) Mengurangkan Ketegangan dalam Persembahan
Tarannum yang amat sesuai untuk diwaslahkan dengan lagu Jiharkah,
khususnya apabila Qari merasa sedikit ketegangan dalam
persembahannya, ialah Soba dan Sikah.

10.3
TOPIK 10 TARANNUM JIHARKAH W 129
(b) Memanaskan Bacaan
Bagi menjadikan persembahan lebih berkesan, maka ia bolehlah diwaslah
dengan Rast ataupun Husaini.


Sila ulang kaji semula apa yang anda pelajari dalam topik ini dengan
menjawab semua soalan yang dikemukakan berikut.

1. Jelaskan serba sedikit tentang latar belakang tarannum Jiharkah.

2. Nyatakan sifat-sifat tarannum Jiharkah.

3. Berdasarkan sifat-sifat yang ada pada tarannum Jiharkah tersebut,
apakah ayat-ayat yang bersesuaian untuk diaplikasikan tarannum
Jiharkah ke atasnya?

4. Huraikan peranan-peranan yang dimainkan oleh tarannum
Jiharkah dalam sesebuah bacaan.

5. Pada pengamatan anda, namakan Qari-qari Mesir yang terkenal
yang sering menggunakan tarannum Jiharkah dalam bacaan
mereka, sama ada secara murattal ataupun bertarannum.

6. Nyatakan tarannum-tarannum lain yang sesuai diwaslahkan
dengan tarannum Jiharkah dan huraikan mengenai keperluan
waslah al-mumasalah tersebut.

7. Apakah pendapat anda tentang tarannum Jiharkah yang telah
anda pelajari?
SEMAK KENDIRI 10.1
X TOPIK 10 TARANNUM JIHARKAH

130


Tarannum Jiharkah adalah tarannum terakhir dalam susunan tarannum al-
Quran yang mahsyur. Ia bukan sahaja sesuai diaplikasikan dalam bacaan
al-Quran secara bertarannum, malah ia sering juga diterapkan dalam
bacaan al-Quran secara murattal. Di Malaysia, ia cukup sinonim dengan
laungan takbir Hari Raya.

Tarannum Jiharkah berasal dari Parsi dan diterima pakai oleh para Qari
Hijazi. Ia telah melalui fasa pengubahsuaian sesuai dengan pembacaan al-
Quran. Kini tarannum ini dipopularkan pula oleh para Qari dari Mesir.

Jiharkah terkenal dengan sifatnya yang mendayu-dayu, merintih serta
sedih. Oleh itu, ia amat sesuai dipraktiskan pada ayat-ayat berkaitan hari
kiamat, rintihan, doa serta ayat-ayat yang bersifat ruhaniah dan aqidah.

Antara peranan utama tarannum Jiharkah ialah membangkitkan rasa insaf
dan khusyuk para pendengar terhadap ayat-ayat yang dibaca. Antara
tarannum lain yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum Jiharkah ialah
Rast, Sikah, Soba dan Husaini.


Ruhaniah
Sifat-sifat Alunan dan Peranan Jiharkah


Tarannum Jiharkah
Tatbiq

KATA KUNCI
TOPIK 10 TARANNUM JIHARKAH W 131


Mahdi Muhammad al-Hirazi. (2001). Bughyah al-Murid Min Ahkam al-Tajwid.
Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah.

Manna Khalil Qattan. (1998). Mabahis Fi `Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah al-
Risalah.

Manna Khalil al-Qattan. (1973). Studi Ilmu-Ilmu Quran (terj. Drs. Mudzakkir
AS.). Jakarta: Litera AntarNusa.

Muhammad Abdul Azim al-Zalqani. (2001). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran.
Beirut: Al-Maktabah al-Asriyyah.

Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

Muhammad Rajab Farjani. (1976). Kaifa Nataaddabu Maa al-Mushaf. Qahirah:
Dar al-Itisam.

Muhd. Ali bin Abu Bakar. (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur:
Darul Fikr.

Nik Jaafar bin Nik Ismail. (1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr.

Salah `Abd al-Fattah al-Khalidi. (1994). Mafatih Li al-Ta`amul Ma`a al-Quran.
Dimashq: Dar al-Qalam.

You might also like