You are on page 1of 11

OLEH: AZWANI BINTI MOHAMMAD AMALINA WAHIDA BINTI KAMSARI FARAH HANIM BINTI ABDUL MAJID

Pengenalan: Perlembagaan merupakan elemen penting dalam pembentukan sebuah negara, ia merupakan satu set perundangan yang mengatur perhubungan antara pemerintah dan rakyat, juga antara rakyat dengan rakyat yang bersifat majmuk seperti Malaysia.

Unsur tradisi ini penting kerana menjadi faktor penting untuk mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan, ia juga merupakan satu kontrak sosial.

Tradisi ini meliputi bahasa, agama,Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, dan Sistem pemerintahan beraja. Ianya telah pun wujud semenjak ratusan tahun sebelum Perlembagaan Persekutuan 1963 Berperanan menstabilkan sistem politik negara (Tun Salleh Abbas bekas Ketua Hakim Negara).
Unsur-unsur

Perkara

3 Islam sebagai Agama rasmi. Walaupun agama Islam dianggap sebagai agama rasmi, namun agama-agama lain boleh diamalkan secara bebas dalam persekutuan Malaysia.

Perkara

152(1) Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi,namun penggunaan dan pembelajaran bahasa-bahasa lain tidak dihalang. Cth-penggunaan bahasa cina,tamil dimedia cetak atau elektronik,disekolah-sekolah- ada subjek bahasa iban, kadazan,cina dan tamil di sekolah. Bahasa Melayu dijadikan alat perpaduan etnik di Malaysia.

Perkara

32,38(4) Kedudukan Raja-Raja Melayu dalam sistem pemerintahan negara, kewujudan institusi ini adalah sebagai simbol kuasa,kestabilan politik dan perpaduan etnik.

Hak

keistimewaan ini meliputi pejawatan dalam perkhidmatan awam,biasiswa,pendidikan,permit dan lesen perniagaan. Selain itu berkaitan dengan Per. 89 dan 90 (perizaban tanah) perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika mengakibatkan penarikan hak berkaitan terhadap kaum lain.

Etnik

lain juga diberikan ruang utk memperolehi pekerjaan dalam sektor awam,biasiswa atau pinjaman pelajaran PTPN,memiliki tanah, dan terlibat dalam sektor ekonomi.

Perlembagaan

Persekutuan Malaysia terhasil dari semangat tolenrasi,pengorbanan dan pemuafakatan jenerasi terdahulu dari pelbagai etnik-telah melahirkan kontrak sosial yang dipersetujui dan telah tercatat secara bertulis dalam perlembagaan yang harus setiap etnik menghormatinya,atas prinsip ketertinggian dan keluhuran Perlembagaan.

You might also like