You are on page 1of 16

Perkembangan sektor pengangkutan darat moden di negara kita bermula pada tahun 1930-an apabila penjajah British meluaskan

kuasanya di Tanah Melayu. Kini, sektor ini telah mengalami perkembangan yang pesat, terutama di bandar besar sehingga telah menimbulkan masalah kesesakan jalan raya yang serius. Kini, semua orang harus menerima hakikat bahawa jalan raya di bandar besar sudah tidak mampu lagi menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Di bandar raya Kuala Lumpur umpamanya dikatakan terdapat lebih kurang sejuta buah kenderaan memasukinya setiap hari. Banyak faktor yang menyumbang kepada kesesakan ini. Salah Baru puncanya ialah tidak keseimbangan kadar pertambahan antara jumlah kenderaan dengan pertambahan keluasan jalan raya. Setiap hari jumlah kenderaan bertambah, sedangkan penambahan keluasan jalan raya boleh dikatakan amat perlahan. Ketidakseimbangan ini menjadikan kepadatan kenderaan di jalan raya semakin tinggi. Oleh itu, berlaku kesesakan jalan raya. Faktor lain yang tidak kurang pentingnya ialah pertambahan pesat penduduk yang mendiami bandar besar itu sendiri. Pertambahan pesat penduduk bandar ini berpunca daripada penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar. Pada tahun 1970, hanya 13.8 peratus daripada penduduk Malaysia tinggal di bandar. Pada tahun 1980 pula, kira-kira 26.3 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia tinggal di bandar-bandar besar. Bagi bandar raya Kuala Lumpur, penduduknya telah meningkat daripada 500 000 orang pada tahun 1970 kepada 1 000 000 orang pada tahun 1980. Bandar besar yang lain juga telah mengalami pertambahan penduduk yang pesat. Pertambahan pesat penduduk memerlukan lebih banyak kawasan untuk dijadikan tempat tinggal. Jadi, banyak kawasan yang sepatutnya dikhaskan sebagai persediaan untuk membesarkan jalan raya terpaksa digunakan untuk petempatan penduduk. Kemalangan jalan raya juga merupakan punca terjadinya kesesakan jalan raya. Apabila kemalangan terjadi, ia akan menghalang lalu lintas dan menyebabkan kesesakan. Memandangkan Malaysia ialah salah sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan jalan raya yang tinggi di dunia, ia secara langsung mempengaruhi fenomena kesesakan jalan raya. Kesesakan jalan raya menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk. Salah satunya ialah masalah masa. Akibat kesesakan lalu lintas, banyak masa yang terbuang. Golongan yang bekerja terpaksa keluar dari rumah awal-awal lagi dan pulang ke rumah lewat petang. Banyak masa yang sepatutnya dihabiskan di rumah bersama anak-anak terbuang bigitu sahaja. Selain pembaziran masa, ia menyebabkan tenaga kerja negara tidak produktif. Ini sekali gus merugikan negara dari segi ekonomi. Kerja-kerja yang sepatutnya boleh dilakukan dalam masa yang singkat boleh tergendala akibat kesesakan jalan raya. Banyak urusan ekonomi dan perniagaan seperti penghantaran barang dari satu tempat ke tempat yang lain sering tergendala dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasinya walaupun melibatkan jarak yang dekat. Satu lagi akibat daripada kesesakan jalan raya ialah berlakunya penyakit fizikal. Kesesakan jalan raya yang serius boleh menyebabkan pencemaran paru-paru, sesak nafas dan pening kepala. Bunyi bising enjin kenderaan boleh menyebabkan kerosakan pendengaran dan masalah gangguan konsentrasi. Selain itu, kesesakan jalan raya juga boleh menimbulkan ketegangan

psikologi. Ini terjadi kerana para pengguna jalan raya terpaksa menghabiskan masa berjam-jam di jalan raya. Kajian yang dijalankan oleh pakar psikologi menunjukkan bahawa masyarakat bandar sering terdedah kepada masalah ketegangan akibat daripada kesesakan jalan raya, pencemaran alam sekitar dan bunyi bising. Kesimpulannya, semua pihak terbabit perlu bertindak segera menangani masalah ini sebelum ia menimbulkan kesan sosioekonomi yang lebih serius

Karangan Berpandu 1

Kaji gambar-gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang caracara rakyat Malaysia mengisi masa cuti. Panjang huraian andaantara 200 hingga 250 patah perkataan. RANGKA JAWAPAN

CARA-CARA RAKYAT MALAYSIA MENGISI MASA CUTI 1.0 Pendahuluan - Kaya dengan tempat percutian menarik kerana kepelbagaian kaum. - Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menyumbang ekonomi negara. 2.0 Isi/fakta 2.1 Melawat pusat-pusat kebudayaan (IU) - Rakyat akan mengetahui budaya kaum yang unik dan menarik. (HS1) - Pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, dan India. (HS2) - Mempunyai kebudayaan dan identiti yang tersendiri. (HS3) - Mampu menjaga keharmonian tanpa berlakunya rusuhan kaum. (HS4) - Aspek pemakanan, tarian, pakaian, musim perayaan, dan,sebagainya. (CTH) 2.2 Mengembara (IU) - Sama ada ke luar bandar atau hutan. (HS1) - Menambahkan pengalamaan dan menguji kecerdasan. (HS2) - Pulau Langkawi mempunyai keindahan alam sekitar. (CTH) - Perlu dipelihara untuk generasi akan datang dan menikmati kurniaan Iilahi. (HS3) - Mendedah kehidupan di kawasan utan dan menguji kesabaran seseorang. (HS4) 2.3 Melawat pusat-pusat membeli-belah (IU)

- Pada musim perayaan atau hujung minggu. (HS1)


Ekonomi negara meningkat. (HS2) Membeli barangan buatan tempatan. (HS3) Menyahut seruan kerajaaan. (HS4) - Pusat penjualan batik, cenderahati, kraf tangan, dan sebagainya. (CTH) 3.0 Penutup - Matlamat kerajaanmembentuk keluarga bahagia. (CDG) - Merealisasikan harat murni kerajaan. (HP) -

Karangan Berpandu 3 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentangu sahausaha meningkatkan mutu pengangkutan awam di Malaysia.Panj ang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA RANGKA KARANGAN 1.0 Pendahuluan
- Usaha yang dilakukan oleh kerajaan meningkatkan mutu pengangkutan awam.- Jenis pengangkutan awam di Malaysia. - Tujuan pembangunan pengangkutan awam. 2.0 Isi 2.1 Pengangkutan awam teksi - Pengklasan teksi bandar, luar bandar dan lapangan terbang. - Peningkatan mutu perkhidmatan- sistem bermeter/ sistem radio teksi. - Memberi faedah kepada pengguna- memudahkan/elakkan penyelewengan. 2.2 Pengangkutan awam bas. - Pengabungan syarikat kecil kepada besar- bentuk modal besar. - Penawaran perkhidmatan lebih baik- bas baru dan lebih baik 2.3 Perkhidmatan monorel / komuter/ kereta api elektrik - mengurangkan kesesakan di bandar dan masalah pencemaran udara - gerabak berhawa dingin menganti gerabak kelas 3 tidak berhawa dingin.2.4 Perkhidmatan kapal terbang

- MAS dan Air Asia - banyakkan destinasi - pekej tambang murah - ramai pengguna mampu mengunakannya 3.0 Penutup - Sistem pengangkutan awam setanding dengan negara maju - Syarikat terlibat perlu kekalkan dan tingkatkan kualiti. - Kualiti yang baik menarik minat pengguna. Contoh Jawa;pan Karangan Berpandu 3 Dalam usaha menuju negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan berjalan lancar. Sistem pengangkutan yang cuba dibangunkan ini meliputi laluan darat seperti jalan raya dan jalan kereta api, laluan udara dan laut. Fokus utama pembangunan sistem pengangkutan ini bagi memudahkan orang ramai berhubung dengan masyarakat tempatan dan masyarakat di dunia luar. Teksi digunakan sebagai alat mudah untuk pergi ke sesuatu destinasi. Kenderaan tersebut sebagai keperluan wajib untuk masyarakat ke destanasi yang diinginkan seperti ke sekolah, ke pejabat, ke surau dan ke pasar raya. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, kerajaan telah mewartakan semua teksi bandar mengunakan sistem bermeter dan radio teksi.Kerajaan juga telah menggunakan warna yang berbeza untuk teksi bandar dan luar bandar.Bagi pengangkutan ke destanasi lapangan terbang kerajaan telah memperkenalkan teksi limosen. Melalui keadah ini,mutu prkhidmatan dapat ditingkatkan dan diselaraskan serta memudahkam pengguna.Selain itu, penggunaan teksi bermeter dapat mengelakkan pemandu teksi melakukan penyelewengan dan menguntungkan pengguna. Pengangkutan awam yang paling murah dan popular dalam kalangan pengguna ialah bas. Bas biasa digunakan oleh orang ramai untuk pergi bekerja atau ke pasar raya. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan ini, kerajaan telah menggalakkan pengusaha bas yang berskala kecil membentuk konsortium bagi meningkatkan aliran modal. Antara syarikat konsortium yang beroperasi ialah Transit Link,

Couseway Link dan Pak May. Melalui keadah ini, syarikat pengangkutan akan dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dengan cara mengantikan kenderaan yang telah lama dengan kenderaan yang baru serta selesa.Keadah ini akan menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan ini. Di Lembah Klang yang mempunyai aliran trafik yang lebih padat,kerajaan telah memperkenalkan sistem pengangkutan awam yang baru dan canggih untuk mengatasi masalah kesesakan. Untuk itu, kerajaan telah memperkenalkan monorel dan komuter yang digerakkan oleh tenaga elektrik. Melalui sistem pengangkutan ini kerajaan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar khasnya Kuala Lumpur selain mengurangkan masalah pencemaran udara. Untuk perjalanan lebih jauh, katakan warga Kuala Lumpur ingin ke Johor Bahru, ramai yang memilih menaiki kereta api. Sekiranya menaiki kereta api pada waktu malam, bangun pagi sahaja sudah tiba tempat yang dituju. Untuk memajukan jenis pengangkutan ini kerajaan melalui badan berkanunnya Kereta api Malaysia Berhad (KTMB) telah memperkenalkan gerabak kereta api berhawa dingin kelas satu dan dua . KTMB juga telah menamatkan perkhidmatan gerabak kelas tiga yang tidak berhawa dingin. Sementara itu, mereka yang ingin ke seberang laut, ramai yang memilih perkhidmatan kapal terbang dan kapal laut. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) dan Air Asia telah menambah destinasi penerbangan baru dan membeli pesawat-peswat yang baru. Selain itu, syarikat penerbangan ini juga telah menawarkan pekej tambang murah khasnya yang telah dilakukan oleh Air Asia.Dengan cara ini, ramai pengguna akan mampu menggunakan perkhidmatan ini. Sesungguhnya, sistem pengangkutan awam di Malaysia boleh dikatakan setanding dengan negara-negara maju. Oleh itu, menjadi tanggungjawab syarikat yang mengendalikan perkhidmatkan ini terus mengekalkan dan meningkatkan mutu perkhidmatan agar manarik minat pengguna menggunakannya

USAHA-USAHA UNTUK MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN RANGKA KARANGAN 1.0 Pendahuluan - sector pertanian merupakan sektor yang perlu dimajukan - dapat menyumbang kea rah ekonomi Negara - pelbagai usaha dapat dijalankan 2.0 Isi/Fakta 2.1 pelancaran Taman Kekal pPengeluaran Makanan (TKPM) oleh Menteri Pertanian Dato Effendi Nawawi - memberi dimensi baru dalam sektor pertanian - TKPM dianggap sebagai serampang dua mata - Dapat meningkatkan pendapatan Negara - Memberi transformasi terbaik dalam sektor pertanian

2.2 mengwujudkan bidang kejuruteraan genatik atau bioteknologi - salah satu alternatif dalam memajukan sektor pertanian - dapat menghasilkan teknik pengklonan ke atas haiwanhaiwan ternakan - contohnya lembu dan ayam telah dapat dapat meningkatkan sektor pertanian. - dapat menghasilkan baka yang sihat dalam kualiti yang banyak. 2.3 kerjasama daripada pihak swasta - melalui pendidikan amali, ceramah dan kursus kepada Pengusaha-pengusaha baru. - melalui pemberian subsidi kepada pengusaha yang ingin menceburi bidang pertanian. - dapat menarik minat anak-anak muda melibatkan diri dalam sektor pertanian 3.0 Penutup - Konklusinya semua pihak haruslah bekerjasama dalam memajukan sektor pertanian. Bak kata pepatah Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat. KARANGAN BERPANDU 12 USAHA-USAHA UNTUK MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN Sektor pertanian merupakan sektor yang perlu dimajukan dan diberi perhatian kerana sektor pertanian menyumbang ke arah kemajuan ekonomi negara. Bagi merealisasikan hasrat kerajaan yang tinggi dalam sektor pertanian, pelbagai usaha telah dijalankan. Pelancaran Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) oleh mantan Menteri Pertanian iaitu Dato Effendi Nawawi beberapa tahun lepas telah memberi dimensi baru dalam sektor pertanian.Projek TKPM dianggap sebagai serampang dua mata kerajaan kerana projek ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan negara dalam bidang ekonomi malah turut memberi manfaat kepada pengusaha dalam sektor pertanian seperti petani dan peniaga. Projek TKPM juga merupakan transformasi terbaik sektor pertanian dan wajar dilaksanakan. Oleh itu kerajaan telah menggalakkan graduan lepasan universiti atau sesiapa sahaja yang berminat dalam

bidang pertanian melibatkan diri dalam projek TKPM yang memberi pelbagai kemudahan bermula dengan aspek penanaman sehinggalah aspek pemasaran. Dalam era globalisasi, bidang kejuruteraan genetik atau lebih dikenali sebagai bioteknologi telah menjadi salah satu alternatif bagi memajukan sector pertanian. Bioteknologi yang melibatkan pembaharuan genetik telah menghasilkan teknik pengklonan ke atas haiwan-haiwan ternakan. Haiwan yang boleh dihasilkan melalui teknik pengklonan seperti lembu dan ayam sememangnya telah meningkatkan kemajuan sektor pertanian. Teknik ini telah menghasilkan baka yang sihat dan dalam kuantiti yang banyak. Di samping itu kerajaan haruslah bekerjasama dengan pihak swasta bagi memajukan sektor pertanian melalui pendidikan amali, ceramah dan kursus kepada pengusaha-pengusha sektor pertanian. Pihak swasta boleh melakukan pemberian subsidi kepada pengusaha yang ingin menceburi bidang pertanian. Galakan sebegini tentunya mampu menarik anak-anak muda agar melibatkan diri dalam sektor yang memberi pulangan lumayan kepada mereka. negara kita yang beriklim khatulistiwa pastinya sesuai untuk pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Sekiranya negara kita mampu menjadi negara pengeluar makanan antarabangsa, maka tidak perlulah kita bergantung kepada negaranegara luar untuk mengimport makanan. Tanah yang luas dan subur di negara kita haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin bagi mengelakkan wang negara mengalir ke luar Negara.Melalui pelaksanaan yang efektif, sudah tentu hal ini dapat mengurangkan risiko kesan-kesan ekonomi global. Konklusinya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam memajukan sektor pertanian Negara ibarat kata pepatah Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat.

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentangpuncapunca yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Pencemaran Udara SOALAN 1 PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA 1.0 Pendahuluan cuaca berjerebu kadang-kadang memendekkan jarak penglihatan(AR) mewujudkan keadaan tidak selesa(cth) menjejaskan kesihatan khususnya yang menghidap penyakit tertentu.(cth) 2.0 Isi/Fakta 2.1Pembakaran bahan api kilang pembebasan asap dan gas bertoksik oleh kilang-kilang perindustrian

pengusaha kilang tidak memasang alat penapis untuk mengelakkan pembebasan asap dari serombong kilang. Udara kotor dan beracun terbebas ke udara 2.2 Pertambahan jumlah kenderaan - peningkatan taraf hidup menyebabkan ramai yang mampu memiliki kenderaan - kenderaan menggunakan petroleum tanpa plmbum atau diesel - asapmengandungi karbon monoksida mencemarkan udara dan menjejaskan kesihatan 2.3 Pembakaran terbuka - mereka melupuskan sisa buangan secara murah dan mudah - petani menjalankan aktiviti pertanian dengan menebang pokok kemudian membakarnya secara terbuka - berlaku kebakaran hutan yang tidak terkawal 3.0 Kesimpulannya Pencemaran udara perlu diatasi secara kolektif Punca-punca Pencemaran Udara. Udara yang bersih amat penting untuk menjamin kesihatan orang ramai dan gaya hidup sihat. Walau bagaimanapun, kemerosotan kualiti udara di negara kita kini kian meruncing . Bagi individu yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Ipoh, mereka akan menyaksikan cuaca yang berjerebu sehingga kadang-kadang memendekkan jarak penglihatan. Keadaan yang membimbangkan ini disebabkan oleh beberapa faktor yang memang dikenalpasti. Salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya keadaan tersebut adalah pembebasan asap dan gas bertoksik oleh kilang-kilang perindustrian. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, sektor industri berkembang pesat di negara kita. Kilang tumbuh bagai cendawan selepas hujan, terutamanya di bandar dan kawasan

perindustrian. Kebanyakan pengusaha kilang tidak memasang alat penapis yang cukup berkesan untuk mengelakkan pembebasan asap dari serombong kilang mereka, hingga menyebabkan udara yang kotor dan beracun terbebas ke udara. Asap tersebut kelihatan berwarna biru kehitam-hitaman dan berkepul-kepul terbebas ke kawasan sekitarnya. Selain itu, pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya menburukkan lagi kualiti udara di negara kita. Peningkatan taraf hidup menyebabkan semakin ramai

orang mampu memiliki kenderaan sendiri. Setiap kenderaan yang bergerak akan mengeluarkan asap dan bayangkan betapa buruknya keadaan sekitarnya. Keadaan semakin buruk jika kenderaan tersebut

merupakan kenderaan berat, seperti lori, treller, dan bas yang sudah uzur serta tidak diselenggarakan dengan baik. Situasi ini bertambah buruk jika kenderaan menggunakan petroleum tanpa plumbum ataupun menggunakan diesel. Asap yang terbebas daripada kenderaan tersebut yang mengandungi karbon monoksida bukan sahaja mencemarkan udara tetapi boleh menjejaskan kesihatan seseorang. Pembakaran terbuka juga merupakan salah satu faktor yang menjejaskan kualiti udara. Pembakaran terbuka biasanya dilakukan oleh individu yang hanya mementingkan diri sendiri ibarat enau melepaskan pucuknya masing-masing. Mereka mahu melupuskan sisa buangan secara mudah dan murah semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Sebagai contoh ada dalam kalangan petani menjalankan aktiviti pertanian dengan menebang pokok, kemudian membersihkan kawasan dengan membakarnya secara terbuka. Tuntasnya, masalah pencemaran udara ini perlu diatasi secara kolektif ibarat bulat air kerana pembentung dan bulat manusia kerana muafakat. Kesedaran perlu ada dalam diri individu untuk menjaga kualiti udara di negara kita. Bersama- samalah kita menghindari pencemaran udara dan menghargai alam sekitar. (317 patah perkataan

You might also like