You are on page 1of 26

ADI PUTRA

CHAN YAO-BAN

CHIANG TI MING

SUFIAH YUSOF

Adi Putra - kebolehan luar biasa dalam matematik. - Belajar di International Islamic School di Gombak. Chan Yao-ban -Mempunyai kebolehan luar biasa dalam matematik. -Pemegang PhD termuda dari Universiti Melbourne. -Semasa berusia 21 tahun menjadi tenaga pengajar di Universiti Melbourne.

Sufiah yusof
- Diterima masuk ke pengajian di Universiti Oxford pada usia 13 tahun kerana genius dalam matematik. - Akhirnya menjalankan perniagaan menjual tubuh melalui internet.

Chiang Ti Ming
- Menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology ( Caltech) pada lebih dua dekad yang lalu. - Telah meninggal dunia pada awal Januari 2007 di Seremban kerana mengalami tekanan perasaan yang teruk dan dimasukkan ke HKL pada tahun 2002.

PERKHIDMATAN KERJAYA UNTUK GIFTED STUDENT (PELAJAR GENIUS)


NOR ASLIZA BINTI MOHD ZIN M20091000174

SENARAI SEMAK KEPINTARCERDASAN


Mula berjalan dan bercakap lebih awal daripada kanak-kanak biasa. Mungkin lebih tinggi, lebih besar dan lebih kuat daripada kanak-kanak biasa yang sebaya denganya dan dalam ukuran perkara tertentu mereka adalah luar biasa seperti ukuran dada, kekuatan otot dan perkembangan paru-paru.

Boleh menarik perhatian ibu bapa dengan menunjukkan tidak semestinya di hadapan pelawat yang datang melawat ke rumah atau penonton, gaya diri yang luar biasa. Menunjukkan minat terhadap masa agak awal serta menunjukkan kesedaran terhadap masa dan kaitannya dengan dirinya. Mempunyai berbagai-bagai minat dan bersikap spontan, disaingi oleh sifat ingin tahu dari segi intelek yang luas dan semakin berkembang.

Selalunya telah belajar membaca sebelum memasuki sekolah dan boleh dikatakan mempunyai keinginan untuk membaca. Mempunyai kebolehan membaca yang lebih tinggi daripada kanak-kanak lain yang seumur dengannya. Mempunyai hobi yang lebih banyak dan memerlukan ketekunan dan penumpuan berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya. Mungkin mempunyai antara tiga hingga enam hobi yang berbeza.

APA YANG SEKOLAH BOLEH LAKUKAN UNTUK KANAKKANAK PINTAR CERDAS??

Menurut Elizaberth Drews ( 1961 ), menyatakan adalah tidak bermoral untuk membazirkan masa kanak-kanak dengan memaksa mereka mempelajari apa yang mereka sudah tahu. Ini adalah sebab, kanak-kanak pintar cerdas sering telah menguasai apa yang kanak-kanak lain sedang bersusah payah untuk mempelajari.

PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DISEKOLAH. Mengadakan kelas yang berasingan Mengadakan sekolah yang berasingan Mengelompokkan pelajar pintar cerdas dalam kumpulan khas Pengajaran terancang Pengajaran berpasukan Pengayaan

MENGADAKAN SEKOLAH BERASINGAN


Bertujuan untuk meningkatkan kadar kebolehan masing-masing. Gred tidak digunakan dan begitu juga kursus-kursus yang mengehadkan kemajuan tidak ditawarkan dan buku teks tidak digunakan. Pelajar diberi kebebasan mempelajari mempelajari perkara-perkara yang mereka minati dan menggunakan buku-buku yang sesuai dan tidak terhad pada buku teks sahaja.

MENGELOMPOKAN PELAJAR PINTAR CERDAS DALAM KUMPULAN KHAS


Pelajar diberikan kebebasan untuk mengembangkan minat mereka sendiri pelajar pintar akan menunjukan bidang-bidang khusus yang mereka mempunyai bakat dan kelebihan. Berasaskan bakat mereka pelajar dikumpulkan ke dalam kumpulan khas.

PENGAJARAN TERANCANG
Program-program tercetak yang baik kesahannya boleh menggalakkan kanak-kanak bergerak mengikut kelajuan mereka sendiri dan membolehkan mereka tahu prestasi mereka pada setiap peringkat dalam pendidikan mereka.

Perkembangan baru dalam bidang teknologi pendidikan, pengajaran berpandukan komputer, pita video filem dan banyak lagi telah memberikan keseronokan dalam pembelajaran walaupun setakat ini masih terhad

PENGAJARAN BERPASUKAN
Ia membolehkan pengkhususan dilakukan di kalangan guru dan murid

PENGAYAAN
Memberikan lebih banyak daripada pelajar yang normal berdasarkan kebolehan pelajar menguasai pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang diberikan

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS MEMERLUKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

OBJEKTIF BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK KANAKKANAK PINTAR CERDAS


Membantu mengenal dan menerima kebolehan dan kekurangan diri sendidi dan menyedari bahawa kelebihannya mungkin tidak pada semua aktiviti atau perkara Menghormati kebolehan orang lain dan juga menerima kekurangan mereka.

Membentuk matlamat pendidikan, kerjaya, sosial, fizikal dan emosi yang realistik iaitu yang selaras dengan kebolehan, bakat dan minatnya dan memberinya bantuan ke arah pencapaian matlamat itu. Penyediaan dan pemberian pengalaman dan aktiviti yang boleh memberikan keseimbangan dan kepuasan.

Pemberian bantuan dan pertolongan kepada mereka untuk mengambil bahagian dalam aktiviti bersama pelajar lain dan bekerjasama dengan orang lain, tetapi tidak sehingga mengetepikan aktiviti dan pencapaian perseorangan. Mengenal akan perlunya empati, menghormati dan menerima individu lain dengan sifat-sifat dan kebolehan mereka yang tersendiri dan untuk membantu dan bukannya mengekploitasi.

Menunjukan di mana sumber-sumber yang boleh menolong mereka memenuhi keperluan mereka boleh diperoleh. Memelihara hak setiap individu untuk membuat keputusan pendidikan atau vokasionalnya sendiri dan untuk mengekalkan insiatif dan tanggungjawab peribadi. Memberi bantuan dalam menganalisis masalah peribadi dan pelajaran.

PANDUAN SEMASA MEMBERIKAN PERKHIDMATAN KERJAYA KEPADA PELAJAR GENIUS

Ia adalah kehidupan dan keputusan mereka sendiri. Pilihan tidak terhad kepada apa yang mereka ketahui tentangnya sahaja. Untuk memberikan gambaran yang lengkap, kaunselor perlu memberikan maklumat tentang ke semua pekerjaan lain yang mereka boleh memperoleh kelayakan dan yang mereka mungkin berminat jika mereka tahu tentangnya.

Mereka yang pintar cerdas pada amnya pandai menganalisis diri mereka sendiri. Oleh itu, analisis mereka adalah penting. Kaunseling maklumat dan pengalaman pada tahun-tahun awal dapat menolong dalam membuat keputusan kemudian nanti.

Kaunselor perlu menyediakan untuk kanakkanak pintar cerdas bahan-bahan tentang pekerjaan, butir-butir tentang program maktab dan universiti dan data tentang pendapatan dan arah aliran penggunaan tenaga manusia. Misalnya, biro Statistik Tenaga Manusia akan terus memberikan maklumat asas yang paling autoritatif. Pertubuhan- pertubuhan tertentu juga ada mengeluarkan bahan-bahan yang berguna dalam bidang ini mungkin boleh diperoleh.

You might also like