You are on page 1of 1

Pengurus Jabatan Sumber Manusia Indah Wangi Corporation 15 Jalan Simpang Siur Kuala Lumpur Tarikh: Tuan/Puan, Perkara:

Notis Perletakan Jawatan Tujuan saya menulis surat ini adalah sebagai pemberitahuan notis perletakan jawatan saya sebagai Eksekutif Pemasaran di syarikat Indah Wangi Corporation Sdn Bhd. Sehubungan dengan itu juga, saya akan menunaikan tanggungjawab untuk menghabiskan tempoh notis sebulan sepertimana yang telah termaktub di dalam perjanjian surat tawaran kerja kepada saya. Saya berterima kasih kepada pihak tuan/puan di atas segala sokongan, panduan dan tunjuk ajar yang telah diberikan selama ini. Jika terdapat keperluan untuk saya berhubungan dengan mana mana pekerja bagi melicinkan peralihan kerja dan tanggungjawab yang digalas, saya mengalu alukan pihak tuan/puan untuk memberitahu saya. Sekian, terima kasih. Yang benar, Ali bin Abu

You might also like