You are on page 1of 1

Persepsi Pelajar TerhadapKualiti Pengajaran Pensyarah Di Politeknik Kuching Sarawak

YING-LEH, LING Politeknik Kuching Sarawak ling@poliku.edu.my Abstrak Politeknik memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya berbanding dengan IPT lain dalam membentuk modal insan berkualiti mampu menjana produktiviti berlipat ganda. Justeru, pensyarah politeknik harus memiliki kualiti pengajaran sebagai satu kriteria standard pensyarah untuk memastikan penyaluran ilmu secara berkesan. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kualiti pengajaran pensyarah sebagai satu kriteria standard yang diamalkan oleh pensyarah mengikut persepsi pelajar. Kajian ini juga bertujuan unutk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan signifikan dari segi persepsi pelajar mengikut jantina terhadap kualiti pengajaran pensyarah. Kajian ini juga akan menentukan sama ada wujud hubungan antara kualiti pengajaran pensyarah yang baik dengan pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Dalam kajian ini, kualiti pengajaran yang diutarakan terdiri daripada empat aspek iaitu rangka kursus, pengurusan kursus, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian. Tinjauan melibatkan sejumlah 234 orang responden di kalangan pelajar program Diploma Semester 5 dan pelajar program Sijil Semester 4 telah dipilih melalui kaedah persampelan rawak berlapis untuk menjawab soal selidik tentang kualiti pengajaran. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang mengandungi 27 item bagi kriteria standard kualiti pengajaran pensyarah. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu min, sisihan piawai, dan peratus serta statistik inferensi iaitu Ujian-t. Melalui kajian ini, nilai min yang diperoleh bagi aspek rangka kursus, pengurusan kursus, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian masing-masing 3.8048, 3.7073, 3.7160, dan 3.7980 mengikut persepsi pelajar. Ini menunjukkan aspek-aspek tersebut merupakan amalan-amalan yang patut dilakukan oleh pensyarah Politeknik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pada aras keertian .05, tidak terdapat perbezaan signifikan dari segi persepsi pelajar mengikut jantina terhadap kualiti pengajaran di kalangan pensyarah.

You might also like