You are on page 1of 5

1

FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN KURIKULUM DI MALAYSIA


Falinah Misol Jabatan Matematik, Sains & Komputer Politeknik Kuching Sarawak. falinah@poliku.edu.my Abstrak Falsafah boleh dianggap sebagai satu analisis dan pencarian kebenaran tentang sesuatu. Dengan erti kata lain, falsafah sebagai penganalisaan bidang kurikulum. Pengertian kurikulum pula merupakan satu bidang gunaan atau applied, di mana kepakaran dalam berbagai-bagai bidang seperti keilmuan tertentu, psikologi, falsafah, ekonomi dan sosologi digabungkan bagi menyediakan satu rancangan yang boleh mengubah pelajar, sama ada dalam aspek pengetahuan, kemahiran ataupun sikap. Perkembangan kurikulum di Malaysia boleh di lihat pembentukannya sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan dan terdapat 5 orientasi asas kurikulum iaitu; akademik, teknologi, humanistik, pembentukan semula masyarakat dan perkembangan proses humanistik. Kurikulum yang ada dalam sistem pendidikan Malaysia pada hari ini adalah bertunjangkan pada Falsafah Pendidikan Negara.Kurikulum yang telah dibentuk diasaskan kepada beberapa prinsip utama iaitu prinsip pertama ialah intelek yang menunjukkan kepentingan ilmu pengetahuan kepada kita, prinsip kedua adalah berkaitan daya pemikiran dan prinsip ketiga pula berkaitan dengan nilai. sekurang-kurangnya dua makna. Yang pertama adalah dimaksudkan oleh mereka yang menggunakan istilah itu ialah resipi untuk kehidupan atau apakah cara ideal untuk menjalankan kehidupan. Yang kedua dan ini lebih biasa digunakan oleh mereka yang pakar dalam disiplin falsafah adalah lebih sederhana. Falsafah difahamkan sebagai analisis. Maka kalau kita gunakan pengertian ini maka kita boleh katakan bahawa falsafah kurikulum adalah sebenarnya analisis tentang kurikulum. Jikalau menurut pandangan N. Kanthasamy (2003), Ketua Jabatan pengajian India, Universiti Malaya, istilah philosophy yang bermakna falsafah adalah berasal dari perkataan Yunani iaitu philo dan sophia. Philo bermaksud cinta sementara. Sophia bermakna kearifan. Secara entimologi, perkataan philosophy bermaksud cinta kepada kearifan atau love of wisdom. Menurut beliau lagi, ahli-ahli falsafah seperti Russell, Schofield dan Kneller. Russell berpendapat bahawa falsafah meliputi dua bidang ilmu, iaitu teologi dan sains. Schofield pula menggangap falsafah sebagai suatu proses menyoal yang memerlukan penaakulan, bertafakur dan memikir dalam memberi jawapan. Kneller pula membahagikan falsafah kepada spekulatif dan analitik. Pandangan-pandangan mengenai pengertian falsafah ini jelasnya memberi kita idea-idea yang jelas tentang pengertian falsafah. Falsafah boleh dianggap sebagai satu analisis dan pencarian kebenaran tentang sesuatu. Maka falsafah kurikulum saya mengertikan di sini sebagai penganalisaan bidang kurikulum. Ini membawa kita kepada persoalan seterusnya iaitu pengertian kurikulum itu sendiri. Daripada pandangan mata kasar, kurikulum pada amnya adalah dianggap sebagai pelajaran yang diajar di sekolah. Ada juga yang melihat kurikulum sebagai suatu rancangan pendidikan yang mempunyai matlamatnya sendiri. Istilah kurikulum yang disesuaikan dari bahasa Inggeris itu adalah suatu istilah baru dan konsep ini sebenarnya telah lama wujud iaitu sejak zaman falsafah Yunani kuno lagi. Menurut Abu Bakar Nordin (1991), sebenarnya kurikulum merupakan satu bidang gunaan atau applied, di

1.0 Pengertian Falsafah Kurikulum


Untuk memahami kurikulum, kita haruslah memahami falsafah kurikulum terlebih dahulu. Apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan falsafah kurikulum? Untuk memahami pengertian falsafah kurikulum, kita harus tahu apakah itu falsafah dan apakah itu kurikulum. Jikalau disebut apakah itu falsafah maka ramai daripada kita memikirkan bahawa falsafah itu sesuatu yang abstrak, sukar dimengertikan dan juga sepatutnya difikirkan oleh orang yang layak berfalsafah sahaja. Namun begitu pengertian falsafah yang sebenarnya adalah merangkumi lebih daripada itu. Prof Emeritus Khoo Kay Khim (2003) menyatakan bahawa istilah falsafah mempunyai

2
mana kepakaran dalam berbagai-bagai bidang seperti keilmuan tertentu, psikologi, falsafah, ekonomi dan sosologi digabungkan bagi menyediakan satu rancangan yang boleh mengubah pelajar, sama ada dalam aspek pengetahuan, kemahiran ataupun sikap. Jikalau menurut definisi kurikulum kebangsaan yang dipetik daripada Akta Pendidikan 1996 pula, kurikulum didefinisikan sebagai, ... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997] dan ustaz. Selepas kedatangan Inggeris pula, Inggeris telah membawa masuk kaum pendatang dari China dan India untuk dijadikan pekerjapekerja ladang dan sebagainya. Ini telah menyebabkan berlakunya perkembangan sekolah persendirian pelbagai kaum seperti sekolah Cina, sekolah India dan sekolah Melayu yang masingmasing mempunyai isi pelajaran yang berorientasikan negara asal dan terhad kepada budaya dan bahasa masing-masing. Selain itu, terdapat juga sekolah Inggeris yang didirikan oleh Inggeris yang mempunyai falsafah pendidikan untuk mengisi tuntutan pentadbiran tanah jajahan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Menurut Profesor Emeritus Datuk Dr. Mohd Taib Osman (2003), Dasar pertama yang menyokong falsafah ini ialah mendirikan rangkaian sekolah rendah dan menengah dengan bahasa pengantarnya Inggeris dan mata pelajarannya berasaskan tahu menulis, mambaca dan menghitung. Pelajaran tahu menulis bertujuan supaya muridmurid tahu mengarang seperti surat untuk memohon kerja ataupun untuk memenuhi keperluan setiap hari; membaca bertujuan mengenal huruf, memahami buku-buku kesusasteraan Inggeris yang ditentukan; dan pelajaran mengira menganduni ilmu hisab, geometri dan algebra. Selain ilmu alam, sejarah dan ilmu kesihatan turut diajar. Puncak pencapaian perseolahan adalah sijil daripada peperiksaan yang dikelolakan Universiti Cambridge. Sistem pendidikan di sekolah Melayu, pendidikan bermula dari darjah 1 hingga darjah 6. Hanya sebahagian sahaja daripada pelajarpelajar sekolah Melayu yang dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah Inggeris. Sebahagian daripada orang Melayu juga menghantar anakanak mereka ke sekolah-sekolah agama yang terdiri daripada rumah, pondok masjid dan surau. Dengan cara ini, nilai serta pendidikan Islam adalah kukuh di kalangan rakyat Melayu pada masa itu. Sekolah Cina pula mengambil kurikulum dari negara China. Buku-buku dan bahan-bahan juga diambil dari negara asal. Sekolah Cina yang pertama adalah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di Melaka pada 1815. Tahap pendidikan di sekolah Cina juga hanya sampai di tahap rendah sahaja. Sistem persekolahan Tamil juga adalah lebih menjurus

Pengetahuan tentang kurikulum amat penting untuk membolehkan seseorang pendidik melaksanakan tugasnya dengan berkesan. Guru yang cekap perlu memahami dan mempunyai pengetahuan yang luas tentang kurikulum.

2.0 Perkembangan kurikulum di Malaysia


Kita tidak akan dapat memahami perkembangan kurikulum di Malaysia sepenuhnya dan rasional pembentukannya sekiranya kita tidak menyoroti sejarah pendidikan dan sejarah negara ini sendiri. Untuk memahami di mana kita berdiri sekarang kita harus melihat kembali perjalanan yang telah kita tempuh. Demikian juga halnya dengan kurikulum Malaysia pada masa kini yang diasaskan oleh zaman sebelum merdeka dan selepas merdeka. 2.1 Kurikulum Sebelum merdeka Sebelum kedatangan British, sistem pendidikan formal tidak ditekankan di Tanah Melayu dan lebih menumpukan kepada pendidikan agama di sekolah-sekolah pondok. Tenaga pengajar pula adalah terdiri daripada golongan-golongan agama seperti para ulama

3
kepada kurikulum pendidikan dari negara India. Buku teks dan guru-guru adalah didatangkan khas dari Sri Lanka. Sekali imbas kita dapat membuat kesimpulan bahawa sistem pendidikan yang terdapat di Tanah melayu semasa penjajahan Inggeris adalah tidak bersifat nasionalis dan sekadar untuk membolehkan setiap anggota masyarakat untuk menjalankan fungsinya yang memang sudah tersedia dalam masyarakat. Contohnya anak-anak Melayu hanya dididik supaya mereka boleh menjadi petani yang lebih baik daripada ibu bapa mereka tetapi masih mengekalkan slot atau tempat mereka di dalam masyarakat. Sistem pendidikan ini tidak menggalakkan pemikiran yang keluar daripada kepompong pada masa tersebut. Pelajaranpelajaran seperti sastera, sejarah dan ilmu kemanusiaan tidak ditekankan untuk mengelakkan rakyat Tanah Melayu pada masa tersebut terdedah kepada pemikiran-pemikiran yang boleh menyoal keadaan-keadaan mereka dan menyedari keadaan sosial dan ekonomi pada masa itu. Keadaan ini membawa kelebihan kepada Inggeris untuk mengekalkan status quo masyaakat dan keamanan tanpa persoalan dan pemberontakan. 2.2 Kurikulum selepas kemerdekaan Selepas kemerdekaan pula, Malaysia yang pada ketika itu sedang mengorak langkah untuk menjadi sebuah negara yang merdeka mempunyai satu aspirasi yang penting iaitu menyatu-padukan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan untuk membina masyarakat yang berilmu pengetahuan dan boleh menolong memajukan negara yang baru merdeka. Permulaan pada perubahan yang terdapat sekarang ialah Laporan Razak 1955. Jawatankuasa ini bertujuan untuk mencari formula bagi mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan. Hasil daripada jawatankuasa ini adalah Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah. Ini menunjukkan bahawa dari segi kurikulum kemahiran bahasa telah diberikan perhatian untuk memastikan rakyat negara ini dapat berkomunikasi dengan satu sama lain secara berkesan dan pada masa yang sama meningkatkan sikap positif dalam kehidupan bermasyarakat. Untuk menyatu-padukan masyarakat pada masa tersebut, kerajaan telah memastikan bahawa semua sekolah menggunakan sukatan mata peajaran yang sama. Untuk tujuan ini, satu jawatankuasa yang dikenali sebagai General Syllabus and Time Table Committee telah ditubuhkan pada tahun 1956. Namun dari segi pelaksanaan, didapati bahawa penggubalan kurikulum menemui pelbagai masalah. Menurut Abu Bakar Nordin (1991), ini adalah disebabkan tiadanya satunya badan khusus yang menyelaras dan menjamin mutu bagi pada sesuatu kurikulum itu sebaliknya sekiranya terdapat permasalahan yang timbul, satu jawatankuasa ad hoc akan ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah tersebut sahaja dan kemudiannya akan dibubarkan. Maka ini bermakna jawatankuasa tersebut hanya akan menyelesaikan masalah tersebut dari luaran sahaja dan bukannya menyelami apakah yang sebenarnya telah berlaku. Oleh sebab itu Pusat Perkembangan Kurikulum telah ditubuhkan sebagai urusetia bagi Jawatankuasa Pusat Kurikulum. Visi bagi Pusat perkembangan Kurikulum ialah untuk melahirkan kurikulum sekolah berkualiti untuk pendidikan negara bertaraf dunia. Misinya pula adalah untuk membangunkan kurikulum sekolah yang bersepadu dan berguna untuk perkembangan potensi individu sepenuhnya dan untuk memenuhi keperluan negara. Antara objektif Pusat Perkembangan Kurikulum adalah untuk menggubal kurikulum yang bersepadu dan berguna bagi semua peringkat persekolahan, mengesan pelaksanaan kurikulum di semua peringkat persekolahan dan menilai dan meningkatkan mutu kurikulum secara berterusan selaras dengan keperluan semasa dan masa depan. Hasilnya adalah pembentukan Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kedua-dua kurikulum ini tidak dimodelkan daripada manamana kurikulum dan yang penting kedua-duanya menggambarkan matlamat pendidikan negara.

3.0 Orientasi-orientasi kurikulum


Terdapat 5 orientasi asas kurikulum iaitu; akademik, teknologi, humanistik, pembentukan semula masyarakat dan perkembangan proses humanistik. Kita akan melihat satu demi satu orientasi asas kurikulum tersebut. Kurikulum akademik boleh dianggap sebagai salah satu kurikulum paling berpengaruh sejak zaman lampau lagi. Tujuan kurikulum akademik adalah untuk menyampaikan pengetahuan dan cara-cara terbaik untuk mengkaji dan menyelesaikan masalah dalam

4
sesuatu bidang dan seterusnya memperkembang pengetahuan manusia sehingga tiap-tiap yang terfikir itu boleh difahami. Mereka yang berpegang kepada kurikulum akademik adalah seperti Schwab, Bruner dan Stone. Kurikulum humanistik pula merupakan satu tanda peralihan dalam kurikulum daripada penekanan kepada disiplin dan yang berbentuk akademik kepada perkembangan individu secara menyeluruh. Maka kurikulum humanistik tidak tersusun rapi tetapi memberi memberi kesedaran moral dan rohani kepada para pelajar. Kurikulum teknologi pula adalah lebih berteraskan kepada sains, teknologi dan vokasional. Berbanding dengan kurikulum humanistik, bagi penyokong kurikulum teknologi, kurikulum itu bebas daripada nilai. Maka sesuatu sistem pendidikan itu boleh menentukan apa sahaja matlamat dan objektif. Peranan kurikulum berorientasikan teknologi ialah menyediakan program yang membolehkan matlamat dan objektif sesuatu pembelajaran itu tercapai. Kurikulum pembangunan semula masyarakat pula lebih kepada untuk membuatkan pelajar dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat. Dalam kurikulum ini,persekolahan boleh dianggap sebagai proses pembudayaan semula atau permasyarakatan seseorang pelajar. Antara cendekiawancendekiawan di dalam kurikulum ini adalah seperti Theodore Brameld, Paolo Freira dan John Mann. Tujuan utama kurikulum ini adalah untuk mendedhkan kepada pelajar masalah yang dihadapioleh masyarakat. Tidak mencukupi jikalau isu-isu yang sebegitu penting cuma diajar dalam mata pelajaran sains sosial sebaliknya semua matapelajaran-matapelajaran yang lainny seperti ekonomi, fizik dan sejarah juga mesti mengemukakan masalah yang sama. Kurikulum pengembangan proses kognitif pula adalah kurikulum yang menekankan kepada kemahiran berfikir yang mampu menukarkan pengetahuan dan pemahaman kepada penyelesaian masalah. Di antara proses-proses ini adalah menterjemah maklumat ke dalam pelbagai bentuk, membuat inferens, menilai, emgelas dan membuat generalisasi. 4.0 Falsafah Kurikulum di Malaysia Falsafah Pendidikan Negara merupakan tunjang asas kepada kurikulum pendidikan yang terdapat di Malaysia pada masa ini. Falsafah pendidikan negara secara tersurat bermula sejak Laporan Kabinet (1979). Laporan ini menyatakan tentang penentuan watak dan jenis manusia dan warganegara Malaysia yang perlu dibentuk. Laporan ini telah diisytiharkan rasminya 1987. Falsafah Pendidikan negara adalah berdasarkan cita-cita yang terkandung dalam Penyata Razak dan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961, Laporan Jawatankuasa Kabinet dan Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Negara berbunyi, Suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berkerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Jikalau diamati Falsafah Pendidikan Negara, jelas sekali bahawa kurikulum yang ada dalam sistem pendidikan Malaysia pada hari ini adalah bertunjangkan pada falsafah ini. Usaha dalam FPN ini merupakan bentuk tenaga yang disumbangkan secara berterusan untuk memperkembangkan iaitu menumbuhkan lagi potensi individu. Potensi ini dimengertikan sebagai kekuatan, kuasa atau imej dalaman terselindung yang dimiliki manusia. Potensi turut berkait dengan dorongan luar atau terbit dari gerak hati, naluri atau keinsafan diri. Oleh itu pendidikan perlu mengenalpasti secara jitu berbagai potensi individu secara fizikal dan rohani yang perlu dikembangkan menuju kearah kebaikan dan kesempurnaan diri. Merujuk kepada insan yang harmoni dan seimbang dalam Falsafah Pendidikan Negara, dapat dimengertikan di sini bahawa insan yang harmoni adalah insan yang tiada kepincangan atau konflik fizikal dan kerohanian, iaitu perkembangan fizikal dan kerohanian perlu sepadan dan sesuai. Secara politiknya pula, ia membawa maksud masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum, agama dan budaya, sosio-ekonpolitik hidup dalam satu cita-cita dan hasrat yang sama. Seimbang pula merujuk kepada piawaian yang setara. Ini bermaksud bahawa pertumbuhan dan perkembagan fizikal dan rohani dalam diri pelajar adalah dalam keadaan yang setara dan seimbang agar kedua-dua perkara ini memenuhi

5
piawaian sistem pendidikan yang diwujudkan. Intelek, rohani, jasmani dan emosi yang disebut di dalam falsafah Pendidikan Negara itu membawa maksud yang luas. Konsep intelek membawa maksud ilmu pengetahuan seseorang individu itu manakala rohani adalah dari segi kejiwaan ataupun roh seseorang pelajar. Jasmani pula merujuk kepada kesihatan keseluruhan tubuh badan seseorang individu tersebut. Emosi pula merujuk kepada kesihatan mental dan emosi seseorang pelajar. Pelajar yang dihasilkan daripada sistem pendidikan negara ini mestilah seseorang yang mampu mengawal emosinya. Maka jelas di sini bahawa kerajaan berhasrat untuk membina sebuah kurikulum yang dapat menghasilkan insan yang seimbang daripada pelbagai segi. Maka kurikulum telah dibentuk diasaskan kepada beberapa prinsip utama. Pertama ialah intelek yang menunjukkan kepentingan ilmu pengetahuan kepada kita. Dengan adanya ilmu, manusia dapat menghadapi apa sahaja cabaran hidup. Prinsip kedua adalah berkaitan daya pemikiran. Ini bermaksud bahawa pelajar yang dilahirkan itu mampu berfikir dan Mohd menaakul perbagai persoalan di sekitarnya. Prinsip ketiga pula berkaitan dengan nilai. Kurikulum yang lengkap adalah kurikulum yang mencakupi unsur kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Bagi membentuk insan yang sepadu dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani, kandungan pelajaran hendaklah merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang sesuai. 5.0 Kesimpulan Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Negara merupakan falsafah asas kurikulum yang telah dibentuk di negara ini. Selepas lama mengecapi kemerdekaan, sekarang adalah masa untuk kita bertanya kepada diri sendiri. Apakah kurikulum kita pada masa sekarang sudah mencapai matlamatnya? Apakah yang tersurat sudah dapat dizahirkan? Apa yang penting dalam pembentukan kurikulum yang mantap adalah adakah kurikulum tersebut relevan dengan kita dan dapat dicapai. Pembentukan individu yang sempurna dan masyarakat yang terdiri dari golongan ini memerlukan satu sistem pendidikan yang mempunyai tekad dan pandangan hidup yang liberal tetapi realisme. Persoalan yang selalu menghantui kita iaitu persoalan antara akademik dan vokasionalisme juga tidak patut timbul. Ini kerana ilmu dan proses mendapat ilmu dan menggunanya berada pada satu kontinuum yang sama. Ilmu yang diperolehi pastinya bertujuan untuk digunakan. Untuk melahirkan kurikulum yang sempurna juga, pandangan guru-guru juga sepatutnya diambil kira. Ini kerana mereka yang bertanggungjawab sebagai pihak pelaksana dan oleh itu pandangan mereka amat kritikal tentang bagaimana sesuatu ilmu itu disampaikan.

Rujukan Abu Bakar Nordin (1991), Kurikulum, Perspektif dan Pelaksanaan. Penerbitan Pustaka Antara. Khoo Kay Kim (2003), Falsafah Budaya dalam Pendidikan. Penerbit Universiti Malaya. N. Khantasamy (2003), Falsafah Budaya dalam Pendidikan. Penerbit Universiti Malaya. Taib Osman (2003), Falsafah Budaya dalam Pendidikan. Penerbit Universiti Malaya

You might also like