You are on page 1of 19

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBIS 4103 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4


______________________________________________________________________________

NAMA NO K/P

: :

MOHD ABDUL NASIR BIN KALIB 810126-07-5441 EN AHMAD RUSHAIDI BIN ABDUL MAJID

NAMA TUTOR :

PUSAT PEMBELAJARAN SEAMEO RECSAM / KOHORT 5

PENDAHULUAN Solat Jumaat merupakan solat yang difardukan keatas setiap muslimin yang cukup syaratsyaratnya. Hukum melaksanakan solat jumaat adalah fardu ain. Solat Jumaat merupakan satu pertemuaan mingguan bagi umat Islam untuk mengukuhkan ukhuwah sesama muslim disamping memuhasabah diri dengan mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib. Dewasa ini ramai di kalangan masyarakat Islam yang mengabaikan kefarduan Solat Jumaat dengan mementingkan urusan keduniaan yang mengejar kebendaan. Ramai dalam kalangan kita yang lalai dalam melaksanakan kefarduan ini akibat dari kejahilan dan ilmu yang cetak tentang agama. Kefarduan solat jumaat ini mempunyai hikmah dan kelebihannya yang amat besar kepada umat Islam umumnya. Solat Jumaat dapat mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada penciptanya dengan sebenarbenar takwa. Disamping mengukuhkan ikatan silaturrahim ia juga dapat mempertingkatkan semangat tanggungjawab kepada agama dan dapat mengetahui isu-isu semasa yang berkaitan dengan Islam. Seluruh Umat Islam hendaklah melakukan fardu Jumaat dengan penuh keimanan dan keyakinan yang teguh sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: Daripada Thariq bin Shihab, Nabi Muhammad s.a.w bersabda , Solat Jumaat hak yang wajib melakukannya atas tiap-tiap orang Islam,kecuali hamba-hamba yang dimiliki , kaum perempuan , kanak-kanak dan orang sakit. (Riwayat Abu Daud).

PENGENALAN SURAH AL-JUMUAH Surah Al-Jumuah (Arab: ) ialah surah ke-62 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah yang terdiri atas 11 ayat. Dinamakan Al Jumuah yang bererti hari Jumaat diambil dari perkataan Al Jumuah yang terdapat pada ayat ke 9 surah ini. Surah ini membincangkan perkara-perkara seperti berikut : Menjelaskan sifat-sifat orang-orang munafik dan sifat-sifat buruk pada umumnya, diantaranya berdusta, bersumpah palsu dan penakut Mengajak orang-orang mukmin supaya taat dan patuh kepada Allah dan RasulNya dan supaya bersedia menafkahkan harta untuk menegakkan agama-Nya sebelum ajal datang. Hadis Berkaitan Solat Jumaat "Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim). Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringanringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah , pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

MENUNAIKAN KEWAJIPAN SOLAT JUMAAT

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ( kemasjid ) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli ( pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui ( hakikat yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi ( untuk menjalankan urusan masing-masing ) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak ( dalam segala keadaan ) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai ( lalu pergi ) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri ( di atas mimbar berkhutbah ). Katakanlah (wahai Muhammad:" Pahala-balasan ) yang ada disisi Allah lebih baik dari hiburan dan barangbarang dagangan itu dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.

TAFSIR / ASBAB NUZUL AYAT 9

Pada ayat ini Allah SWT menerangkan bahwa apabila muazin mengumandangkan azan pada hari Jumat, maka hendaklah kita meninggalkan perniagaan dan segala usaha dunia serta bersegera ke mesjid untuk mendengarkan khutbah dan melaksanakan salat Jumat, dengan cara yang wajar, tidak berlari-lari, tetapi berjalan dengan tenang sampai ke mesjid, sebagaimana sabda Nabi SAW.


Ertinya: Apabila solat telah di Iqamatkan janganlah kamu mendatanginya dalam keadaan tergesa-gesa, tetapi datangilah dalam keadaan berjalan biasa penuh ketenangan dan rasa mengagungkan(Nya). Apa yang engkau capai (dalam salat jemaah) kerjakanlah dan apa yang luput dari kamu sempurnakanlah sendiri. (H.R Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah) Cara yang demikian itu seandainya seseorang mengetahui betapa besar pahala yang akan diperoleh orang yang mengerjakan salat Jumat dengan baik, maka melaksanakan perintah itu (memenuhi panggilan salat dan meninggalkan jual beli) adalah lebih baik dari pada tetap di tempat melaksanakan jual beli dan meneruskan usaha untuk memperoleh keuntungan dunia, sebagaimana firman Allah SWT:


Ertinya: Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal. ( Al A'la: 17 )

TAFSIR / ASBAB NUZUL AYAT 10

Pada ayat ini, Allah SWT menerangkan bahawa setelah selesai melakukan solat Jumat boleh bertebaran di muka bumi melaksanakan urusan duniawi, berusaha mencari rezeki yang halal, sesudah menunaikan yang bermanfaat untuk akhirat. Hendaklah mengingat Allah sebanyak-banyaknya di dalam mengerjakan usahanya dengan menghindarkan diri dari kecurangan, penyelewengan dan lain-lainnya, kerana Allah Maha Mengetahui segala sesuatu, yang tersembunyi apalagi yang nampak nyata, sebagaimana firman Allah SWT:


Ertinya: Yang Mengetahui yang gaib dan yang nyata. Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. ( At Taghabun: 18 ) Dengan demikian tercapailah kebahagiaan dan keuntungan di dunia dan di akhirat. Dianjurkan kepada siapa yang telah selesai solat Jumat, berdoa dengan doa ini:


Ertinya: "Ya Allah! Sesungguhnya saya telah mengerjakan panggilan-Mu, dan saya telah melaksanakan solat Jumat yang Engkau wajibkan, dan saya telah bertebaran (di muka bumi) sebagaimana Engkau perintahkan kepadaku maka berilah saya rezeki dari kurnia-Mu dan Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki".

TAFSIR / ASBAB NUZUL AYAT 11

Pada ayat ini, Allah SWT mencela perbuatan orang-orang mukmin yang pada waktu rombongan unta kafilah dagang tiba dan diadakan penyambutan beramai-ramai, mereka pergi menjemputnya dan meninggalkan Nabi SAW. dalam keadaan berdiri berkhutbah. Ayat ini ada hubungannya dengan peristiwa waktu Dihyah Al Kalby tiba dari Syam (Suriah), bersama rombongan untanya membawa barang dagangannya seperti tepung, gandum, minyak dan lain-lainnya. Sebagai kebiasaan apabila rombongan unta dagangan tiba, wanita-wanita muda keluar menyambutnya dengan menabuh gendang, sebagai pemberitahuan atas kedatangan rombongan itu, supaya orang-orang datang berbelanja membeli barang dagangan yang dibawanya. Di dalam suatu hadis diriwayatkan oleh Jabir disebutkan sebagai berikut:

:
Ertinya: Tengah Nabi SAW. berdiri berkhutbah pada Jumat, tiba-tiba datanglah rombongan unta (pembawa dagangan), maka cepat-cepatlah sahabat Rasulullah SAW. mengunjunginya sehingga dada yang tinggal tekun ( mendengarkan khutbah) kecuali 12 orang. Saya (Jabir), Abu Bakar dan Umar termasuk mereka yang tinggal, maka Allah Taala menurunkan ayat: wa iza ra'au tijaratan au lahwan sampai akhir surat ) (HR. Bukhari, Muslim, Ahmad dan Turmuzi dari Jabir bin Abdullah)

Selanjutnya Allah SWT memerintahkan Nabi-Nya supaya menyampaikan kekeliruan perbuatan mereka dengan menegaskan bahwa apa yang di sisi Allah yang bermanfaat bagi akhirat jauh lebih baik daripada keuntungan dan kesenangan dunia yang diperolehnya, kerana kebahagiaan akhirat itu kekal, sedangkan keuntungan dunia akan lenyap. Ayat 11 ini ditutup dengan satu penegasan bahwa Allah itu sebaik-baik pemberi rezeki. Oleh karena itu kepada-Nyalah harus kita arahkan segala usaha dan ikhtiar untuk memperolehi rezeki yang halal mengikut petunjuk-petunjuk-Nya dan redha-Nya. PENSYARIATAN SOLAT JUMAAT Solat jumaat sebenarnya bukan sahaja diwajibkan setelah turunnya ayat 9-11 surah aljumaah ini tetapi solat Jumaat ini telah dilaksanakan oleh Rasulullah saw sejak baginda tiba di Madinah , bahkan kaum muslimin penduduk Madinah telah melaksanakannya sebelum Nabi Muhammad saw berhijrah. Para Ulamak telah menilai surah ini turun pada tahun VI hijrah setelah perang khaibar berlaku dan bahawa ia turun sekaligus. Tema utama surah ini menurut banyak ulamak antara lain Ibn Asyur dan Thabathabai adalah peringatan tentang pentingnya solat jumaat dan perlunya meninggalkan semua aktiviti jika waktunya telah tiba. Sayyid Quthub yang berpendapat bahawa surah ini turun setelah surah as-Shaff yang lalu yang menjadikan tema utama surah ash-shaff.Al-Biqai menulis tentang tema utama surah ini bahawa ia menjelaskan apa yang dinamakan shaff kesatuan barisan kerana ia adalah syariat agama yang paling jelas dan tali Islam yang paling kukuh dan itulah Jumaat yang nama surah ini menjelaskan tentang maksudnya dengan adanya kewajiban berkumpul serta keharusan tampil segera kesana meninggalkan segala sesuatu. Nama Jumaah sangat sesuai dengan tema apabila diperhatikan ayat-ayatnya dari awal hingga akhir. Demikian Al-Baqai yang bermaksud oleh ulama dengan saat Nabi berkhutbah adalah yang dibicarakan oleh ayat 11 surah ini, yang turun mengecam sementara kaum muslimin yang meninggalkan Nabi berkhutbah

akibat kehadiran kafilah. Surah ini merupakan surah yang ke 105 dari segi turutan turunnya. Surah ini turun sesudah surah At-Tahrim dan sebelum surah at-Taghabun. Abu Daud berkata Mahmud bin Khalid menceritakan kepada kami , dia berkata : Al-Walid menceritakan kepada kami, dia berkata : Abu Muadz Bakr bin Maaruf memberitahu kepada kami bahawa dia mendengar Muqatil bin Hayyan berkata Dulu Rasulullah saw melaksanakan solat jumaat sebelum khutbah seperti solat dua hari raya , sehinggalah tiba satu jumaat dimana saat itu baginda tengah menyampaikan khutbah dan sudah melaksanakan kan solat jumaat. Seorang lelaki datang berkata : Sesungguhnya Dihyah bin Khalifah Al-Kalbi telah datang dengan membawa barang-barang dagangan. Selain barang dagangan beliau juga membawa rebana. Orang-orang yang sedang mendengar khutbah kemudian keluar dan mereka menyangka bahawa meninggalkan khutbah tidak mengapa Allah swt kemudian telah menurunkan ayat yang bermaksud : Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan , mereka bubar untuk menuju kepadanya. Setelah peristiwa itu, Nabi mendahulukan khutbah jumaat pada hari jumaat dan mengakhirkan solat jumaat. Terdapat tiga pendapat Ulamak mengenai sebab turunnya ayat 9 hingga 11 surah alJumaah ini: 1. Imam Ahmad Bukhari , muslim dan Atturrmudzi meriwayatkan Jabir bin Abdullah bahawanya ia berkata : Ketika Nabi Muhammad saw sedang berkhutbah pada hari jumaat dengan berdiri , suatu kafilah datang ke Madinah. Sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw (yang berada di masjid) berduyun-duyun meninggalkan masjid pergi kepada kafilah itu dan yang tinggal di dalam masjid hanyalah dua belas orang sahaja di antaranya Abu Bakar dan Umar. 2. Ibnu Khathir meriwayatkan dari Abu Yaala dengan sanadnya sampai kepada Jabir bin Abdullah bahawasanya ia berkata Ketika Rasulullah saw sedang berkhutbah pada hari jumaah kemudian satu kafilah datang ke Madinah lalu didatangi oleh para sahabat Rasulullah saw sehingga tiada sisa dari mereka yang

tetap bersama Rasulullah saw kecuali dua belas orang sahaja. Maka Rasulullah saw berkata Demi Allah yang diriku berada ditangannya , seandainya kamu juga pergi satu demi satu hingga tiada orang pun diantara kamu yang tinggal tetap bersamaku , maka pasti lembah itu akan mengalirkan api terhadapmu. 3. Abu Hayyan meriwayatkan dalam tafsirnya tentang perginya orang-orang itu , berkata bahawa penduduk Madinah dilanda oleh kelaparan dan melambungnya harga , seorang yang bernama Dihyah datang dengan satu kafilah membawa bahan makanan. Adalah kebiasaan mereka bahawa kafilah itu dibawa masuk ke kota oleh orang yang mengetahuinya dengan mengantarkannya dengan suara gendang dan suling. Kemudian kafilah itu dimasukkan. Maka orang-orang yang ada di masjid meninggalkan masjid untuk melihat kedatangan kafilah itu dan mendengarkan irama genderang dan seruling. Mereka meninggalkan Rasulullah saw yang berdiri diatas mimbar bersama dua belas orang. Jabir berkata : aku adalah antara dua belas orang yang tetap tinggal dimasjid.

10

CARA SOLAT JUMAAT SEBELUM TURUNNYA AYAT 9 HINGGA 11 SURAH AL-JUMAAH. Ibn Sirin berkata, Seseorang telah mengumpulkan penduduk Madinah sebelum Nabi Muhammad saw datang Ke Madinah dan sebelum turunnya kewajipan solat jumaat.Merekalah yang menamakan hari jumaat dengan jumaat . Mereka berkata: Sesungguhnya orang-orang Yahudi mempunyai satu hari untuk berkumpul dalam seminggu, dan hari itu adalah hari sabtu. Demikian pula bagi orang-orang Nasrani , hari mereka berkumpul adalah hari ahad. Maka kemarilah kalian , marilah kita berkumpul untuk menetapkan satu hari dimana kita akan mengingatkan Allah dan menunaikan solat pada hari itu. Hari itu mengingatkan Allah sebagaimana yang mereka katakana : Hari sabtu adalah milik orang- orang Yahudi dan hari Ahad adalah milik orang-orang Nasrani.Maka tetapkanlah hari besar itu pada hari Arubah(jumaat). Mereka kemudian berkumpul di tempat Asad bin Zurarah Abu Umamah. Asad kemudian solat dua rakaat dengan mengimami mereka pada hari itu dan dia pun mengingatkan mereka kepada Allah. Mereka kemudian menamai hari itu dengan hari jumaat , pada saat mereka berkumpul itu. Asad menyembelih seekor domba untuk mereka lalu mereka pun makan malam dan makan siang dengan daging domba itu. Inilah awal mula solat jumaat dalam Islam. Al-Baihaqi berkata Diriwayatkan kepada kami dari Abu Musa bin Uqbah dari Ibnu Syihab Zuhri bahawa Mushab bin Umair adalah orang yang pertama kali mengumpulkan kaum muslimin pada hari jumaat di Madinah sebelum Rasulullah saw tiba di Madinah. Al-Baihaqi berkata Ada kemungkinan Mushab mengumpulkan mereka dengan bantuan Asad bin Zurarah lalu Kaab menyebut hari jumaat dengan jumaat.

11

Jumaat pertama dimana Nabi Muhammad saw mengumpulkan para sahabatnya , para ahli sejarah berkata , Rasulullah saw melakukan perjalanan hijrah hingga baginda singgah di Quba iaitu di tempat Bani Amar bin Auf,pada hari Isnin tanggal 12 Rabiaulawal ketika waktu dhuha mulai terik. Sejak itulah sejarah (tahun hijriah) mulai dihitung. Baginda menetap di Quba sampai hari khamis dan baginda pun mendirikan masjid. Baginda kemudian berangkat ke Madinah pada hari Jumaat , namun kewajipan solat Jumaat menyergap baginda di tempat Bani Salim bin Auf. Pada saat itu , mereka telah mendirikan masjid di tempat itu. Baginda kemudian mengumpulkan mereka dan menyampaikan khutbahnya. Inilah khutbah pertama yang baginda sampaikan di Madinah. Sebelum turunya ayat 9 hingga 11 surah al-Jumaah ini , cara solat jumaat berbeza terutamanya dari segi khutbah jumaat. Sebelum turunnya ayat ini khutbah Jumaat dilaksanakan selepas selesai solat Jumaat seperti solat dua hari raya. Akibat dari peristiwa yang berlaku dimana semasa Rasulullah berkhutbah ramai para jamaah telah meninggalkan khutbah dan tidak mendengar khutbah tersebut dengan menuju kepada kafilah yang datang berjualan denagn membawa alat muzik. Mereka merasakan khutbah ini tidak wajib dan mengabaikannya. Lantaran peristiwa inilah turunnya ayat ini yang melarang kaum muslimin berjual beli ketika solat jumaat.

12

SYARAT-SYARAT SOLAT JUMAAT MENURUT MAZHAB SYAFIE Solat Jumaat merupakan solat yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim yang cukup syarat-syaratnya. Solat Jumaat merupakan solat dua rakaat yang dilaksanakan pada hari jumaat bagi menggantikan solat waktu zohor dan dilakukan secara berjamaah selepas mendengar khutbah Jumaat. Bagi kaum muslimin perlu diingatkan bahawa meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegahkan kerana solat Jumaat merupakan wajib bagi semua orang lelaki. Orang yang meringan-ringan dan mengabaikan kefarduan solat Jumaat ini bakal menerima hukuman dan balasan yang sepatutnya di akhirat nanti bahkan bagi seseorang yang enggan patuh pada kefarduan ini lama kelamaan akan tertutup pintu hatinya menerima hidayah Allah s.w.t dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain. Rasulullah saw telah bersabda Sebaik-baik hari yang terbitnya matahari ialah pada hari Jumaat. Padanya (hari jumaat) diciptakan Nabi Adam a.s , dimasukkan Adam ke dalam syurga pada hari jumaat dan dikeluarkannya dari syurga pada hari Jumaat dan tidak berlaku hari kiamat kecuali hari Jumaat. Hadis ini telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Dari hadis ini jelaslah bahawa betapa mulianya hari Jumaat dimana di hari ini jua diwajibkan keatas mulimin menunaikan solat jumaat. Ini sudah pasti berbeza dengan hari lain . Kewajipan menunaikan fardu Jumaat yang telah ditetapkan Islam mempunyai beberapa syarat yang tertentu. Syarat-syarat menunaikan solat Jumaat terdiri daripada syarat wajib dan syarat sah solat jumaat. Seseorang itu wajib menunaikan solat jumaat apabila telah memenuhi semua syarat berikut:

13

Berikut ialah syarat wajib solat Jumaat :


Islam tidak wajib bagi orang kafir. Baligh tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh. Berakal tidak wajib bagi orang yang gila. Merdeka tidak wajib ke atas hamba abdi. Lelaki tidak diwajibkan untuk orang perempuan. Sihat tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan. Bermastautin atau bermukim tidak wajib bagi orang yang musafir.

Solat jumaat seseorang itu akan sah dan diterima oleh Allah swt setelah ia melengkapkan kesemua syarat-syarat sah solat jumaat. Berikut ialah syarat sah solat Jumaat : Dilakukan dalam waktu zohor.

Solat jumaat hendaklah dilakukan dalam waktu zohor.Jika sekiranya kesuntukan masa hendaklah mendirikannya beserta dua khutbah atau syak adakah boleh mencukupi atau tidak waktu solat jumaat ketika itu wajib solat zohor sahaja dengan meninggalkan khutbah.Dan jika sedang solat jumaat,tiba-tiba habis waktu zohor , hendaklah disudahi solat itu dengan solat zohor ( empat rakaat ) tanpa mengubah niat kepada solat zohor.Rasulullah saw bersabda yang membawa maksud : Dari Anad r.a.Bahawa Rasulullah saw mengerjakan solat jumaat tatkala matahari condong . Dilakukan didalam kawasan tempat tinggal tetap atau bermukim.

Solat jumaat itu hendaklah didirikan dalam kawasan tempat tinggal sama ada tempat tinggal tetap atau bermukim seperti dalam Bandar , kawasan perumahan , kampong dan sebagainya. Tidak sah solat jumaat yang didirikan di tempat orang mendirikan perkhemahan sementara seperti tentera di dalam hutan dan sebagainya.Tetapi jika mereka mendengar azan dari kampong yang berdekatan , maka wajib keatas mereka hadir solat jumaat di kampong tersebut, jika tidak mendengar azan mereka dikira sebagai musafir.

14

Jangan ada dua atau berbilang jumaat didirikan di tempat tersebut.

Tidak sah mendirikan dua atau berbilang solat jumaat dalam satu bandar , satu kampung , satu kawasan perumahan atau satu pekan.Jika berlaku demikian , hanya solat jumaat yang mana dahulu didirikan sahaja yang sah dan yang dilakukan selepas darinya adalah tidak sah. Jika di kawasan-kawasan yang penduduknya terlalu ramai dan susah hendak berhimpun untuk solat jumaat pada satu kawasan maka ketika itu diharuskan berbilang jumaat tetapi sunat diiringi dengan solat zohor selepasnya kerana meraikan pendapat yang mengatakan tidak sah berbilang jumaat dalam satu kawasan walaupun ada hajat. Didirikan secara berjamaah.

Solat jumaat itu wajib didirikan secara berjamaah dari mula hingga ke akhir solat. Adapun makmum yang masbuq yang telah mendapat satu rakaat bersama dengan imam dikira mendapat jumaat.Sabda Rasulullah saw : . Maksudnya : Dari Tariq bin Syihab ra ,Rasulullah saw pernah bersabda : Solat jumaat itu hak dan wajib atas tiap-tiap orang Islam secara berjamaah kecuali atas empat macam iaitu hamba yang memiliki, kaum perempuan , kanak-kanak atau orang sakit. Sabda Rasulullah lagi yang membawa maksud : Dari Abu HUrairah r.a bahawasanya Nabi Muhammad saw pernah bersabda : Sesiapa yang memperoleh satu rakaat solat jumaat maka hendaklah ia solat ( ditambah ) rakaat yang lain dan apabila didapatinya mereka sedang duduk hendaklah dikerjakannya solat zohor empat rakaat.

15

Bilangan ahli jumaat empat puluh orang.

Solat jumaat yang didirikan itu wajiblah ahli jamaahnya seramai empat puluh orang (yang layak mendirikan solat jumaat) termasuk imam. Tiap-tiap seorang dari empat puluh itu mestilah orang yang sah solat bagi dirinya sekali pun ia tidak sah menjadi imam. Jika berlaku kurang bilangan empat puluh di waktu sedang solat jumaat seperti seseorang yang terbatal solatnya dan sebagainya hendaklah mereka yang masih solat itu menyudahkan solat itu dengan solat zohor. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : Dari Abdurrahman bin Kaab dari bapanya ia berkata : Mula-mula orang yang mendirikan solat jumaat pada kami di Madinah ialah Asad bin Zaharah sebelum Nabi saw datang ke Madinah iaitu di Naqi Al-Khidmat.Aku bertanya : Berapa orang kamu ketika itu ? Ia (bapanya) menjawab : Seramai empat puluh orang lelaki. Didahulukan dengan dua khutbah jumaat sebelum solat jumaat.

Solat juamat hendaklah didahulukan dengan dua khutbah jumaat dan tidak sah solat jumaat jika tidak ada khutbah sebelumnya.Rasulullah saw bersabda : Dari Umar r.a ia berkata : Adalah Rasulullah saw di hari jumaat membaca dua khutbah dan beliau duduk antara keduanya. Haram tinggalkan solat Jumaat Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringanringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

16

Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk (Hadis riwayat Abu Daud) Ada beberapa pengecualian dari menunaikan solat Jumaat seperti berikut: Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:

Sakit Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya. Hujan Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid. Musafir Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir. Takut dizalimi Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi. Perang Orang yang berada di medan perang.

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat adalah:


Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke masjid. Memotong kuku. Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai]. Bersugi. Memakai wangi-wangian. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik. Bersegera pergi ke masjid. Berniat Iktikaf. Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid. Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi.

17

KESIMPULAN Solat jumaat merupakan solat yang difardukan keatas kaum muslimin yang cukup syaratsyaratnya. Sebagai muslim yang teguh pegangan agamanya akan menyempurnaan kewajipan ini kerana sesungguhnya ia mengandungi pelbagai hikmahnya. Ini bersempena dengan kemuliaan hari jumaat yang mempunyai pelbagai keistimewaannya kepada umat Islam umumnya. Namun apa yang menyedihkan, dewasa ini ramai dalam kalangan umat Islam yang mengabaikann kefarduan solat jumaat terutamanya kaum remaja. Amalan dalam melaksanakan solat jumaat ini perlulah dipupuk dan diasuh oleh ibubapa sejak dari kecil lagi agar apabila dewasa kelak mereka menjadi anak yang patuh dan taat kepada perintah Allah. Pada hari jumaat ini selain kita melaksanakan solat , umat Islam juga dapat berhimpun disamping dapat mengukuhkan silaturrahim sesama muslim. Sepertimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud : Hari jumaat itu adalah hari yang padanya Allah menghimpunkan kedua orang tuamu atau orang tuamu . Pada hari jumaat jua terdapat suatu saat yang tiada seorang hamba yang beriman dapat menjumpainya , sedangkan ia dalam keadaan memohon kebaikan kepada Allah di dalamnya melainkan Allah mengkabulkan apa yang dimintanya. Ini telah diceritakan oleh banyak hadis yang sahih.

18

RUJUKAN M. Quraish Shihab (2008).Tafsir Al-Misbah .Pesan ,Kesan dan Keserasian Al-Quran Ciputat Tangerang :Lenten Hati. Ahmad Sonhadji Mohamad (1997). Tafsir Al-Quran Jz 28,29,30 : Pustaka Alam Sdn Bhd. M.Ali Ash-Shabuni (1977) . Tafsir Ayat-ayat Hukum Dalam Al-Quran 2 : Bandung: Pt Al-Maaruf. Habibah @Artini Ramlie (2009) . HBIS4103 Pendidkan Islam : Tingkatan 3 . Selangor Darul Ehsan Meteor Doc. Sdn. Bhd. Razali bin Syarif (2009) . Pendidikan Islam Tingkatan 1.Selangor Darul Ehsan : Altimet Print Sdn.Bhd.

19

You might also like