You are on page 1of 2

Abu Bakr Ibn Abi Shaybah

Muhammad Hanief Awang Yahaya

Dipetik daripada www.darulkautsar.net

Nama beliau ialah Abdullah bin Muhammad bin Abi Shaybah Ibrahim bin Uthman al-Wasiti. Pengarang kitab al-Musannaf ini telah mempelajari ilmu sejak dari kecil lagi dan gurunya yang paling tua ialah Sharik binAbdullah al-Qadi. Beliau berada sebaris dengan Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahawayh dan Ali ibn al-Madini. Dalam pada itu, Yahya bin Main lebih tua beberapa tahun dari mereka. Keluarganya merupakan keluarga ilmu iaitu ayahnya Muhammad, seorang qadi dan datuknya, Abu Shaybah Ibrahim juga seorang qadi. Dalam keluarganya ada yang menjadi tokoh hadis tetapi tidak semashur Abu Bakar bin Abi Shaybah. Saudaranya, Uthman juga seorang imam hafiz thiqah dan memiliki beberapa buah karangan. Salah seorang perawi kitab-kitab hadis yang utama kecuali Jami al-Tirmidhi. Saudaranya juga al-Qasim bin Abi Shaybah. Ulama telah mendaifkannya kecuali Ibn Main seperti yang dinukilkan oleh Ibn al-Junayd dalam Su`alat, iaitu beliau seorang yang thiqah, saduq dan bukan dari kalangan mereka yang berdusta. Ibn Hibban dalam Kitab al-Thiqat menyebutkannya dengan kata-kata melakukan kesalahan dan meyalahi riwayat perawi lain. (jil. 9, hal. 18) Imam Abu Bakr bin Abi Shaybah mendengar hadis daripada Abu al-Ahwas Sallam bin Sulaym, Abdul Salam bin Harb, Abdullah bin Mubarak, Jarir bin Abdul Hamid, Abu Khalid al-Ahmar, Sufyan bin Uyaynah, Ali bin Mushir, Abbad bin al-Awwam, Abdullah bin Idris, Khalaf bin Khalifah, Waki bin al-Jarrah, Ismail ibn Ulayyah dan ramai lagi. Tokoh-tokoh hadis yang mengambil riwayat daripadanya termasuklah Imam al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibn Majah, Ahmad bin Hanbal, Abu Zurah, Abu Bakr bin Abi Asim, Baqiyy bin Makhlad, Saleh al-Jazarah, Yusuf bin Yaqub al-Naysaburi, Abu al-Qasim al-Baghawi dan ramai lagi.

Bagaimanapun riwayat Ibn Abi Shaybah tidak terdapat dalam Jami al-Tirmizi manakala Imam alNasa`i meriwayatkan hadis daripada Ibn Bai Shaybah melalui murid-muridnya. Ketokohan dalam bidang hadis Kemashuran Abu Bakar melayakkannya berada tiang yang merupakan tempat yang diduduki oleh Ibn Masud di Masjid Kufah untuk mengajar ilmu-ilmu Islam. Abu Bakar merupakan orang yang ketujuh yang merupakan qutub dalam ilmu hadis dan fiqh di zaman masing-masing. Mereka ialah Ibn Masud, Alqamah, Ibrahim al-Nakhai, Mansur bin al-Mutamir, Sufyan al-Thawri, Waki dan Abu Bakr bin Abi Shaybah. (Ibn Adi, al-Kamil, jil. 1, hal. 138) Ahmad bin Hanbal berkata: Abu Bakr seorang yang benar dan beliau lebih saya sukai daripada saudaranya Uthman (yani dari segi periwayatan hadis) Ahmad bin Abdullah al-Ijli berkata: Abu Bakr seorang yang thiqah dan mengingati hadis-hadis. Amr bin Ali al-Fallas mengatakan: Saya tidak pernah melihat seorang yang lebih mengingati hadis dari Abu Bakr bin Abi Shaybah. Beliau datang kepada kami bersama dengan Ali bin alMadini lalu mengemukakan kepada al-Shaybani sebanyak 400 hadis secara hafazan. (alDhahabi, Siyar Alam al-Nubala`, jil. 11, hal. 123) Abu Bakr Ibn Abi Shaybah telah dikurniakan dua orang anak yang menjadi individu penting dalam ilmu hadis iaitu Ibrahim dan Muhammad. Kuniah kepada Ibrahim ialah Abu Shaybah. Bapanya menyuruhnya mendengar hadis dari tabaqah yang tinggi di mana beliau berguru juga dengan guru ayahnya seperti Abu Nuaym bin Dukayn dan Ubaydullah bin Musa al-Abasi dan lain. Ayahnya menemaninya dalam beberapa pengembaraan ilmiyyah antaranya ke Baghdad. Kehebatannya itu dapat dilihat apabila tokoh seperti Abu Zurah al-Razi, dan Abu Hatim al-Razi juga meriwayatkan hadis daripadanya.

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3796

You might also like