You are on page 1of 19

MODEL PENGAJARAN

Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Model Ekspositori

Model Pemprosesan maklumat


Model Inkuiri Model Projek.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Model Ekspositori
Istilah ekspositori diperoleh daripada konsep penjelasan, yang

bermakna untuk mempamerkan dan melaksanakan. Dalam konteks pengajaran, ekspositori berkaitan dengan tindakan guru, membekalkan fakta, idea, dan maklumat penting yang lain kepada murid. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin menyampaikan konsep Pelancongan di Malaysia dalam pengajaran kemanusiaan menggunakan strategi ekspositori, anda mungkin akan mempamerkan peta tentang destinasi tarikan pelancong, gambar, brosur, dan sebagainya untuk menyokong penjelasan anda. Dalam contoh ini, anda sebagai guru, telah memberi penjelasan dengan menggunakan data, media dan sumber maklumat lain.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

. Pengajaran ekspositori boleh dan seharusnya melibatkan

murid, melibatkan mereka dalam pelbagai aktiviti pembelajaran yang mencabar yang mampu membina kemahiran pemikiran kritikal.
Tujuan pengajaran ekspositori adalah untuk menyalurkan

pengetahuan dan kemahiran daripada orang yang tahu (misalnya guru dan buku teks) kepada mereka yang tidak tahu (murid).

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Model Pemprosesan maklumat


Pendekatan

pemerosesan maklumat bergantung kepada komputer sebagai model untuk pembelajaran manusia. Seperti komputer, otak manusia menerima maklumat, melakukan operasi terhadap maklumat tersebut agar dapat mengubah bentuk dan kandungan, menyimpan maklumat, mengeluarkannya apabila perlu dan melaksanakan tindak balas terhadapnya. Oleh itu, pemerosesan melibatkan proses mengumpul dan mewakilkan maklumat, atau mengenkod, menyimpan maklumat dan mendapatkan maklumat apabila diperlukan. Semua proses ini dikawal dengan program yang menentukan bagaimana dan bila maklumat mengalir melalui sistem.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Ramai orang membandingkan sistem pemerosesan maklumat manusia dengan

komponen komputer. Maklumat dienkod atau dimasukkan, disimpan secara sementara dalam ruang kerja dan disimpan dalam simpanan jangka panjang. Setelah disimpan, maklumat boleh diperoleh kembali ke dalam ruang kerja untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah.

Tiga bulatan menggambarkan struktur pengetahuan, di mana maklumat di simpan atau

dipindahkan. Sementara, anak panah menunjukkan pengaliran maklumat. Kotak di atas rajah mewakili proses kawalan yang mempengaruhi pengaliran maklumat sistem Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh berkenaan.

Sembilan Peristiwa Arahan Gagne yang Berkaitan dengan Proses Pembelajaran Dalaman:

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Model Inkuiri
Inkuiri bermaksud menanya soalan, mencari maklumat atau

menjalankan penyiasatan. Justeru, strategi inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan murid dalam memberi pendapat dan menyoal supaya dapat meneroka, mencadangkan hipotesis untuk menguji, mengumpul dan menyusun data untuk menguji hipotesis, dan membuat inferens dan kesimpulan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Teknik

Inkuiri direka bentuk khusus untuk memberi kebebasan dalam penyelesaian masalah. Proses inkuiri boleh melibatkan jangka waktu yang pendek seperti satu atau dua jam atau jangka waktu yang panjang seperti dua atau tiga minggu. Proses inkuiri boleh distruktur agar merangkumi beberapa unit konsep. Pendekatan inkuiri juga merupakan kaedah saintifik penyelesaian masalah berdasarkan model penemuan terbimbing yang disarankan oleh John Dewey.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Lima Langkah Inkuri:


mendefinisi masalah;
membentuk hipotesis; mengumpul data; menilai bukti menganalisis dan mentafsir data untuk

menguji hipotesis; dan membentuk kesimpulan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Contoh:
Dalam suatu eksperimen sains yang berkaitan dengan kesan

cahaya ke atas pokok yang membesar, murid mungkin mempunyai dua pokok yang sama jenis dan saiz serta membesar di dalam persekitaran yang sama. Satu pokok dibiarkan membesar di bawah cahaya matahari, dan yang lagi satu di tempat yang gelap. Keadaan lain seperti haba, kelembapan, dan pendedahan adalah sama bagi kedua-dua pokok. Dalam beberapa hari, perubahan yang nyata akan berlaku. Daripada pemerhatian inilah, murid membuat kesimpulan bahawa cahaya matahari merupakan komponen penting dalam pertumbuhan pokok. Sepanjang proses ini, guru mereka tidak menyatakan terlebih dahulu, apa yang akan berlaku atau dijangka berlaku. Walau bagaimanapun, guru boleh mengemukakan soalan untuk membimbing inkuiri, tetapi hanya murid yang menemui perhubungan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Kebaikan Model Inkuiri


Arahan kendiri, memajukan kemahiran pemikiran krikital dan kemahiran

pemikiran aras tinggi; Berpusatkan murid murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran; Menggalakkan perasaan ingin tahu dan menggalakkan murid memikirkan dan membayangkan jawapan-jawapan atau penjelasanpenjelasan yang mungkin; perasaan ingin tahu akan membawa kepada inkuiri seterusnya; dan Kurang perlu mencari jawapan yang betul kerana sebarang kesimpulan adalah berbentuk tentatif sahaja; kesimpulan bergantung pada data yang sedia ada.
Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid mengenal

pasti masalah. Guru mewujudkan persekitaran yang menjamin kebebasan untuk meneroka dan mengadakan perhubungan manusia yang baik serta memberi sokongan psikologi.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Model Projek
Sesuatu projek didefinisikan sebagai suatu penyiasatan

mendalam tentang topik dunia sebenar yang sewajarnya mendapat perhatian murid. Kajian boleh dilaksanakan oleh sebuah kelas atau sekumpulan kecil murid. Projek boleh dilaksanakan oleh murid semua umur. Kanak-kanak mungkin bermain dan meneroka di samping melibatkan diri dalam projek. Projek murid yang lebih tua dapat saling melengkapi pengajaran sistematik program mereka.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Projek memperkaya permainan dramatik kanak-kanak,

pembinaan dan lukisan dengan mengaitkannya kepada kehidupan di luar sekolah. Projek membekalkan peluang kepada murid tua untuk membuat kajian dalam bidang sains dan kemanusiaan dan mewakilkan dapatan mereka dalam pelbagai cara. Kanak-kanak juga dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas matematik dan bahasa semasa melaksanakan projek.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Kriteria Pemilihan Topik untuk Projek:


Bagaimana menariknya topik ini kepada kanak-kanak? Adakah topik ini topik sebenar dunia? Adakah terdapat sedikit sebanyak pengalaman kanak-kanak

dengan topik berkenaan? Bagaimanakah mudahnya kanak-kanak dapat memperoleh pengalaman sebenar (kerja lapangan)? Sejauh mana mereka akan bergantung kepada orang dewasa atau buku untuk memperoleh maklumat? Siapa boleh tampil dan maklumkan pengalaman sebenar tentang topik berkenaan? Adakah akan terdapat banyak soalan yang berlainan yang akan ditanya oleh kanak-kanak tentang topik berkenaan? Adakah akan terdapat peluang bagi kanak-kanak untuk menyiasat soalan mereka secara aktif?

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Adakah akan terdapat banyak cara yang berlainan untuk

membantu kanak-kanak mewakilkan dapatan mereka? Adakah terdapat peluang untuk memainkan peranan dalam lakonan dramatik? Adakah akan terdapat apa-apa pembinaan yang besar bagi kanak-kanak membina dan main? Adakah akan terdapat peluang untuk membilang, mengukur, dan membanding? Bagaimanakah bentuk, warna, tekstur atau saiz menjadi pemboleh ubah signifikan dalam kajian topik ini? Apakah kepakaran yang boleh saya peroleh daripada ibu bapa kanak-kanak? Sekiranya topik ini merupakan topik yang mempunyai minat jangka pendek, adakah terdapat kesinambungan dalam projek baru?

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Setiap projek memberi peluang tertentu kepada kanak-

kanak untuk mewakilkan pemahaman mereka. Sepanjang pelaksanaan projek, mereka boleh melukis, mewarna, membincang, menulis, mengumpul data, membilang, mengukur rajah, membuat graf, mencatat pemerhatian, membaca untuk mendapat maklumat dan untuk menghibur diri, menyanyi lagu dan main muzik, dan banyak lagi aktiviti yang lain.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Tiga Fasa Dalam Kerja Projek


Fasa 1. Kanak-kanak mengingat kembali pengalaman lampau

dan mewakilkan kenangan peristiwa, objek dan orang yang berkaitan. Fasa 2. Kanak-kanak memperoleh pengalaman baru dan menyiasat, membuat inferens daripada pemerhatian, membina model, meneliti dan mencatat dapatan, meneroka, meramal, mengeksperimen dan mereka, membincang dan melakonkan. Dalam fasa ini terutamanya projek jangka masa lama dan pelbagai-tahap dilaksanakan. Fasa 3. Kanak-kanak mengkaji semula kerja yang telah mereka laksanakan serta meringkaskannya, kemudian melaporkan hasil projek dalam bentuk baru supaya dapat dipersembahkan kepada sasaran audien yang baru tentang apa yang kelas mereka telah mencapai. Mereka juga melakukan lebih banyak kerja imaginatif, mewakilikan lebih banyak maklumat yang diperoleh dalam Fasa 2 dalam bentuk asal dan peribadi.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

You might also like