You are on page 1of 10

PENGENALAN Ghazal merupakan kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang popular dewasa ini.

Pada Peringkat permulaannya, Seni ghazal ini disebut sebagai "Gamat" yang bererti riuh-rendah dan dikatakan ia berasal dari Tanah Arab. Pada akhir abad ke-19, apabila kerajaan Johor menjalinkan hubungan yang erat dengan Kerajaan Riau Lingga, beberapa orang daripada golongan bangsawan Johor sering berulang alik ke Riau. Di mana mereke sering dihiburkan dengan permainan ghazal. Ada di antara mereka itu telah mempelajari lalu memperkenalkan kesenian ini di Istana Sulta Johor yang pada ketika itu berada di Teluk Belanga, Singapura. Bermula dari Istana Teluk Belanga, kesenian muzik ghazal ini telah mendapat perhatian daripada Sultan, pembesar-pembesar negeri dari golongan istana. Justeru itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat. Apabila pentadbiran Johor berpindah dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri, kesenian ini turut diperkembangkan dengan lebih pesat lagi di Tanah Besar Johor.

Perkembangan seni muzik ghazal di negeri Johor sering dikaitkan dengan nama Allahyarham Datuk Bentara Luar, Mohd Salleh Bin perang. Semasa membuka daerah-daerah baru di Johor, Datuk Bentara turut juga memperkenalkan seni muzik ghazal. Muzik ghazal sering dimainkan di rumah- rumah penghulu dan juga pada hari-hari keramaian tertentu. Selain Allahyarham Datuk Bentara Luar, ramai lagi pembesar istana yang turut menyumbangkan tenaga dalam memperkenalkan kesenian muzik ini, antaranya ialah Ungku Ahmad Bin Mohd Khalid ( Ungku Chik), Ungku Mohammed Bin Mohd Khalid, Ungku Sulaiman Bin Daud, Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid dan Encik Dapat.

Di tengah-tengah arus perkembangan seni muzik ghazal di Johor pada ketika itu,munculah Haji Musa Bin Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lomak. Pak Lomak adalah cucu kepada Dato'Bentara Luar. Sebagai seorang anak yang lahir di tengah- tengah keluarga yang mencintai seni ghazal, Pak Lomak idak dapat memisahkan dirinya daripada seni ini. Beliau telah mempelajari seni muzik ghazal ini dengan begitu mendalam sekali.

Peti Harmonium Iaitu sejenis alat muzik yang berasal dari India. Peti Harmonium digunakan sebagai alat mengeluarkan melodi dalam lagu-lagu Ghazal.

Tabela/ Tabla - Sepasang gendang kecil yang berasal dari India, yang kecil dinamakan Din dan yang besar Dinamakan Bam. Alat ini penting bagi memainkan rentak dan juga tempo.

Biola / Violin

- Viola biasa disebut Biola. Sebenarnya biola lebih besar sedikit daripaa Violin. Biola tidak sesuai bagi permainan muzik ghazal tetpai violin adalah lebih sesuai. Alat ini berasal dari Barat, jepun dan Negeri China. Alat ini digantikan dengan alat muzik Sharinggi India.

Gambus - Sejenis alat muzik yang berasal dari Negara Arab, juga dikenali dengan sebutan Od. Alat ini menggantikan alat muzik sitar dari India. Alat muzik ini juga perlu ada dalam permainan muzik ghazal Johor.

Gitar - Sejenis alat muzik dari negara Barat. Alat ini juga perlu ada bagi memainkan melodi dan rentak muzik ghazal Johor.

Tamborin - Sejenis alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncongan ( India). Alat ini digunakan sebagai alat rentak dan tempo.

Marakas - Sejenis alat muzik perkusi yang perlu ada dalam muzik ghazal Johor. Alat ini juga berperanan sebagai alat tempo dan rentak.

SERULING

You might also like