You are on page 1of 15

PERJANJIAN ANTARA

KERAJAAN MALAYSIA DAN QAREEZMA RESOURCES (001690843-V)

BAGI

PERKHIDMATAN ALAT PENYEGAR UDARA AUTOMATIK (AUTOMATIC AEROSOL DISPENSER ALIVE AW111)

Perjanjian ini dibuat pada .. haribulan 2010. DIANTARA KERAJAAN MALAYSIA, yang bagi tujuan perjanjian ini diwakili oleh Kementerian Pelancongan Malaysia yang beralamat di Tingkat 6,21,32-35, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), No 45, Jalan Tun Ismail, 50694 Kuala Lumpur (Kemudian daripada ini disebut sebagai KERAJAAN) di satu pihak DAN Puan Mazlia bt. Hj. Koesnan, yang mewakili QAREEZMA RESOURCES (No Pendaftaran Perniagaan : 001690843-V) sebuah perniagaan yang didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan mempunyai alamat berdaftar di No.38, Jalan SP 6/6, Bandar Saujana Putra, Lebuhraya Elite, 42610, Jenjarom, Selangor Darul Ehsan. (Kemudian daripada ini disebut sebagai KONTRAKTOR) di pihak yang satu lagi. Kerajaan dan Kontraktor secara individu boleh dirujuk sebagai Pihak dan secara kolektifnya dirujuk sebagai Pihak-Pihak. BAHAWASANYA atas permintaan Kerajaan, Kontraktor bersetuju untuk menawarkan dan Kerajaan bersetuju menerima perkhidmatan alat penyegar udara automatik sebagaimana yang dinyatakan di dalam Jadual 1 Perjanjian ini (kemudian daripada ini disebut sebagai Perkhidmatan tersebut) di Kementerian Pelancongan Malaysia mengikut terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini. DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI SEPERTI BERIKUT: 1. TAFSIRAN Bagi maksud Perjanjian ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki maksud yang lain : 1.1 Kerajaan bermaksud Kerajaan Malaysia yang diwakili ole Menteri Pelancongan Malaysia dan termasuklah mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri menurut Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Akta 120). Kontraktor bermaksud Qareezma Resources (001690843-V) sebuah perniagaan yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan mempunyai alamat berdaftar di No.38, Jalan SP 6/6, Bandar Saujana Putra, Lebuhraya Elite, 42610, Jenjarom, Selangor Darul Ehsan dan termasuk pengganti.

1.2

1.3

Waktu Pejabat bermaksud waktu pejabat Kerajaan iaitu : Hari Isnin Jumaat 7.30 pagi 5.30 petang Tidak termasuk hari cuti umum.

2.

TEMPOH PERJANJIAN Perjanjian ini hendaklah berkuatkuasa selama satu (1) tahun mulai 1 April 2010 sehingga 31 Mac 2011 (kemudian daripada ini disebut sebagai Tempoh Pembekalan)

3.

NILAI PERJANJIAN Bayaran bulanan adalah sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ribu Dua Puluh Lapan (RM 2028.00) Sahaja (selepas ini disebut Bayaran Bulanan) yang menjadikan jumlah nilai Perjanjian ini sebanyak Ringgit Malaysia Dua Puluh Empat Ribu Tiga Ratus Tiga Puluh Enam (RM 24,336.00) Sahaja (selepas ini disebut (Nilai Perjanjian yang tidak boleh ditambah.

4.

PENGAKUAN KERAJAAN Dengan ini Kerajaan mengaku bahawa sepanjang tempoh Perjanjian ini hendaklah : 4.1 4.2 Membuat bayaran tepat pada waktunya dan semua bayaran lain yang patut dibayar mengikut Perjanjian ini; Membenarkan Kontraktor dan mana-mana orang yang telah diberi kuasa oleh Kontraktor pada setiap masa yang sesuai dan setelah notis bertulis yang munasabah diberikan kepada Kerajaan, masuk ke dalam Premis bagi maksud kerja-kerja pemasangan, penyelenggaraan dan pengambilan stok seperti yang terkandung dalam Jadual 1.

4.3

Menjaga dan memastikan bahawa Peralatan berada dalam bilik Kerajaan sepanjang tempoh Perjanjian ini dan mengawal serta tidak memindah Peralatan atau mana-mana bahagian daripadanya dari Premis tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis dari Kontraktor dan persetujuan itu tidak boleh ditahan dengan tiada munasabahnya; Menyediakan poin elektrik yang sesuai bagi sebarang penggunaan elektrik; Membayar ganti rugi mengikut harga jualan terkini kepada Peralatan atas segala kehilangan, kerosakan teruk atau kerosakan akibat kebakaran yang berlaku terhadap Peralatan atau mana-mana bahagian daripadanya sekiranya kehilangan atau kerosakan tersebut disebabkan oleh kecuaian, kelalaian atau tindakan sengaja Kerajaan atau kakitangannya; Membayar semua kos pembaikan yang dilakukan dan alat ganti yang dibekalkan kepada Peralatan jika pembaikan atau penggantian tersebut berpunca daripada kecuaian, kelalaian atau tindakan sengaja Kerajaan atau kakitangannya; Memastikan Peralatan bebas daripada sebarang pelaksanaan distress atau proses undang-undang lain; Memberitahu kontraktor tentang sebarang perubahan alamat Kerajaan atau sekiranya Peralatan tersebut perlu diubah ke tempat yang diarahkan oleh Kerajaan; Tidak menjual, menyerah hak, menyewa, menggadai janji, menyandar atau melepaskan milik Peralatan atau mana-mana bahagian daripadanya tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Kontraktor; dan Mengelak darpada membaiki, menyelenggara atau dengan apa-apa cara lain mengusik Peralatan atau menghapus plat nama Kontraktor pada Peralatan.

4.4 4.5

4.6

4.7 4.8

4.9

4.10

5.

PENGAKUAN KONTRAKTOR Dengan ini Kontraktor mengaku bahawa sepanjang tempoh perjanjian ini hendaklah: 5.1 Menghantar dan memasang Peralatan di Premis dengan syarat Peralatan yang dihantar dan dipasang hendaklah baru dan dalam keadaan yang memuaskan. Kontraktor hendaklah menyediakan khidmat pemasangan Peralatan tanpa kos di pihak Kerajaan.

5.2

Memastikan bahawa Peralatan berada dalam keadaan yang memuaskan dan untuk tujuan ini, Kontraktor hendaklah menyediakan khidmat penyelenggaraan dan pembaikan yang mengikut aturan serta membekalkan alat-alat ganti tanpa kos di pihak Kerajaan dengan syarat khidmat pembaikan atau pembekalan alat-alat ganti tersebut bukan disebabkan oleh kecuaian, kelalaian atau tindakan sengaja Kerajaan. Kontraktor bersetuju bahawa khidmat penyelenggaraan Peralatan dilakukan sekali sebulan tanpa caj tambahan kepada Kerajaan. Segala perkhidmatan yang dilakukan oleh Kontraktor hendaklah dilakukan dalam tempoh Waktu Pejabat dan jika perlu pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Kerajaan; Memberi jaminan bahawa pelaksanaan khidmat penyelenggaraan, pembaikan alat ganti ke atas Peralatan tersebut akan berfungsi dengan sempurna dan dijamin daripada sebarang kekurangan, kesilapan dan kecacatan dari segi bahan dan kemahiran tenaga kerja; Menghantar pekerja yang berkelayakan untuk memeriksa, menyelaras dan menyelenggara Peralatan; Mengganti rugi Kerajaan atas sebarang kerosakan yang berlaku ke atas Peralatan yang berpunca daripada kelalaian, kecuaian atau perbuatan sengaja oleh Kontraktor atau pekerjanya;

5.3

5.4 5.5

6. 6.1

PEMBAYARAN Tertakluk kepada pematuhan Kontraktor terhadap terma-terma dan syaratsyarat Perjanjian ini, Kerajaan hendaklah membayar sebanyak RM 2028.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Dua Puluh Lapan sahaja) sebulan atas Perkhidmatan tersebut. Kerajaan dan Kontraktor saling bersetuju bahawa tertakluk kepada pematuhan Kontraktor kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian ini, Kerajaan hendaklah membayar Bayaran Bulanan mengikut jumlah invois di bawah Fasal 6.2 dalam Perjanjian ini. Bayaran Bulanan akan dibuat oleh Kerajaan berdasarkan kepada salinan invois bagi setiap perkhidmatan tersebut daripada Pembekal dikemukakan kepada :

6.2

Setiausaha Bahagian Pengurusan dan Kewangan Tingkat 32, Menara Dato Onn PWTC, 45 Jalan Tun Ismail

50695 Kuala Lumpur

7. 7.1

FORCE MAJEURE Kontraktor dan Kerajaan adalah bertanggungjawab bagi sebarang ketinggalan akibat daripada keadaan darurat seperti rusuhan, kekacauan awam, mogok, kebakaran, taufan, peperangan, bahaya laut atau kerana sebab-sebab atau bahaya yang di luar kawalan pihak-pihak kepada perjanjian ini atau yang dianggap Force Majeure. Apabila mana-mana pihak mula mengalami kesulitan untuk melaksanakan atau terpaksa menangguhkan pelaksanaan Perjanjian ini akibat daripada insiden-insiden ini, maka Kontraktor atau Kerajaan adalah berkewajipan memberitahu pihak yang satu lagi secara bertulis dalam masa empat puluh lapan jam (48) jam dari saat berlakunya insiden tersebut mengenai penangguhan tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah tersebut. Pihak-pihak kepada Perjanjian ini hendaklah terus melaksanakan obligasi dan tanggungjawab mereka di bawah Perjanjian ini yang tidak terjejas akibat daripada keadaan-keadaan Force Majeure. PENAMATAN PERJANJIAN 8.1 Kontraktor boleh memberi notis bertulis tiga puluh (30) hari kepada Kerajaan untuk menamatkan Perjanjian ini jika didapati : (a) Kerajaan telah gagal membuat bayaran seperti yang dinyatakan di bawah Fasal 6.1 atau bayaran lain yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak untuk dibayar oleh Kerajaan selepas tiga puluh hari (30) dari tarikh invois seperti yang dinyatakan di bawah Fasal 6.2 diterima oleh Kerajaan; atau (b) Kerajaan telah gagal untuk mematuhi atau melaksanakan mana-mana terma atau syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini. 8.2 Kerajaan boleh memberi notis bertulis tiga puluh (30) hari kepada Kontraktor untuk menamatkan Perjanjian ini (tanpa apa-apa pampasan) jika didapati: (a) Kontraktor gagal untuk mematuhi atau melaksanakan mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian ini;atau

7.2

8.

(b) Kontraktor sebagai orang perseorangan (atau apabila Kontraktor adalah suatu firma, mana-mana perkongsi firma itu) pada bila-bila masa menjadi bangkrap, atau sesuatu perintah penerimaan atau pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat sesuatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah pemiutang atau jika Kontraktor adalah sebuah syarikat yang meluluskan suatu ketetapan atau mahkamah membuat suatu ketetapan atau mahkamah membuat suatu perintah bahawa syarikat itu digulung (bukan satu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan), atau jika seorang penerima atau pengurus bagi pihak seorang pemiutang dilantik atau jika timbul keadaan yang memberi hak kepada Mahkamah membuat sesuatu penggulungan; atau (c) Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Kontraktor atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Kontraktor) melakukan perbuatan jenayah dan/atau rasuah:atau (d) Berlakunya bencana alam yang di luar dugaan seperti yang terkandung dalam Fasal 7; atau (e) Kontraktor melakukan perbuatan yang menyebabkan Kerajaan diheret ke dalam pertikaian yang tidak munasabah;atau (f) Kontraktor tidak jujur atau cekap atau memuaskan atau amanah atau bertanggungjawab atau cuai dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan perkhidmatan. Dengan syarat bahawa penamatan Perjanjian di bawah Fasa 8.2 ini tidak akan menyentuh hak-hak lain Kerajaan yang sedia teraku di bawah Perjanjian ini.

8.3

Walaupun apa jua peruntukkan dalam perjanjian ini, Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian ini dengan memberi notis tidak kurang satu (1) bulan kepada Kontraktor (tanpa apa-apa obligasi untuk memberikan sebarang alasan) jika Kerajaan berpendapat bahawa penamatan perjanjian ini adalah perlu bagi kepentingan negara, demi keselamatan negara atau bagi tujuan mematuhi dasar Kerajaan Malaysia atau dasar awam. Apabila perjanjian ini ditamatkan mengikut terma dan syarat Perjanjian, Kontraktor berhak memasuki Premis untuk mengambil semua Peralatan.

8.4

9.

PERLANJUTAN TEMPOH PERJANJIAN Kerajaan boleh melanjutkan tempoh Perkhidmatan tersebut selama satu (1) tahun atas permintaan bertulis daripada Kontraktor dalam tempoh tiga puluh (30) hari sebelum tamat tempoh perkhidmatan. Kerajaan mempunyai budibicara mutlak sama ada untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan tersebut atau tidak.

10.

HAK MILIK KELENGKAPAN Hak milik ke atas Peralatan adalah terletak pada Kontraktor.

11.

PEMAJAKAN ATAU KONTRAK KECIL 11.1 Kontraktor tidak boleh memajakkan atau memberi sub-kontrak kecil terhadap Perjanjian ini atau mana-mana bahagiannya kepada Pihak lain tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Kerajaan; 11.2 Kontraktor hendaklah bertanggungjawab secara berterusan dan secara persendirian bagi memastikan bahawa Pihak yang diberi pemajakan atau kontrak kecil itu mematuhi syarat dan terma di dalam Perjanjian;dan 11.3 Sebarang isu yang timbul di antara Kontraktor dan Kontraktor kecil berkaitan Perjanjian ini adalah di luar tanggungjawab Kerajaan.

12.

KERAHSIAAN Kontraktor atau sesiapa sahaja yang diambil bekerja olehnya tidak boleh menzahirkan kepada mana-mana orang atau mana-mana Pihak apa-apa maklumat yang ditemuinya atau yang dizahirkan kepadanya bagi maksud pelaksanaan Perjanjian ini di antara Pihak-Pihak tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Kerajaan terlebih dahulu.

13.

KOS PERJANJIAN DAN DUTI SETEM Kontraktor hendaklah menanggung sepenuhnya segala perbelanjaan bagi bayaran duti setem, bayaran yuran peguam serta apa-apa perbelanjaan sampingan yang terbit dan berkaitan bagi penyediaan dan pelaksanaan Perjanjian ini.

14.

UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI Perjanjian ini hendaklah berkuat kuasa mengikut undang-undang di Malaysia di dalam setiap aspek termasuk pembentukan dan pentakrifan.

15.

PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG Pihak-pihak kepada perjanjian ini bersetuju untuk mematuhi segala ketetapan undang-undang, ordinan, enakmen, peraturan-peraturan atau undang-undang kecil yang berkuat kuasa di Malaysia dari semasa ke semasa.

16. 16.1

NOTIS Apa-apa notis, kelulusan, kebenaran, permohonan atau lain-lain perhubungan yang diperlukan atau boleh disampaikan atau dibuat di bawah Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis di dalam Bahasa Melayu atau Inggeris dan dihantar ke alamat atau difakskan ke nombor faks Kerajaan atau Kontraktor seperti yang berikut atau ke mana-mana Pihak dan hendaklah disifatkan telah disampaikan atau dibuat apabila dihantar kepada penerima di alamat secara pos atau nombor faks yang diakui penerimaannya jika disampaikan secara serahan tangan atau melalui faks melainkan jika Perjanjian ini mengkehendaki sebaliknya. Kepada Kerajaan : Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Malaysia Tingkat 6, 21, 32-36, Menara Dato Onn

Pusat Perdagangan Dunia Putra Jalan Tun Ismail 50695 Kuala Lumpur Salinan Kepada: Setiausaha Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Kementerian Pelancongan Malaysia Tingkat 32, Menara Dato Onn Pusat Perdagangan Dunia Putra Jalan Tun Ismail 50695 Kuala Lumpur No. Tel No. Faks : 03-2693 7111 : 03-2694 1146

Kepada Kontraktor Pengarah Qareezma Resources No. 38, Jalan SP 6/6 Bandar Saujana Putra, Lebuhraya Elite 42610, Jenjarom Selangor Darul Ehsan. No. Tel/Faks No. Tel. Bimbit Email 16.2 : 03- 5161 7236 : 012 213 8217 : lea_puteri@yahoo.com Pihak-Pihak hendaklah memberi notis bertulis dalam masa empat belas (14) hari kepada Pihak yang satu lagi jika berlaku pertukaran alamat atau entiti.

17.

PENEPIAN HAK Kegagalan Kontraktor atau Kerajaan menjalankan penguatkuasaan manamana hak, remedi atau peruntukan di bawah Perjanjian ini, pada bila-bila masa, tidak akan terjumlah kepada suatu peluputan hak, melainkan jika ia telah dibuat secara bertulis terlebih dahulu.

18.

TIMBANG TARA 18.1 Jika berlaku apa-apa pertikaian, perbezaan, perkara atau tuntutan yang berbangkit daripada atau berhubung dengan Perjanjian ini atau pelanggaran atau penamatannya dan ia tidak dipersetujui oleh PihakPihak kepada Perjanjian ini, maka pertikaian, perbezaan, perkara atau tuntutan itu hendaklah dirujuk kepada penimbang tara yang dipersetujui oleh Pihak-Pihak kepada perjanjian ini atau sekiranya tiada persetujuan, penimbang tara hendaklah dilantik atas permohonan salah satu pihak kepada Perjanjian ini oleh Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau di Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration) dan apa-apa rujukan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai pengemukaan kepada penimbangtaraan mengikut pengertian Akta Timbang Tara 1952. Keputusan penimbang tara adalah muktamad dan mengikat setiap pihak kepada Perjanjian ini. Apa-apa penimbangtaraan sedemikian hendaklah didengar di Pusat Timbang Tara Serantau di Kuala Lumpur dengan menggunakan kemudahan dan sistem yang ada di Pusat Serantau di Kuala Lumpur atau di mana-mana tempat yang ditentukan oleh Penimbang Tara dan dipersetujui oleh Pihak Pihak Yang terlibat. Apa-apa rujukan kepada mana-mana hal pertikaian atau tuntutan kepada timbang tara selaras dengan fasal ini dan/atau pelanjutan prosiding timbang tara akibat daripadanya hendaklah tanpa menyentuh apa-apa tuntutan oleh mana-mana satu Pihak kepada yang satu lagi mengenai apa-apa pelanggaran terdahulu terhadap mana-mana persetujuan atau syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

18.2

18.3

19.

PINDAAN Sebarang pindaan, tambahan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis melalui Perjanjian Tambahan. Perjanjian Tambahan tersebut hendaklah dipersetujui dan ditandatangani oleh keduadua pihak dan pindaan tambahan atau percubaan tersebut hendaklah menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini.

20.

DOKUMEN-DOKUMEN

Apa-apa jadual, lampiran atau apendiks yang tersebut dalam Perjanjian ini adalah merujuk kepada jadual, lampiran atau apendiks yang terlampir dan dibaca bersama serta menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini.

21.

MASA Masa hendaklah menjadi intipati Perjanjian ini.

22.

IKATAN PERJANJIAN Perjanjian ini hendaklah mengikat agen-agen, wasi-wasi, pentadbirpentadbir dan penama pindah milik perniagaan Kontraktor

PADA MENYAKSIKAN PERKARA YANG TERSEBUT DI ATAS, PIHAK-PIHAK KEPADA PERJANJIAN INI TELAH MENURUNKAN TANDATANGAN DAN METERAI MEREKA MASING-MASING PADA HARI DAN TAHUN YANG TERTULIS DI ATAS :Ditandatangani untuk dan bagi pihak KERAJAAN: . (Tandatangan Pegawai) Nama Penuh : No. Kad Pengenalan .. Atas sifat yang diberi kuasa dengan sempurnanya untuk dan bagi Pihak Kerajaan Malaysia Ditandatangani untuk dan bagi pihak KONTRAKTOR: .. (Tandatangan Pegawai) Nama Penuh : No. Kad Pengenalan .. Atas sifat yang diberi kuasa dengan sempurnanya untuk dan bagi Kontraktor

. Meterai atau Cop Rasmi KERAJAAN Di hadapan

... Meterai atau Cop Rasmi KONTRAKTOR Di hadapan

. (Tandatangan Saksi) Nama Penuh :

. (Tandatangan Saksi) Nama Penuh No. Kad Pengenalan Pekerjaan : : :

No. Kad Pengenalan : Pekerjaan :

Alamat

Alamat

You might also like