You are on page 1of 2

Peranan utama guru ialah sebagai seorang guru.

Dalam merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Guru, guru hendaklah melengkapkan diri dengan mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan. Hal ini kerana guru merupakan insane yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid dengan segala ilmu pengetahuan supaya mereka dapat mengembangkan segala aspek yang ada dalam diri mereka iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Guru-guru juga perlu mendedahkan murid-muridnya dengan pengalaman-pengalaman tertentu. Seterusnya, guru berperanan mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Guru bertanggungjawab mendidik muridmuridnya berakhlak mulia supaya mereka menjadi insan yang mulia. Selain itu, guru juga perlu menyemai perasaan cinta akan negara dalam murid diri sendiri sejak kecil lagi. Tambahan pula, guru berperanan menyemai dan memupuk amalan nilainilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru. Dalam hal ini, pendidikan moral dan agama adalah amat penting. Guru hendaklah mendidik pelajar cara berhubung, berkomunikasi, adab makan, adab berpakaian, adab bergaul dan sebagainya supaya mereka menjadi insan yang berilmu dan bersahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Guru. Guru juga perlu menunjukkan teladan yang baik kepada pelajarnya. Selain itu, guru juga mesti menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliiti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. Menjadi seorang guru yang bertanggungjawab bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Contohnya, guru perlu mengorbankan masa dan tenaganya terhadap pembelajaran pelajar agar sentiasa mencapai keputusan yang memuaskan.

Akhir sekali ialah guru perlu menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk merangsang perkembangan pelajar. Guru merupakan insan yang terbaik dalam mengenalpasti dan mengembangkan bakat dan potensi murid-muridnya. Sebagai contoh, sekiranya seseorang murid itu mempunyai potensi dalam acara sukan, guru boleh melatih, membimbing dan menberi tunjuk ajar kepada beliau supaya bakat beliau dapat diasah dan menjadi atlet yang terbaik. Secara tidak langsung, faktor jasmani murid tersebut dapat diperkembangkan dan mencapai salah satu matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kesimpulannya, guru mrupakan insan yang terpenting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Hal ini kerana guru berperanan sebagai seorang pendidik, pembimbing, jurulatih,kaunselor, penasihat dan role model kepada murid-murid dan masyarakat. Oleh yang demikian, guru perlu mempunyai pelbagai kemahiran professional. Hal ini supaya mereka dapat mendidik dan melahirkan anak bangsa yang berkualiti, berpengetahuan, bersahsiah, dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

You might also like