You are on page 1of 14

BAB 6 TENAGA DAN PERUBAHAN KIMIA

Soalan Objektif
1 Plumbum + kuprum sulfat p plumbum sulfat + kuprum Antara tindak balas kimia berikut, yang manakah mengalami perubahan kimia yang sama seperti tindak balas di atas? A Kalsium oksida + air p kalsium hidroksida B Asid hidroklorik + natrium hidroksida p natrium klorida + air C Kuprum karbonat p kuprum oksida + karbon dioksida D Zink + asid nitrik p zink nitrat + hidrogen 2

elektrod karbon

larutan kuprum klorida

Rajah 1
Rajah 1 di atas menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji proses elektrolisis ke atas larutan kuprum klorida. Pada akhir eksperimen, didapati A gas tidak berwarna terkumpul dalam tabung uji B pepejal perang terenap pada katod C warna biru larutan menjadi semakin tua D pepejal kelabu terenap pada dasar bikar

3 P Q R T S Rajah 2 Rajah 2 menunjukkan struktur sel kering. Antara berikut, yang manakah mewakili terminal positif dan negatif sel kering itu?

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

6-1

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

A B C D

Terminal positif P Q R T

Terminal negatif T S T R

4 Logam P Q R = Ada tindak balas Tindak balas dengan stim asid cair X X X X = Tiada tindak balas

Antara berikut, yang manakah merupakan susunan tertib kereaktifan secara menaik bagi logam P, Q,dan R? A P, Q, R B P, R, Q C R, Q, P D Q, R, P

Termometer

5
Bahan Y

Larutan X

Larutan X

Rajah 3 Rajah 3 di atas menunjukkan dua bikar yang diisi dengan suatu larutan X yang mendidih pada suhu yang berlainan. Manakah antara berikut bukan merupakan bahan Y ? A Ais B Sulfur C Glukosa D Garam

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

6-2

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

Panas Sejuk Berbara dengan sangat cerah Kuning Putih Berbara dengan cerah Hitam Hitam Jadual 1 Jadual 1 di atas menunjukkan keputusan eksperimen yang mana logam X dan Y dipanaskan dalam kehadiran oksigen. Daripada keputusan tersebut, apakah logam X dan Y? X Y X Plumbum Plumbum Zink Zink Y Kuprum Ferum Kuprum Ferum

Logam

Tindak balas dengan oksigen

Warna hasil

A B C D 7

Butir natrium Kertas litmus biru air

Rajah 4 Rajah 4 di atas menunjukkan eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji tindak balas natrium dengan air. Antara berikut, yang manakah tidak berlaku? A Natrium bergerak pantas di permukaan air B Kertas litmus biru bertukar kepada merah C Gas hidrogen terbebas D Natrium meletup dengan nyalaan kuning 8

X
larutan kuprum klorida

Y
elektrod karbon

Rajah 5 Rajah 5 di atas menunjukkan radas untuk mengkaji elektrolisis larutan kuprum klorida. Antara berikut, yang manakah tidak berlaku? A Ion kuprum bergerak ke elektrod Y B Gas klorin terbentuk pada elektrod X C Bahan perang terbentuk pada elektrod Y D Warna larutan tidak berubah sepanjang eksperimen

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

6-3

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

Kuprum karbonat

air kapur panaskan

Rajah 6 Rajah 6 di atas menunjukkan suatu eksperimen pemanasan kuprum karbonat. Apakah hasil yang terbentuk pada akhir eksperimen ini? A Kuprum oksida + karbon dioksida B Kuprum oksida + oksigen C Kuprum klorida + karbon dioksida D Kuprum klorida + oksigen 10
cahaya Matahari gas X

larutan natrium hipoklorit

Rajah 7 Berdasarkan Rajah 7 yang diberi di atas, gas X yang terhasil boleh A menghasilkan bunyi pop dengan kayu uji menyala B menyalakan kayu uji berbara C mengeruhkan air kapur D melunturkan kertas litmus biru lembap 11 Bijih timah diekstrak melalui pemanasan bersamanya dengan karbon kerana A karbon lebih reaktif daripada timah B timah bertindak balas cergas dengan karbon C suhu yang rendah diperlukan untuk memulakan tindak balas D karbon menyingkirkan bendasing daripada timah dengan cepat

12 Suatu larutan kuprum klorida pekat dielektrolisiskan dengan menggunakan elektrod karbon. Didapati A gas tidak berwarna terbebas di anod B gas kuning kehijauan terbebas di katod C pepejal kelabu terenap di dasar bikar D warna biru larutan menjadi semakin pudar

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

6-4

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

13

ammeter anod Larutan nikel nitrat

suis katod

Rajah 8 Susunan radas bagi proses penulenan logam nikel dipasang seperti pada Rajah 8 di atas. Antara berikut, yang manakah menunjukkan anod dan katod yang betul? Anod Katod A Nikel tak tulen Nikel tak tulen B Nikel tak tulen Nikel tulen C Nikel tulen Nikel tak tulen D Nikel tulen Nikel tulen 14 A

B C D Rajah 9 Rajah 9 di atas menunjukkan struktur sel kering. Antara bahagian-bahagian yang berlabel A, B, C, dan D, di manakah terletaknya mangan (IV) oksida? 15 Bacaan termometer Bacaan awal Bacaan akhir Suhu ( rC ) 30 22

Jadual 2 Jadual 2 di atas menunjukkan keputusan yang diperoleh apabila suatu termometer dimasukkan ke dalam campuran bahan X dan air. Antara berikut, yang manakah bahan X? A Asid sulfurik pekat B Kuprum sulfat C Ammonium nitrat D Natrium hidroksida

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

6-5

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

16 Apabila arus elektrik dialirkan menerusi suatu cecair X, didapati sejenis gas kuning kehijauan terbebas di elektrod positif sel elektrolisis. Cecair X mungkin A kuprum sulfat B zink nitrat C plumbum klorida D aluminium oksida 17

elektrod X

elektrod Y larutan kuprum klorida

Rajah 10 Rajah 10 menunjukkan eksperimen elektrolisis larutan kuprum klorida. Apakah hasil yang terbentuk pada elektrod X dan elektrod Y? Elektrod X Elektrod Y A Hidrogen Klorin B Kuprum Klorin C Klorin Hidrogen D Klorin Kuprum 18
termometer

bahan X Tabung uji pepejal Y

Rajah 11 Termometer pada Rajah 11 di atas menunjukkan penurunan suhu. Antara berikut, yang manakah mewakili bahan X dan pepejal Y? X Y A Asid hidroklorik cair Magnesium B Asid sulfurik cair Natrium klorida C Air Natrium hidroksida D Air Ammonium sulfat

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

6-6

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

19 Suatu pepejal logam terbakar dengan nyalaan yang terang dalam udara. Antara berikut, yang manakah mungkin pepejal logam itu? A Kuprum B Zink C Magnesium D Besi 20

pita magnesium

asid sulfurik

Rajah 12 Gas tidak berwarna terbebas apabila pita magnesium bertindak balas dengan asid sulfurik seperti yang ditunjukkan pada Rajah 12 . Antara berikut, yang manakah boleh digunakan untuk menguji gas yang terbebas itu? A Air kapur B Kayu uji berbara C Kayu uji bernyala D Penunjuk fenolftalein

21
ammeter reostat

kepingan nikel Larutan besi nitrat

kunci besi

Rajah 13 Rajah 13 menunjukkan radas yang disediakan untuk menyadurkan kunci besi dengan nikel. Apakah kesilapan eksperimen ini? I Kunci besi dan kepingan nikel harus ditukarkan tempat II Larutan besi nitrat harus digantikan dengan larutan nikel nitrat III Ammeter dan reostat tersalah sambung A I sahaja B II sahaja C I dan II sahaja D II dan III sahaja

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

6-7

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

22 Antara berikut, yang manakah berlaku dalam suatu perubahan kimia? I Bahan baru terbentuk II Biasanya haba diserap atau dibebaskan III Ia mudah berbalik A I sahaja B III sahaja C I dan II sahaja D II dan III sahaja 23 Karbon digunakan untuk pengekstrakan besi daripada bijih besi kerana I karbon murah dan mudah didapati II karbon dioksida yang dihasilkan mudah disingkirkan III logam lain tidak boleh menurunkan bijih besi A II sahaja B I dan II sahaja C I dan III sahaja D I, II, dan III 24 Semasa proses penyaduran paku besi dengan logam kuprum melalui kaedah elektrolisis, I logam kuprum dijadikan katod II paku besi dijadikan elektrod positif III larutan kuprum nitrat dijadikan elektrolit A II sahaja B III sahaja C I dan II sahaja D II dan III sahaja 25

Rajah 14 Rajah 14 di atas menunjukkan struktur sel kering. Antara berikut, yang manakah salah dipadankan? I X ialah anod II Y ialah katod III Z ialah elektrolit A I sahaja B III sahaja C I dan II sahaja D I, II, dan III

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

6-8

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

26 Antara berikut, yang manakah merupakan kelemahan bateri asid-plumbum? I Berat II Asidnya mudah tertumpah III Tidak dapat dicas semula A II sahaja B I dan II sahaja C I dan III sahaja D II dan III sahaja 27 Semasa proses penyaduran rantai besi dengan kuprum melalui kaedah elektrolisis, I kepingan kuprum dijadikan katod II arus yang sangat besar digunakan III larutan kuprum nitrat dijadikan elektrolit A II sahaja B III sahaja C I dan III sahaja D I, II, dan III 28
gas X

air

kalsium

larutan Y terbentuk

Rajah 15 Rajah 15 di atas menunjukkan radas yang disediakan untuk memerhatikan tindak balas kalsium dengan air. Selepas tindak balas, gas X dan larutan Y terhasil. Antara berikut, yang manakah benar? I Larutan Y ialah air kapur II Gas X menghasilkan bunyi pop dengan kayu uji menyala III Gas X berbau sengit A I dan II sahaja B I dan III sahaja C II dan III sahaja D III sahaja 29 Antara logam berikut, yang manakah boleh diekstrakkan melalui pemanasan dengan karbon? I Zink II Besi III Timah A I sahaja B III sahaja C I dan II sahaja D I, II, dan III

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

6-9

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

30 Antara berikut, yang manakah benar tentang perubahan fizik? I Arang batu dibakar merupakan satu contoh perubahan fizik II Tenaga yang banyak diperlukan III Hasilnya boleh ditukar semula menjadi bahan asal dengan senang A I sahaja B III sahaja C I dan II sahaja D I, II, dan III Soalan Struktur 1
termometer air keluar kondenser Liebig

larutan natrium klorida

bikar cecair X bongkah kayu

Rajah 1 Radas pada Rajah 1 di atas disediakan untuk mendapatkan cecair X daripada larutan natrium klorida. (a) Mengapakah air masuk dan keluar dari kondenser Liebig seperti yang ditunjukkan oleh anak panah di atas ? _________________________________________________________________________________ (b) Apakah nama proses yang berlaku dalam eksperimen ini? _________________________________________________________________________________ (c) Berikan dua proses perubahan jirim yang berlaku dalam eskperimen ini. _________________________________________________________________________________ (d) Nyatakan fungsi air di dalam kondenser Liebig. _________________________________________________________________________________

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

6 - 10

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

(e) Berapakah takat didih bagi cecair X yang terkumpul di dalam bikar? _________________________________________________________________________________ [6 markah] 2
gas sisa gas sisa bjih timah + arang kok + bahan X

udara panas

udara panas

Rajah 2 Rajah 2 di atas menunjukkan pengekstrakan logam timah daripada bijihnya dengan menggunakan sebuah relau bagas. (a) Namakan bahan yang terkandung dalam bijih timah. _________________________________________________________________________________ (b) Nyatakan fungsi bahan X dalam proses pengekstrakan pada Rajah 2. _________________________________________________________________________________ (c) (i) Apakah unsur yang terkandung dalam arang kok? ______________________________________________________________________________ (ii) Berikan satu sebab mengapa arang kok dipilih dalam proses pengesktrakan timah. ______________________________________________________________________________ (d) Tuliskan persamaan tindak balas dalam proses penurunan bijih timah kepada logam timah oleh arang kok. _________________________________________________________________________________ (e) Berikan satu contoh logam lain yang juga dapat diekstrakkan melalui kaedah yang sama dengan timah. _________________________________________________________________________________ [6 markah]

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

6 - 11

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

Soalan Esei 1 (a) (i) Terangkan proses penghabluran. (ii) Berikan dua sifat bagi hablur. [3 markah] (b) Huraikan satu eksperimen untuk menunjukkan bagaimana bendasing boleh mempengaruhi takat didih suatu cecair tulen yang dinamakan. [7 markah] 2 (a) Terangkan apa yang berlaku semasa proses elektrolisis. (b) Siri kereaktifan logam dengan sebahagian daripada unsurnya diberi seperti di bawah. Kalium Natrium Kalsium Magnesium Aluminium Karbon Zink Ferum [5 markah]

Semakin kurang kereaktifan Antara logam-logam dalam siri ini, yang manakah diekstrak daripada bijihnya melalui kaedah (i) elektrolisis ? (ii) pemanasan dengan karbon ? Terangkan jawapan anda di (b)(i) dan (b)(ii). [5 markah]

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

6 - 12

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

JAWAPAN BAB 6 Soalan Objektif

1D 6C 11 A 16 C 21 B 26 B

2B 7B 12 D 17 B 22 C 27 B

3C 8D 13 B 18 D 23 B 28 A

4C 9A 14 C 19 C 24 B 29 D

5A 10 B 15 C 20 C 25 B 30 B

Soalan Struktur 1 (a) (b) (c) (d) (e) Memastikan kondenser Liebig sentiasa dipenuhi air Penyulingan Pendidihan dan kondensasi Menyejukkan wap supaya mengkondensasi dan membentuk cecair 100 rC

2 (a) Kasiterit/Stanum oksida/Timah oksida (b) Untuk menyingkirkan bendasing silika melalui pembentukan sanga (c) (i) Karbon (ii) Murah/Mudah diperoleh/Lebih reaktif daripada timah (d) Stanum oksida (Timah oksida) + karbon p stanum (timah) + karbon dioksida (e) Zink/Besi(ferum)/Plumbum Soalan Esei 1 (a) (i) Proses untuk mendapatkan hablur daripada larutan tepu (ii) - Semua hablur bagi bahan yang sama mempunyai y bentuk yang sama y permukaan rata dan pinggir tajam - Permukaan-permukaan hablur bertemu antara satu sama lain pada sudut tertentu (b)
termometer kelalang air suling

panaskan

Air suling dipanaskan sehingga mendidih seperti pada rajah di atas Suhu pada takat didih disukat dengan termometer Takat didih air suling ialah 100 rC Satu spatula garam biasa (natrium klorida) ditambah ke dalam air suling Suhu pada takat didih disukat sekali lagi dengan termometer yang sama Takat didih air suling yang ditambah garam lebih tinggi daripada 100 rC (lebih kurang 102 rC) 6 - 13
Bank Soalan BPS Tingkatan 4

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

- Ini menunjukkan kehadiran bendasing boleh mempengaruhi takat didih suatu cecair tulen 2 (a) - Larutan elektrolit terurai kepada ion positif dan ion negatif - Anion/ion negatif bergerak ke arah anod - Kation/ion positif bergerak ke arah katod - Di anod, ion negatif melepaskan elektronnya kepada anod dan menjadi atom neutral - Di katod, ion positif menerima elektron daripada katod dan menjadi atom neutral (b) (i) Kalium, natrium, kalsium, magnesium, dan aluminium (ii) Zink dan ferum - Logam-logam di (b)(i) adalah lebih reaktif daripada karbon dan perlu diekstrakkan melalui proses elektrolisis - Logam-logam di (b)(ii) adalah kurang reaktif daripada karbon dan boleh diekstrakkan melalui pemanasan bijih logam dengan arang kok (murah)

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

6 - 14

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

You might also like