You are on page 1of 5

5 hb Ogos 2011

Bil 18/2011

5 Ramadhan 1432H

ebenarnya Allah SWT tidak mentaklifkan sesuatu ibadat kecuali memberi maslahat dan manfaat kepada manusia dan menolak mafsadah (keburukan) serta kemudaratan daripada mereka. Inilah yang di nyatakan oleh ulama seperti Izzuddin bin

Abdul Salam. Begitu juga puasa, suatu ibadat yang ditaklifkan kepada mereka yang beriman untuk melaksanakannya bagi mendapat dan meraih takwa seperti yang dinaskan oleh Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud:

Wahai orangorang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Surah al-Baqarah: ayat 183) Kesedaran Dalam ruangan ini, penulis cuba menjelaskan beberapa iktibar yang boleh kita manfaatkan untuk menambahkan kesedaran dan kefahaman berkenaan dengan sir atau rahsia ibadat puasa itu. i. Lapar dan dahaga. Seorang sufi ditanya kenapa Allah SWT mewajibkan puasa? Lantas dijawabnya: "Untuk melaparkan orang kaya".

Ini kerana lapar boleh menginsafkan manusia serta melahirkan keihsanan kepada golongan miskin dan yang perlukan bantuan. Lapar juga boleh mendidik nafsu daripada bersifat kebinatangan kepada kebersihan jiwa yang tinggi dan dapat menjalani fitrah manusiawi bahkan menuju jiwanya ke arah yang tinggi. Lapar juga boleh menghasilkan kepintaran dan kecerdikan. Benarlah pujangga: kata

"Dari rumah orang-orang fakir lahirnya cendekiawan terbilang". Sebagai contoh, Imam Syafie, Imam Abu Yusuff, Imam

al-Bukhari dan ramai lagi. ii. Bersahur. Satu ibadat yang cukup pelik pada logik akal kerana makan pada waktu ghalibnya manusia dibuai mimpi dan tidur yang penuh dengan kenyenyakan tibatiba terpaksa bangkit untuk bersahur bagi mencari sebuah keberkatan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW. Kalimah berkat yang dinakirahkan menunjukkan maknanya yang tersangat umum sama ada berkat duniawi atau ukhrawi dan bolehlah ditafsirkan mengikut yang sewajarnya. Ibn al-Qayyim menafsirkan dengan maksud kekuatan tambahan kepada seseorang yang bersahur untuk memudahkan

pelaksanaan ibadat puasa tanpa kelaparan yang teramat. Di samping itu melihat kepada para sahabat seperti Imam Muslim dan lainnya, bahawa para sahabat menggunakan waktu antara sahur dan subuh dengan membaca al-Quran antara 50 ke 60 ayat. Ini bermaksud walaupun disuruh bersahur tetapi para salaf al-soleh, ulama dan orangorang soleh menggunakan waktu tersebut untuk berqiammullail, berzikir, berdoa, beristighfar dan munajat kepada Rabbilalamin. Ini sudah tentu mendekatkan mereka kepada Allah SWT.

iii. Iftar atau berbuka. Di mana Islam menggalakkan umatnya supaya berbuka dengan segera berdasarkan kepada nas Nabawi. Berbuka dengan peraturan-peraturan dan adab-adabnya seperti memakan tamar atau manisan. Kemenangan Mempunyai matlamat yang khusus dari segi perubatan dan kesihatan sebagai Tibbu Nabawi. Iftar akan merasai bagi yang berpuasa sebagai sebuah kejayaan dan kemenangan kerana dapat melaksanakan perintah Allah SWT dengan jayanya pada hari tersebut. Ucapan doa dan syukur dirafakkan kepada-Nya. Disebalik iftar, kita dapati sebuah keluarga yang ibu dan bapanya atau

suami isteri serta anak-anak yang makan secara individu atau berseorangan pada bulan-bulan lain akan bertaup kembali dengan makan secara jamaai. Di mana ini menatijahkan kekuatan silaturrahim dan keakraban kekeluargaan. Perasaan kasih sayang, hormat menghormati, mengambil prihatin dan cakna sesama keluarga akan subur kembali. iv. Puasa dari segi maknanya menahan. Memberi maksud supaya ditingkatkan kesabaran ketika menghadapi ujian yang pada asasnya lapar dan dahaga. Tetapi sebenarnya madrasah Ramadan telah memperkenalkan

serta melakukan tamrin kepada yang berpuasa untuk mengekali dan menjiwai watak sabar supaya ia sebati dalam jiwa manusia muslim. Sabar yang banyak dan kerap kali diungkap di dalam al-Quran dan hadis yang menatijahkan kemenangan, kejayaan, kebahagiaan, kepimpinan, keluasan rezeki, pelepasan daripada musuh dan lain-lain. Benarlah pujangga: kata

pelbagai kelebihan yang ada padanya. Marilah sama-sama kita meningkatkan lagi kefahaman dan amalan di bulan Ramadan dengan menghadiri majlis ilmu, bertarawih, tadarus, zikir, selawat dan ibadatibadat sunat yang lain.
Oleh Dr. Zulkifli Mohamad Albakri Bicara Agama, Utusan Malaysia 29/9/2008

"Hai saudara ku, kamu tidak akan mencapai kejayaan sehingga kamu menjilat kesabaran". Semoga kita semua menjadi golongan yang dapat mengambil iktibar dari Ramadan alMubarak dengan

You might also like