You are on page 1of 8

SOALAN 8: UNDANG- UNDANG JUALAN BARANG.

1.0 PENGENALAN

Akta Jualan Barangan 1957 adalah digubal khusus untuk mengawal selia kontrak jualan barangbarang. Akta ini terpakai untuk semua jenis barangan termasuk barangan terpakai tidak kira di jual secara borong mahupun jualan runcit. Peruntukan dalam akta ini menerangkan tentang terma kontrak, jualan barang oleh bukan pemilik dan juga hak- hak penjual yang tidak berbayar. Di dalam projek ini, kami memfokuskan kepada jualan oleh bukan pemilik.

2.0 JUALAN OLEH BUKAN PEMILIK

Seksyen 14 menyatakan tentang syarat berkenaan hak mili, iaitu seseorang menjual mestilah mempunyai hak milik yang sah terhadap sesuatu barang sebelum ia dapat memindahmilik atau menjual barang tersebut kepada pembeli.

Menurut kaedah common law, nemo dat quod non habet bermaksud tiada siapa yang boleh member hak lebih dari apa yang dia sendiri miliki. Ini bermakna jika seseorang menjual barang yang bukan miliknya kepada pihak lain, si pembeli tidak akan mendapat hak milikk yang sah terhadap barang tersebut bahkan terpaksa memulangkannya kepada pemilim sebenar apabila dituntut.

Kaedah nemo dat quod non habet boleh dilihat didalam seksyen 27, Akta Jualan Barangan 1957 yang menyebut ;

Tertakluk kepada Akta ini dan mana- mana undang- undang lain semasa ianya berkuatkuasa, jika barang di jual oleh seseorang yang bukan pemunya, dan tidak menjualnya di bawah kuasa atau dengan kebenaran pemunya, pembeli tidak boleh memperoleh hak milik yang lebih baik daripada penjual terhadap barang- barang itu melainkan pemunya barang- barang itu telah, iaitu melalui kelakuannya terhalang terhalang daripada tidak memberikan penjual kuasa untuk menjual.

AKTA JUALAN BARANGAN 1957

Kaedah nemo dat ini adalah bertujuan untuk melindungi pemilik sebenar terhadap barang kepunyaannya. Sekiranya barang pemunya di curi, hak milik barang itu tetap ada pada pemilik sebenar.

Kaedah ini dapat dilihat melalui contoh kes berikut;

Lim Chui Lain lawan Zeno Ltd.

Fakta kes : Ahmad, seorang kontraktor telah dibekalkan oleh Zeno Ltd bahan- bahan binaan untuk projek pembentungan. Apabila kontrak Ahmad dengan Majlis Perbandaran Petaling Jaya dibatalkan, Ahmad telah menjual bahan- bahan tersebut kepada Lim Chui Lai. Persoalan yang timbul ialah siaoa yang lebih berhak ke atas bahan- bahan binaan itu.

Mahkamah : Ahmad tiada hak untuk menjual kepada Lim Chui Lai keran hak milik bahan binaan masih lagi bersama Zeno Ltd. Dalam kes ini Ahmad hanyalah seorang bailee.

3.0 PENGECUALIAN KEPADA KAEDAH NEMO DAT

Keadaan- keadan di mana jualan barang oleh bukan pemilik adalah sah :

( a) Estoppel / Persekatan (b ) Jualan barang oleh wakil/ ejen perdagangan (c ) Jualan oleh milik bersama ( d) Jualan di bawah kontrak boleh batal (e ) Jualan barang di dalam milikan penjual (f ) Jualan barang di dalam milikan pembeli

AKTA JUALAN BARANGAN 1957

( a ) Estoppel

Apabila pemilik sebenar melalui perbuatan atau kata- katanya telah membuat pembeli percaya bahawa penjual mempunyai kuasa untuk menjual barang tersebut, pemilik sebenar adalah dihalang dari menafikan bahawa penjual itu tidak ada kuasa untuk menjual barang tersebut.

Di terangkan melalui kes : Syarikat Batu Sinar Bhd & Ors lawan UMBC Finance Bhd & Ors Fakta : Syarikat Supreme Leasing membeli traktor dari penjual pada tahun 1984 dan menyewakan kepada plaintif. Lima bulan sebelum itu UMBC Finance telah membeli traktor yang sama dan menyewakan kepada pihak lain. Penyewa tersebut gagal membayar ansuran lalu UMBC Finance merampas traktor tersebut.

Isu : Siapa yang lebih berhak kepada traktor. Mahkamah : Kecuaian UMBC mendaftarkan miliknya pada kad pendaftaran menyebabkan UMBC Finance dihalang menafikan hak milik Supreme Leasing. Oleh itu traktor tersebut menjadi milimSupreme Leasing.

(b) Jualan oleh Wakil / Ejen Pedagangan

Seksyen 2 menerangkan maksud ejen perdagangan :

Seorang ejen yang mempuntai kuasa mengikut adat perjalanan urusan sebagai ejen sedemikian sama ada untuk menjual barang- barang, atau untuk mengkonsainkan barangbarang bagi maksud jualan, atau untuk membeli barang- barang, atau untuk mendapatkan wang atas jaminan bagi barang- barang.

AKTA JUALAN BARANGAN 1957

Daripada peruntukan di atas, syarat- syarat tertentu mestilah dipenuhi iaitu :

1. Penjual adalah ejen/ wakil perdagangan 2. Barang/ dokumen dalam milikan ejen perdagangan 3. Penyimpanan barang / dokumen atas kebenaran pemilik sebenar 4. Penjualan dalam urusan biasa ejen itu 5. Pembeli membeli dengan suci hati dan percaya ejen itu ada kuasa untuk menjual.

Kaedah di terangkan melalui kes : Folkes lawan King Fakta : F, pemilik kereta menyerahkan keretanya kepada H, ejen kereta untuk menjual kereta pada harga tidak kurang 575 pound. H menjual kepada K dengan harga 340 pound yang membeli dengan suci hati. H lesap dan F menuntut dari K untuk mendapatkan keretanya.

Mahkamah : H telah memegang kereta itu dengan persetujuan F untuk dijual. Oleh itu K telah membeli dengan suci hati akan mendapat hak milik yang sah.

(c ) Jualan Oleh Pemilik Bersama

Seksyen 28 menyatakan :

Apabila salah seorang pemunya bersama barang- barang mempunyai milikan mutlak kepadanya dengan keizinan pemunya bersama, milikan barang dipindahkan kepada mana- mana orang yang membelinya dari pemunya bersama secara suci hati dan tidak mengetahui pada masa kontrak jualan di buat penjual tidak mempunyai kuasa untuk menjual.

AKTA JUALAN BARANGAN 1957

Disertakan dengan syarat- syarat berikut :

1. Barang mesti berada dalam simpanan si penjual dengan mendapat kebenaran pemilik bersama yang lain. 2. Pembeli telah membeli dengan ikhlas tanpa mengetahui si penjual tidak mempunyai kuasa penuh menjual barang itu. 3. Pembeli boleh mendapat hak milik sepenuhnya walaupun pemilik bersama lain tidak member kuasa untuk menjual barang tersebut.

( d) Jualan oleh Pemilik di bawah Kontark Boleh Batal

Seksyen 29 memperuntukkan :

Jika penjual barang- barang telah memperoleh milikan berkenaannya di bawah suatu kontrak boleh batal di bawah seksyen 19 atau seksyen 20 Akta Kontrak, tetapi kontark telah di batalkan pada masa jualan itu, pembeli memperolehi hak milik kepada barangbarang dengan syarat dia membelinya dengan suci hati dan tanpa pengetahuan penjual akan kecacatan hak milik.

Di bawah seksyen 29 dinyatakan syarat- syarat berikut :

1. Penjual barang memperolehi barang di bawah kontrak boleh batal menurut seksyen 19 atau seksyen 20 Akta Kontrak 1950. 2. Kontrak tersebut belum dibatalkan oleh pihak ketiga. 3. Pembeli telah membeli dengan ikhlas tanpa pengetahuan mengenai kecacatan pada hak milik itu.

Diterangkan melalui kes : Car & Universal Co. Ltd. lawan Caldwell Fakta : C, pemilik kereta Jaguar menjual keretanya kepada A. A memberikan C sekeping cek. C dapati cek tersebut tidak boleh ditunaikan lalu membuat laporan polis untuk mendapatkan kereta itu kembali. Biarpun kereta A telah di beli oleh plaintif dengan suci hati.

AKTA JUALAN BARANGAN 1957

Mahkamah : C telah membatalkan kontrak menjual kereta secepat mungkin setelah mendapati A melakukan frod, maka plaintif tidak mendapat hak milik yang sah.

( e ) Jualan barang dalam pemilikan penjual

Seksyen 30 (1) menyatakan :

Jika seseorang, setelah menjual barang- barang, berterusan atau dalam milikan bagi barang- barang atau dokumen hak milik kepada barang- barang itu, penyerahan atau pemindahan oleh orang itu atau oleh seorang ejen persaudagaran yang bertindak bagi pihaknya, bagi barang- barang atau dokumen hak milik di bawah apa- apa jualan, sandaran atau penguntukan lainnya kepada mana- mana orang yang menerima barang itu dengan suci hati dan tanpa pengetahuan akan penjualan yang terdahulu hendaklah mempunyai kesan yang sama seolah- olah orang yang terdahulu hendaklah mempunyai kesan yang sama seolah- olah orang yang membuat penyerahan atau pemindahan itu telah dengan nyata diberi kuasa oleh pemunya barang- barang untuk membuat perkara yang sama.

Syarat- syarat untuk seksyen 30(1) adalah :

1. Penjual menjual barang dan hak milik telah diberikan kepada pembeli 2. Barang atau hak milik barang masih dalam simpanan penjual 3. Barang yang sama dijual sekali lagi kepada pembeli kedua oleh penjual tersebut.

Seksyen 30(1) diterangkan melalui kes : Pacific Motors Auctions Pty ltd lawan Motors Credits Fakta : Plaintif menghantar beberapa kereta miliknya kepada wakil jualan. Wakil jualan ini menjual kereta tersebut kepada defendan kerana menghadapi masalah kewangan walaupun plaintif memberikan notis supaya keretanya tidak dijual.

Mahkamah : Defendan memperoleh hak milik yang sah kerana membeli dengan suci hati.

AKTA JUALAN BARANGAN 1957

( f ) Jualan barang dalam pemilikan pembeli

Seksyen 30(2) memperuntukkan :

Jika seseorang telah membeli atau bersetuju untuk membel, mendapatkan, dengan persetujuan penjual, milikan kepada barang- barang atau dokumen hak milik kepada barang- barang, penyerahan atau pemindahan oleh orang itu atau oleh ejen persaudagaran yang bertindak bagi pihaknya bagi barang- barang atau dokumen hak milik di bawah apaapa penjualan, sandaran atau penguatkuasaan yang lainnya kepada mana- mana orang yang menerima barang- barang dengan suci hati tanpa notis apa- apa lien atau hak lain penjual asal berkenaan dengan barang- barangnya hendaklah mempunyai kesan seoleholah lien atau hak sedemikian tidak wujud.

Di bawah Seksyen 30(2) terdapat syarat- syarat berikut :

1. Jika seseorang telah membeli atau bersetuju untuk membeli sesuatu barang dan mendapat persetujuan untuk menyimpan barang atau dokumen hakmilik. 2. Pembeli kemudiannya menjual kepada pihak ketiga yang membeli dengan suci hati 3. Pihak ketiga mendapat hak milik ke atas barang yang di beli dari pembeli itu.

Contoh dapat dilihat melalui kes : Newtons Wembley Ltd lawan Williams. Fakta : Plaintif menjual kereta kepada A yang membayar dengan cek dengan syarat hak milik akan dipindahkan kepada A setelah cek tersebut ditunaikan. Malangnya cek itu tidak laki sementara itu A telah menjual barang tersebut kepada B yang membelinya dengan suci hati. B pula kemudiannya menjual kereta itu kepada defendan. Kini plaintif ingin menuntut kereta dari defendan.

Mahkamah : Defendan telah mendapat hak milik kereta dari B dengan sah. Begitu juga dengan B yang mendapat kereta itu dari A atas persetujuannya.

AKTA JUALAN BARANGAN 1957

PENUTUP

AKTA JUALAN BARANGAN 1957

You might also like