You are on page 1of 3

Bismillahirrahmanirrahim Assalammualaikum w.b.

t dan Salam Sejahtera

Y.Bhg. Dif-dif kehormat, Y.Bhg. Y.Berusaha Yang dikasihi, AJK Jualan Barang Amal Gaza,NOVAC Serta tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali; Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu Ilahi.

Mega berarak indah berbalam, Dipuput bayu ke pohon ara; Pemanis kalam selamat malam, Awal bismillah pembuka bicara

Assalammualaikum wrt wbt dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama memanjat kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana atas limpah serta keizinanNya dapat kita berkumpul bagi menyempurnakan majlis penutup Program Keusahawanan Program Jualan Amal Gaza Sesi 2010/2011.

Majlis ini adalah kemuncak kepada Program Jualan Amal Gaza yang telah dimulakan pada 6 Mac yang lalu. Saya amat bersyukur dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana semua Ahli Jawatankuasa bagi program telah dapat melalui dengan tekad dan kesungguhan yang jitu dalam menjayakan program ini sehingga hari ini. Semoga program yang dianjurkan oleh Northern Varsity Accounting Club yang dikenali sebagai NOVAC selama seminggu ini telah dapat

menerapkan sedikit sebanyak sikap prihatin terhadap masyarakat diluar, disamping memandu pelajar untuk membantu saudara seIslam yang memerlukan di Palestin mahupun dalam Malaysia dan dinegara-negara lain.

Hadirin hadirat sekalian,

Program Jualan Amal Gaza adalah satu program membeli barang sambil menderma. Tujuan ini dilaksanakan bagi mengumpul dana serta menghulurkan bantuan kepada saudara-saudara kita yang berada di Palestin sana. Sesungguhnya kemuliaan dan kemurahan hati para pembeli telah membuktikan bahawa pelajar UUM masih mengambil berat dan menunjukkan sikap prihatin terhadap golongan yang memerlukan. Moga segala sumbangan yang diberikan oleh semua pelajar dan pihak terlibat dapat membantu masyarakat di Palestin dalam menjalani kehidupan yang lebih sempurna.Insyallah.Syabas saya ucapkan kepada mereka yang bermurah hati membeli sambil menyumbang ini.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala niat murni anda. Sesungguhnya hari ini adalah hari mereka bagi memerlukan bantuan dan mungkin satu hari nanti akan tiba hari kita. Justeru itu, mari kita berdoa agar segala kebaikan yang kita buat diredai oleh Allah serta mendapat balasan yang setimpal.Insyallah.

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian,

Hasil jualan dan kutipan dana oleh NOVAC dalam program yang dianjurkan dalam masa seminggu ini akan disalurkan ke GAZA melalui bantuan Aman Palestin. Saya rasa para hadirin dan hadirat sekalian sudah sedia maklum dengan badan kebajikan ini. Justeru itu, saya akan menerangkan sedikit sebanyak latar belakang syarikat Aman Palestin Sdn.Bhd. Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan bagi membantu rakyat Palestin. Untuk makluman anda semua, semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada

orang ramai. Diharapkan agar keperihatinan Aman Palestin ini dapat menerapkan semangat kepada semua pelajar UUM dan masyarakat diluar sana dalam membantu masyarakat yang memerlukan agar mereka dapat hidup secara sempurna seperti mana kita disini. Alhamdulillah. Bersyukurlah kita kerana ada juga badan-badan korporat yang menitikberatkan dan begitu prihatin terhadap nasib saudara seislam kita di Palestin.

Seterusnya saya ingin mengumumkan hasil kutipan Jualan Amal Gaza dari 6 Mac 2011 sehingga ke hari ini sebanyak ____.Tahniah dan Syabas sekali lagi saya ucapkan kepada pembelipembeli.Dengan sukacitanya kami akan menyerahkan kutipan dana ini kepada syarikat Aman Palestin Sdn.Bhd.Akhir kata, ribuan terima kasih kepada para pembeli yang telah sudi dan ikhlas menghulurkan bantuan. Saya berharap melalui usaha ini akan mendorong lagi banyak organisasi serta individu untuk menyokong, membantu dan menganjurkan kerja-kerja amal dan kebajikan seumpama ini untuk membantu golongan yang memerlukan serta membentuk peribadi pelajar UUM yang penyayang. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian, Wabilahitaufik Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

You might also like