You are on page 1of 10

KERTAS KERJA

HARI ORIENTASI PUSAT PENGAJIAN SAINS KIMIA SIDANG AKADEMIK 2011/2012

TEMPAT: YOUTH PARK PULAU PINANG

TARIKH: 24 SEPTEMBER 2011

ANJURAN: PERSATUAN SAINS KIMIA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Persatuan Sains Kimia Universiti Sains Malaysia sidang akademik 2011/2012 ingin mengadakan Hari Orientasi yang akan melibatkan pelajar-pelajar tahun satu bagi Pusat Pengajian Sains Kimia . Hari Orientasi ini bertujuan untuk memberikan pendedahan berkenaan kehidupan di institusi pengajian tinggi sekaligus memberi motivasi kepada para pelajar mengenai persiapan diri untuk memulakan alam kehidupan sebagai pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Selain itu, projek ini juga dapat memperkenalkan para pelajar kepada ahli-ahli Persatuan Sains Kimia bagi sesi ini selain dapat mengeratkan silatulrahim antara pelajar baru dan pelajar lama.Program ini dijalankan di luar universiti bagi memberi pendedahan kepada pelajar baru tentang tempat-tempat menarik di Pulau Pinang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta suasana yang lebih menarik dan menyeronokkan.

2.0 OBJEKTIF 2.1 Memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan kehidupan di Universiti Sains Malaysia yang berkonsepkan kelestarian. 2.2 2.3 Menjalinkan hubungan yang erat antara peserta dan fasilitator yang terlibat. Memupuk semangat bekerjasama dan semangat kesukanan antara peserta dalam setiap aktiviti berkumpulan bertemakan kelestarian yang dijalankan. 2.4 Melahirkan pelajar yang berdisiplin, beretika dan mempunyai semangat berdikari dalam diri. 2.5 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang tempat-tempat menarik di Pulau Pinang.

3.0 ANJURAN Dikelolakan sepenuhnya oleh ahli jawatankuasa Persatuan Sains Kimia Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama daripada pihak pengurusan Pusat Pengajian Sains Kimia Universiti Sains Malaysia.

4.0 GOLONGAN SASARAN 1. Ahli jawatankuasa Persatuan Sains Kimia 2. Pelajar-pelajar Tahun Dua (Fasilitator) 3. Pelajar-pelajar Tahun Satu. 5.0 TEMPAT DAN MASA Tarikh : 24 September 2011 Tempat : Youth Park,Pulau Pinang

6.0 TENTATIF PROGRAM Sabtu (24 September 2011) 7.15 7.40am 9.00 9.10am 9.30 10.30am Berkumpul di padang palapes(bertolak ke Youth Park) Berkumpul di Youth Park Ice-Breaking

10.30 11.00am Minum Pagi 11.00 12.30am Slot Akademik dan Kerjaya 12.30 1.30pm 1.30 2.00pm 2.00 3.30pm 3.30 5.00pm 5.00 5.30pm 5.30 8.00pm 8.00 9.15pm 9.15 10.00pm 10.00-12.00pm Makan Tengah hari Solat Zohor Berjemaah LDK 1 EXPLORACE Solat Asar Berjemaah REHAT Sesi Bersama Mentor Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Tour island

7.0 PENERANGAN AKTIVITI PROGRAM Berikut adalah ringkasan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program tersebut :

7.1 ICE-BREAKING Objektif menjalankan aktiviti ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara peserta dan fasilitator masing-masing. Peserta akan berada dalam kumpulan masing-masing bersama beberapa orang fasilitator bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan menjalankan aktiviti suaikenal sesama ahli kumpulan dan ahli-ahli persatuan kimia serta pelajar tahun dua supaya dapat lebih mengenali sesama sendiri sekaligus memudahkan aktiviti yang bakal dijalankan. Dalam aktiviti ini, peserta diminta membentangkan nama kumpulan masingmasing yang mempunyai unsur-unsur kimia di hadapan kumpulan yang lain. Para peserta boleh meningkatkan keyakinan diri di samping menunjukkan daya kreativiti masing-masing semasa aktiviti pembentangan.

7.2 SLOT AKADEMIK DAN KERJAYA Slot ini direka khas bertujuan untuk memperkenalkan serta memberi panduan kepada pelajar-pelajar baru mengenai hala tuju mereka semasa dan selepas menuntut di Universiti Sains Malaysia. Dengan adanya slot ini, para pelajar boleh membuat keputusan yang lebih tepat untuk memilih kerjaya masa depan mereka selepas menamatkan pengajian di universiti ini. Slot ini juga akan memberikan tip-tip dan garis panduan kepada para pelajar mengenai kursus-kursus yang ditawarkan kepada mereka semasa mereka menuntut di universiti ini.

7.3 LDK (I) SUDUT KREATIF Objektif aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan berpasukan dalam menghasilkan sesuatu dari unsur-unsur bahan buangan yang boleh dikitar semula. Sudut kreatif merupakan satu aktiviti untuk memupuk semangat berani mempertahankan hasil kerja sendiri dan memupuk keyakinan diri sendiri untuk berucap dalam kalangan ramai. Dalam aktiviti ini, setiap kumpulan diminta menghasilkan satu produk yang baru berkonsepkan kelestarian. Aktiviti yang berkonsepkan kelestarian ini sesuai dengan persekitaran kampus ini yang sememangnya mengamalkan gaya hidup yang lestari. Dengan adanya aktiviti ini, para pelajar dapat dinilai menerusi daya kreativiti dan inovatif setiap kumpulan dalam menjana idea-idea yang bernas untuk menghasilkan sesuatu produk yang unik dari unsur-unsur bahan terpakai.

7.4 EXPLORACE Aktiviti explorace ini diadakan adalah untuk menguji kekuatan setiap kumpulan dari segi mental dan fizikal di samping semangat kerjasama dan tolenransi setiap ahli kumpulan dalam menjayakan setiap cabaran yang dijalankan. Aktiviti ini mempunyai empat check point kesemuanya dan bagi setiap check point mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan kimia dan USM. Setiap cabaran perlulah diselesaikan dalam masa yang diperuntukkan bagi mendapatkan petunjuk ke check point yang seterusnya. Kumpulan yang menyelesaikan kesemua cabaran dalam masa yang terpantas akan dikira pemenang.

7.5 SESI BERSAMA MENTOR Sesi bersama mentor diadakan dengan membahagikan para pelajar kepada beberapa kumpulan kecil untuk diletakkan bersama mentor masing-masing. Setiap kumpulan akan dianggotai oleh 2 atau 3 orang pelajar baru serta 2 orang mentor yang merupakan pelajar tahun dua di Pusat Pengajian Sains Kimia. Objektif pembahagian mentor kepada setiap kumpulan bertujuan untuk menyenangkan lagi urusan pelajar baru dalam semua aspek terutama dari aspek akademik. Aktiviti ini dapat mendekatkan lagi pelajar baru dengan mentor masing-masing disamping mendapat sedikit tip, nota serta panduan pembelajaran berguna daripada mentor mereka sebelum mereka memulakan sesi pembelajaran secara rasmi nanti.

7.6 MAJLIS PENUTUP Majlis penutup ini diadakan bagi menghargai kerjasama daripada setiap pelajar dan fasilitator yang bersama-sama menjayakan hari orientasi yang berlansung selama satu hari ini. Majlis penyampaian hadiah dan cenderahati akan diadakan disamping majlis penyampaian mandat oleh Yang Di-Pertua Persatuan Sains Kimia bagi sidang 2011/2012 kepada para pelajar.

7.7 TOUR ISLAND Pelajar-pelajar akan dibawa ke tempat-tempat menarik di sekitar Pulau Pinang selepas seharian suntuk bekerja keras memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan hari interaksi kimia ini.

8.0 ANGGARAN BELANJAWAN 1) SUMBER PENDAPATAN

BIL
1 2

PERKARA
YURAN PENYERTAAN PESERTA 1.1 RM50 x 80 orang SPONSOR JUMLAH

RM
4000.00 200.00 4200.00

2) PERBELANJAAN

BIL
1 LAIN-LAIN 2.1 Baju t-shirt 2.2 Makanan 2.3 Hadiah 2.4 Alatan 2.5 Kecemasan JUMLAH

PERKARA

RM
2000.00 1000.00 400.00 100.00 100.00 3600.00

9.0 CARTA ORGANISASI HARI ORIENTASI PUSAT PENGAJIAN SAINS KIMIA SIDANG 2011/2012

Penasihat Pengarah Projek Timbalan Pengarah Projek Setiausaha Bendahari Exco-exco : Kebajikan & keselamatan

: Prof. Wan Ahmad Kamil Mahmood : Zakiah Binti Yahya : Alice Chow Cheah Xin : Nurul Illianida Binti Roslan : Stephanie Foon Mei Yan

: 1) Mohd Hilmi Bin Mohd Isa 2) Ong Swee Keong 3) Choo Min Yee

Teknikal & fizikal

: 1) Phanh Chin Shin 2) Jagadeesan a/l Supramaniam 3) Akmal Hakimi Bin Mat Noor

Makanan Hadiah Pendaftaran & urusetia Aktiviti

: 1) Asma Ul Husna Binti Azhar 2) Sakinah Binti Omar : 1) Siti Aminah Binti Zulkepli 2) Yasmin Amirah Binti Yaakub : 1) Nurul Izzati Binti Zainal Abidin 2) Shahidzwan Bin Mansor :1) Nurhidayah Binti Mat Ali 2) Norasniza Binti Mahmud 3) Mohd Hafizzul Bin Katman

10.0 PENUTUP Kami amat berharap agar projek ini diluluskan dan mendapat sokongan daripada semua pihak. Kerjasama daripada pihak tuan/puan meluluskan kertas kerja ini amat dihargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Yang Menjalankan Tugas,

... (Zakiah Binti Yahya) Pengarah projek Hari Orientasi, Persatuan Sains Kimia, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

You might also like