You are on page 1of 2

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN ANAK-ANAK.

Kata Tun Abdul Razak, Pelajran ialah satu pelaburan modal yang amat mustahak untuk membina sesuatu masyarakat dan kemudahan pelajaran menjadi jaminan kearah perubahan pemikiran, bentuk, dan masyarakat, sama ada di kampung mahupun di bandar. Amalan membaca merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat penting dalam membentuk masyarakat berilmu. Membaca memberikan pengetahuan yang luas dalam diri pelajar yang berfungsi tunggak pembangunan dan ekonomi yang semakin pesat di Malaysia. Setiap anggota masyarakat harus menjadikan membaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha untuk mewujudkan keluarga berilmu dengan menyemai minat membaca dalam kalangan anak-anak. Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke perpustakaan. Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan

sayang akan buku. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke
perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Di sini, anakanak boleh memilih pelbagai buku yang digemari. Lantas, anak-anak akan gemar membaca buku seumur hidup. Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Perpustakaan ini dapat dijadikan tempat menyimpan buku dan majalah. Malahan, boleh menjadi tempat anak-anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah mestilah dilengkapi dengan buku-buku yang bersesuaian dapat menarik minat anak-anak untuk membaca. Sebagai contoh, majalah, buku cerita dan surat khabar. Ruang perpustakaan ini juga mestilah dalam keadaan selesa. Lantaran itu, ibu bapalah memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka agar gemar membaca buku ketika berada di rumah Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh teladan yang baik dari ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak. Sebagai contoh, sikap gemar membaca surat khabar, majalah, buku dan sebagainya patutlah diamalkan oleh ibu bapa

dalam mengisi masa lapang. Lama-kelamaan, tabiat ini akan menjadi ikutan anak-anak. Bak kata peribahasa Melayu bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi anak-anak. Dengan itu, inisiatif untuk membaca dapat ditunjangi secara mendalam dalam atma jiwa anakanak. Tambahan pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke pameran buku. Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mengunjungi kedai buku ketika pergi ke pusat beli-belah. Dengan mengunjungi tempat-tempat tersebut, minat mereka untuk membaca akan dapat ditingkatkan, Di samping itu, mereka akan dapat mempelajari cara memilih bahan-bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang dijual adalah berkualiti. Harganya pula adalah berpatutan. Natijahnya, ibu bapa yang membawa anak-anak ke pameran buku atau kedai buku sebenarnya membawa kepada mewujudkan budaya suka membaca dalam kalangan ahli keluarganya.

Seterusnya, ibu bapa juga boleh menghadiahkan buku kepada anak-anak. Ibu bapa perlu memberikan hadiah atau ganjaran kepada anak-anak apabila anak-anak berjaya dalam peperiksaan dan sempena hari kelahiran. Anak-anak akan berasa gembira kerana kejayaannya dihargai oleh keluarga mereka. Hadiah berbentuk buku lebih sesuai untuk anak-anak. Ibu bapa boleh membelikan buku berbentuk pelajaran, novel ataupun komik mengikut kesesuaian umur. Amalan ini sepatutnya diterapkan sejak kecil lagi dalam kalangan anak-anak. Bersesuaian dengan peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak kerana membaca jambatan ilmu. Oleh itu,anak-anak yang rajin membaca akan menjadi pandai dan bakal pemimpin pada masa akan datang.

You might also like