You are on page 1of 2

AMALAN MULIA

Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Bak kata pepatah tersebut, kita perlulah melakukan sessuatu perkara yang berfaedah selagi kita masih hidup agar nama kita tetap akan dikanangi walaupun kita telah meninggal dunia. Oleh hal yang yang demikian, setiap manusia perlulah melakukan perkara yang baik agar jasanya dikenang selalu. Sungguhpun tujuan utama pelajar ke sekolah adalah untuk menimba ilmu tetapi, mereka turut perlu melakukan perkara yang berfaedah dan mengamalkan amalan nilai yang murniagar nama meraka sentiasa dikenang oleh para guru. Antara perkara yang berfaedah ialah seperti mencerikan kawasan sekolah. Salah satu daripada menceriakan sekolah ialah menhiasi dinding bangunan yang bkosong dengan lukisan yang menarik. Lukisan tersebut perlu dilakukan untuk tatapan orang ramai. Selain itu, kata kata motivasi perlilah diselitkan di ruang kosong untuk meningkatkan keyakinan diri para pelajar bagi meningkatkan menat meraka dalam belajar. Antara pihak yang perlu memandang berat tentang perkara ini ialah Unit Bimbingan dan Kaunseling seklah dan Kelab Seni Visual. Jika kita pergi ke sekolah lain kita sengat tertarik kepada landskap yang ada di kawasan sekolah tersebut yang dapat mewujudkan insperasi di dalam hati para pelajar. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab perlulah mencontohi sekolah tersebut untuk menbina landskap sebegitu. Landskap seperti itu boleh dibina selepas waktu persekolahan. Hal ini dapat mewujudkan minat dan semangat untuk belajar dengan rajin dan bersungguh sungguh. Seterusnya, kita harus menjaga kebersihan kawasan sekolah kerana persekitaran sekolah yang kotor mencacatkan kecantikan sekolah dan menyakitkan mata memandang. Persekitaran sekolah yang kotor menyebabkan kita tidak bersa selasa untuk belajar dalam suasana sebegitu. Misalnya, kita boleh bersihkan kawasan sekolah dan kelas dengan mengutip sampah sarap yang tersepah di sana sini. Dengan tidak langsung, kawasan sekolah akan lebih bersih dan akan nampak tertawan dengan keceriaan sekolah kita. Selain daripada persekitaran sekolah yang bersih, kelas yang bersih juga amat penting bagi suasana pembelajaran yang kondusif. Pelajar haruslah membersihkan kelas sebelum disuruh oleh guru. Mereka boleh menbahagikan tugas sesama rakan dengan mengwujudkan carta tugas untuk mempercepatkan proses pembersihan kelas. Kelas yang bersih membolehkan pelajar kelas tersebut selasa untuk belajar dan guru turut berasa puas hati untuk menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran.

Konklusinya, kita perlu menjadikan sekolah sebagai tempat pembelajaran yang sihat. Oleh hal yang demikian, kita harus meringankan bebanan sekolah untuk menaikkan imej sekolah dengan menbantu dengan cara yang sebegini.

You might also like