You are on page 1of 1

Belanjawaan Tunai

Perniagaan William Furniture Enterprise telah menyediakan anggaran kewangan bagi 4 tahun berakhir tahun 2014.Anggaran tersebut adalah seperti berikut. 1. Baki awal perniagaan adalah RM30200. 2. Belian dianggarkan sebanyak RM400000 setahun dan akan bertambah 3% setiap tahun berbanding tahun sebelumnya. 3. Faedah atas pinjaman dibayar RM40 sebulan untuk pinjaman 4% dan RM120 sebulan untuk pinjaman 6% sehingga tempoh matang pinjaman. 4. Ansuran bulanan untuk pinjaman 6% RM400 sebulan. 5. Gaji pekerja akan dinaikkan 20% setahun. 6. Belanja penyelenggaraan sistem komputer perniagaan akan dibuat setiap 2 tahun sebanyak 50% dari kos komputer. 7. Kenderaan iaitu lori dicadang akan dibeli pada 1 September 2012 dengan bayaran deposit 10% dari harga RM60000.Ansuran dibayar bermula bulan Oktober 2012 dengan tempoh bayar balik selama 5 tahun. 8. Belanja tahunan tidak berubah. Insurans 7200 Kadar bayaran 6720 Alat tulis 7800 Pengiklanan 3600 Belanja am 7200 Promosi 4800 9. Jualan tahunan sebanyak RM650000 dan dijangka akan meningkat 5% setiap tahun. 10. Hasil tahunan yang tidak berubah ialah Sewa 3600 Komisen diterima 7200

You might also like