You are on page 1of 3

Siaran Segera PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO MERDEKA Cyberjaya, 1 Ogos 2011 Bersempena dengan Hari Kemerdekaan negara yang

g ke-54, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan pertandingan penghasilan video kreatif khusus kepada para pelajar sekolah menengah iaitu Pertandingan Mencipta Video Merdeka. Di antara tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat para pelajar sekolah menengah yang meminati bidang perfileman dan multimedia kreatif. Selain itu juga, ia bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat cintakan negara di kalangan para remaja masa kini. SKMM juga menganjurkan pertandingan ini sebagai susulan kepada Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2010 yang berakhir pada awal Julai lalu, di mana sambutan terhadap pertandingan tersebut adalah amat baik daripada sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Di dalam pertandingan berkenaan, para pelajar telah berjaya mempamerkan kreativiti mereka dengan menghasilkan filem-filem pendek yang memerlukan mereka mendalami kemahiran IT dan multimedia. Kejayaan SKMM menganjurkan pertandingan Liga Remaja Kreatif 2010 inilah yang menjadi titik tolak dan galakan kepada Pertandingan Mencipta Video Merdeka. Selaras dengan bulan kemerdekaan, tema pertandingan untuk kali ini ialah ICT DAN KEMERDEKAAN dan video mesti dihasilkan dalam Bahasa Malaysia. Seperti biasa, SKMM telah menyediakan hadiah-hadiah yang menarik kepada pemenang dalam pertandingan kali ini. Pemenang-pemenang akan menerima hadiah-hadiah seperti wang tunai yang berjumlah RM13,500, iPad, iPhone dan kamera digital. Mereka juga akan membawa pulang piala dan sijil penyertaan.

Pertandingan ini dibuka kepada semua pelajar sekolah menengah yang juga warganegara Malaysia mulai dari 1 Ogos 2011 sehingga 7 September 2011. Setiap penyertaan mestilah dilakukan secara berkumpulan yang terdiri daripada 4 orang pelajar dan mestilah hasil karya asli yang belum disertakan di dalam mana-mana pertandingan. Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, boleh melayari laman sesawang SKMM di www.skmm.gov.my untuk mengetahui syarat-syarat pertandingan dan maklumat lanjut mengenai pertandingan tersebut. [Tamat]

Nota kepada Editor: Sekiranya organisasi anda ingin memetik kenyataan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk sesuatu artikel mahupun bahan berita, petikan tersebut haruslah merujuk kepada SKMM sebagai sebuah organisasi dan bukan mana-mana pegawai SKMM melainkan sekiranya jurucakap rasmi SKMM ada dinyatakan di dalam kenyataan akhbar atau sebarang maklumbalas rasmi kepada media. Harap maklum. Terima kasih.

Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) SKMM adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (AKM) yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia. SKMM mengawalselia dan

menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga perkhidmatan internet, pos dan pensijilan digital.

AKM mengadakan peruntukan kepada SKMM peranan melaksanakan dasar, manakala kuasa membuat keputusan tentang dasar diperuntukkan kepada Menteri. mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya. Untuk maklumat lanjut, layari www.skmm.gov.my Menteri boleh juga

Untuk penjelasan lanjut, sila hubungi:

Muhamad Tahir Muhamad Noor Pengarah, Jabatan Komunikasi Korporat

Rahayu Abdul Aziz

Timbalan Pengarah, Jabatan Komunikasi Korporat

Suraya Zaafar Penolong Pengarah, Jabatan Komunikasi Korporat

Tel: +603 8688 8000

Faks: +603 8688 1007

E-mel: ccd@cmc.gov.my

You might also like