You are on page 1of 7

SRJK (C) KAMPUNG TAWAS 31400 IPOH, PERAK

KERTAS KERJA MENGHIASKAN PAPAN KENYATAAN

TARIKH : 11-15 JULAI 2011 TEMPAT : PAPAN KENYATAAN DI SEBELAH TANGGA MENUJU KE PEJABAT, PAPAN KENYATAAN DI SEBELAH BILIK DARJAH 4B, PAPAN KENYATAAN DI PEJABAT GURU.

MENGHIASKAN PAPAN KENYATAAN PENGENALAN


Di SRJK(C) Kampung Tawas, terdapat banyak papan kenyataan yang biasanya dihiaskan dengan maklumat-maklumat yang terkini dan bermanfaat supaya murid-murid dapat membaca maklumat tersebut pada masa lapang. Murid-murid biasanya akan berbual kosong atau menceritakan hal-hal mereka seharian apabila mereka lapang. Jika kita amati, perkara ini dianggap membuang masa dan tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Oleh itu, pihak sekolah haruslah memainkan peranan agar papan kenyataan yang terdapat di sekitar kawasan sekolah dapat diubahsuai dan dihiaskan dengan cantik dan menarik perhatian untuk menjadi tempat yang boleh memberikan murid-murid informasi. Justeru itu, papan kenyataan akan memberi ilmu kepada murid-murid secara tidak langsung.

Papan kenyataan di dalam kawasan sekolah perlu dipenuhi dengan bahan-bahan yang menarik dan dapat menarik perhatian murid-murid walaupun hanya membaca sepintas lalu. Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada papan kenyataan sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan mutu pelajaran mereka. Ini adalah kerana pembelajaran secara tidak langsung di luar kelas juga perlu dititikberatkan selain daripada pembelajaran formal di dalam kelas.

Persekitaran yang berbeza daripada di dalam kelas akan mempengaruhi minat murid untuk lebih menerokai sesuatu yang baru yang belum mereka ketahui. Mereka berkemungkinan akan berasa bosan dengan situasi yang sama sahaja di dalam kelas.

RASIONAL
Papan kenyataan yang dirancangkan ini akan dapat membantu muridmurid agar lebih mengenali misi sekolah, bidang kesihatan badan, penyakit Denggi dan perlindungan alam sekitar. Maklumat-maklumat yang terdapat di papan kenyataan dapat membantu tahap pembacaan dan meluaskan

pengetahuan murid. Dengan membaca maklumat-maklumat yang terdapat pada papan kenyataan tersebut, murid-murid dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah dan secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala sosial dalam bilik darjah.

TUJUAN
Projek menghiaskan papan kenyataan ini bertujuan untuk membantu murid-murid mendapatkan malkumat terkini dan ilmu pengetahuan di luar bilik darjah secara santai dan tanpa pengwasan guru. Mereka tidak lagi akan membuang masa dengan berbual-bual kosong ketika waktu terluang.

OBJEKTIF
Projek ini dijalankan agar warga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Kampung Tawas dapat:

1. Memanfaatkan sepenuhnya penggunaan papan kenyataan dengan baik. 2. Mengisi masa terluang dengan perkara berfaedah. 3. Menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat terkini. 4. Menunjukkan kepekaan pihak sekolah tentang pentingnya ilmu dan maklumat terkini kepada murid-murid. 5. Melahirkan murid-murid berfikiran kreatif dan kritis.

TARIKH
11 - 15 Julai 2011

MASA
Sepanjang sesi persekolahan.

TEMPAT
6 Papan kenyataan: 1. Bersebelahan dengan tangga menuju ke pejabat pentadbiran. 2. Bersebelahan dengan tangga menuju ke tingkat 1. 3. Di sebelah bilik darjah 4B. 4. Bersebelahan dengan tangga menuju ke bilik darjah 3A. 5. Di tepi pejabat guru. 6. Tempat murid berkumpul untuk Baca Pagi.

SASARAN
Semua murid

ALAMAT SURAT MENYURAT :


Guru Besar SRJK(C) Kampung Tawas, 31400 Ipoh, Perak

JAWATANKUASA PROJEK
Penasihat : Cik Ong Yee Yong (Guru Besar SRJK(C) Kampung Tawas) Pengerusi : Encik Lim Teng Seong (Guru Penolong Kanan 1) Mentor Setiausaha : : Puan Yik Lai Pooi Cik Janice Ng Thien Chee (Guru Pelatih IPG Kampus Ipoh) Bendahari : Cik Chan Wan Jing (Guru Pelatih IPG Kampus Ipoh) AJK ; Guru-guru sekolah SRJK(C) Kampung Tawas

ANGGARAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan Kertas warna Kertas laminate Ribon Plastik meja Lain-lain : RM 5 : RM 40 : RM 10 : RM 3 : RM 10

CADANGAN BAHAN :
1. Poster kesihatan, poster penyakit denggi, poster melindungi alam sekitar 2. Misi sekolah 3. Berita dari suratkhabar 4. Rencana yang mendorong murid-murid

PENUTUP
Adalah diharapkan projek ini dapat memberikan pendedahan kepada warga sekolah mengenai kepentingan dan kegunaan papan kenyataan di sekolah agar ia dapat memanfaatkan masa lapang para pelajar sambil memberikan maklumat dan pengetahuan yang berfaedah kepada mereka.

Disediakan oleh : Disediakan oleh :

.............................................. ( CHAN WAN JING ) Guru Pelatih IPG Kampus Ipoh

.. ( JANICE NG THIEN CHEE ) Guru Pelatih IPG Kampus Ipoh

Disemak oleh :

... ( PN. YIK LAI POOI ) Mentor Projek Menghiaskan Papan Kenyataan

Disahkan Oleh :

( Cik ONG YEE YONG ) Guru Besar, SRJK(C) Kampung Tawas, Ipoh.

You might also like