You are on page 1of 1

Dalam masyarakat yang penuh dengan daya saing ini, tekanan yang dihadapi oleh orang ramai adalah

sangat tinggi. Bagi meringankan beban minda yang sering berada dalam otak kita, kita boleh menjalankan pelbagai aktiviti atau hobi, seperti mengumpul setem, beriadah di taman, melayari laman web dan lain-lain lagi. Namun begitu, suatu aktiviti reakreasi menjadi semakin popular dalam kalangan masyarakat baru-baru ini, iaitu memancing. Sungai-sungai di luar Bandar, terutamanya Tasik Cenderuh, Tasik Temenggor, telah dibanjiri dengan peminat memancing setiap cuti awam dan hari minggu. Apakah kebaikan yang terdapat dalam aktiviti memancing? Faedah yang dominan dalam aktiviti memancing ialah kita dapat menanam nilai kesabaran. Hal ini disebabkan proses dari menyediakan umpan dan alatan pancing, mencari tempat sesuai untuk memancing hingga kejayaan memancing ikan akan mengambil masa yang agak panjang. Kita mestilah menumpu perhatian supaya tidak terlepas peluang apabila ikan sedang memakan umpan dan ini boleh melatih diri untuk menjadi semakin sabar dalam pergaulan seharian. Selain itu, badan kita akan menjadi sihat dan otak akan menjadi cerdas dalam aktiviti memancing. Kebanyakan daripada golongan masyarakat sering bekerja dalam pusat bandar yang penuh dengan pencemaran udara, keadaan ini akan menjurus kepada penyakit kronik yang boleh menjejaskan system imun badan kita. Oleh itu, ion negative yang terdapat dalam udara nyaman di sekitar kawasan memancing boleh menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme. Aktiviti pancing adalah salah satu aktiviti yang boleh disertai tanpa mengira umum dan lapisan masyarakat. Memancing adalah sangat sesuai bagi golongan tua kerana mereka akan mengalami pelbagai tekanan emosi seperti mudah marah dan eksentrik selepas meninggal tempat kerja sendiri. Golongan tua akan berasa lega dan boleh menyihatkan badan pada masa yang sama manakala golongan muda misalnya kanak-kanak dan pemuda boleh mendalamkan ilmu pengetahuan mereka dengan memancing. Di samping itu, memancing juga

You might also like